Nuffnang Advertisement

Wednesday, March 18, 2015

Belajar dari kesilapan...


Kak Elly ni bukan lah seorang ibu yang baik, bijak atau pandai sangat menjaga anak2 dan Kak Elly selalu sedar yang Kak Elly perlu banyak bertanya atau membuat  rujukan untuk menjadi Ibu yang terbaik utk anak2.

Kak Elly tak nak cakap tentang sesiapa...Kak Elly nak cakap tentang diri Kak Elly sendiri apa yang Kak Elly lakukan pada anak2 dan Kak Elly selalu rasa itu lah yang terbaik untuk mereka. Hantar anak kesekolah, beri makan dan pelajaran, hantar ke tuisyen, bercuti dan sebagainya. Bila Kak Elly bagi semuanya Kak Elly mengharap balasan dari anak2 supaya menjadi anak yang bijak dan sentiasa mendapat markah yang tinggi disekolah. Kak Elly tak pernah pedulikan perasaan mereka "mama dah bagi semua yang korang nak...korang kena belajar pandai2" gitu konsep aku dari dulu. Apa yang Kak Elly tekan kan dalam hidup nak berjaya kena pandai dalam pelajaran sebab Mama dulu tak pandai jadi mama nak anak2 berjaya. Bila anak2 tak dapat markah yang cemerlang Kak Elly akan kecewa dan salah kan diri sendiri. Anak2 menjadi takut dan rasa kurang selesa bila berbincang soal pelajaran TAPI itu duluuuuuuu....now Kak Elly cuba belajar dari kesilapan.

Dalam hidup kita ni yang paling penting adalah kebahagiaan, kecerian dan kesihatan of course Agama adalah tunggak utama dalam segala benda. Dari hari kehari Kak Elly cuba belajar dari kesilapan dan selalu merujuk pada pakar2 dan bukak you tube tentang bagainama handle anak2 yang semakin membesar. Salah satu paberet rujukan Kak Elly adalah nasihat dari Prof Dr Muhaya. Kalau dulu Kak Elly mementingkan A dalam pelajaran sekarang tidak lagi. Kak Elly lebih bersikap terbuka...kalau berjaya Alhamdullilah kerana sekarang focus Kak Elly ingin menjadi Ibu yang terbaik di dunia dan akhirat. Kak Elly inginkan kebahagian, keceriaan dan memberi imej postif utk diri dan keluarga. Tapi bukan perkara yang mudah sebab kita dibesarkan dengan fakta "Pandai dalam pelajaran akan berjaya bila besar nanti"

Kak Elly nak share sikit dengan korang video kat bawah ni supaya kita para ibu sama2 belajar dari kesilapan. 

1. Anak2 yang dibesarkan dengan pujian akan belajar tentang keyakinan diri. Anak2 yang dibesarkan dengan kritikan akan berasa rendah diri dan kurang keyakinan diri. Bila ada perkara negatif dalam diri mereka akan berasa saya tidak pandai, saya tidak bagus terutama sekali bila kritikan dari ibu bapa dan guru2 akan membuat anak2 semakin mundur. 

Contoh perangai aku dulu bila Yaya tunjuk result dalam pelajaran "Apa ni Yaya BM pun boleh dapat B...mama hantar tuisyen Yaya buat apa...susah sangat ker nak belajar" bebel dan terus membebel

but now Kak Elly cuba ubah

"Good job darling takpe Yaya belajar lagi...nampak ni sikit jer lagi nak dapat A. Takpe buat latihan sure Yaya cemerlang nanti" bercakap dengan senyuman. Walaupun hakikat susah utk untuk bersikap macam tu tapi Kak Elly kena cuba 

2. Cuba kaji balik sikap kita. Kalau kita seorang yang suka mengkritik, suka cari salah orang, tidak pernah bahagia, payah nak senyum dan cuba kaji balik bagaimana cara kita dibesarkan. Cuba hentikan ajaran mak dan ayah kita dulu dan belajar dari kesilapan.

