Nuffnang Advertisement

Wednesday, April 1, 2015

Anak perempuan


Dah lama rasanya tak update blog....dua hari cuti sebab kali ni kena period pain yang teruk sampai tak boleh bangun. Pinggang, perut semuanya sakit. Dah lama rasanya tak kena...mungkin sebab stress dan terlalu penat kot. Dua hari buat kerja atas katil jer...manja sangat perangai tu...hahaha. Tapi best dapat tidur siang tanpa gangguan anak2.

Cite pasal anak2 ni aku ada dua ada perempuan yang satu dah meningkat remaja dan satu lagi perasan dah remaja. Nampak macam senang kan sebab anak2 dah besar tapi hakikatnya aku pening kepala sebab masing2 dah pandai menjawab dan pandai2 buat keputusan sendiri. Yaya dan Ameera sekarang kuat bergaduh sebab masing2 ada pendapat sendiri, ada penyanyi pujaan sendiri dan ada gaya tarian sendiri...hahaha.

Kadang2 pasal penyanyi kesukaan pun nak bergaduh. Orang ni tampal poster tak cantik lah, penyanyi kesukaan bodoh bercinta dengan perempuan tak cantiklah, lagu penyanyi Adik tak sedap lah.  Eh! bertekak2 ok. Kalau datang angin baik menari sama2 ikut step boleh dengar lah tergelak2 gembira...tetiba Yaya jerit "salah lah dik kaki tu bukan macam tu...macam ni" kang adik jawab "Yaya yang tak tahu buat" tetiba aku dengar bedebuk Yaya tumbuk belakang adik dia....punca sebab step salah. Lepas tu masing2 hempas pintu sekuat hati. Eh! sakit jantung aku tau....En Win boleh gelak terbahak2. 

Kalau ajak keluar masing2 dah pandai bergaya...Yaya dengan aksesori bagai, adik lebih kepada sempoi pakai jeans ngan t-shirt jer. Kang start lah bergaduh dalam kereta "Mamaaaaa Yaya kan dipakai lipstick mama dia ingat cantik lah tu" kang Yaya jawab balik "diamlah dah lah pakai baju tak cantik" tak sampai 3 minit perjalanan tangan Yaya dah kena cakar.

Yaya ni penakut sikit...kalau siang ada jer dia cari pasal dengan adik tapi waktu malam dia akan pura2 buat baik sebab nak tidur sekatil dengan adik dia. Aku yang selalu ingatkan adik..."Dik yaya tu pura2 dik..malam jer dia buat baik ngan adik...suh dia tidur sendiri dik"....hahahaha tapi budak kenit tu selalu tak sampai hati. Bila aku bangkit malam2 intai dalam bilik bukan main tidur peluk2.

Kak Elly kalau diorang bergaduh ker mengadu selalu buat bodoh jer sebab diorang akan mengadu dan bergaduh benda yang sama setiap hari...just angguk kan kepala jer. Tapi kalau melampau hempas2 pintu mmg sedas dua kena ngan hanger kat kaki.



Sekarang bukan main kalau keluar siap pakai aksesori bagai. Beli baju dekat forever 21 dan top shop jer. Selalu En Win lah kena bayar...hahaha. Lipstick dengan perfume aku memanjang jer dalam bilik dia. Kalau mandi berjam2 siap package menyanyi terlalak lagi. Yaya ni suka membaca novel yang tebal2 tu. Sekarang kalau beli bukan main novel cinta jer. Novel omputih semua melayu tak minat katanya. Eh! sombong sangat perangai kau ya...tu sebab exam BM entah apa2 jawapannya. Baju dan kasut aku semua dah boleh pakai...tau2 kang laju jer ambik kasut aku pakai. Yaya dan music tak boleh dipisahkan dalam bilik tu 24jam radio berbunyik jer.

Yaya ni actually sebijik macam perangai aku dulu2. Suka buat muka suka memberontak tapi dalam hati jer. Senang dipujuk. Tak ramai kawan dan suka menyendiri dalam bilik.




Adik sempoi....hidup dia dengan Gymnastic jer. Tak peduli baju dia pakai cantik ker tak cantik. Tak minat baca novel. Kalau merajuk jangan pujuk lagi dia mengada. Aku selalu kalau dia mengamuk2 aku buat dek jer...lantak lah dah merajuk bawah katil berjam2 nanti dia sendiri akan keluar datang kat aku lepas tu kiss2 pipi aku sebab dia tahu dia yang salah. Adik ni degil selalu kena pukul kat rumah tu tapi dia tetap dengan pendirian dia. So kena buat tak tahu jer nanti dia akan baik sendiri...hahaha Tapi tak susah jaga ni sebab paberet makan dia satu jer, ayam goreng kunyit.

Nasib dua jer anak aku...kalau 8 pitam aku nak layan sorang2 punya perangai...hahaha. Tapi sedihlah bila tengok anak2 semakin membesar....janganlah besr cepat sangat nak oiiii.

 


7 comments:

yayang laling said...

adik comey mata sepet

Farah Waheda Wahid said...

comel comel anak dara kak elly...

Jueliza Jamani said...

boleh tambah adik lg.. hehehe

YieN said...

sonoknyer baca kisah anak dah besar.. x sabar nak tunggu anak kite pulak dah besar2.. tp nnt rindu dorang time baby pulak cemane? hahaha~

yoorin melacolea said...

dah besar panjang..sikit hari lg dah macam adik dengan kakak.. huhu.. mak nya muda lg..

Jan@Afzan said...

seronoknya baca kisah anak2 akak...
masing2 ada perangai kan.. sama mcm anak Filla..seronok tgk anak dah membesar.. but at the same time, cepatnya korang besar... stay mcm tuh tak boleh ke...kan, kak..

anak Jan baru 2 tahun kak..

Ainul Mustafa said...

saya pun ada 2org anak perempuan.tp kecik lagi. yg 1st 5thn pun kalau nak keluar mesti nk makeup bawa handbag