Nuffnang Advertisement

Wednesday, January 7, 2015

London Day 1 & 2


Siapa yang dah lama baca blog Kak Elly (tak mo lah Kak Engku...rasa macam tua pulak....muahahaha) tentu dah tahu macam mana Kak Elly rancang percutian setiap tahun. Kak Elly akan survey dan buat budget pada awal tahun. Tapi berlainan dengan percutian kali ni. Mendadak...Kak Elly dan En Win decide 3 bulan sebulan bertolak dan kali ni hanya pergi berdua sahaja...tanpa anak2 dan percutian yang agak lama tanpa anak2 disisi. Honeymoon katanyer dan ini lah honeymoon kami yang terakhir. Tak sanggup rasanya berjauhan dengan anak2 dan menikmati tempat yang indah tanpa anak2 disisi adalah satu kesedihan...eh! sedih campur gembira sikit...hahaha.

Kitorang decide pergi ke Paris jugak...alang2 ada kat London singgah lah ke Paris ya dak...amboi cakap macam orang kayo2. Pada hal kat London asal nak makan jer kali 5. Pitam semua benda aku kali kan 5.5 biar ada kesedaran sebelum berbelanja...ya ker tu? kahkahakah.

Disebabkan mata wang agak mahal jadi sebelum ke London dan Paris Kak Elly dah uruskan bayaran yang penting2 dulu kat sini. Duit Flight, duit hotel, duit train, duit tour semua dapat settled kan sebelum kami bertolak. So tinggal bawak duit makan dan shopping jer nanti. Ok nanti Kak Elly share kan bayaran2 penting yang kena di dahulukan.

Kak Elly bertolak pada 24hb Dec dan sampai hari yang sama di London. Beza waktu diantara Malaysia dan London adalah 8 jam. Perjalanan mengambil masa selama 14 jam. Pergghhh kematu duduk kat kerusi...80 kali tgk jam tak sampai2 gaks. Tidur..bangun...tidur bangun masih tempat yang sama...hahaha.



Sebelum bertolak dah survey2 harga pick up from Airport to Hotel. Ada yang charge sampai £80 ...perghhhh cuba kali 5.5 = RM440.00. Kalau naik teksi lagi menggila mahal. Nasib baik ada reader yang baik hati membantu so sesiapa nak memerlukan pick up di London boleh contact Abang Meor +44 7725 415616 dia cuma charge £50 .



Kenapa Kak Elly memilih Holiday Inn?? 
Dekat dengan Station, banyak tempat makan dan berdekatan dengan town. Kat area Holiday inn ni banyak jugak hotel2 yang lain. Kalau korang search kat booking.com search area Gloucester

Kak Elly booked menggunakan booking.com RM2,642.00 untuk 4 malam. Dalam RM660.00 per room per night.



Walaupun harga RM660 per night tapi harapan korang jangan lah tinggi sangat....bilik biasa giler. Kalau di KL boleh dikategori kan bilik hotel 3 star jer. Kalau korang nak cari hotel budget pun banyak jer kat London ni cuma rasa nyer Kak Elly tak sesuai berkongsi bilik air dengan orang luar. Takpe sekali sekala bercuti berdua cari lah yang agak selesa sikit. Kata Honeymoon...tentulah nak moon2 berdua...kahkahkah



Kitaorang sampai di London pada pukul 4 petang...lepas check in dan settled segala urusan dalam pukul 6 petang jer. Perut dah mengigil2 kelaparan. Waktu ni kalau tak silap suhu dalam 3 Celsius. Giler sejuk.... 



Jalan sikit kat area hotel tu dah nampak ada satu kedai arab yang halal. Cuma harga kat atas tu korang kali 5.5...muahahaha. No...No... makanan jangan kali ya....tak elok. Ada duit, makan...tak shopping pun tak apa makan lagi penting. Itu konsep En Win. Aku punya konsep biar berlapar asal handbeg ditangan...pitam En Win dengar.



Kenapa Bang Toyib....tengok menu ker tengok harga? Nevermind today I belanja...tomorrow and tomorrow and tomorrow u belanja pulak...hahaha



Tips: Kalau korang di London makesure korang cari Moisturising E45 ni...sangat2 bagus untuk kurangkan kekeringan di kulit dan hilangkan kegatalan. 

Bila sejuk kulit akan menjadi kering dan seluruh badan akan terasa gatal. Jadi lepas mandi makesure korang sapu lotion ni diseluruh badan. Dan untuk bibir korang guna Vaseline.

Day 2


Good Morning & Merry Christmas.



Brrrrrrrr....sejuk giler. Disebabkan excited giler kitaorang dah bangun awal pagi....terlupa hari ni Christmas. Train dan kedai kebanyakan nyer tutup. Masak lah bayar duit teksi hari ni. 



Nasib adik bagi pinjam Gopro adalah gambar berdua2an. Itu pun En Win bising macam2 gadget aku keluarkan. Kejap gopro, kejap kang camera...eh! guna telefon pulak...hahaha. Tangan dah lah kematu sejuk...kalau nak snap kena bukak glove, itu yang Abg Toyib kecik besar jer pandang muka aku. Ingat aku heran....ni London ya...harus lah gambar kena banyak2. Senang cucu nak tengok nanti. Fuyoooo atuk ngan grandma pergi London. Grandma stylo lah muda2...muahahaha.



Now barulah aku tahu kenapa orang sanggup cari duit dan berulang kali bercuti di Kota London. Cantik sangat2 tempat ni dan sangat2 tenang. Building kat sini cantik sangat...suka lah.



