Nuffnang Advertisement

Tuesday, September 30, 2014

Keletah anak2


Lately ni aku perasan anak aku ni tak reti duduk diam, aku tengok macam ulat bulu diorang menari. Tak pernah aku tgk tarian macam ni, macam kena rasuk ada gaks. Terloncat2 lepas tu gerak macam robot lepas tu kang tersangkut pulak kat tingkat...hahaha.

Tak ada lah aku tegur...lantak korang kat situ. Nak tersangkut ker nak terbalik ker janji jangan sampai tulang tu patah. Sempat gaks aku ambik video diorang menari lepas tu aku share kat FB...Eh! rupanya mmg ada lah tarian macam tu. Kalau tak caya cuba korang tgk you tube kat bawah ni....hahaha




Betul tak budak tu tersangkut kat tingkap...hahaha. Kelakar2. Apa punya tarian lah...tak sanggup aku nak nari macam tu. Tonggang langgang aku rasa.

Aku kan pernah cerita yang anak aku ni suka buat video tapi aku tak boleh nak share  kang mengamuk pulak budak berdua tu. Itu hari tgh adik tidur tergerak hati nak tgk video kat handphone adik...kelakar giler anak aku ni macam atok nyer jugak. Sampai lah ada satu video tu adik tgh pecahkan 2 biji teluar kat kepala....ntah siapa yang dia ikut pun aku tak tahu.

Percubaan pertam telur tu tak pecah mungkin sebab dia ketuk kat kepala tak kuat sangat lepas tu siap terjerit2 kesakitan last2 dia ambik sudu pecahkan letak atas kepala...OMG! patut lah rambut dengan bilik bau busuk...rupanya ini kerja adik ya!!.

Macam2 lah nanti kalau aku dapat curi satu or dua video bebudak tu aku share ngan korang yek.

Monday, September 29, 2014

Birthday Papa


Actually birthday Papa hari Khamis lepas 25 September tapi tak dapat nak celebrate masing2 busy. So decide celebrate hari Sabtu. Bila tanya Papa nak makan kat mana...birthday boy nak makan kat rumah jer. Papa ni dulu mmg suka makan... masak apa jer sentiasa sedap jer kat mulut dia. Pergilah restaurant mana2 semua terbaik bagi dia. Tapi sejak dah sakit ni kurang sikit Papa makan. Tu yang kalau dia nak makan laksa ker, ayam sambal atau Cake aku usaha buatkan...sian tekak orang tua bila nak makan ni. Papa dah hampir 2 tahun tak boleh jalan, agak susah sikit nak kesana sini. 

Keluarga sebelah laki aku ni bukan ramai sangat campur cucu dan anak menantu baru 9 orang...alahai sikitnyer. Kitaorang ingat malam tu buat BBQ jer so senang untuk Papa makan dirumah jer. Buat simple2 jer makan pun tak heavy sangat hari tu.



Pepagi dah gi kedai cake kat Melawati...Papa nak butter cake. Sambil tu top up barang2 cake yang dah habis. Amboi bukan main over sekarang kan.....hahaha



Hari tu test buat Pavlova....jadik tapi Kak Engku tersalah beli Topping dah dia cair atas cake. Ingatkan nak bagi Papa rasa..tengok dah cair macam tu cecepat anak beranak habiskan. Sedap giler....hahaha. Matilah perasan cakap cake sendiri sedap..konpiden sangat ni. Nanti Kak Engku share resepi ya...resepi ni mmg senang cuma part topping tu nanti Kak Engku google untuk korang.



Next buat Butter Cake untuk Papa...ada balance chocolate chip haritu taburkan jer lah



Last menu hari tu buat Lasagna. Resepi nanti kalau free Kak Engku share ya.



Pukul 6.30pm dah settled semua baru kitaorang gi rumah inlaw. Dekat jer pun tak sampai 15 minit.



Adik ipar


Anak Shira....kesayangan semua orang buat masa ni. Kalau gi rumah inlaw mmg mengadap muka dia sekarang. Eeee geram kat budak ni comel sangat



Redza. 
Cepat sangat besar sikecik ni.



Inlaw aku buat spaghetti. Aku bawak cake, lasagna dan salad. Salad tu pun beli jer. Malam tu bakar ayam, kambing, daging dan hotdog untuk budak2.

