Nuffnang Advertisement

Friday, January 9, 2015

London Day 3


26th December - Hari Boxing Day kat London. Tarikh ni semua shopping Mall di London sale secara besar2an. Lebih dari separuh harga. Mmg semua orang akan tunggu hari boxing day ni kecuali Kak Elly dan suami...hahaha.

Bukan tak nak pergi atau bukan tak nak shopping cuma Kak Elly malas nak berebut dan beratur. Duit pun tak berapa banyak nak membeli belah. Kak Elly dah ada list tersendiri barang yang hendak di beli jadi boleh bersabar kot sebab hari lain sale tetap ada. Lagipun kebanyakan baju yang jual semua baju winter...adalah baju2 biasa tapi tak berapa banyak lah.

So dari tak ada nak buat apa, Kak Elly dah arrange kan aktiviti Tour. 



10 hari duduk kat Overseas bekpes roti jer...tak pernah aku berperangai macam ni. Roti ngan butter...naik loya tekak aku. Tak ada nasi lemak, roti canai ataupun mee hoon goreng. I is sad u know....tapi Americano Coffee kat London mmg terbaik, Eksyen kau ya Americano konon kat Malaysia kau bantai Kopi Kapal Api jer....haha




Amboi hebat sangat dah ni, pakai baju berlapis2 dengan kasut boots bagai....En Win pandang jer atas bawah. Tapi sekejap jer lah bergaya sebab teruja punya pasal...masuk hari kelima aku dah tak ada mood sebab sejuk bebenor. Prefer pakaian yang senang dan ringkas jer ini nak ber boots bagai malas lah...dah terkedek2 bila berjalan. Boots ni aku pakai sekali jer lepas tu aku campak ketepi. Beli kasut kat sana lagi selesa dan laju bila berjalan.

Ramai tanya Kak Elly beli baju winter semua ni katne....Kalau beli kat kedai boleh tahan mahalnya so Kak Elly ada survey kat online, harga jauh berbeza. Click sini siap yang tengah mencari Winter Clothes . 



Lepas bekpes kitaorang tunggu Bus Sightseeing Tour ni depan Station Gloucester. Ticket ni korang boleh beli awal secara online Big Bus Tour . RM291.60 untuk 2 orang siap dengan naik cruise lagi. Berbaloi sangat sebab banyak tempat yang diorang pergi. Jadi siapa yang nak ke London jgn lupa naik bus tour ni ya.



Disebabkan aku dengan En Win jakun bebenor terus duduk kat tingkat atas...ok 3 minit jer bertahan sebab sejuk sampai ketulang. Pelan2 turun bawah balik...hahahaha. Tapi sempat lah snap satu gambar untuk tatapan korang bagi semangat sikit untuk datang kesini.



Serius London korang kena letak dalam wish list. Tempat sangat2 cantik cuma duit jer tak cantik. Tapi kalau korang jenis yang pandai berjimat dan pandai buat budget...InsyaAllah aku rasa boleh kot.



Big Bus Tour ni akan berhenti ditempat2 bersejarah atau tempat2 yang menarik. Terpulang kat korang sama ada nak turun ataupun tidak. Putih kan kulit aku kat sini...eh jangan lupa ya Skincare coming soon akan keluar...iklan jap.


Ini kat area2 Marble Arch. Disebabkan semalam dah pergi so aku ngan En Win jalan2 kat kawasan lain pulak.



Perggghhh dah pandai tak pandang camera.



Setelah 13 tahun berkawin barulah merasa pergi tempat jauh berdua. Dulu honeymoon kat Sabah jer itupun asyik kira jer duit cukup ker tidak. Sekarang bukan lah kata senang tapi rezeki tu ada jadi tak salah nak merasa. Aku jenis yang suka melancong itu sebab aku dah arrange kan awal2 percutian yang nak pergi supaya senang nak kumpul duit. Kalau tak ada perancang mmg habislah duit tu ketempat lain. Bila korang dah ada target jadi korang akan saving sebaik mungkin dan jgn sekali2 gunakan duit yang telah dikumpul.



Tenang jer kan!!


Building....



Korang tengok semua dah siap beratur depan MK ni. AKu jeling jer lah walaupun hati meronta2 sebab nampak handbeg kat luar tingkap...hahaha. Kasut, handbeg, make up dan perfume mmg berbaloi bila kat sini. Jadi duit semua ni aku dah asingkan awal2. Baju2 tak ada dalam list sebab malas nak try. Ada gaks kengkawan yang kirim tapi sila bank in ya...no money no talk.



Eye of London


Big Ben.

Actually tak semua tempat kitaorang turun sebab terlampau sejuk. Jadi tengok2 jer dalam bus.



Beratur untuk naik Cruise tapi kitaorang tak jadi naik sebab keadaan tak mengizin kan. Terlalu sejuk untuk beratur...so cabut!!



Kat sini pun macam Italy jugak banyak Church besar2 dan senibina diorang pun hampir sama.



Cantik kan...



