Nuffnang Advertisement

Monday, January 26, 2015

Makan2 di Fikcles Taman Tun


Aku ni nama jer kawan...anak Suraya ni dah 2 tahun baru ada masa nak jumpa. Duduk bukan jauh pun sama2 kat Ampang tapi memasing busy kan especially Suraya lah....Eh! Suraya ker aku yang busy sangat ni....hahaha

So setelah berpuluh kali perjanjian dibuat Sabtu lepas baru lah perjumpaan betul terjadi. Aku suh Suraya gi cari tempat best2 di kan terror giler part makan2 ni....entry Suraya ni kalau tak ada gambar makanan tak boleh ya. Aku rasa Suraya ni bangun pagi2 di dah fikir makanan untuk breakfast, lunch & dinner kot....hahaha. Ntah2 dia dah siap ada jadual untuk seminggu sebab aku nengok tiap2 hari ada jer gambar makanan. Aku perasan kalau dia tak keluar makan dia sanggup duduk search gambar makanan...hahaha. Suraya dan makanan tidak dapat dipisahkan.

Su suggest jumpa kat Cafe kawan dia kat Taman Tun ... makanan kat situ sedap kebabom katanyer. Bila cakap kebabom aku ngan Filla dah tertelan2 ailio. Sanggup kitaorang berdua tak makan breakfast sebab kebabom punya pasal....hahahaha.



Sampai2 terus nampak hamsem boy ni. Holloh3 omel sangat ni rambut kinting2. Nasib laki aku tak ada kalau tak mesti dia jeling2 kat aku...lepas tu bisik pelan2 'Ma nak anak lelaki'...hahaha



Fikcles at Taman Tun. 



Selak2 menu....ok good ada breakfast. Lunch & Dinner menu pun harga tak berapa mahal sangat. Ok blh consider...kalau sedap mmg akan ajak kengkawan makan kat sini.




Tak payah nak serius sangat ya Su.

Aku kalau part order makanan mmg laju sebab on the way nak ke restaurant aku dah boleh bayangkan nak makan apa. Berbeza ngan Filla nanti dia tenung jer menu tu lepas tu membebel tak tahu nak makan apa. Aku ngan Peej selalu buat tak dengar jer...lantak situ kau nak membebel. Janji aku punya dah order...lepas tu dia sambung bebel lagi kenapa order makanan yang dia nak order...eh! melampau sangat perangai ni...suka hati lah!!




Aglio E Olie ni Kak Elly order...Harga cuma RM18.90. Udang besar sangat ni. Disebabkan Filla bebel nak jugak order Aglio ni so kitaorang suggest memasing order dan letak kat tengah2....jadi semua blh merasa. Bestnya Aglio ni sebab dia masak bersama cili padi...perggghh terbaik.



Husband Su order Linguini Carbonara - RM15.90




Ini mmg kebabom sedap...eh! semua sedap lah. Lepas ni kalau Suraya suggest tempat makan korang boleh percaya ya. Memang terbaik...semua sedap2.

Mushroom Junkie - RM12.50. Waktu aku rasa mushroom ni...aku dah pandang kiri kanan. Macam nak tarik jer pinggan tu depan aku. Mmg sedap sangat ni!!


Kau tengok Filla...aku nak ambik dia pun sibuk nak ambik. Lepas tu laju jer dia ceduk mushroom tu banyak2...aku nengok jer. Korang mmg kena datang dan rasa...I tak tipu mmg sedap giler.



Mata pandang camera tapi tangan sibuk mencedok. 



Ini Sue order...Salted Egg Squid Sandwich - RM17.90. Macam tak caya jer Suraya makan ni jer. Kau tak yah lah cover2 sangat Su..makan jer lah



Adoi!!! tersipu sangat muka kau tu Su



Shein gaks bagus....macam2 benda dia taruk dalam air. Bapak dia diam jer tak marah sikit pun. Bagus aku suka....kitaorang pun konsep jaga anak begitu buat lah apa kau suka asal kan kitaorang dapat makan dengan tenang. Dah kenyang baru kita marah...hahaha

Ok sambung tengok makanan yang kitaorang order haritu



Braised BBQ Short Ribs - RM35.90. 
Pandainyer Kak Pilla order.



Lembut dan juicy. Potong2 lepastu cicah pulak dengan sos dan lenyek2 kan kat mashed patato...alahai sedapnyer.

