Nuffnang Advertisement

Wednesday, February 4, 2015

Ellfie Essence


Bismillahirahmanirahim

Alhamudullilah akhirnya produk skincare Ellfie kami berjaya dikeluarkan….sila berdiri semua dan tepuk tangan ramai…clap, clap, clap…hahaha. Ok sila duduk balik dan teruskan membaca.

Kami mengambil masa berbulan2 untuk menghasilkan produk yang terbaik. Merana muka Peej dan Filla aku kerjakan. Habis berminyak dan tumbuh jerawat. Sedih jer bila tangkap gambar. Kulit muka dan hormon memasing tak sama waktu aku pakai nampak cukup berkesan tapi bila Peej dan Filla pakai perlbagai masalah yang timbul. Dari situ kita cuba kurangkan dan tambahkan bahan mana yang perlu. Aku rasa professor tu pun naik takut nak jumpa kitaorang ada jer nak complain…hahaha. Kesian tgk muka Peej ngan Filla waktu tu kitaorg hampir berputus asa untuk meneruskan. Tapi nasib semangat kitaorang kuat masing support each other walaupun muka sendiri rela diberikan sebagai ujikaji. Setelah hampir 6 bulan kami sangat berpuas hati dengan formula yang digunakan

Setelah trial siap kita bagi pulak kawan2 cuba dan dapat feed back dari mereka. Alhamdullilah semua berpuas hati dan akhirnya ini lah hasilnya….



Ellfie Essence



Cleanser, Toner, Day Cream dan Night Cream

Produk ni sesuai untuk
* Semua jenis kulit
*Semua jenis masalah kulit
*Berkesan dalam 3 - 4 minggu (Bergantung kepada jenis kulit dan hormon)
*Sesuai untuk semua peringkat usia

Produk ini membantu masalah kulit dari segi 
*Masalah kulit rona tak sekata 
*Mengatasi dan menyembuhkan masalah jerawat
*Memudarkan pigmentasi
*Mengurangkan kesan tanda rekahan dan pori terbuka
*Membantu mencerahkan kulit
*Memperbaiki kulit kusam
*Kulit tidak berminyak 

Apa yang aku tulis kat atas ni semuanya benar bukan bohong ya. Aku bukan copy paste ayat produk yang lain….korang boleh tengok sendiri testimoni di bawah ni…Peej & Filla jugak ada share testimoni. So korang boleh click blog Peej dan Filla untuk tengok testimoni yang lain. Setiap kami mempunyai testimoni yang berlainan.


Testimoni Kak Elly

Sebelum menggunakan Ellfie kulit muka tak sekata dan banyak pigmentasi. Korang boleh tgk entry lama2 macam mana muka Kak Elly. Cuba korang compare kan dengan muka sekarang. Memang banyak beza sangat setelah menggunakan Ellfie. Rona kulit menjadi sekata, kurang berminyak dan kulit tidak kusam lagi.

Tapi perlu diingkatkan untuk mendapatkan wajah seperti sekarang Kak Elly sudah gunakan Ellfie selama 3 bulan. Bukan lah pakai terus kulit jadi sekata. Depends on Hormon dan kulit muka jugak. 



Nampak tak beza dulu dan sekarang. Kak Elly sekarang boleh keluar tanpa menggunakan foundation pun….just letak loose powder cukup. Sebab kulit dah sekata. #nolfilter #no360 #nofoundation. Muka terasa lebih segar dan sihat. Memang impian dari dulu nak free dari make up. Boleh keluar macam tu tak yah nak tepek foundation.


Testimoni Nonoy 

Waktu Nonoy cuba produk ni muka Nonoy tengah gelap dan kusam sebab baru balik percutian kat pantai. Kita mintak Nonoy cuba. Soalan pertama Nonoy kalau dia pakai produk ni boleh tak make up macam biasa sebab perkerjaan Nonoy memerlukan dia make up sepanjang hari dan jawapan nyer Yes!!

Ellfie Essence takda peeling proses. Just slightly peeling area hidung jer. Lain ok dan boleh if nak make up macam biasa. Tiada pantang larang.

Dan ini lah hasilnya wajah Nonoy setelah memakai hampir 4 minggu menggunkan produk Ellfie Essence 




Testimoni Moon

Kenapa Moon?? sebab dia baik tak banyak complain. Suruh cuba setuju jer…hahaha. Moon mempunyai masalah rona tak sekata, masalah jerawat halus, kesan tanda rekahan dan pori terbuka.

