Nuffnang Advertisement

Monday, January 12, 2015

London Day 4


Semua aktiviti kat London dari pergi sampai lah balik Kak Elly yang uruskan. Dah biasa buat benda macam ni...kalau aku tak buat ingat En Win ada usaha nak buatkan mmg tak lah jawabnya. Jadi dari bergaduh kat sana bagi aku sediakan awal2. Dah masak benor perangai laki aku ni...dia tak akan fikir benda2 aktiviti macam ni. Tapi yang bestnya dia tak akan merungut dia ikut jer tempat yang aku cadangkan...hahaha

Aktiviti hari ke empat kitaorang ke Bicester Village. Bicester Village ni macam JPO lah. Vavava....aku mmg dah target awal2 nak shopping apa kat sini sebab harga barang2 jauh berbeza di Malaysia. Tapi Kak Elly tak akan reveal harga disana atas sebab2 menghormati semua personal shopper.



Dari Hotel ke Bicester Village kena ambik train. Harga pun blh tahan mahal dalam RM350.00 per person. Huaaaa giler lah macam meletop dada bila dengar. So Kak Elly suggest kalau korang nak pergi beramai2 sila sewa kereta untuk ke sana.

Tips: Sila beli travel card untuk naik train di London. Harga Pas untuk seminggu dalam RM200.00 seorang. So korang boleh pergi kemana2 selama semingg menggunakan pas ini. 

Tapi ticket untuk ke Bicester Village kena beli asinglah sebab tu kena naik train yang lain.



Pendapat Kak Elly kat London ni duit banyak habis kat transport dan makan. Barang2 shopping semua murah2. So korang kena pandai berjimat part makan dan kalau boleh jangan naik teksi. Jalan kaki jer sebab sejuk tak terasa pun bila berjalan.



From Gloucester kena ambik Piccadilly line dan turun ke Marylebone



Eh! laki aku ker tu....hahaha



Dari Marylebone kena ambik lagi satu train untuk Bicester North. Perjalanan mengambil masa dalam sejam jugak. Kat dalam train kebanyakannyer orang Arab. Diorang siap bawak luggage kosong untuk shopping. Giler hebat kan.



Dah sampai kat Station Bicester North kena ambik Shuttle Bus pulak dalam RM20.00 per person yang mana perjalanan tak sampai 10 minit pun. Giler betul lah harga transportation kat sini.



Bicester Village ni cantik sangat tempat nyer... macam perkampungan orang kaya2 konsepnyer.



Prada

Awal pagi orang dah beratur...aku tgk pun telan2 ailio. Tapi serious kat sini aku jadi tak tentu arah sikit tak tahu mana nak masuk dulu...hahaha


Dior

Masuk sekejap jer....laju2 keluar balik. Kalau beli beg kat dalam ni maknanya sampai balik aku tak boleh shopping apa2.



Macam ni lah permandangan di Bicester Village. Aku rasa kalau pergi time Boxing Day lagi ramai menggila agaknyer. Gambar tak dapat ambik banyak sebab kitaorang sibuk bershopping.



Burberry 

Harus lah beratur....dah usha dan survey siap2 harga kat KL


Tembakan mengena. Filla dan Peej dah bising kata aku membazir asyik beli handbeg jer...aku pun dah rasa macam melampau. Ok2 janji tahun ni dah tak nak beli. Korang ingatkan aku kalau terlupa ya.



Super Dry....turn En Win pulak beratur



Mulberry Handbeg

Gambar ni En Win ambik tanpa pengetahuan aku. Dia suh aku tgk balik gambar ni bagi aku sedar diri. Dia kata bila aku masuk kat sini macam perempuan giler kena rasuk...tak tentu arah. Pegang sana...pegang sini...hahaha



Kehulur kehilir takut handbeg ni orang ambik....padahal melambak jer kat store diorang. Lepas jeling pulak orang lain punya pilihan. Tapi kan bukan aku jer kat dalam tu tak sedar diri...semua pompuan kot terlari sana sini...hahaha



Ambik pulak satu lagi beg untuk compare kan....hahaha



Dan akhirnya berjaya membuat keputusan. Ok! enough ya... 



Aku paksa En Win bila kasut Tods Shoes supaya tak nampak sangat aku jer membeli...hahahah



Amboi hebat sangat perangai kau kan. Aku siap beli kasut baru sebab kaki tak tahan lenguh berjalan. Kasut clark giler murah betul kat sana. Kebaikan bila beli kat Bicester Village ni korang boleh claim VAT kat situ jugak. Tak payah susah2 beratur kat airport nanti.

Ok nanti sambung lagi yek...kerja melambak


9 comments:

Cik Puan Eka said...

wahhh cantik beg kak engku yg baru tu ya. Hehehe.

Kalau kite pon opkos terlari2 di dalam dan paling pelik. Suka tengok org lain punya pilihan pastu mula la nak yg tu plak hahaha.

Nadya Zahid said...

bestnye gi bicester village...
mmg murah kan kat sane compare harge kat kl nih...

Nurzakiah Hanum said...

Assalamualaikum
singgah sebentar disini
sory sangat2 anum baru masuk kerja hari ini
bz day

FadlinaMokhtar said...

best nya kak ellyyyy.jelesssss.

FAD

Namee Roslan said...

Alaaaa kalau dapat pesan kan syok wawawaa nak beli kt sini mmg sayang duit lah. Hewhew

mrs syah said...

ahhhh bestnyer soppink.

rasanya naik bas ke bicester lagi murah kot. n bas ader bagi kad discount - 10% untuk hampir sumer kedai.

lia ummiirfan said...

rinduuuuu Uk, rindu london! :))

Norazlina AG said...

Hi dear, nak ke Bicester boleh naik bas jugak .. 😀 memang best pegi Bicester Village.. 👍

Saiful Salim said...

Salam bkenalan drp kami makan angin London@Makan Angin Shopper

Budget SEWA BILIK dan TRANSPORT (London, UK & EUROPE Tour) dengan kadar berpatutan.

HUBUNGI @
Whatsapp di +447478 684277
Facebook page: Makan Angin London
https://www.facebook.com/makananginlondon
Makan Angin Shopper
https://m.facebook.com/ukpersonalshopper
Instagram: makananginshopper
Website : http://ukhomestaypengangkutanlondon.blogspot.co.uk
- Airport Transfer
- Tourist Guide
- Corporate Visit