Nuffnang Advertisement

Monday, April 13, 2015

Aku dan kerja


Susah betul jadi blogger ni....lain yang ditulis lain pulak anggapan orang. Pening nak jaga hati orang ni...kita tulis apa yang kita rasa dan apa yang terjadi dalam kehidupan harian. Tak perlu kot nak pening atau tension2 baca blog ni. Yang membaca rasanya tak perlu lah emo2 bukan berat pun topik kat entry ni. Topik bodoh ada lah. Aku ni dah lah stress nak layan pulak kerenah orang sekeliling yang main suka2 cakap lagi lah bertambah stress. 

Ya itu pembuka kata untuk hari ni sebab blogger Elly tgh stress dengan benda yang remeh temeh sampai En Win dan anak2 pun terbabit sama untuk selesaikan masalah yang tak berapa yang besar sangat tapi disebabkan tak faham cara penulisan itu yang jadi hura hara sampai semua orang terbabit. Adoi...pening ya!! But Kak Elly akan tetap tulis dengan apa yang Kak Elly dengar dan rasa. Ini blog aku...suka hati lah kannnnn....hahahaha

I love my job...gitu ayat omputih yang keluar dari mulut hari ni. Alhamdullilah dah mencecah hampir 40 tahun baru Kak Elly dapat buat benda yang Kak Elly suka. Kalau dulu bekerja untuk mencari rezeki tapi sekarang bekerja kerana minat dan kerana duit jugak...hahaha. Kalau minat tapi tak mendatangkan hasil pun tak ada kepuasan jugak kan. Bila kita buat sesuatu yang kita minat usaha tu akan menjadi lebih rasanya.

 



Ini minat En Win bukan minat aku bahagian transportation ni. Tengok kotak Mg Movers ni pun rasa nak muntah. Tapi sebab minat suami otomatik aku akan terbabit sama. Aku kena ambik tahu sebab ini lah rezeki kami sekeluarga. Jadi bila En Win cerita boleh lah aku bagi pandangan jugak. Walaupun selalu tak diterima tapi atleast aku bersuara.





Ini minat aku bidang "kecantikan". Minat yang aku pendam sejak zaman remaja lagi. Alhamdullilah perlahan2 Allah makbulkan. Tak sangka dari borak2 kosong dengan Filla dan Peej tentang angan2 terus jadi kenyataan. Dari borak suka2 terus jadi satu kerjaya dan pendapatan buat kitaorang. Walaupun terpaksa terlari2 sana sini dan tak cukup masa untuk diri sendiri tapi disebabkan minat rasa happy jer setiap apa yang kitaorang lakukan.






Bila kita minat apa yang kita buat kita akan rasa enjoy dan happy...insyaAllah ia akan membuahkan hasil. Ellfie dah 2 bulan beroperasi...alhamdullilah feedback yang diterima dari pengguna sangat2 baik. Selama ni semua kerja kitaorang buat kat rumah Peej...tapi rasanya tak patut kot sampai penuh bilik Peej dengan barang Ellfie tu belum lagi dengan ruang tamu segala benda ada. Rasa tak adil....so kitaorang decide sewa office. Segala stock, postage boleh buat kat sini. Lepas ni customer, agent dan stokis boleh walk in untuk dapatkan Ellfie Essence. Insyaallah masa terdekat ni kitaorang akan tawarkan peluang pekerjaan untuk anda.

Kitaorang sangat2 beruntung sebab dapat suami sentiasa support dengan apa yang kitaorg lakukan. Ben selalu tolong peej bahagian postage...kalau tak ada Ben mmg masalah negara ni. En Win tolong cari office, buat flyer, carikan kotak...Radie mmg semua orang tahu kan bahagian design. Design kotak, design flyer, design kedai semua tanggungjawab radie. Kalau tak ada sokongan suami ni mmg susah jugak Ellfie nak bergerak. Alhamdullilah...syukur sangat2.  





Kami lah orang yang paling bahagia bila Ellfie nak bukak office. Penat lelah kitaorang semakin menampak kan hasil. Hope lepas ni ni semua kena kerja keras lagi. 
  





Ini order hari Jumaat lepas...semua kena turun padang bantu Peej selesaikan postage. Hari Sabtu dan Ahad mmg berkampung kat rumah Peej. Alhamdullilah...rezeki.

Bagi yang nak order sila wassap 013-2755197.

 

8 comments:

Lynda Che Lah said...

salute!!
semoga terus sukses Kak Elly n frens xoxo

Jan@Afzan said...

kak ellie... seronoknya dah ada office sendiri, kerja yang kita minat, kerjasama dari semua..

saya seronok baca, tumpang gembira.

penat lelah berbaloi kan kak..

all the best dan moga business makin kembang, produk makin banyak cabangnya dan segala yang terbaik untuk team ellfie.

p/s : kalau saya dekat, boleh jugak kerja dengan akak..:D

Fairuz Jaafar said...

Elfie dah ada office :) Tahniah kak elly, fillanie n peej. Suka nya tengok kejayaan orang lain.

Kak elly tak cuba lazada? cuma perlu register je tiada fees. dia charge 10% dari sales. Dia buat shipping n akan pickup produk dari tempat kita. Maybe kena siap-siap markup sikit harga la kot.

group bisnes wasap ni hah dok menyembang. Saja meyembang dekat kak elly pulak. hehe.

Nurulhuda Abdul Latip said...

Tahniah kak elly dan kawan-kawan, saya cemburu dengan usaha kak elly dan kawan2..Kisah kak elly dan kawan2 akan jadik inspirasi pada saya untuk berjaya dalam kehidupan. Moga kak elly dan kawan2 terus sukses yea..Nanti saya pun nak beli produk akak ni..

mamayone said...

go kak elly and team elfiee.....semoga kak elly n team akan sukses dan dilimpahkan rezeki oleh Allah dari segala sudut...amin...

Afidah Azmi said...

Biar apa yg org kata kak...
tak semua org suka dgn apa yg kita buat...Tapi akak adalah idola Fida...Always support akak

Mrs pink said...

U go girl.. Will support u kak elly & team :)

FadMN said...

Tahniah kak elly and team.tumpang bangga.semoga terus dimurahkan rezeki.

FAD