Nuffnang Advertisement

Thursday, March 12, 2015

Photoshoot Majalah


Dalam dunia perniagaan ni benda yang paling penting kita kena susun dan atur adalah bahagian marketing. Kalau tak buat marketing sampai bila2 lah orang tak tahu apa yang kita niaga kan. Ada marketing yang memerlukan duit dan ada marketing yang hanya menggunakan penulisan dan kata2 sahaja. Depends cara yang mana paling berkesan utk sesuatu produk.

Alhamdullilah...so far perniagaan Produk Ellfie mendapat sambutan walaupun baru sebulan lebih. Order masuk setiap hari...nak ucap terima kasih sangat kat korang sebab percayakan produk Ellfie. Kami bertiga akan berterusan promote produk Ellfie dan InsyaAllah kami akan pastikan produk kami setanding dengan produk2 kecantikan yang lain.

Menjalankan sesuatu perniagaan bukan perkara yang mudah. Kami bertiga mempunyai cara dan idea tersendiri. Pendapat dan pandangan masing2 selalu berlainan. Disini kami kena ada sikap terbuka dan menerima pendapat setiap sorang...kerana masing2 mengeluarkan modal dan mereka berhak utk menyuarakan pendapat. Tapi dari awal kitaorang dah berjanji jangan ada sikap tikam dari belakang. Tak puas hati sila suarakan. Bagi semua pihak dengar dan tidak terasa hati.

Peej dah awal2 cakap dia hanya hendak bekerja dibelakang tabir. Aku dengan Filla yang akan kedepan dan cuba promote sebaik yang mungkin. Tapi tidak bermakna Peej bekerja dibelakang tabir kami ketepikannya...segala keputusan kena ada persetujuan kami bertiga.

Alhamdullilah....minggu lepas aku dapat panggilan dari Majalah Wanita. Mereka bersetuju membantu utk promote kan Produk Ellfie. Kami diberikan satu kolum utk kami cerita kan tentang Produk Ellfie dan kebaikan Produk kami kepada pengguna. Bersyukur sangat....so kali ni tugas aku untuk kedepan promote Ellfie Essence. 



Disebabkan pernah ada sejarah muka pernah menjadi harimau bintang...hahaha. Kali ni kena lebih berhati2 sikit supaya tidak menjadi harimau kali kedua. Of course Kak Elly gunakan khidmat Jijie sekali lagi.



Hasilnya...terus ada rambut gulung2 di tepi. Selfie 80 kali sebab teruja dengan muka sendiri. Bapak aku kat tepi asyik tunjuk isyarat dan muntah atas pinggan...hahaha.



Photoshoot kali ni Mak dan Kak ngah turut serta sempena Hari ibu untuk keluaran bulan May nanti. Kak Ngah pun diberi peluang utk promote butik pakaian yang baru dibuka.



Letih ya sebab Mak tak pandai tersenyum depan camera. Tetiba mak jadi kaku dan senyum macam robot....hahahaha. Dekat 1/2 jam ajar mak cara senyuman yang iklhas. Tak jadi tetap kaku jer. Cuba korang tengok cara senyuman diatas lepas tu salah pandang camera...camno tu....hahahaha




Bila hantar gambar ni kat group terus Filla reply "Ly aku suka sebab kau nampak macam pompuan kayo"...hahaha. Takde kena mengena ya Filla. Kayo dengan jual produk. Kau tunggu turn kau kena photoshoot nanti.



Ini gaya ala2 wanita bekerjaya. Wah! hebat sangat ni.



Dan akhir sekali dengan gaya yang lebih santai.

Ok nak ucapkan terima kasih banyak2 kat Majalah Wanita kerana bagi kami peluang dan ruang utk kami promote kan Elffie Beauty. Thanks jugak kat Jijie sebab datang awal pagi make up kan kami bertiga. Korang jangan lupa beli ya ada hadiah menanti.


4 comments:

Nurzakiah Hanum said...

comelnya sis
bestnya ada product

Bluehoney Ena said...

Congratssss.. semoga terus success elly and friends! :)

-anidaothman- said...

kakeli vouge sangat.....
nampak JELITA abissss....

tralalalalala ^__________^

Sue said...

k.elly..ni rumah k.elly ke? mcm lain pulak dr yg biasa tgk..maybe ruang lain kot.. nk rekues bole??? nk tgk deco rumah hihihi..wallpaper blkg sofa tu plssss