Nuffnang Advertisement

Wednesday, January 21, 2015

Borak Mak2



Hari ni tak nak share gambar apa2...sebab sendiri download sendiri pitam dengan aksi ala2 vogue walaupun tak vogue sangat tapi dalam hati tetap kembang2...hahaha

Meh...lah kita borak cite mak2 yang tak habis2 mengadu itu ini. Kak Elly notis kalau upload jer gambar makan dinner nanti ramai lah komen macam mana Kak Elly masak cepat sangat? macam mana Kak Elly aturkan masa? Kak Elly makan vitamin apa sampai tenaga banyak sangat...yang paling power ayat korang Kak Elly SuperMom.

Perghhh...pujian tak agak2 ni terkembang lah hidung sekejap...hahaha. Sebenarnya Kak Elly bukan SuperMom ini lebih kepada tanggungjawab kalau tak buat anak2 dan suami dan makan apa. Rasa bersalah bila diorang balik meja kosong. Nanti En Win tenung jer muka aku...terus sebelah muka aku kebas....hahahaha. Tapi tak ada lah masak tiap2 hari. Dalam seminggu tu 2 hari mesti makan luar. Kalau mood aku tak betul balik kerja terus terbongkang tidur...kalau terus terbongkang tu maknanya period ataupun bergaduh dengan boss.  

Korang ingat tak stress ker...bangun seawal pagi. Kelam kabut buat itu ini dekat office. Balik rumah campak beg dengan masih pakai baju office dah start masak. Kena hidang sebelum kul 7.00pm. Budak balik jer terus makan lepas tu siap2 mandi untuk gi tuisyen. Aku ni masih berlari2 kat dapur siapkan bekal untuk diorng makan kat tuisyen nanti...sian takut lapar. Bekal lah roti2 atau biskut. Lepas tu hantar pulak gi tuisyen..En Win hantar Yaya aku hantar adik. Sampai rumah sambung mengemas...eh! malas lah nak cite tgh menaip pun aku stress tau...haha

Bagi yang tanya soalan macam mana Kak Elly boleh masak laju2....jawapan nye sebab Kak Elly ada 4 tangan...hahaha. Selalunya Kak Elly akan sampai rumah pukul 6 pm. Terus masuk dapur masak nasi dulu dan keluarkan barang2 dalam fridge bagi lembut. Kalau nak cepat lembut bukak air besar2 curahkan kat ayam atau daging tu. Bawang2 beli yang dah siap blend senang tinggal tumis jer. Jgn complain cakap tak segar ker apa...dah hampir 3 tahun kitaorang makan ok jer sedap jer lauk tu. Dalam masa 45 minit InsyaAllah Kak Elly boleh masak 2 lauk.

Sesiapa dah jadi ibu tahu lah tugas dan tanggungjawab yang kena pikul ni. Walaupun hati cakap tak nak tapi badan kena bergerak jugak. Kena sentiasa pantas tak ada masa nak jalan lemah gemalai. Jadi rasanya jadi seorang ibu ni mmg alasan malas tu tak boleh ada dalam diri....kalau kita malas nanti satu rumah berlapar. Bila lapar nanti semua orang angin tak baik....jadi sila lah angkat bontot bergerak ke dapur ya...hahahaha


21 comments:

Nurzakiah Hanum said...

ye la kan kalau dah lapar nanti susah

Suhaila abd manap said...

setuju dgn. elly...mak2 ni walau penat atau sakit mcm mana, bila teringat anak2 n laki nak makan, gagahkan jugak ke dapurkan elly...akak anak lima lagi la elly oiii...ko bayang la sndiri...jemput jengah blog akak yang suam2 kuku yer...hihii

Filla said...

Adik suka ayat Kak Elly sila angkat bontot bergerak ke dapur tu.. hahahah...

siti said...

masak ok tapi mslh nk pike nk masak apa tu plg stress hehe

ummi_khalish said...

bkn mudah jadi mak ni...kena sepantas kilat..kalau boleh semua nak buat..baru puas hati kan?salam ukhuwah dr bumi mesir...Dil..

Permatabiru said...

ehh setujula..balik kerja je lelaju jln keluarkan brg dlm peti..dekat opis dah pikir nk masak balik nt...hehe

peej said...

Nasib kucing i makan biskut je. Takyah menumis ke apa. Tu pun malas, laki aku yg bg makan hahaahhahaha

Mrs. Adnan said...

setuju sangat dengan rintihan kak elly ni..(rintihan ke? hehe..) hanya Allah je yang tahu cabaran/rintangan/susah payah wanita bekerjaya. Well said kak!!

yoorin melacolea said...

i feel you kak elly..pelik kannn tetibe jadi power boleh nak uruskan semua.. 30 minit pon dah boleh siap masak kalau terdesak sangat, hahaha.. jadi mak2 ni memang automatik laa laju je buat semua kerja ni..masak okey..part nak kemas tuu.a.yoyoyo.. boleh jd hulk

Nurulhuda Abdul Latip said...

Betul laa kak elly, memang gitulah yang kita baik dengan pakai baju kerja terus siap2 masak..Takde istilah masak, rasanya pukul 11 baru la dapat baring..

Lina said...

Kalau nak cepat tiap2 kali masak buat lebih...cth tumis kari lebih seblm masuk air and santan asingkan paste..bole simpan dlm fridge...bila nak masak masukkan je haiwan...sambal tumis pun camtu...save time tau...

cik mah said...

Setuju...benda2 yg le blend siap2 le wat hujung minggu..t memudahkan n cepatkan kerja...seronok bc cerita akk..

Dokter faRyn said...

sy pun tengah dalam proses nak start balik masak untuk family. selalu keje gov tak tentu masa. asyik depend dekat bibik je. huhu. skrg ni dah keje sendiri, hopefully better. better life for my kids. amin :)

Che' Rahimah Abdul Rahim said...

elly. sy keluarkan lauk dari freezer siap2 sebelum pegi kerja. kiranya malam tu kena dah dapat ilham apa nak masak dinner esok. kalau balik keja itu jam nak masak itu jam baru keluarkan lauk dari freezer memang menangis lah

cikhas has said...

Elly..kalu nk lg cepat, cili blend tu tumis dulu 1/2 masak @ ala2 nk masak & simpan dlm petiais..bila nk menumis tu xler lama sgt kna tumis cili tu..lg pun cili blend jdi tahan lebih lama..

MK said...

Ini memang global issue ni. tu belum cerita pasal kain baju mana yg dlm bakul yg dlm washing machine yg tgh sidai & segunung nak dilipat. tak pernah settle2.

rasa mcm nak lari gi kahwin dgn sultan brunei...haha (macam dia nak kat aku kan)

Liyana said...

terbaik la kak elly. ok mcm mana pulak bab basuh baju lipat baju yang dah 4 gunung tu hehehe. iols weekend la nak balik kampung.. dah tu baju bila pulak nak lipat? pastu stress carik baju ahaha

YangKurusItuSaya said...

setuju dgn kak elly.. sy ni anak baru sethn lbh pon blik keje terus msk..terkejar sana sini..

SM@A said...

Betul tu, dah jadi mak2 ni dengan anak yang tgh study kene make sure anak2 makan makanan yang cukup zat, homecooking is still the best walaupun simple.

mamabeauty said...

betul tu automatik jadi rajin kot hahaha...

yuyuy akley said...

Tetiba rasa nk share.. Dlu penah g kelas ngan sorang chef ni.. Katanya instead of blend bawang ngan air.. Lg bgs blend ngan minyak sbb nanti nak letak minyak jugak n bawang lebih tahan lama..