Nuffnang Advertisement

Wednesday, March 4, 2015

Berkecamuk


Korang pernah tak ada perasaan yang berkecamuk. Tak tahu nak nangis ker, nak ketawa ker, nak diam ker atau nak buat bodo jer. Ada benda yang nak diluahkan tapi tak tahu nak luahkan apa. Macam ada benda yang berbuku jer kat hati tapi tak tahu apa benda tu...hahaha. Dah giler agaknya aku ni.

Rasa macam nak hug jer En Win tak nak lepas2. Rasa bila dalam dakapan suami semua masalah selesai. Tapi tak kan 24 jam En Win nak peluk aku mau kena tendang ke tepi nanti. Perasan berbuku macam ni sejak Bapak En Win meninggal dunia. Aku stress sebab pelik kenapa En Win tak nangis. Aku pelik sebab dia lah yang paling rapat dengan arwah. Dah macam BFF. Kalau waktu arwah sihat dia lah teman berborak dan teman lepak En Win. Waktu arwah sakit dia lah suap makan, dia lah mandi kan, dia lah potong kuku, potong rambut dan bawak kemana sahaja arwah nak pergi walaupun arwah tak boleh berjalan lagi...En Win tetap angkat arwah masuk kan kedalam kereta dan berjalan berdua sambil berborak2.

Waktu arwah menghembus kan nafas terakhir hanya mak En Win disisi. Waktu tu En Win tengah ambik anak2 balik dari sekolah. Waktu berita disampaikan En Win tenang setenang2 nya. Setitik air mata pun tak keluar. Sampai di hospital En Win hanya berdiam diri sahaja. Urusan jenazah semua dilakukan di hospital sebab En Win tak ramai adik beradik. Semua ada tugas masing2....bila semua tugas selesai aku kembali ke Hospital. Sebelum tu aku ada mintak Radie utk teman kan En Win dihospital...luluh hati aku tengok hanya En Win, Radie dan 2 orang pekerja yang uruskan jenazah. Dia lah mandikan jenazah, kapankan dan sembahyang jenazah. Tapi still setitik air mata pun tak keluar dari En Win.

Cuma waktu arwah dikebumikan...sewaktu kain kapan dibuka dibahagian muka...waktu ini lah En Win tenung arwah agak lama. Aku yang kat tepi tu dah meleleh2 air mata. Tapi En Win masih tidak mengeluarkan airmata...why...why...why.

Dua hari lepas aku kuat diri tanya En Win kenapa dia tak menanggis...aku tak puas hati. Aku tak nak kesedihan tu berbuku dihati...aku nak dia luahkan.

Aku: Pa...i pelik lah kenapa u tak nanggis waktu Papa meninggal. U tak sedih ker Pa?

En Win: Ma...I yang jaga dia. I tahu betapa sengsaranya Papa menanggung kesakitan. I tahu betapa kecewanya Papa bila dia tidak boleh berjalan lagi. I tahu Papa menderita. 

Bila dapat tahu Papa meninggal...I rasa bersyukur sebab ujian dia didunia telah tiada lagi. I tak sedih sebab I dah puas jaga Papa. I dah jalan tugas I sebagai anak. Biarlah Papa berbahagia disana. Kembali ketempat asalnya.


Walaupun dah dapat jawapan dari En Win tapi hati aku tetap rasa kecamuk..nak cakap penyakit wanita setiap bulan bukan sebab baru jer lepas. Ker sebab aku banyak benda sangat berfikir, ker sebab semua benda aku nak buat. Meh....lah solat taubat, selawat dan bagi hati semakin tenang.

Al-fatihah untuk arwah.



Diriku yang dalam keletihan 


19 comments:

mamabeauty said...

its true tu Elly, maybe En. Win dah puas jaga dan dia rasa dah terbaik bagi selama ni jaga mkn minum segala..

InysaAllah all is well... banyak doa n sedekah utk arwah..

Nazima said...

Salam kak elly. Maaf tapi bila ye FIL kak elly meninggal? Takziah ye..

Ain Ibrahim said...

Pesan Murabbi,

Bila emosi kita sering terganggu, rajinkan berwudhuk dan beristighfar.

Bila hati dan jiwa gelisah, banyakan berdoa dan bersukan (beriadah).

Bila dalam keadaan stress atau tertekan, sering menyebut "la haula quwwata illa billah".

Just sharing kak. Semoga akak kembali tenang :)

Ain Ibrahim said...

Pesan Murabbi,

Bila emosi kita sering terganggu, rajinkan berwudhuk dan beristighfar.

Bila hati dan jiwa gelisah, banyakan berdoa dan bersukan (beriadah).

Bila dalam keadaan stress atau tertekan, sering menyebut "la haula quwwata illa billah".

