Nuffnang Advertisement

Friday, February 13, 2015

Adik


Aku pening betul budak kecik ni...sejak masuk gymnastic dia tak reti duduk diam. Habis semua sudut dinding dia pergi lepas tu lekatkan badan kat dinding...yang kaki kat atas kepala kat bawah tu.

Lepas tu dah tak jalan guna kaki melompat jer yang macam bintang berpusing2 tu. Seminit pun dia tak diam ya....sambil tengok tv pun blh split kaki tu. Kadang2 naik rimas aku ngan budak ni. Serius dia tak berhenti buat aksi walaupun seminit. 

Kalau aku mengamuk suh dia berhenti...sekejap jer lah nanti dia buat balik. Kalau buat homework 5 minute tulis lagi 5 minute melekat kat dinding...huuaaaaa kau kenapa Dik.

Kadang2 En Win bising gaks sebab aku membebel, En Win suh biarkan. Itu minat dia biar lah dia nak buat apa. Aku pun tak ada lah kisah sangat tapi ni celik jer mata terus badan terbalik2.

Kelas gymnastic setiap hari Ahad...dia kata nak tambah kelas lagi. Nak masuk 2 hari pulak..ok lah dari kau terbalik2 badan tu kat umah baik gi kelas Dik.



Baju ni asal balik sekolah cepat2 mandi nanti dia pakai sambil buat homework.



Macam ni lah aksi dia sambil tengok TV



Mula2 waktu dia buat aksi ni aku teruja lah tapi kalau ulang 80 kali naik pening aku.

Tapi aku tak ada marah ker apa cuma suh berhenti sekejap sbb tak tahan nengok badan nyer. 



Kadang2 bila dia buat aksi2 gymanastic aku tepuk tangan tu kuat2 bagi dia naik semangat...nanti lagi lah dia buat macam2 aksi lagi....hahaha



Dah minat kena lah sokong....walaupun kena menghantar dan menunggu Adik berlatih. Nak balik dan tinggalkan dia kat class gymanstic tu tak sampai hati sebab parent yang lain semua ada kat situ bagi sokongan.

Selagi dia minat aku akan hantar...takpe mama sangat menunggu walaupun kelas 3 jam. Walaupun kadang2 mama yang teruja dan tersenyum sorang2 kat situ bila nengok adik pandai terbalik2 kan badan.

Silap haribulan aku pun join kelas ni nanti....hahahah


***************************************************************************


Dah tahu lebih lanjut tentang Ellfie boleh click Ellfie Essence 

Wassap/sms 013-2755197 untuk sebarang pertanyaan dan untuk order set Ellfie skincare.



4 comments:

Afidah Azmi said...

tak pe ka..at least dia tak buang masa dengan benda tak berfaedah.Mana tau one day dia jadi wakil Malaysia ke..Amin

mamadnd said...

elly bleh share tak ktner antar kelas gym ni? tq

mamabeauty said...

pandainya Adik buat aksi tu

Syahida Yep said...

lembutnya badan adik.bole lentur2. aunty kagum!