Selalu tengok kat TV jer rumah2 kat London...now i dah sampai depan pintu..."Micheal open the door please"  



Nampak sangat keluar pagi sampai kereta pun tak ada lagi kat jalan raya.



Dari hotel ker Station tak sampai 5 minutes pun berjalan. Very2 easy cuma hari ni Station tutup.





Wow...suami siapa ni? haha



Area dekat station...melambak kedai makan, kedai souvenir dan ada Tesco kecik kat sini.



Gambar wajib di London. 





Ececeh...giler lah tangkap gambar tak pandang camera...hahaha



Disebabkan 25th tak ada apa2 aktiviti kitaorang decide jumpa my boss yang bercuti kat sana jugak. Hambek kena 30.00 pound perjalanan yang tak sampai 20 minit.



Hello Boss!!



Selfie Bang!!



Boss belanja lunch hari tu



Kalau korang nak cari makanan halal kat sini pastikan korang ker Edgware Road. Kawasan ni banyak makanan arab dan melayu.



Disebabkan banyak tempat2 yang cantik maka banyak lah gambar yang harus di snap.


Settled makan2 dengan Boss kitaorang continue berjalan di sekitar Oxford Street. 



Marble Arch



Amboi...eksyen kau ya bagi burung makan. Cuba kat KL kau tak heran pun. Mentang2 kat London over sangat perangai kau ya...hahahaha


Kalau dulu percutian ke Italy agak kelam kabut tapi rasa berlainan sangat di London. Lain kali takmo ikut package2 ni...penat terkejar sana2 sini. I dah pandai jalan sendiri...tau. 



Nak jugak tiru pose bini.



Setelah puas bergambar...next appointment jumpa cousin En Win. Adam. Adam dah menetap kat sini hampir 8 tahun. Dari belajar terus bekerja. En Win dan Adam membesar bersama. Kedua2 dijaga oleh Nenek En Win. So hari tu borak2 pasal kenangan dulu.



Pasangan Honeymoon



Dapat lah borak2 dan bertukar pandangan. 



Beca London


Sambung berjalan lagi







Walaupun anak2 tak pergi tapi diorang punya list pesanan untuk barang2 banyak giler ok....ada pulak tu. Terror korang goggle ya





Puas lah aku rujuk list2 nama candy yang diorang kirim...syabas semua ada dalam senarai pesanan. Melampau sangat ni....melayang dekat £150 

Ok esok sambung...

18 comments:

Cik Puan Eka said...

waaa bestnya kak engku. Teringin nak kesana tapi tunggu jadi jutawan dlu hahaha.

noryda jaafar said...

haha..kak elly memang stylo..teringinnya nak bercuti kat sana..nak fefeeling pakai baju tebal2..

A.I said...

bestnyer wei..aku ni ntah bila la nk dpt jejak kaki kt london tu. nk smp genting pon payah :P choii sgt aku ni. tp siyes, aku suka tengok kowang laki bini & anak branak. berkat usaha keras kowang sendiri kan :) murah rezeki...

annapeje said...

best nyerrrr amboi kalo bawak beca pon hensem ahaha

lela mohd nor said...

suka tgk hidup org yg ada perancangan ni..tahniah kak..plan awal2..insyaallah ada jalannya kn..

Irfa said...

adui, terbekenan ngan hbag ko elly

JUEY said...

bestnye kak elly. adore you kak elly! makin cntik pulak sejak ke london ney. hehe :)

Sheila Salim said...

Assalamualaikum.. bestnya kak elly honeymoon... hehehhee

husna alias said...

saya start baca blog akak dari awal lagi..tahun 2011. dh 4 tahun! and sekarang,saya baru ingat balik nama akak. hahaa.. hye kak elly!! sebelum ni macam2 nama, kak ton, popo, kak engku la.. hope kekal dekat kak elly jelah ya.. jgn pasni jadi kak Kate ke plak..

btw,suka tengok akak rancang percutian and organize everything. saya nk jadikan contoh, nk2 lepas kahwin nanti.. i'm 24 y.old btw.. hihi

husna alias said...
This comment has been removed by the author.
mamabeauty said...

bestnya.. time2 cuti best sebab kita dok celebrate giteww..

mama tisya said...

sy dlu hafal station naik tube ke oxford street sbb pegi ngan kaum ibu...kaum bapa jg ank mak2 nk shopping..hehe...tp mmg best la bila jejak kaki ke london sbb mcm tk percaya akhirnya berjaya jejak kaki...nanti elly bole bw ank2 plak kn

safurara said...

kak nk tanya, total belanja mkn and shopping akk bawak berapa? ( duit malaysia ) tq sbb sudi balas.nk ke sana jugak insyaAllah.nk kena bajet2.hehe

Hati Kata Jujur said...

Salam kak elly/Kak engku

Budget akak p london tu berapa... means anggaran kasar yang akak gunakan.. cadang hujung tahun depan nak pergi sana... lady's trip ini... please

RAFEAH ZAHRI said...

bestnye kak!bile la gamaknye dpt p ni..asyik tgk post org je p london..grrr...byk ni kena menympan!

mamamia said...

google entry london n jumpe blog kak elly ni. serius best! hehe blh tiru nnt...smangat nk kumpol duit p sana

riea zakifaris said...

dpt tgk kak ell jln2 pun jadi lah.. nak pergi xtahu bila nya... hehehe...

nurhafizams said...

Puan, nk tnye.. Bwk duit blnje kat sne bpe? Hahaha.. Beli candy pun smpai £150.. Nangis i bce.. Huhuhu.. Waktu kat immigration dorg akan tnye pape x?