Cuba korang lihat before dan after banyak bezakan…walaupun pun waktu ni Moon baru guna 2 minggu sahaja. Terus riang ria nak beli set Ellfie nanti. Moon i bagi free untuk u…hahaha


Produk ini tidak menggunakan bahan2 berbahaya seperti MERCURY dan HYDROQUINON yang saat ini banyak digunakan oleh produk2 kecantikan yang lain. Zat merbahaya ini dapat menyebabkan KANSER KULIT. Perku diketahui ciri dari ubat yang menggunakan Mercury dan Hydroquinon biasanya bila menggunakanya wajah akan menjadi merah dan dilarang untuk terkena sinar matahari. Tetapi Ellfie Essence tidak demikian dengan bahan semulajadi Elffie Essence selamat digunakan.


Cleanser
Membersihkan segala kekotoran dimuka. Kulit muka akan menjadi lembab. Sesuai untuk membaiki masalah kulit muka berminyak, lesu dan stress 

Toner
Membantu kulit muka menjadi tegang dan anjal. Meransang otot muka untuk membantu mengembalikan keremajaan kulit anda.

Night Cream
 Cream ini memberi kesan yang menyegarkan dan melembabkan kulit

Day Cream
Formulasi khas untuk memutihkan kulit dan juga sebagai pelindung matahri. Bertindak sebagai cream anti jerawat. Memperbaiki rona kulit tidak sekata, menghilangkan kulit kering, membantu menyembuhkan masalah jerawat dan mengurangkan keran rekahan dan pori terbuka.

Cara pemakaian Produk Elffie Essence 

Day
Cleanser, Toner dan Day Cream

Cuci muka dengan Cleanser dengan menggunakan air yang bersih. Selepas itu lap seluruh muka dengan mengunakan kain atau tuala yang bersih. Sapukan Toner keseluruh wajah. Semasa kulit masih basah dan lembab sapukan Day Cream. Selepas itu anda boleh menggunkan loose powder seperti biasa. Tidak perlu menggunakan foundation. Boleh make up seperti biasa.

Night 
Cleanser, Toner dan Night Cream 

Cuci muka dengan Cleanser dengan menggunakan air yang bersih. Selepas itu lap seluruh muka dengan mengunakan kain atau tuala yang bersih. Sapukan Toner keseluruh wajah. Biarkan kulit kering seketika barulah sapukan night cream


HARGA

Jeng…jeng…jeng…..jangan risau Elffie Essence mampu dimiliki. Untuk Promo harga pengenalan Ellfie Essence dari 4 - 18 Februari 2015

RM110.00 (Semananjung)
RM120.00 (Sabah Sarawak)
*Free Postage*


How to Purchase
Whatapp: 013 275 5197
(Dari 9.00 pagi hingga 4.00 petang)


Jangan lupa follow :

Facebook: Ellfie Beauty



**Selamat mencuba produk terbaru kami**


13 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Tahniah Elly...
Elly.. brp ml kandungan/sukatan setiap botol?
Mcm tak perasan plak.. Elly tulis ke tak..

azrena sahadon said...

kak.. pregnant woman bole pakai x ?

Miss Moon said...

mmg best sebab selama 2 minggu aku pakai dengan tekunnya n nampak kulit muka aku nampak sihat dan segar

bila trial habis terus rasa cam nak buat muka tak malu nak lagi hahahhahah sebab mmg best .

bila mlm terus sapu night cream , bangun tido muka sangat fresh n lembut je ...tuh yg tetiba jadi rajin nak pakai utk mlm mlm seterus nya

eh betul la day cream tuh dah mcm light foundation n tak berminyak . Lepas pakai aku terus tepek bedak je .

Pilla dah bg kat aku sempena bday kata nya . Harus la adik moon gigih pakai supaya cun cam kak elly hahahahh tetiba aku jadi adik kannnnnnnnnnnnnnnnn

Atie said...

Tahniah K.Elly n team:)

A.I said...

wahhh..tahniah beb! bertambah bangga aku tengok kowang2 ni. gigih. aku doakan semoga semuanya sukses & dimurahkan lagi rezeki.. :)

Elly said...

Azrena: Boleh

Seri Kandi : Cleanser ngan toner 30ml / Day Cream 10g / Night Cream 15ml

Moon: Thanks Laling

Atie, AI: Thanks..muah...muah

Pu3 Bibah Cun Melecun said...

kak elly, satu set boleh tahan berapa lama?

Thanks

mamabeauty said...

TAHNIAH eLLY

Yana said...

Elly, untuk budak remaja 13 tahun boleh ker? sbb sy ingat nak try kat anak pompuan sy laa.. Kulit anak sy baru tumbuh jerawat kecil n biasalah bila aktif olahraga nie mmg selalu berpanas jer kt sekolah..

eza zaki said...

Klo nak beli cleanser je bole x sis elly

aziekz said...

Assalam..kak xjual ke satu2...sye berminat day cream and night cream

cik mah said...

Tahniah2...semoga terus maju..

nurulez said...

Hye kak elly..nk ty..ellfie essence ni effect die at first keringkan kulit x..?