Nuffnang Advertisement

Tuesday, January 13, 2015

Day 5 Paris


Day 5 kitaorang check out dari Hotel dan simpan luggage kat situ...bawak beg kecik jer ke Paris sebab pergi 2 hari jer. Nak merasa sangat...alang2 dah sampai London nak jugak jejak kaki ke Paris. Dah lama pendam kat dalam hati nak kiss depan Eiffel Tower tu....hahaha. 

Aku nampak perubahan En Win...sikit2 dia cuba capaikan impian aku. Aku tahu cuma aku pura2 buat tak perasan jer...hahaha. Kalau aku mintak sesuatu dia akan tunaikan tapi bukan secepat mungkin kenkadang makan tahun jugak. Alhamdullilah rezeki sentiasa ada...dapat kitaorang merasa berjalan jauh beberapa tahun ni.

Stop emo...ok nak bagi info sikit mengenai train dari London ke Paris. Kalau korang dah ada awal perancangan nak ker Paris...sila bila ticket awal2...3 bulan sebelum pergi. Kalau korang beli ticket awal harga akan dapat giler vavi murah. Sila click kat sini untuk info train Euro Train . Kalau tak pandai beli online korang boleh beli kat Boustead Travel...harga sama jer. Diorang akan uruskan...lagi senang.

Macam kes Kak Elly dah lewat sangat waktu beli ticket train ni...masak lah harga melambung tinggi. RM1700 per person. Tapi En Win kata pejam mata bayar jer lah. Almost RM3000++ untuk 2 orang. Macam harga tiket kapat terbang jer. Rasa terkilan sangat tapi nak buat macam mana percutian ni pun rancang last minute. Banyak benda boleh save sebenarnya tapi dah rezeki ada pergi jer lah. Kang banyak sangat complain langsung tak dapat pergi...baik aku diam kan jer. Jadi urus jer lah apa yang patut.



Sebelum bertolak kita bekpes lah dulu



Kitaorang ambik train pukul 11.30 pagi. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam



Walaupan naik train diorang ada check luggage dengan cop passport gaks. Tapi tak ada lah beratur lama sangat



Nampak tak kasut yang aku pakai tu...sampai balik aku pakai jer kasut tu. Boots semua simpan...tak kuasa aku jalan terkedek2. Aku mmg dari dulu ada masalah dengan kasut tapi tak pernah serik. Sebabnya nak nampak cun dan vogue dalam gambar jer...hahaha. Buat penat jer mengangkut..tapi I tak kisah janji ada gambar dengan kasut boots.....muahahahahaha



Kitaorang siap bawak bekal maggi kat dalam ni....beli air panas jer. Air  minum pun dah beli siap2 kat terminal tadi.

Sampai jer kat Paris...bila kelur jer dari train aku dah rasa sesak dan susah nak bernafas. Sejuk giler2...angin sejuk kuat sangat. Dua2 tak bercakap guna bahasa isyarat cakap ambik train gi kat Hotel.

Orang kat sini tak peramah langsung dan tak membantu langsung. Kalau korang cakap omputih lagi dia buat dek jer...aku rasa rakyat dia tak suka dengan orang British kot. Dia lebih suka kau cakap melayu macam ayam dan itik dari cakap omputih...hahaha.

Sampai jer kat station ticket tengok orang beratur panjang...kaunter bukak satu jer. Angin dah lah kuat giler...sekali lagi ambik keputusan naik teksi. RM80 hinggit untuk ke tempat yang tak sampai 20 minit.

Kitaorang pergi Paris hari Ahad dengan harapan konon nyer sampai jer kat sana terus nak berjalan...rupanya Paris setiap hari Ahad kedai semua tutup termasuk shopping Mall. Pelik kan...eh! pelik sangat ni.



Hotel Grenelle

Hotel ni reader yang suggest....bila booked kat booking.com nampak cantik jer bilik dia dalam gambar tersenyum2 jer bila aku tgk....tapi hakikatnyer



Huaaaaa....mcm hotel tak ada bintang. Kettle pun tak ada...bila aku mintak air panas dia suh ambik kat toilet jer. What??? bilik air sorang jer boleh masuk...kalau masuk berdua korang tak jumpa jalan keluar nanti. Harga semalam bukan main RM450.00.

