Hari
tu Kak Elly janji nak share ngan korang kan tentang produk terbaru dari Sharp 'Mattress Cleaner Mite Catcher'.
Sebelum tu nak tanya korang dulu. Korang tahu tak apa tu Dust Mite??? dalam bahasa melayu kita panggil Kutu
Hama. Dengar perkataan kutu jer pun dah rasa kepala gatal2..haha.
Ini
lah rupa "Dust Mite" kalau dibesarkan. Dust Mite ni tidak boleh
dilihat dengan mata kasar. Dust Mike ni selalunya akan berada di tilam, sofa,
bantal, carpet, soft toys, perabot dan bermacam2 tempat lagi.
Korang
pernah tak baring kat tilam, duduk kat sofa atau carpet ker tiba2 rasa badan
gatal2. Padahal baru jer korang korang vacuum carpet atau baru jer tukar cadar.
Still badan nanti naik merah2. En Win punya kulit sangat2 sensitive.
Kadang2 baring tak sampai 5 minit badan dia dah bengkak2 merah. Dust Mite ni dia lagi cepat grow
sebab diorang makan kulit kering yang jatuh kat katil-katil dan karpet.
Dust Mite ni boleh menyebabkan
penyakit kulit seperti Ezcema, Allergy dan Asma. Ingat lagi kalau dulu2 mak aku
siap jemur tilam, carpet semua untuk hilang kutu hama yang terlekat. Siap
tepuk2 lagi dengan rotan. Tapi sebenarnya kaedah tu tak berjaya sebab dust mite masih berada disitu.
Korang basuh lah cadar beberapa kali pun tetap dust mite ni tak akan hilang.
Kesian kat anak Kak Elly bangun bagi2 boleh dengar diorang bersin berulang
kali. Ingatkan selama ni udara tak bersih. Rupanya ini adalah kesan dari Dust Mite allergy
Korang
tahu tak kat tilam yang korang tidur sekarang ni ada dalam 2 million dust mite berkeliaran...eeeeee
takutnya. Tu belum lagi kat bantal dan sofa. Takut kan dengar tapi disebabkan
kita tak tahu kewujudan hama ni tu yang buat tak tahu jer. Sekarang korang dah
tahu kan jadi marilah kita menghapuskan nya agar kehidupan kita sekeluarga
semakin sihat dan dijauhi dari penyakit2 yang merbahaya.
Ini
lah dia produk terbaru dari Sharp 'Mattress Cleaner Mite Catcher". Vacuum ini dapat membantu
membunuh dust mite
yang melekat di tilam, bantal, sofa, curtain dan soft toys anak2 anda.
Sangat
ringan dan mudah digunakan. Pasang dan tekan butang 'Auto' tu dan korang boleh vacuum ditempat2
yang Kak Elly sebutkan tadi.
Bila
tekan button Auto tu tadi lampu warna oren tu akan menyala.
Di sofa
bed. Teknologi
Plasmacluster juga membantu dalam menghapuskan bau yang tidak menyenangkan kat
katil korang.
Anak2
pun boleh menggunakan Mite Catcher kerana ia ringan.
Rasanya berat vacuum ni dalam 2.7kg jer. On kan sahaja button tu dan vacuum lah
tilam dan bantal korang sendiri.
Mudah sangat guna alat ni. Pastikan
korang vacuum di setiap tempat dan sudut
Macam
mana nak bersih kan Dust Mite yang terlekat di Vacuum ni. Mudah sangat cara
dia. Tarik Button ke atas dan cabut botol kat muncung vacuum tu.
Bukak
penutup botol tu dan basuh segala kotoran yang terlekat. Sangat2 mudah.
Mite Catcher
juga sangat mudah untuk disimpan. Saiz vacuum ni tidak terlalu besar dan tidak
mengambil ruang yang banyak untuk disimpan.
Kak
Elly mmg rekemen sangat korang beli Mite Catcher ni especially yang ada ramai
anak kecil dirumah. Cegah sebelum Dust Mike ni semakin merebak.
Kalau korang berminat nak ambik tau
lebih banyak tentang produk ni, boleh lawati roadshow-roadshow di bawah ni:
Roadshow:
PERFECT LIFESTYLE
Tarikh:
1hb - 3hb Jan 2016
Lokasi:
Mid Valley Exhibition, Hall 2, Booth No. 2103
Dealer:
Total Image Marketing
Roadshow:
M BARTER FAIR
Tarikh:
5hb - 6hb Jan 2016
Lokasi:
Sunway Convention Centre
Dealer: Total Image Marketing
More
info korang boleh click https://www.sharp.com.my