Betul dan tepat sekali fakta kat atas ni. Mak dan Bapak Kak Elly dulu jarang tunjukan kasih kasih sayang kepada anak2. Dengan erti lain sayang tapi tak nak tunjuk. Sayang dalam hati jer. Jadi Kak Elly sebagai anak tak tahu tahap mana ibu dan ayah menyanyangi kita. Jarang dapat ciuman dan pelukan dari seorang ibu dan ayah. Bila hari raya pun malu2 nak peluk. Bila tgk sekeling bagaimana orang lain berkasih sayang timbul sikap cemburu. Jadi Kak Elly cuba belajar dari kesilapan yang pernah ibu bapa Kak Elly lakukan dulu. Kak Elly dan En Win besarkan anak2 dengan penuh kasih sayang dan tunjuk kan bagaimana kita sayangkan mereka. Alhamdullilah Mak dan abah pun dah berubah dah tak malu2 peluk dan cium anak2. Jangan salah kan ibu bapa kita mungkin cara diorang dibesarkan begitu.

3. Ada dua perkara penting yang kita perlu ada Penghargaan dan Contoh yang baik
Sentiasa memberi pujian kepada anak2. "Mama bangga dapat anak macma Yaya dengan adik baik, pandai, hormat orang tua"  Kalau kita focus dan mencari kesalahan anak2 salah lah yang akan timbul dan ini punca kemarahan anak2 kepada ibu bapa. Cuba tangkap anak kita buat benda yang betul dan banyak lah benda betul dan baik yang kita akan dapat.

Ya saya mengaku selalu menangkap anak2 buat benda yang salah dan berulang kali marah benda yang sama tapi tetap tak ada berubahan. Kali ni nak cuba tangkap anak2 buat benda yang baik sentiasa beri pujian kepada mereka agar kebaikan ni dia buat berulang kali.

Thanks Prof Muhaya saya akan cuba praktikan. Sikit2 lama jadi bukit. Nanti Kak Elly share lagi ya





11 comments:

Nurzakiah Hanum said...

pengalaman mendewasakan kita

Fairuz Jaafar said...

Suka entry kak elly yang ni :)

anak-anak ada bakat tersendiri tidak semestinya dalam pelajaran.

Saya suka belajar, setiap kali cemerlang mesti mak puji melambung :)

tapi bila kerja, tak dapat sokongan dalam bidang yang saya minati. Stress pulak jadinya :)

Redha ibu penting untuk berjaya kan.

Norma NML said...

Setuju tu Elly..lagipun pemikiran anak2 kita advance dari umur..bebelan tak mmg berbaloi..nasihat dgn lembut dan kdg2 tegas lagi baik :)

Alueyah said...

Kak elly, yg paling penting agama kan..kalau anak tu cukup basic solat semua insyaallah Kat mana pon diorang ttp akan ingt batasan kita org islam dan akan jaga maruah ibubapa sampai bila2..doa2 kak elly..luv u

Afidah Azmi said...

Sharing is caring..
Betul tu akak..Kalau kita marah2 pun tak ada guna jugak.Benda dah lepas.So untuk masa depan kita kenalah cakap yang perkara yang diaorang rasa sedap hati dan nak cuba lagi kan

Ummul Azkee said...

betul tu...kita manusia,xsempurna..saya pun byk blajar dr prof dr muhaya.sgt positif!

rohayaroy said...

bagus post kali ni elly banyak manafaat nya.. akak anak dah besar2.. dulu masa anak sulung tak pandai lagi .. now anak no2 dan no3 kita ikut cara ni.. InnShaaAllah

Mrs pink said...

thanks for the tips kak elly. i definitely will apply this to my baby when she's grown up

Shuriana Khamisan said...

thanks kak elly share perkara yg berguna. walaupun sue tak kawen lagi, sekurang2nye bnd2 ni berguna utk masa depan bile dah bkeluarga :)

Yana said...

Betul elly.. Saya setuju ngan entry ini.. Saya memiliki 4 anak lelaki dan 2 anak perempuan yang makin membesar.. saya dan suami pun selalu praktikkan dengan cara memberi pujian pada anak2 jika mereka rajin.. Alhamdulillah anak2 saya tak banyak songeh dan mendengar kata.. Malah mereka akan lebih bersemangat bekerjasama antara mereka jika mengemas rumah or buat kerja sekolah.. Dulu masa mereka kecil selalu gak saya membebel maklumlah nakal2 dan lasak tapi sejak mereka dah ke arah remaja nie, suami selalu pesan jangan banyak membebel jika menegur tapi banyakkan bercerita dan tackle hati mereka dengan selalu berbual dan berbincang tentang rutin harian mereka.. Dan saya pun lagi 2 tahun akan berumur 40 tahun.. so saya pun ingin berubah sikap ke arah yang lebih positif seperti yang elly sarankan.. Insyaallah.

. said...

terima kasih puan..