Nuffnang Advertisement

Thursday, March 19, 2015

Belajar selami perasaan orang lain


Kita manusia tak pernah lari dari membuat kesilapan. Tapi yang paling penting kita sedar kesilapan dan cuba perbaiki. InsyaAllah kita akan menjadi lebih baik. Abah selalu pesan ubah perangai tu sebelum mencecah 40 tahun….kalau tak diubah sampai ketua lah perangai tu berkekalan. 

Kak Elly jenis yang jarang peduli hal orang. Lantak lah nak buat apa pun janji tak usik keluarga dan kawan2 rapat Kak Elly. Rasanya tak perlu kot kita sibuk hal orang melainkan diri kita ni benar2 sempurna. Tapi cuba soal dalam diri kita….sempurna kah aku sampai boleh menegur orang lain?? Boleh menegur tapi biar kena caranya agar pihak yang satu lagi tidak tersinggung.

Cuba ubah fikiran tu sentiasa kearah positif maka positif lah kita bila memandang sesorang itu. Kalau dalam jiwa itu sentiasa negatif maka negatiflah setiap orang yang kita pandang itu. Zaman kutuk mengutuk…gosip tepi tangga ni dah lama berlalu. Rasanya tak perlu kita berbincang atau berdiscuss tentang orang lain. Baik duduk fikir tentang keluarga sendiri…ya dak!! Ubah menjadi lebih baik bukan menjadi lebih tak baik.

Abah selalu pesan 'Cermin Diri' sebelum kita cermin orang lain. Kita tak tahu perasaan orang yang kita cermin itu ada ker betul seperti apa yang kita katakan. Cukup2 lah tambah dosa, dosa yang lain pun tak tertanggung rasanya. Cuba selami perasaan orang yang kau kutuk tu dan benda yang sama terkena dekat ahli keluarga terdekat atau diri sendiri macam mana lah agaknya ya. Ingat dunia ini bulat. Ada masa kita berada di atas dan ada masa kita berada dibawah. Selami hati seseorang sebelum kita membuka mulut. Jadi manusia yang lebih matang bukan menjadi seperti budak kecil yang tidak boleh berfikir.

Kita tidak tahu perasaan seseorang itu selagi kita tidak melalui apa yang pernah dia lalui. Jadi jangan sentiasa memandang negatif kepada seseorang jika kita tidak tahu siapa diri mereka yang sebenarnya. 

Orang yang dikutuk semakin maju….orang yang mengutuk semakin mundur kerana orang yang suka mengutuk jelas mereka cemburu dgn kehidupan orang lain dengan erti kata lain 'dah tak ada kerja asyik skodeng jer hal orang'. Siapa terasa statement ni mintak maaf lah ya….bila usik orang tak ingat pulak perasaan orang tu macam mana….tapi bila orang cuba tegur sikit jer pasal korang pandai pulak berapi2 perasaan tu. So be positif supaya minda anda lebih sihat dan diri menjadi lebih sempurna.

Nasihat untuk diri sendiri!!



6 comments:

Nurzakiah Hanum said...

inshaallah

kathy jem said...

Setuju sangat dengan apa yang ko tulis ni..

Atie said...

Terima kasih K.Elly atas nasihat..suka sangat..insyaallah sentiasa muhasabah diri untuk ke arah lebih baik..bukan baik dimata manusia tapi lebih baik dimata Allah SWT:)

Mrs.Wanida said...

saya pun rasa dan dah laluinya. Kebetulan kita update benda yang sama.

Mrs.Wanida said...

Saya juga rasa dan laluinya. Kebetulan pula update cerita yang sama.

zeera lily said...

setuju sangat dengan statement ni sis..

angkat sepanduk tinggi2

blogwalking invitation to blog zeera :
http://belogzeera.blogspot.com/