Nuffnang Advertisement

Wednesday, February 11, 2015

Karaoke


Aku pun tak ingat bila gi Karaoke ni tapi hari cuti lah. Boleh jer kalau nak check tarikh kat calender tapi aku malas...lagipun bukan penting pun...korang bukan nak tahu sangat pun kan. Jadi baca jer lah ya...kalau aku tipu atau gebang pun korang bukan perasan pun...kahakah. Tak2 Kak Elly tak tipu itu berdosa ya.

Sebelum Kak Elly start bercerita nak share sikit ngan korang about Ellfie. Ramai dok wassap tanya mana lebih bagus Tabita ker Ellfie... mana lebih cepat cantik? eh! melampau sangat soalan korang ni...hahaha. Jawapan dia korang boleh refer kat sini Mana lagi best . Baca entry Peej supaya korang dapat bezakan Tabita dengan Ellfie yek. Jawapan ikhlas dan jujur dari adik peej.

Berbalik cite karaoke ni...agak susah sikit nak berkumpul ramai2  memasing busy jer memanjang. Bini2 ok jer...Laki yang selalu sibuk. Sesekali dapat berkumpul marilah kita menyanyi sambil melepaskan tension. Bukan lah tension sangat cuba letih ke sana sini uruskan hal produk Ellfie.



Harus melantak dulu sebelum menyanyi. Dah kenyang aku orang pertama menghiburkan teman2 walaupun diorang tak pedulik langsung nak dengar suara aku ...beriya2 aku nyanyi lagu Gerimis Mengundang diorang buat dek jer...nyampah. Penat aku tarik2 sampai tegang urat leher...fine!!



Aku malas nak cakap...dia ingat guna 2 mic suara bertambah merdu. Idok yer Ben tetap kelaut...Nora bagi 2 bintanggg saja untuk persembahan kali ni.



Adoi...ni lagi sorang. Mula2 dengar suara Radie aku ngan Peej dah kembang2 hidung nak gelak. Bukan tak sedap tapi lain bebenor dengan suara bercakap. Radie kalau nyanyi lagu Jamal suara sebijik macam Jamal. Kalau nyanyi lagu Sudirman..eh! tetiba jadi Sudirman pulak...haha



Filla tak nyanyi langsung...sejak Ben bagi dia 1 satu bintang jer dan tak layak kepusingan seterusnya terus dah tak nyanyi2 dah...hahaha

Kitaorang bantai nyanyi dari kul 8 sampai 12 malam. Hambek sampai dah tak ada lagu nak pilih.

Gambar tak banyak ambik hari tu sebab memasing sibuk makan dan pilih lagu...jadi ini jer lah yang sempat Kak Elly share.


*************************************************************************
Ellfie Essence



Kalau tak ada Ben yang menolong angkut barang2 ni lambat lah barang korang sampai nanti. Terima kasih Ben. Selipar pun tak sempat sarung betul2...Saya sangat terharu. 


Siapa yang belum dapatkan Ellfie jangan lupa wassap/sms 
013-2755 197

2 comments:

Nurzakiah Hanum said...

great sis

!EFIL said...

Kat mana ni kak elly? Dapnya nak pg jugak sebab nak makan oysters huhu