Nuffnang Advertisement

Thursday, February 12, 2015

Bukan senang nak cari duit


Sejak aku decide nak buat perniagaan online...aku dah tahu kehidupan aku akan berubah. Aku akan menjadi super duper busy. Tanggungjawab yang aku pikul akan bertambah...pekerja kepada seorang boss, ibu kepada anak2, isteri kepada Abg Toyib, Boss kepada MG Movers dan Share partner Ellfie. So aku kena bersikap adil dengan setiap pekerjaan yang aku lakukan. Orang mungkin nampak kita selalu tersenyum tapi orang tak nampak dekat belakang aku terkejar sana sini.

Lumrah kehidupan....ada orang mungkin rasa selesa dengan satu pekerjaan...tak suka kehidupan yang sibuk dan keletihan. Tapi aku memilih untuk mencari duit lebih dan bekerja lebih masa. Penat jangan cakap lah kadang2 mata sampai tak boleh buka tapi tangan still bekerja. Sementara Allah beri rezeki kena bekerja kuat sikit.

Dua tiga hari ni aku keletihan tahap gaban..rasa bila sampai rumah nak campak beg terus telentang atas katil membuta sampai mulut terbuka...heaven kan!! hahaha. Aku tetap lah buat sampai rumah terus baring kat sofa...mata terpejam tapi otak berfikir "Eh! apa budak2 nak makan balik sekolah nanti" huaaaa terus seret kaki masuk dapur.

Aku tak nak Abg Toyib bersuara sebab dia dah bagi aku peluang untuk berniaga...kang asyik membuta jer pitam pulak kena sound nanti. So aku kena kuat kan diri kena jalankan tugas macam biasa. Walaupun hanya tuhan jer tahu betapa penatnya aku. Itu belum lagi Abg Toyib ajak tengok wayang atau keluar minum malam2...rasa nak menitis air mata sebab tak berani nak cakap TIDAK...hahaha

Kalau aku penat sangat aku akan fikir kengkawan yang lain. Bayangkan Peej yang tengah balut dan tulis seorang diri sambil peluh menitis2 di dalam bilik...bayangkan muka filla yang drive jauh2 untuk ambik stock dan pack kan barang2 Ellfie. Kalau cite pasal penat semua orang penat kot...kata nak duit lebih jadi kena lah buat...ya dak.

Emosi kena control...muka tak boleh bonyok, kena jawab soalan anak yang bertubi2 dengan senyum walaupun rasa macam nak jerit 'diam arr'...hahaha. Kena layan dan hidangkan makanan En Win walaupun dalam hati "U makan ya I nak tidur dulu". Kena kemas bilik dan dapur cantik2 sama macam aku tak busy dulu. Walaupun dalam hati "boleh tak esok jer basuh...esok jer kemas" huaaaaa. Kena hantar anak tuisyen walaupun dalam hati "boleh tak korang ponteng hari ni" hahahaha. 

Tapi sebelum start berniaga dah janji dengan anak2, suami dan kawan2 busy cuma boleh weekdays jer sebab weekend nak berehat kaw2. Weekend hari untuk bersama keluarga...no wassap, no email, no Ellfie...gitu



Budak berdua ni semalam buat hal dia ingat aku tak tahu agaknya...saja jer aku buat bodoh nak tengok akal diorang sampai mana.

Ipod dan Ipad aku akan rampas bila time sekolah...normally cuti sekolah jer aku bagi balik. Tapi semalam agaknya budak berdua ni tak boleh tidur dalam pukul 12 malam aku blh dengar ada benda merangkak kat tepi katil bilik aku...rupanya budak berdua sudah ambik handphone En Win bawak kat bilik diorang. Aku malas nak sergah kang kalau terperanjat terbaling pulak handphone laki aku.

Aku diam kan dalam kul 12.30 bunyik merangkak lagi sebab diorang pulangkan handphone tu balik...hahaha. Malam ni korang buat lagi korang siap...semalam mama baik hati malas nak membebel malam2. Jadi malam tadi korang selamat...malam ni berani buat lah...aku nak stand by hanger baju kat tepi katil.




Ni lagi sorang Abg Toyib kalau aku membebel kat anak mesti dia marah aku balik cakap aku macam nenek suka bercakap. Cakap sekali jer Ma tak yah ulang 80 kali...nyampah!!

Dia ingat aku suka sangat kumis kat bibir tu...I bg u berkumis sampai ahad ni jer...I don't like ok!!



No..No..No I don't like kumis halus. 



Korang buat lagi perangai merangkak malam ni korang mmg kena hanger lah jawabnya. Adoi...macam2 perangai korang ya!!


*********************************************************************



Whatapp/ Sms bagi yang belum dapatkan Ellfie 013-2755197


12 comments:

Chekgu Azrine said...

cantiknya anak sis yaya yang sulong tuh...macam sis je muka

Nurzakiah Hanum said...

betul la tue kan

mamabeauty said...

take care okay..

kesihatan diri mau jaga juga..

fayreen mizan said...

Malam ni kalau dengar bunyi orang merangkak jangan terus libas hanger tu, ly.... takut En. Win yang merangkak nak naik atas katil! :p

Afidah Azmi said...

Tak pe kak..
Selagi kudrat kita masih kuat...
u is my idol

Jueliza Jamani said...

Tang hanger kat sebelah tu tak leh tahan.. kalo dah cakap & bebel tak jalan mmg kena angkat hanger.. hehehe

Alip~Ya~Alip said...

hehehehe....kelakar part merangkak tu.

noorazila abd razak said...

bab merangkak tu, kalau saya xtau nak gelak atau marah. hahaha

izz zac said...

All the best 4 u

Aznorlita Zainuddin said...

hahaha..teringat plak perangai saya n kakak kecik2 dulu..merangkak tepi katil mak ayah sbb nak turun gi dapur..hehehe..what a memories :p

maria YAHYA said...

kak elly.. cantik dan berseri mukanyer..

Ummul Azkee said...

aduhai,kak elly..tgk 2 anak dara akk tu teringat anak sendiri.2 juga anak daranya..cuma belum besar cm anak kak elly.cmtu jugek lak gamaknyer nnti..membebellll..adehh..sadiss