Nuffnang Advertisement

Wednesday, April 22, 2015

Akhirnya....


Akhirnya....keputusan telah dibuat (nangis tersedu2). Bukan satu keputusan yang mudah berbulan2 juga nak fikir. Tapi Kak Elly kena pilih salah satu samada teruskan dengan kerja sebagai Secretary atau berhenti kerja supaya dapat membantu suami, full time bersama Ellfie Beauty dan dalam masa yang sama dapat menjaga anak2.

Load kerja yang terlalu banyak membuat Kak Elly terpaksa membuat keputusan untuk berhenti. Seawal 6.30 pagi Kak Elly dah mula bekerja dan dalam masa yang sama membantu En Win handle kerja2 MG Mover dan sekarang kena handle Ellfie Beauty jugak. Sabtu dan Ahad selalunya peruntukan masa bersama anak2 dan suami tapi dah lama tak dapat dilakukan kan sebab masa Kak Elly banyak dihabiskan membantu mempromosi kan Ellfie atan membantu kawan2 membuat postage. Alhamdullilah sambutan yang sangat baik dari customer Ellfie.

Rasanya Kak Elly tak perlu tamak dan bolot semua pekerjaan. Kak Elly terpaksa lepas kan salah satu ditangan dan yang paling penting Kak Elly dah jumpa minat dan angan2 Kak Elly sejak dulu lagi iaitu bidang kecantikan...alhamdullilah cantiknya susunan mu YaAllah.

Bila hantar surat resignation tadi rasa kurang sedikit bebanan yang Kak Elly tanggung selama ini. Selepas 13 Mei ini kehidupan Kak Elly akan berubah. Tiada lagi rutin pekerjaan 9 - 5pm yang Kak Elly buat selama berbelas tahun. Huaaaaa sayang nya nak tinggalkan kawan2...berat nya hati nak melangkah pergi. Tapi keputusan telah dibuat dan berharap sangat ia akan berjaya.

Tak boleh nak teruskan menulis...menitik2 air mata jatuh. Nanti sambung lagi ya!!



25 comments:

tyneedy said...

wish you all the best Elly. Allah adalah sebaik perencana. kalau dah istiqarah dan inilah keputusannya In Shaa Allah semuanya akan baik2 sahaja.

annapeje said...

good luck ratu cantik moga bertambah berjaya ...nangis kejap jerk tue lps tue gumbira hehe

Aien said...

Tahniah Elly!! Teruskan saja apa yang telah dirancang. Semoga Allah memberkati usaha & niat baik U.

Walaupun tak pernah bersua, but your spirit always inspired me!!

Keep on blogging & gud luck dear!

Salam Semut..

Pn Qema said...

Sedihnya.. Tapi jangan risau semuanya perancangan Allah. Mungkin ini yang terbaik. Good Luck Kak Elly. Semoga Terus maju. Kami agen akan membantu daripada belakang.

Agen Balakong/Kajang/BBBangi
Free Postage + Free Gift

019-2782041

Jueliza Jamani said...

Good Luck kak elly... jangan sedih.. pilihan kak elly tepat.. teringinnya nak try product kak elly.. nanti bagi abiskan ubat hospital dulu.. boleh la roger kak elly

Nurzakiah Hanum said...

semoga business akak berjaya

A.I said...

InsyaAllah beb, perancangan Allah tu baik. Aku doakan rezeki ko makin bertambah lagi lepas ni. sungguh, aku kagum tengok ko. Gud Luck! ^_^

FadMN said...

Tahniah kak Elly.
Insya allah rezeki Allah itu luas, pasti ada ganjaran lain menanti.

All the best dalam bisnes ya :)

FAD

Norma NML said...

Good luck Elly...memang sedih kalau nak tinggal tempat yg kita dah lama menapak tapi kalau untuk sesuatu yg lebih baik demi keluarga..InshaaAllah ganjarannya lagi besar awk dpt nanti :)

Lynda Che Lah said...

all da best kak Elly..
Insya Allah cantik perancangan Allah tu..

Malinda said...

rezeki dimana2 elly asalkan kite rajin berusaha,semoga terus sukses popo elly :')

Afidah Azmi said...

Betul kan tekaan Fida yg lepas..kak elly akan resign sebagai setiausaha..
Anyway..mungkin jln terbaik..you always my idol kak elly

sgrmse. said...

Yay!! Sama-sama kita resign, Kak Elly! Hehehehe. Alaa.. Jgn sedih ye. Banyak rezeki dalam dunia ni.

Excited lahhh! #NewLife.

Fairuz Jaafar said...

Tahniah Kak Elly. Bertambah Usahawan Melayu. Semoga kekal success dan terus succes :)

dhaya said...

all the best sis! semoga terus maju & Berjaya. I.allah :D

kesh said...

good luck kak elly barakallah for ur family, business future

Mrs pink said...

In sha Allah.. Good luck kak elly and the team. I been there before. Nangis sampai bengkak mata masa farewell party. Hehehehe

wahida yunus said...

seronoknyer dapat kerja sendiri in the same time dapat uruskan anak2..i wish i cluld..sob..sob..sob..all the best kak elly..one thing..nanti kuarkan pulak produk cc cream or bb cream yang awesome eh..

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

insya allah ada yg terbaik mennati

azurazimi said...

All the best k.Elly. Resign kerja xpe. Tapi please jgn resign blogger.. :)

rohayaroy said...

gud luck n moga success lagi dgn bisnes ye elly... nak pakai clerk tak hihi or graphic designer for any leaflet ke brocure ke.. buletin ke.. printing (percetakan) ke.. iklan ke.. hihi

Siti Hajar Mohamad said...

Elly...semoga terus sukses dan bertambah berjaya....tapi jangan tinggalkan dunia perblogan pulak...

kingdom of chromo said...

Elly, ingat petua nie "RAJIN, TABAL.. MALEH, NIPIH" pepatah org nogori...

Riena Razak said...

All the best kak elly, mcm tu lah i masa nk resign dulu, type surat sedih, anta surat nangis, cakp ngan org nagis, farewell lagi la berbakul nangis, hati dlam taman sgt kan, tapi now dah ok, dah happy... syukurr

Latifah said...

Selamat maju jaya k.elly.. Insya-Allah semuanya akan berjalan dengan lancar. Semoga dipermudah segala urusan dan k.elly berjaya mencapai cita2 di dunia & akhirat..

LatifahFazri