Mmg  konpem lah aku angkut budak2 office datang sini. 



Perut aku dah meletup ni...Su gi order lagi Mini Burger Sliders - RM19.90. Aku dah tak mampu nak rasa...Filla mintak bungkuskan untuk Kaseh.


Amboi...melampau sangat ni...licin pinggan.




Tengah borak2 kawan Su bawak lagi makanan....pitam aku. Dia suh rasa menu terbaru diorang Itik bersama Risotto suh rasa dan komen. Komen jujur dari Kak Elly...Itik dia sedap dan lembut tapi aku ngan Filla bersetuju kalau risotto tu ditukarkan dengan Salad ataupun rice. Eh! pepandai ker komen kan....hahha

Lepas makan...lepas usap2 perut baru sibuk nak pandang kiri kanan. Baru sibuk nak nengok deco2 kedai ni. Nampak sangat pelahap sampai2 terus order makanan...hahaha



Untuk kengkawan office yang baca blog saya....saya nak buat birthday kat sini. Tolong lah aturkan dan buat surprise yang party terkejut2 tu untuk saya ya...Kak Elly dah tanya diorang mmg blh arrange Event kat sini

- Hi buffet Package
- Buffet Dinner Package
- Set Menu Dinner Package
- Catering 
- Birthday Celebration 
- Seminar / meeting

Ok! good ada buat catering jugak...jap lagi Kak Elly share contact number dengan address kedai ni. Korang tgk deco2 dan gambar kitaorang selfie dulu ya . 







Yang sebelah Filla tu Owner kedai ni Huda...cantik jer orang nyer. Rasa macam selalu jer jumpa kat pasar Taman Tun.



Us!!

Ok sesiapa yang duduk dan bekerja kat area Taman Tun...meh lah datang dan rasa makanan kat sini.

 Fikcles Cafe tgh buat promotion nie...
Business Set Lunch Choices of Main Course with Dessert (Weekdays only) pukul 12.00 pm until 2.00 pm for only RM12.90

Untuk Hi Tea pulak ada discount 20% on dessert dari pukul 3 - 6pm with any purchase on hot beverage only.


Masih bergambar lagi....



Seperti yang di janjikan :-

Alamat Fikcles Cafe:
11 Jalan Wan Kadir 2
Taman Tun Dr Ismail
60000 Kuala Lumpur
Tel: 03-77324885

Operation Hours:
Tuesday - Sunday
(8.00am - 11.00pm)
Close on Monday

Kalau korang makan kat sini jangan lupa update IG dan Check in location dan tunjukan bukti kat pekerja kat situ...korang akan dapat 10% discount.

Kalau nak tengok makanan dan aktiviti Fikcles Cafe...korang boleh follow Intagram @fikcles


Rekemen sangat makanan kat sini...mmg terbaik meletop-letop!!

8 comments:

Nurzakiah Hanum said...

best la nak terjah

Dokter faRyn said...

adui. nampak sungguh sedapppp... tapi jauhnyeee nak pergi.. balikrumah MIL harusssssss ajak hubby pergi ni :)

dorsett pink said...

Hye elly. Rasa dah baca entry ni kat blog filla..

Wizana Arbain said...

Dh pernah pegi 2 kali tried different menus cam lontong goreng , carbonara ngn olio spageti tu tapi hmm pada i biase2 je la rasa dia..sorry ye elly ni pendapat peribadi i bukan nk kutuk fickles

Mrs pink said...

Walaupn byk mknan yg yummy.. Saya terpukau dgn handbag kak elly.. My fav too 😃

Didi Mohamad said...

kalau nak plan buat reunion dgn kwn2 sek pon cantik gak port ni..thks elly

cik mah said...

Wah..bestnyer..

Damai Spa said...

Maaf nak tumpang iklan...

DAMAI SPA

Selamat datang. Kami sedang mengadakan promosi & nikmati diskaun hebat sehingga 70%! Hubungi kami segera utk maklumat lanjut/apoinment!

Jom ke Damai Spa 👍👍

Hello! We are now having a great promotion & you can enjoy discount up to 70%! You can call us now for further information/ make an appointment!

Welcome to Damai Spa 👍👍

Contact: 0146382632
http://www.facebook.com/damaispa4