Nuffnang Advertisement

Monday, March 23, 2015

Tired...


Rasanya dah malas nak mengeluh. Hendak ker tak nak ker tetap kena buat jugak. Kalau dulu semua rancangan TV Kak Elly tahu. Sekarang cite Asam Pedas ker cite Encik Sotong ker hanya dengar jer kengkawan bercerita. Dulu bukan main semua  gossip artis dalam tangan...hahaha. Tak seronok ya terkejar ke sana sini tapi nak buat macam mana kenalah berusaha sementara Allah nak bagi Rezeki ni. Ketepikan soalan penat...ketepikan soal masa buat selagi mampu...gitu!! 

Last week cuti sekolah. Mmg tak rancang mana2 percutian sebab nak simpan duit untuk percutian hujung tahun nanti. Tapi tetap bersalah dalam diri bila tengok anak2 muncung jer duduk atas katil. Asal balik kerja jer nanti Yaya start bersuara "Bosan lah mama". Aku dengar sambil telan2 ailio jer.

Adik cuti sekolah time table penuh dengan latihan Gymnastic. Rasa bersalah dalam diri semakin menebal...jadi decide ambik cuti 2 hari untuk spend time dengan anak2. Itu jer yang mampu Kak Elly buat untuk gembirakan hati diorang. 

Walapun bercuti Kak Elly still terkejar sana sini. Banyak giler kerja yang kena uruskan. MG Mover lagi seminggu akan berpindah ke office baru...of course En Win tak ada masa untuk anak2. Ellfie Essence dah melangkah satu peringkat lagi...Insyaallah siapa yang berminat nak jadi Agent atau Dealer tunggu entry minggu ni ya.

Satu2 kerja kena susun...biar semua selesai...bg semua pihak puas hati. Walaupun hakikatnya dah rasa macam nak merangkak jer nak berjalan pun dah tak mampu. 



Khamis lepas curi masa intai adik berlatih...bagi moral support sikit. Latihan dari pukul 9 pagi - 5 petang.



Budak kenit ni kuat semangat...tak merungut letih pun bila balik dari latihan. Tapi bila habis jer latihan masuk jer dalam kereta terus tidur tak bangun2 sampai esok pagi...hahaha



Jumaat class 1/2 day sampai pukul 1 jer...yehaaaaa marilah kita anak beranak bersuka ria



Bawak diorang gi shopping, tengok wayang dan makan2 sambil borak2. Bagi diorang peluang bercerita walaupun cerita dan berulang kali tapi tetap kena dengar...hahaha. Masing2 nak bercakap..iyo lah nak mama dengar ni.

Budak2 ni pun kalau hari biasa aktiviti dari pagi sampai ke malam penuh. Pagi gi sekolah...malam2 kena tuisyen. 5 hari non stop. Weekend pulak masing2 ada aktiviti. Sampai adik ipar aku pun tak boleh tahan "Sian Yaya dengan adik...mama asyik suh tuisyen jer. Bukan leh dapat 5A pun".

Kak Elly ni tak pandai mengajar anak2...mengamuk jer lebih. Nak duduk ulangkaji sama2 mmg masa tak mengizinkan. Kerja rumah melambak2 kena selesaikan. Habis tu budak nak tanya siapa lah agaknya kan. Orang lain mungkin nampak kita macam mendera anak2 tapi hakikatnya ini lah cara terbaik yang Kak Elly boleh lakukan. Bukan lama cuma 2 jam jer masa belajar. Biarlah terkejar sana sini utk menghantar anak2 janji tanggungjawab sebagai ibu bapa dapat disempurnakan. Biarlah orang nak kata apa janji Kak Elly tahu apa yang Kak Elly lakukan. 5A ker 5C ker itu tak penting janji anak2 diberi pelajaran dengan sempurna. Siapa yang ada anak mungkin lebih memahami apa yang Kak Elly maksudkan. Tapi Kak Elly ni tak ada lah kejam sangat 24jam suh anak belajar...ada jer masa diorang bersuka ria. Mungkin cara setiap orang berbeza...tapi ini lah cara yang Kak Elly lakukan utk anak2.



Siang ngan anak2....malam spend time dengan Ex Classmate pulak (wine belongs to Ai Leen not me) hahahaha. Kitaorang dah berkawan hampir 21 tahun tak pernah terputus hubungan. Perjumpaan pun cuma setahun 2 kali jer. Kami tetap sama seperti dulu...memasing gelak macam hantu.