Tetapi yang bagus hotel ni...dekat dengan Train Station...jalan 10 minit jer untuk ke Eiffel Tower, banyak makanan halal dan jalan belakang sikit jer ada tempat shopping. Ok lah di maafkan...aku approved korang duduk sini.



Disebabkan kedai semua tutup...marilah kita berjalan ke Eiffel Tower



Paris dan Italy mmg terkenal dengan building yang cantik dan unik



Tu dia...tu dia Eiffel Tower....hahahaha. Hakikatnya aku ngan En Win tak ada mood untuk bergambar sebab terlalu2 sejuk. Tapi untuk kenangan gigil2 kitaorang keluarkan gopro lepas tu laju2 pakai glove balik.



Terpegun ok tengok Eiffel Tower....



Cantik kan Kak Elly...Eh silap cantikan Eiffel Tower



Thank you Pa...



Kita lihat dengan lebih dekat lagi





Huaaaaaa....gambar kenangan yang akan dibesarkan nanti. Mintak orang kat situ tolong tangkap kan. "Pa kita tangkap sambil kiss nak?"....."Ma u jangan buat malu ya"....."Ala dia omputih mesti di ok punya"...hahaha. Sampai kesudah En Win malu. Nyampah....baru nak jadi Che Ta.



Lepas dah puas bergambar baru kitaorang sambung berjalan balik. Kat sini korang kena berhati2 sikit banyak penyeluk saku yang professional.







Cheese


Paberet aku ni.....Churrus



Korang boleh jer naik kat atas ni tapi kena lah beratur. Aku malas lagipun aku gayat dan tak pandai seimbangkan badan.



Bergambar berani lah...



Memang terbaik...kebabom...tersedap giler Churros ni. Aku makan sorang tak nak share pun dengan En Win...siapa suruh dia tolak kiss aku kat Eiffel Tower. Tengah orang ramai dia ajak aku kiss pulak... sekali bila aku pandang mulut dia tengah berminyak2 dia taruk Vaselin....saja lah tu. Hahahaha.



Makan sambil mengigil...omputih kat sini selamba jer aku tgk berjalan tapi tangan semua orang tengah pegang wine panas. 



Pemandangan Eiffel Tower di waktu malam



Kawan aku dah pesan "Ly kau kalau gi Paris jangan lupa lepak kat restaurant dia tapi kena duduk luar barulah stylo" Tak dapat ya sejuk menggiler tak stylo pun tak apa lah.



9 comments:

mamabeauty said...

bestnya Paris hehe..

gi masa musim bunga la best sikit.. idokler menggigil sgt..

f.m.y said...

Check Up pun boleh eh Kak Elly.. hehehe

Seronok tengok gambar-gaambar kat sana. Teringin nak pegi.. Nak keje kuat-kuat macam u olls la. Kumpul dana untuk melancong.

Kak Elly, cite la lagi experience bisnes.

Jueliza Jamani said...

wahh kak ellyyyy bestnya paris.. :)

sirsayyid bilfaqih said...

salam kak elly..boleh dptkan email kak elly x..?

Elly said...

Sirsayyid :ellyirfan@gmail.com

siti said...

brp degrees tu kak...kitorg pi haritu -6degrees haha sejuk jer ingatkan ada snow...hotel mmg mahal harga mcm hotel 5star kat msia tapi bilik sempit muat utk 2 org jer hiks...yg tiket eurostar tu pun kalo beli lastminit mau 200euro sorang..tu better beli online sesiap

bai zura said...

tgk kak elly mkn Churros rase nak juga... takpe balik keje nie buat laaa

Shasha Johari said...

best kan Paris!!! ahad mmg mall bnyk tutup. the only mall yg x tutup time weekend is along jalan champ elysees. House of LV kt situ.

Shasha Johari said...

Best kan PARIS..been there for business trip. mall ahad mmg tutup except along the road champs elysees! house of LV is there.