Nuffnang Advertisement

Tuesday, January 27, 2015

Tradisional


Aku mmg penggila baju tradisional...aku suka pakai baju kurung dengan kain batik. Ala2 perempuan melayu terakhir. Jiwa tradisional aku kuat. Kalau jenjalan tengok kedai batik, kedai songket atau kedai sulam nanti aku jadi tak keruan. Baju kurung moden2 yang ada batu2 ni aku kurang berkenan sangat. Tapi disebabkan baju tradisional ni agak mahal jadi tak boleh beli selalu.

Aku selalu sematkan dalam hati kalau beli baju macam ni nanti boleh simpan...cucu cicit boleh tengok warisan nenek moyang dorang...gitu!! hahahaha


Anak2 pun aku babitkan sekali diaorg pakai batik ni. Yaya dulu cukup tak suka pakai macam ni. Dia kata macam nenek tua...tapi berani nak lawan mak singa dia ni. Suka tak suka kena pakai gaks.

Lama kelamaan budak2 ni dah biasa...dah boleh terima pakaian macam ni. Cuma kak elly belum pakai kan lagi tenunan songket untuk diorang takut panas bebudak ni nanti. InsyaAllah satu hari nanti pasti ku beli.



Hari Sabtu lepas gi Melaka sebab ada Majlis pertunangan. Ajak En Win singgah kedai sulam kesukaan aku tu. Ingat nak tengok jer sebab sulaman nyonya ni mmg cantik2 tapi a bit pricey. Kalau dibandingkan dengan kedai kat KL mmg banyak sangat bezanya. 

Terus jatuh hati...terus decide tempah untuk raya. Sebab tempahan ambik masa 2 bulan untuk siap kan. Kak Elly tak sesuai pakai kebaya jadi tempah buat kurung. Tunjuk kat budak2 kain sulam kat atas ni terus Yaya meloncat2 suka...itu I like. Light green untuk budak2 tahun ni.



Kak Elly pilih colour ni...baby blue tapi sulaman nak macam gambar kat atas tu. Huaaaa suka sangat. 


Ini contoh baju raya kiddos 3 tahun lepas. Masih tersimpan lagi dalam almari dan masih boleh pakai sebab nyonya tu mmg lebih kain supaya boleh besarkan kalau tak muat. I love it....


Baju ni kat Elly buat 2 tahun lepas. Sayang sangat kat baju...nak pakai pun sayang sebab baju cukup istimewa jer rasa....hahaha


Ini pun sayang nak pakai...suka tengok jer.


Baju ni beli kat Bali. Tapi yang ni sulam machine. Jahitan dia tak berapa halus. Tapi tetap suka gaks...tak kisah asal sulam. Asal nampak tradisional jer mmg satu kepuasan.



Baju ni beli kat Uluwatu sebab ada sulaman penuh kat tangan terus jatuh hati. Baju2 macam ni korang kena ada minat barulah tak rugi kalau membeli.

BATIK

Selain dari kain sulaman...satu lagi kegilaan Kak Elly Batik. Tapi lebih kepada batik Abstract. Batik bunga2 tak berapa berkenan sangat. Suka colour pastel...bila pakai terus nampak ayu jer...haha 

Collection batik tak berapa banyak...nak beli  kena fikir banyak kali jugak sebab kalau nak dapatkan batik yang berkualiti kena beli yang agak mahal sikit...baru berbaloi untuk simpanan warisan..katanyer.




Batik from Rubaq Butik


>

Batik from Innai Butik



yang ni design a bit modern jugak from Rubaq Butik. Slowly nak ajar anak2 juga pencinta batik abstract. Supaya diorang boleh hargai satu hari nanti.

Ok itu jer nak share



21 comments:

hunny bunny said...

kak elly..kat melaka tu ape name kedai nye??? nak cuci mate gak:)

Nurzakiah Hanum said...

pakai apa pun cute je sis nie

cik allord said...

kak elly if akak minat batik,try follow ig piecesbyraeesa,dia nye batik cantik sgt kak,kite pun minat kebaya ngan batik ni kak

Unknown said...

kak elly..yg mcm k.elly punya baju baru tempah tu bpe RM?? cantikla..sweet gitu

Elly said...

Unknown: dengan kain batik sekali RM900

mamabeauty said...

nicelah yang kebaya nyonya tu..

boleh share kedai nyonya tu dimana dear??

Dokter faRyn said...

batik & sulaman memang cantik sangat. tak jemu, evergreen. sebab tu mahal:)

yayang laling said...

comey nyer budak berdua tu pakai baju kebaya ngan kain batik..
ooommeey sgt nih

Yatie Antu said...

Salam kak Elly, tau x mana nak beli songket yg dh siap jahit...esp area shah alam ke KL ke? TQ ek kak in advance.

-Yatie-

ummisara said...

Elly dear,

kat melaka tuh kat mana u tempah? care to share the info yer. thanks :)

Elly said...

mamabeauty & Ummisara : Kedai tu kat Jonkers Street. Nama kedai Fedella. Contact No; 012-6013264

yoorin melacolea said...

cantik2.. tetibe macam teracun pulakkk..hahaha... kak elly ade try tak beli sutera batik ke, mcm batik langkawi / terengganu??

ummisara said...

Elly Dear,

muahhhhs. thanks ya

MamaAliya said...

kak elly, nanti pls share tips macamana nak buat adik beradik elok main dan kawan baik2.dengar kata, tak gaduh or jeles each other.i also have two girls.huhu...

fatin said...

Cantiknya kak Elly.

Sama la kita, suka baju-baju macam ni. Betul tu kak, simpan untuk anak cucu. Saya pun dah banyak kali raya pakai kebaya nyonya nenek saya masa muda2. Rasa bangga sebab pakai nenek punya :)

mamabeauty said...

thanks dear.. muchas graciass

a l y a a a h m a d said...

alyaa pun suka..mmg cantik. 2 tahun lps bg safiyyah pki kebaya nyonya. tp alyaa xleh la...meraung kebaya tu. heheheh

strawberi said...

meh dtg opis i kak elly...mcm2 batik songket asli ade..tp time event je lah...direct bli ngn org yg buat

Puteri Beribiru said...

koleksi baju tradisional akak ni semua cantik2..!! bagusnyaaa

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

simpan untuk anak2...

Ummul Azkee said...

cintailah warisan kita..kak elly saya juga perjuangkn yg sama.tpi melalui penulisan buku kanak-kanak.lebih dekat dengan mereka.supaya mereka tahu sejarah dan warisan melayu.sila2 singgah blog saya.. http://housewifearts.blogspot.com