Nuffnang Advertisement

Monday, January 19, 2015

Day 6 Paris


Pitam aku tak habis cite Paris ni...Juara lagu pun dah selesai. Mama bangga dengan Dayang...hahahaha

Kalau korang tanya pendapat Kak Elly mana lagi best Paris atau London. Of Course Kak Elly pilih London. Paris ni susah sikit nak bercakap lepas tu makanan banyak yang tak halal. Tapi alang2 korang dah sampai London better pergi Paris jugak. 



Perkawinan kami dah masuk 13 tahun...alhamdullilah. Baru nak merasa itu ini. Lain bebenor rasanya honeymoon baru kawin dan lama kawin ni. Kalau baru kawin melekat jer 24 jam tapi berlainan betul dengan orang yang dah lama kawin ni....nak kiss pipi pun malu....hahaa. Eh! aku tak malu En Win yang macam perempuan tersipu2...hahaha. Aku suka jer ngusik dia....

Tapi En Win bawak lah macam mana banyak barang pun, tapi dia tetap nak pimpin tangan aku. Kalau dengan anak2 dia sanggup suh bebudak tu jalan depan sebab dia nak pegang tangan isteri yang tercinta dia ni...hahaha. Kalau dia jeles lagi cute...mesti nyampah korang dengar romantik orang tua ni kan...hahaha 



Kalau kat London kau tanya pasal Big Bus Tour semua orang tahu.  Tapi bila korang tanya orang kat paris ni...especially kalau korang cakap omputih dia bantai cakap No jer. Even korang tanya kat information counter pun dia boleh cakap tak tahu...sakit hati tak?? Nasib semalam aku nampak bus ni berhenti kat Eiffel Tower. Jadi kitaorang pepandai jer lah tunggu kat situ. Nasib betul.



Disebabkan aku tak berpuas hati sangat dengan gambar romantik kitaorang semalam...aku ajak lagi En Win bergambar peluk2. Nyampah dia malu...peluk pun tak ikhlas nak laju jer. 

Aku: Pa...tak romantik. Boleh tak intim lagi.

En Win: Ma... u ni gila. Malu lah I dengar orang yg tangkap gambar tu.

Kenapa nak malu....of course lah orang tu faham ini kan Eiffel Tower...ker mmg patut malu...hahaha



Ini jer yang En Win mampu laku kan...hahaha. 

Aku: Pa...kiss2....hahaha

Terus dia tolak aku....



Pukul 9.00am kitaorang mulakan perjalanan naik Big Bus Tour. Tapi banyak tempat kitaorang tak turun cuma bergambar jer dari dalam bus. 

Harga RM295.00 untuk 2 orang...click Paris Big Bus Tour untuk more information. Kat link tu korang blh tgk map tempat2 yang dilawati. I malas nak cerita...korang tgk gambar jer lah ya..







Paris lagi sejuk dari London. Mmg sepanjang jalan mengigil2





Cantik kan building2 kat sini. 











Kitaorang cuma turun kat area ' Louvre and Tuileries Garden'



Pagar2 Cinta. Waktu ni ada reader komen suh Kak Elly cerita pasal sejarah kunci ni nanti kat blog. Jawapan mmg tak lah...setakat kunci malas lah nak ambik tahu....haha.

Kunci2 ni biasa lah ada kena mengena dengan cinta....i kunci abg toyib terus kedalam hati jer. Tak main lah nak kunci2 pagar ni...hahaha



Nampak tu aku kunci abg toyib terus kat pagar tu yang melekat tak gerak2...haha



Wow...siapa ni?? hahaha



Pa....pa...Kiss2

Muahahahahhaa



No komen.....





Boat2 yang korang nampak tu sebenarnya rumah. Diorang mmg tinggal dalam boat ni. Memasak...membasuh semua kat sini. Membuang jer aku tak sempat tanya. 



Ini pun salah satu tempat pelancongan yang terkenal







Kat dalam Piramid kaca tu lah dikatakan isteri Nabi Isa di tanam secara rahsia. Nama nya Mageledin. Tapi pihak Vatican menidakkan....seperti dalam cerita Vinci Code tu



Gambar kenangan...Cucu nenek vogue tak?













Itu jer gambar2 menarik yang Kak Elly blh share dengan korang. Di sebabkan esok dah nak balik Kak Elly tak join cruise walaupun ticket dah beli. Kitaorang cuma tour 1/2 day jer. Lagi half day kitaorang turun untuk shopping.



Sedia untuk berbelanja...kat sini pun boleh tahan murah jugak branded items.




Especially LV dan Longcham. 

Giler lah LV kat sini 5 tingkat ya. Kak Elly cuma belikan barang utk kawan2 yang kirim.



Ok...gambar kat sini tak banyak sebab kami sibuk bershopping. Apa2 pun tempat ni pun korang wajib pergi ya.



Dapat gaks bergambar kat luar restaurant...tercapai cita2 nak tangkap gambar ala2 diva...hahaha


Nanti sambung lagi yek

























7 comments:

Allene ALineWorks said...

kak elly... sweet je tgk gambar2 tu.. orang laki mmg tau. malu2 bila dah kahwin. b4 kahwin, elok plak kan... kkikiki...

Nurzakiah Hanum said...

bestnya

izz zac said...

Gambar last mmg dunhill ..gaya mutu keunggulan

mamabeauty said...

comel jerk both of you.. sweet

Irfa said...

gambar last tu perghhhhhhhhhhh
mantap
kbai

nidya ignesia said...

Hi. May i know the size of your red winter coat? Is that the one from winterclothes.com.my? Cause i still confuse to choose size of mine. Thanks :)

nidya ignesia said...

Hi. May i know the size of your red winter coat? Is that the one from winterclothes.com.my? Cause i still confuse to choose the size of mine. Thanks :)