Nuffnang Advertisement

Monday, February 9, 2015

Anak mama





Hari tu belek2 album lama terjumpa gambar Yaya dengan Adik waktu kecik...alahai sedih pulak rasa hati. Cepat betul masa berlalu...pejam celik pejam celik dah besar anak mama...Huaaaaaa

Patutlah orang dulu2 cakap...kita kalau nak beranak kena cepat2. Masa muda biar beranak 2 ataupun 3 sekali. Senang nak jaga. Sekali penat jer...esok anak dah besar senang semua sama baya. Tapi ialah waktu tu tengah muda pikiran pun lain...fikir duit lah, fikir penat, fikir nak enjoy lagi. Diri pulak terasa vogue waktu tu..itu yang rasa anak dua pun dah cukup.

Waktu aku ngan En Win tengah membesarkan Yaya dan adik terasa sangat semua benda mahal...baju, makan, duit persekolahan anak2 semua kena sediakan rasanya anak ramai tak tertanggung aku dengan En Win waktu tu. Ya mmg orang selalu cakap anak tu rezeki...tapi rezeki kita kena usaha mencari dia tak datang bergolek.

Sekarang ni rasa macam nak tambah anak satu lagi sebab rasa kewangan semakin stabil... rasa macam nak ada anak kecik balik. Tapi tu lah perasaan berbelah bagi...Kak Elly lagi 2 tahun nak masuk 40 rasa rasa macam terlalu tuo pulak untuk beranak kecil...tenaga pun dah tak banyak lagi macam dulu. Aku ngan En Win kejap nak kejap tak nak...hahaha. Kang nampak baby teruja nak tambah anak...kang nampak baby menangis terus telan2 ailio. Aku ni dah lah pemalas bangun pagi2. Dah berapa tahun tak bangun malam buat susu...pitam mak nyah.

Jadual Kak Elly dengan En Win dah penuh tahun ni...perancangan untuk pregnant tak masuk dalam calender tahun ni. Ok kita cuba tahun depan itu pun kalau tak berubah fikiran...doa kan jer lah ya...hahaha.


**************************************************************************




Siapa yang belum dapatkan Ellfie Essence lagi...cepat2 sebelum harga promotion tamat. Wassap 013-2755197 .


7 comments:

Nurzakiah Hanum said...

dua2 cute

zaza said...

kak elly, che ta pun boleh ada anak kecik.. akak mesti boleh jugak.. hehehe...

Fieda Redzuan said...

hahaha rileks kak elly, che ta boleh je takkan kak elly tak boleh.. good luck! :-)

faizah said...

Ya la kak elly..lg pun anak2 dh besaq dh boleh tolong ngasuh adik baby nnti..

Bluehoney Ena said...

Aa kan.. che ta boleh, elly pon mesti boleh.. gogogo! Hihi

mamabeauty said...

comel jer.. mana tahu yang 3rd boy hehehhe *perangat*

aizamia3 said...

Kita merancang DIA yang tentukan tapi kalau tanpa usaha pun tak dapat jugak..
Moga berjaya, InsyaAllah..