Nuffnang Advertisement

Tuesday, March 17, 2015

Gymnastic Ameera


Aku tak sangka dari hantar suka2 tetiba boleh jadi satu aktiviti yang sangat2 serious buat Ameera. Kalau dulu Class Ballet aku suka jer ponteng2...haha tapi class ni jgn berani buat perangai ya.

Latihan gila tough...weekend kena berlatih 3 jam sehari. Belum lagi cuti sekolah tiap2 hari dari 9 pagi sampai 5 petang. Jangan harap nak gi bercuti mana2 sebab budak ni macam2 pertandingan kena masuk nanti. Sampai gi overseas pun ada ya.

Kalau rasa tak boleh bagi full commitment jangan masuk kan anak2 korang. Ini pun aku dah telan2 ailio...aku dah book untuk trip bulan 11 dan 12. Belum bagi tau cikgu lagi...tunggu nanti2 bila ada kekuatan aku bgtau ....hahaha.



Nak tabik spring kat budak2 ni semua. Korang tahu tak kadang2 diorang ni datang class awal terus ambik bola berlatih sambil badan terlentik2. Tak ada istilah gossip dulu sementara cikgu sampai...hahaha. Berlatih sendiri2 kalau ada kawan buat sama2. Tolong each other...gitu konsepnya,



Adoi...dia yang buat aku yang rasa sakit. 

Kena sentiasa berlatih sebab akan ada exam 2 kali setahun. Ini bukan aktiviti suka2 ini aktiviti yang serius sampai aku pun naik risau takut Ameera tak boleh terima. Tapi budak kecik ni macam relax jer...macam tak ada hal berlatih tiap2 hari. Siap cakap nak jadi wakil Malaysia satu hari nanti.....amin

Ini memang sukan kegemaraan Ameera. Kat rumah mmg tak berhenti berlatih. Duduk tak sampai 5 minit tetiba kaki dah letak atas kepala...huiishh ngeri ni.



Kau nengok ngeri tak ngeri...cikgu siap tarik kaki tu sampai belakang kepala. Tapi budak tu relax jer macam tak ada perasaan...hahaha. Aku yang kat tepi mata tak kedip2 pandang siap package telan2 ailio sekali....hahaha.

Aktiviti macam ni anak2 korang kena ada minat. Jangan paksa sebab kalau paksa nanti budak2 tak seronok. 




Waktu aku repost gambar ni...aku siap tag Ameera suh tgk cara diorang berlatih.



Tetiba Cikgu reply yang barisan ketiga tu Ameera. OMG!! terus rasa nak menangis. Tak sangka anak aku sehebat itu. Huhuhu....




Sekarang tengah survey2 nak buat baju untuk exam bulan 6 ni. Mata dah rambang...semua cantik giler. Terus berangan Ameera pakai baju ni sambil nari2 pegang rope...huaaaa cantik nyer.

Untuk semua student Ms Dina selamat berlatih ya walaupun tgh cuti sekolah. Ameera jangan malas2...mama alwiz support u Laling!!

5 comments:

Nurzakiah Hanum said...

tentu anak sis suka

SSulieana said...

tak sabar nak tgk ameera dlm tv(wakil malaysia)...mesti comel dan lincah...InshaAllah

aida aidanisme said...

fuhh... terus rasa nyilu kat peha sendiri... hebat betul ameera

farhanasulaiman said...

Top right kak elly..hehe santekkj

Yatie said...

WOW....keep it up....
kepala kat bawah kaki split kat atas... I surrender...
kalau kaki split kat dinding mungkin boleh bertahan sekejap kot...hehehhee