Nuffnang Advertisement

Monday, February 16, 2015

Hard Rock


Sabtu lepas macam teringin nak makan tempat best2...nak pakai baju lawa2 sikit. Nak makan proper yang bercakap pun tak leh jerit2...hahaha. Ingat nak keluar lunch time tapi Yaya pulak ada replacement class tengahari tu. Sudahnya makan kul 2.30pm nak menggigil perut aku.

Dah jarang makan tempat best2 dan tak sekerap macam dulu..kalau dulu tiap2 minggu mesti ada jer tempat baru aku cari. Tapi lately ni rasa macam membazir pulak...harga barang semua dah naik. Memang terasa sangat kalau order Mcdonald Delivery pun RM50.00 mesti terbang gaks. Mungkin juga faktor usia yang prefer masak dirumah dan malas nak keluar sebab kena pakai baju cantik2...rasa nak bersolek tu alahai malasnyer...

Semakin budak2 ni dah besar semakin banyak plan aku kena aturkan...jadi mmg kena pandai sikit aturkan kewangan. Tak sabar tunggu Matta Fair bulan Mac ni...hehehe



Haritu decide makan kat Hard Rock Cafe. Tak ada orang pun mungkin sebab dah lepas lunch hour.



Budak berdua yang kejap baik kejap lagi kang salah sorang mesti kena cakar kat muka atau tangan. Bergaduh jer kerjanya. Elok2 tengah praktis menari bersama tetiba aku dengar kakak debuk belakang adik dia puncanya menari tak ikut step jer...hahaha.

Adik ni banyak hal sikit...perangai dia mmg boleh buat hati aku meletop terbakar. Hari tu aku suh dia mandi...dekat 1/2 jam tak keluar...senyap jer bunyi air pun aku tak dengar. Eh! pengsan ker budak ni...aku pun main terjah jer lah bukak pintu tu...korang tau tak apa yang aku nampak. Dia tutup lobang air tu dengan baldi lepastu dia biarkan lantai penuh dengan air dia boleh berenang2 kat lantai tu...huaaaa. Aku cite lah kat Peej anak aku perangai macam tu...Peej cakap dia kecik2 pun berenang kat lantai gaks....hahaha.

Haritu satu rumah bau telur rupanya dia ambik 5 bijik telur pecahkan kat toilet bowl...kulit telur tu dia sorok kan kat bilik air. Mmg busuk lah satu bilik....aku kalau tak larat marah aku saja api2 kan En Win bagi dia naik hantu. Bila En Win dah naik hantu keluarkan tali pinggang aku pulak yang takut...terus suh budak2 tu lari...hahahaha. Pitam kan...

Yaya ada satu perangai yang suka tukar2 baju...bila dia tak tahu lipat balik nanti dia campak bawah katil...campak belakang almari. Suka hati jer main campak2...sesekali kena sport check ngan aku mmg kena lah. Ayooooo macam2 hal!!



Ini pun degil gaks dari haritu aku suh potong kumis tu...dia buat tak tahu jer. Hari tu senyap2 gi beli sikap warna oren tu lepas tu saja jer sikat kumis tu depan aku...pitam sekali lagi. Lantak lah korang malas aku layan....



Burger ni besar sangat so aku ngan abg kumis share berdua...kumis pun tetap romantik gaks makan bersuap2 lagi...aaauuuww



Potato skin share reramai



Adik order Macaroni and Cheese



Paberet Yaya mmg Chicken jer lah.

Ok itu jer nak cite...hahaha

*********************************************************************************




Jom dapatkan Ellfie Essence sebelum harga promosi berakhir. Last promotion price RM110.00 Semanjung / RM120.00 Sabah Sarawak. Sebelum 18 Feb ini. Untuk order Wassap/sms 0132755 197.






6 comments:

Nurzakiah Hanum said...

sedapnya

ease elias said...

kak elly..da mcm p. ramlee dah pun abg toyib tu..pastu musykil nak tnya..telur tu dlm toilet bowl buat apa?

tyneedy said...

hahaha. budak2 ni ingat kita tak tau kot kat mana barang2 sepah ni. walau kat mana sekali pun mak2 akan jumpak punya.

s.h.a.m.s. said...

kak elly ensem la en win ada kumis..hihihi

Kyla Pearlisha said...

hai.salam kenal kak elly.Sedap tgk.huhu.

Syahida Yep said...

that potato skin looks yummy!
comel anak dara 2org tu..selalu gado2 syg ye hehe