Belakang tu Church. Kalau korang nak masuk pun boleh jer...tujuan untuk lihat senibina didalam. Tapi kitaorang tangkap kat luar jer sebab kat Italy haritu dah puas masuk beberapa Church.



Beratur mmg panjang lah. Korang tengok lah...cantik sangat senibina kat sini. Kadang2 aku terpikir macam mana lah dia kerah tenaga orang2 yang bekerja waktu ni.



Aku suka melihat tapi aku malas nak dengar sejarah sesuatu tempat. Jadi jangan lah korang harap aku ceritakan sejarah tempat2 yang aku lawati. Berbeza dengan En Win dia suka mendengar dan membaca. Itu sebab aku selalu elak kan pergi ke Museum sbb dia akan ambik masa yang lama untuk membaca...haha. Disebakan semua benda En Win tahu bila nampak bangunan pelik aku tanya jer lah...kalau dia menipu pun bukannyer aku tahu. 



Cuaca mendung jer seharian. Tak ada matahari pun....itu yang bertambah sejuk. Nak bercakap pun jadi malas....mula2 excited lah mulut keluar asap lepas tu dah tak mampu bersuara. Hidung dan telinga jadi keras dan merah.



Aku konpius Tower Bridge dengan London Bridge sebab hampir sama jer Bridge diorang ni. Ok kat belakang ni adalah Tower Bridge...London Bridge aku tak turun sebab terlepas pandang agaknya.

Kau mampu tangkap gambar bertentang mata...jap lagi aku tunjuk korang lagi gambar yang boleh buat korang muntah hijau...haha





Tower Bridge


Bila tengok tempat cantik mula lah aku sedih teringatkan anak2....tak tipu ya siapa yang dah jadi ibu mesti tahu macam mana perasaan aku. Kalau boleh nak merasa bersama2 tapi i keliru antara anak dan suami....ececeh.

Kenapa tak bawak anak? sebab nak jalan berdua....lagipun kewangan tak berapa nak mencukupi. Dah ada target tempat yang lebih cantik untuk anak2 tahun depan. Bagi lah peluang kitaorang nak peluk2 tempat sejuk.





Disebabkan terasa diri vogue waktu ni...ambik dua gambar aku bagi terus....hahaha. Bukan senang nak tengok aku pakai boots kan.



Lepak lama sikit kat sini....tempat ni sangat2 tenang dan cantik



Gambar kenangan berdua...ayat novel betul.



Kelaparan....makan Fish & Chips sambil bersuap2 diantara satu sama lain. Gurmeet jangan jeles ya...hahaha. Aku malas nak bukak gloves jadi aku nganga jer mulut En Win tolong suapkan. Manisnyer Honeymoon....hahaha



Buckingham Palace. 

Kitaorang sempat jalan kat luar jer. Waktu ni ramai sangat orang...beratur panjang giler. Jadilah asal kan pergi ada gaks gambar kenangan.

Kitaorang habis tour dalam pukul 4 petang jer...lepas tu turun kat Oxford Street jenjalan tengok shopping Mall. Sempat lah sambar satu dua barang untuk anak2. Gambar tak ada sebab malas keluar camera...orang terlalu ramai. Korang imagine lah sendiri ya.  

dan untuk tatapan yang akan berhoneymoon ni London
















Muaaaaaaaaaaahhhhhh

Jangan tiru aksi ini. Muncung jer panjang tapi tak sampai pun kat pipi...sampai kat mulut jer....hahaha. Kata Negara omputih kena lah kiss....18SX


10 comments:

Nadya Zahid said...

hahahaaha..suke gbr yg last skali tuh..heheheh
bestnye sis dpt sampai london..adeh..nak pegi london!!dlm my wish list tu...share skit bape budget average atleast kne ade eh nak gi sane?

Jueliza Jamani said...

Hehheeh kak elly.. baru perasan muka asben akak mcm gurmeet tu ehh.. hahaha aduhh sabo jer.. cantiknya kat sana.. kak elly pun cantik..kulit gebus gebas!!

nurfadilah suardi said...

seronoknya. cantik2 tempat dia. nak masuk dalam wishlist percutian la

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak elly, wahwahhh honeymoon dia... kat tempat sejuk memang best... hihiii rindu lak rasa nak p honeymoon :)

siti said...

yelah kak dulu masa 1st time p London pun ingat tower bridge tu London bridge!
konpius jap, yg mana London bridge???

Irfa said...

dgn anak dah pegi
next nak gi berdua jelah, nak tiru elly. kwang kawang kwang

Alyn Aellynn said...

Abg toyib x pandang camera tu sbb Ben yang ajar pose gitu. Hahahaaa

Nurul Nadila said...

suke sangat......

Chekgu Azrine said...

Fuhhhh..romantika betul abag toyib dgn kak engku...hehehe

nor said...

La.dah teragak nbila.announced nak pergi holiday..ni mesti pergi london.
An on 24 was at glouscester road area hantar hadiah xmas pd.kawan..
Hahah mahal.area.awak duduk tu...