Just sharing kak. Semoga akak kembali tenang :)

Nurzakiah Hanum said...

banyakkan sedekah utk arwah

Filla said...

ko suka kan bagi aku nangis pagi-pagi nie..

Chekgu Azrine said...

Al fatihah utk arwah ayah hubs kak engku..
Semoga rohnya tenang dan dicucuri rahmat

Allene typicalmommy said...

perempuan lebih beremosi. dlu masa arwah ayah mertua meninggal pun husband lin tak menangis... uhuhu lelaki lain sikit jiwa dia...

surizan abdghani said...

Waktu fil sy meninggal suami sy pun x nangis.sy tau dia sedih.dlm keluarga suami ank tunggal lelaki.sejak ayah sakit suami bnyk jaga ayah.sejak ayah x ada suami kutip baju2 yg arwah selalu pakai n suami pakai.sy tau suami rindukan ayah tp dia x pernah ckp.arwah sgt2 baik.xpernah kecewakan ank menantu.ada je buah tangan dibawak balik setiap kali balik keje.alfatihah utk mereka yg telah pergi

A.I said...

Takziah...
aku paham kot perasaan en win tu sbb abah aku meninggal pon lebih kurang gitu la. aku syukur sbb dia dah tak rasa sakit kt dunia ni. perginya pulak betol2 hari Jumaat & bulan puasa. Aku dapat peluk dia smp dia putus nafas...aku bersyukur. lps tu baru bila rindu aku nanges beb :(

ease elias said...

salam kak elly, ini la erti sebenar 'redha'..redha bermaksud menerima dgn tenang dan sabar dlm kesedihan..menerima qada dan qadar..seetengah orang cam ckp aku redha..aku redha..tapi dok melalak bagai...ni baru betul2 redha..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, Elly.. bila kita sudah terlalu lama menjaga orang sakit perasaannya memang begitu.. sedih tu ada.. tapi mungkin sebab kita sudah imun melihat kesakitannya selama bertahun-tahun. Apapun syukur kerana En Win berpeluang berbakti kepada bapanya semasa sakitnya.. Al-Fatihah kuhadiahkan..

fayreen mizan said...

Dalam hati En. Win siapa yang tahu. Sikit sebanyak mesti dia rasa kehilangan.

ummisara said...

Salam elly,

i baru dapt tahu bila baca blog pilla.
salam takziah utk u sekeluarga.

i respect en. win. dia dah buat tanggungjawab dia sebagai anak dengan sempurna.

take care.

mrs kayrul said...

takziah kak elly...moga en win kuat semangat...

Atie said...

Betul mcm En.Win cakap K.Elly..dia tak sedih sebab dah jalankan t/jawab sebaiknya sebagai anak..saya setuju sebab saya pernah tengok anak yang tak berapa ambil berat pasal ibu/bapa menangis beria2 tapi anak yang selalu jaga ibu/bapa tu tenang saja.

ummi_khalish said...

semoga syurga tempatnya..Al fatihah...
..bila hati tidak menentu..berzikirlah walau satu ayat..in shaa Allah..stay strong kak elly..

noor aini Anwar said...

Sebab jiwa kosong...

Miss Moon said...

Salam elly

Aku rasa Win dah puas hati dapat jaga arwah n nampak dia sakit tuh amat la tak sedap di hati

Talib pun sama ...masa Norma meninggal dia langsung tak nangis . Aku plak yg hover mencurah2 cam paip pecah .

Rupanya mcm win kata dia rasa lega sebab penderitaan arwah dah tak ada . Tak sanggup nak tgk arwah sakit .

Dan rasan arwah akan di tempatkan di tenmpat yg lagi bagus .

Aku kadang pun cam tuh elly ...banyak masalah melanda . Aku plak kes semer masalah org jadi masalah aku . Pas tuh aku stress . Aku cuba hiburkan hati pujuk hati n paksa hati utk be +ve tapi kadangkala aku tewas ...aku jadi lembek . Aku rasa cam ada seketul batu tersekat kat dada aku . Tak tahu nak luah kan

Last nite i talked with my friends n dia org advice banyak . Benda2 yg dia org ckp tuh banyak menyedarkan aku and im so happy sebab finally aku luahkan n nangis for no reason ..lepas solat pun nangis tak tahu napa .

Hope nko pun akan dapat luahkan apa yg terbuku di hati n menjadi tenang kembali . A reminder for my self too .

Kadang Allah bagi kita ujian n cabaran utk kita mengadu padanya . Mungkin kita dah lama tak luahkan . mengadu n menangis padanya . So aku dengan tak malu nya telah meluahkan segalanya di tikar sembahyang ...walaupun tak la lega 100% but aku percaya aku kena buat banyak kali lagi so that everythuing will go out slowly Insyaallah . Just sharing with u sebab aku seminggu dua nih banyak sungguh masalah ngan adik beradik nngan family semua .

love u ELly ...moga Allahyarham tenang di sana . Hugs