Lagi 2 tahun semua akan capai angka 40 tahun...jadi kitaorang dah rancang percutian yang akan datang. Percutian diusia 40 tahun....hahaha. Hanya kami berempat sahaja. Suami2 sila jaga anak dirumah.


Pagi Sabtu tu sepatutnya Kak Elly kena gi Event Nuffnang dengan Kak Pilla...boleh pulak pagi tu Cherry Berry..lembik sekejap.

Tapi kerja tetap kena diteruskan. Tengahari semua kena berkumpul rumah Peej siap kan order untuk customer. Alhamdullilah order tak putus2. Feedback dari customer pun sangat2 baik. Now tengah sibuk top up stock...tak nak terjadi kes orang nak beli tapi barang tak ada. Siapa nak jadi Agenty tunggu yaaaaaaaaaa.........

Tengah sibuk2 buat kerja tetiba Peej bersuara...korang lepas anak Elly habis exam UPSR kita bercuti jom...badan dah tak larat. Tak henti2 bekerja jer. Iyo badan aku pun dah tak larat Peej tunggu masa jer nak bercuti ni.



Tak dapat nak duduk lama rumah Peej sebab sibuk nak ambik si kenit ni dari latihan. Nasib dapat kawan2 yang memahami. I lap u lah...



Sunday awal pagi dah bangun....teman En Win cari barang Office pulak kat Ikea. Huaaaaa bila lah agaknya dapat bangun pukul 10 pagi. Dari Khamis sampai ahad tak henti2 bertugas. Dah settled cari barang tengahari tu hantar si Kenit gi class pulak. 



Sempat curi masa urut kaki...dapat tidur 1 jam pun jadik lah. Lantak orang sebelah dengar aku berdengkur. Letih giler ya...



Settled Foot Massage bawak Yaya jumpa kengkawan dia pulak. Harus mama kena teman kan walaupun terpaksa makan seorang diri di hujung table. 

Bukan tak percayakan anak2 cuma macam mana sibuk pun kita jangan sesekali terlepas pandang. Zaman sekarang bukan macam zaman dulu2. Kalau dulu darjah 6 naik bas mini sorang2 pun tak ada hal. Zaman sekarang cuba test tengok anak2 korang sampai tak kat rumah...hahaha. Mmg tak lah bagi Yaya keluar sorang2 jumpa kawan2...walaupun pergi berhantar balik dijemput. Dalam masa nak menunggu waktu balik tu tak tahu apa budak2 ni buat.

Yaya dan kawan2 dah terbiasa dengan cara Kak Elly ni. Diorang tetap berborak dan bergurau macam biasa. Lantak lah korang nak bercakap apa2 pun janji mama ada di mana2...hahaha.








9 comments:

saisyahk said...

Faham sgt perasaan tu. Kita as a mom mmg nak bagi yg terbaik. Walau ditakdirkan x dpt result yg kita nak tapi kita puas hati sbb dah provide everything to them. Insyaallah Yaya akan success nanti.

Fairuz Jaafar said...

Bertuahnya anak-anak kak elly :) ada ibu teman di mana-mana.

LadyOfGee said...

i love your spirit sis!!! :D

Afidah Azmi said...

Kitew yang baca ni pun terasa tahap letih akak tu..
sabar kak,Setiap usaha ada kejayaan.
Tak sabar nak jadi agent akak sebenarnya..Dah berbulan tunggu ni..

pink said...

Salam and hi kak Elly!
1st time ni comment kt blog akak, selama ni silent reader je.
hehee
Cara akak ikut anak akak ke mana2 je tu mmg style mama sy, ingat dulu kalau camping area kl selangor parents selalu dtg intai malam2 depan tempat camp tu or keluar dengan kawan study group mesti follow or tk pun dtg rumah saya.
Till now Alhamdulillah saya takde rasa malu or segan and saya bangga parents saya treat saya mcm tu. Cuz i knw one day insyaAllah if sy ada anak saya akan treat the same way my parents did to me.:)

hatim a.r said...

Berkorban masa tenaga untuk keluarga, dibuat dgn ikhlas kira ibadah tu kak elly. Untunglah pahala berkoyan koyan!

mamabeauty said...

super mom gitulah kan
walau mcam mana letih pun still ingat anak2 n keluarga

Liyana said...

good luck kak elly.. nt ank2 dah besar.. nak praktik mcm ni la... mak yg cool haha

shahira yasin said...

bila masa adik ipar cakap camtu..Mak mertua jer yang cakap sebijik camtu. Adik ipar x pernah campur. Cuma cakap "Shira x penah dapat 5A walau pun nen suruh tuisyen". pls2 fitnah ni hahahaah.