Nuffnang Advertisement

Thursday, January 15, 2015

Dugaan


Lorry MG Mover di dapati hilang pagi ni. Plate No WHF 8327. Kalau ada sesiapa yang nampak atau terserempak dengan lorry yang ada muka Kak Elly atas sofa ni cepat2 hubungi 
013-533 4995 ya. 

Dugaan awal tahun untuk kami warga MG Movers. Peringatan supaya lebih berhati2 di masa depan. Kalau bukan rezeki aku dengan En Win...kitaorang redha. Kitaorang anggap ini satu ujian dalam perniagaan. Tapi tetap lah bersedih...ini duit titik peluh kami. Kitaorang beli cash lorry ni sebab tak suka berhutang. Lorry pertama aku dengan En Win beli masa mula2 berniaga. Lorry yang En Win bawak aku dan anak2 ronda2 satu kawasan Ukay Perdana bila saja kitaorang dapat kunci lorry kat tangan.

Allah beri rezeki dan masa yang sama Dia menduga kita. 










17 comments:

Cik Puan Eka said...

Terkejut tgok kak pilla share kat fb tadi. Moga ada lagi rzki lori ni dengan MG Movers.

Semoga dapat dijumpai dengan cepat.

Sabar ya kak elly. Dugaan, Moga ada hikmahnya.

Jueliza Jamani said...

Allahuakbar.. sabar kak.. dugaan sungguh ni.. Allah nak uji akak dengan abg.. insyaAllah ada hikmah semua ni..

Irfa said...

ALLAH. mmg dugaan sungguh
moga ketemu kembali lori hilang tu

f.m.y said...

InsyaAllah akan jumpa kak Elly.. Pray hard!! Nnt kitorg war war kan kat FB

Haris Zuhaina said...

AS Salam
LEpas ni semua lori kena pasang tracker GPS lah.. Cam keta sewa..

Nurzakiah Hanum said...

ya allah
sabar ya kak

Che kem said...

SABAr elly..

Insha Allah, kalau rezeki kita jumpa balik.

nuui said...

post gak kat Twitter kakel. Nanti reramai boleh retweet..

macam semalam ada budak pompuan tertinggal notebook di dalam LRT. Retweet bagai, tak lama ada orang call ckp dah jumpa. Allhamdullilah.

kita sama-sama cuba dan berdoa. InsyaAllah, ada rezeki.

Zul Ram said...

Akak baca Ya Waajid (Yg Maha Menemukan) berulang2 kali. Insya Allah jumpa. Memang mujarab kalau ada mahu mencari brg yg hilang.

RienaRazak said...

Sabar kak elly, dugaan berniaga... hope kak elly tabah..

mamabeauty said...

Innalillahi waiina ilahirojiun..

Disetiap kesukaran ada kemudahan In shaa Allah..

semoga dipermudahkan segala urusannya..

Khalila Khalid said...

selalu nampak lori MG Movers ni parking kat area segambut/jln ipoh

Siti Sahlah Sk Abd Aziz said...

Pray for WHF 8327
Hope kak elly & en win tabah..

JUEY said...

semoga kak elly and en.win tabah! saya doakan semoga lori dijumpai semula

farhani said...

homaiii lori pun boleh hilang jugakkk. semoga jumpa cepat yer kak elly.

yoorin melacolea said...

Allah.. mudahan segera dijumpai... pencuri ni kejam betul..tak tahu susah payah orang nak dapat kan sesuatu ..senang dia je nak merembat..

Alip~Ya~Alip said...

Company tmpt saya kerja pun pernah hilang 3 tons lorry. Driver tu park sekejap aje kat area sunway. bila turun2 tengok dah hilang. Mula2 buat report polis. kemudian claim insurance. sbb biasanya diaorng ni curik lorry sbb nak bawak barang salah. mcm kami tu dah setahun lebih polis marine jumpa di area port klang lorry tu tinggl di jalan raya. Bila polis bukak jumpa carton rokok haram dlm tu. Tapi boss tak ambik balik lorry tu sbb dh dpt duit insurance beli lorry baru. tpi dlm process nk dpt lorry baru tu kesian pada driver sbb tak ada kerja dan terpaksa jadi driver boss. hehehe...Harap U sabar dgn dugaan ni. Insyallah rezeki semakin bertambah sekiranya bersabar.