Nuffnang Advertisement

Friday, February 6, 2015

Papa semakin uzur


FIL semakin uzur...dah tak ada tenaga untuk bergerak pun. Sudu pun tak larat nak suap kat mulut. Masa banyak dihabiskan kat atas katil. En Win akan mandikan Papa seminggu dua kali. Benda lain banyak diuruskan oleh Mak.

Sabtu lepas decide Papa bawak keluar jalan...kesian asyik duduk jer kat bilik terbaring atas katil. Ramai2 angkat letak atas wheel chair. Bagi hirup udara segar. Papa sekarang tak banyak cakap macam dulu...hanya mampu pandang cucu2 bermain depan mata.



Bawak tempat makanan paberet papa. Dulu2 asal dapat gaji kat sini dia bawak anak2 makan. Cepat betul masa berlalu kan..huhu



Ini ahli kumpulan baru keluarga Yasin. Penyeri dalam keluarga. Manja sangat ni sebab semua orang tertumpu kat dia jer. Tapi sayang Papa hanya mampu pandang jer cucu dia yang baru ni. Si kenit ni pun pandai kalau nampak atuk dia bukan main tersengih2.



Papa semakin kurus...kalau korang nak tahu ini lah last kitaorang bawak Papa keluar makan selepas balik dari restaurant ni keesokan harinya kaki Papa semakin mengeras dan tidak boleh bergerak lagi. Duduk pun dah tak mampu...tenaga semakin lemah. takpe cita2 papa tercapai nak makan restaurant kegemaran nya.



Keluarga kecil En Yasin. Alhamdullilah mak sihat dan masih boleh menjaga Papa



Tuan Belog dan keluarga



Hari tu Papa teringin nak makan Oxtail Soup dan Mee Hoon Soup. Selera terbuka pulak hari tu. Jadi kita bagi jer lah...tak nak control sangat bagi apa yang Papa nak makan hari tu. Tak habis pun makan pun berapa sudu jer.



Lumrah kehidupan...yang muda akan tua. Yang sihat akan sakit itu semua ujian dari Allah. Semoga Papa di permudahkan segala2Nya...Amin



11 comments:

A.I said...

semoga diringankan sakit pak mentua kau & diberi kesihatan yg baik...amin YRA..

Norma NML said...

Bila tegok FIL Elly, teringat arwah ayah..sedihnya..semoga FIL kembali sembuh seperti sediakala..inshaaAllah..

Nazima said...

Lumrah kehidupan kak elly..Yang anak masa ni la nak berbakti kan..selagi ada hayat ibu bapa kita..Btw, tu cozy ampang park ke?

AMIIZAA said...

salams elly, tersentuh dengan kata2 elly.....saya doakan moga FIL sentiasa dalam lindungannya. AMin

FaiiYatt said...

Salam kak elly, mak saya pun sakit jugak..sudah terbaring, terlantar saja..tak boleh gerak tangan, kaki semua..cakap pun tak boleh..cuma mata & gerakkan kepala sikit2 je..bukan strok, bukan apa..masih mencari penawar yang serasi..Semoga papa kakak beransur sembuh ye..InsyaAllah.

Azura Aziz said...

Sedih pulak bc entry ni. Teringt kt arwah ayah. Semoga fil diberi kesihatan yg brtambh baik.

ahmad said...

Semoga diberikan kesihatan yang baik .

Singgah sini

Belajar SEO

Kain Cotton Cantik2

Jemput Singgah yer..

aini ismail said...

Semoga FIL kak Elly sembuh hndaknya..

http://mommasuci.blogspot.com

nor said...

Don't publish this but baca utk pengetahuan

http://m.bbc.co.uk/news/world-latin-america-31159622

nor said...

http://www.npr.org/blogs/parallels/2015/02/07/384331225/rich-in-oil-venezuela-is-now-poor-in-most-everything-else

Fyi

Need not publish.

Supaya boleh agak apa masa depan sekarang...

So please.please.think betul before nak berhenti...sebab perniagaan masih muda..savings and reserves tak bnyak

mamabeauty said...

semoga cepat sihat your FIL..