Gambar birthday boy tak ada sebab seksi sangat. Comel jer pakai pampers...hahaha. Keadaan Papa tak berapa sihat sangat, muka pun sembab aku nak tangkap gambar risau dia malu pulak. By the Way... Happy Birthday Papa...semoga dipermudahkan segalanya. We Love u so much.

Friday, September 26, 2014

Mayfair Bodyline


Rasanya dah bertahun aku tak buat facial...dah bertahun jugak rasanya tak manjakan diri. Ntah apa yang aku sibuk kan sangat pun tak tahu lah. Sampai hari tu tengok cermin nampak muka aku macam lesu jer...bawah mata hitam. Badan jangan cakap lah..aku cuma berani tgk kat cermin dari muka ker bahu jer. Kalau tgk lagi bawah boleh nangis guling2. Kalau dulu sebulan sekali aku mesti gi facial. Sekarang tak ada langsung.... tak boleh jadi ni, penat2 cari duit muka ngan badan pun kena jaga gaks. Kang tak lawa macam mana???. 

Aku kalau nampak muka tembam semacam lepas tu lengan macam jantan itu maknanya badan aku dah naik. Dulu kalau badan naik aku control makan cepat jer turun. Sekarang nando tak makan seminggu pun tak turun2...hahah tifu aku tak pernah tak makan sebab kerja aku sekarang memang makan jer.



Minggu lepas siap ambik cuti sebab nak manjakan diri. Nak tenang kan kepala ni sikit. Pesan kat En Win awal2 jgn nak sibuk call2 aku nanti...i nak berehat dan manjakan diri dalam 4 jam. U tunggu jer I balik dengan penuh kejelitaan...hahaha

Decide pegi Mayfair kat Pavillion. Kenapa Mayfair?? 

Mayfair Bodyline telah berada didalam industry pelansingan, kecantikan dan Spa selama 29 tahun. Mayfair dioperasikan oleh sekumpulan professional yang terlatih bersama-sama perunding kecantikan dan juga ahli terapi, selain khidmat facial dan pelansingan badan. 

So hari tu decide nak buat facial ngan shape kan bahagian2 tertentu. 



Sampai2 nanti korang akan diberi form untuk diisi. 



Next check kulit muka pulak

Jangan risau service yang diberikan sangat baik dan selesa. Customer Service Personal akan disediakan untuk korang berbincang dang luahkan segala masalah diri yang korang hadapi. Disamping itu tempat yang disediakan sangat selesa.



Aku ingat selama ni bila kulit muka dah licin tak ada masalah...rupanya lagi teruk masalah nyer. Kulit aku semakin menipis, sensitive, kulit kering dan sudah kelihatan kedutan dibahagian tertentu. Tak boleh jadi ni...kena pulihkan dari sekarang. 



Muka tak puas hati sebab perasan selama ni ingat kulit dah cantik...hahaha

Dia suggest suruh aku buat Medijet Face dan Facial. Nanti aku terangkan lebih lanjut kat korang apa itu Medijet Face dan kebaikannya. Tak semua orang akan buat sama treatment is depend dengan jenis kulit masing2.



Selesai cek muka...sekarang kita ker masalah berat badan pulak. Tak yah nak senyum2 sangat kat penimbang tu sah2 mmg berat.



Umur dan berat badan aku tak sekata...banyak lemak yang berlebihan. Jadi kena control dari sekarang. Kena buang mana  yang patut. Dah selesai segala penerangan mari lah kita mulakan....



Slim Master Machine

Meh aku cite lebih lanjut tentang Slim Master Machine ni.

Slim Master Machine ialah sebuah revolusi teknologi pelangsingan yang menggunakan tekanan positif dan negative bagi menjana buih mikro yang akan mengakibatkan lemak terkumpul memecah.

Kebaikan Slim Master ni

* Detoksifikasi
*Memecah lemak yang degil
*Menggalakkan metabolism
*mengeluarkan tekstur seperti kulit oren atau selulit
*mengalunkan getaran bagi memecahkan lemak dibadan
*Slim Master adalah persamaan dengan 125gm proses liposuction iaitu proses membuang lemak


Cream seperti jelly akan diletak diperut dan mesin diatas tu digunakan untuk pecahkan lemak2 yang ada. Cara mesin itu digunakan dengan hanya mengurut2 bahagian perut korang nanti. Proses ini mengambil masa selama 10 minit. Lepas tu di akan mengguna alat seperti vacum untuk menarik lemak2 yang pecah tadi. Bukan semua lemak dapat dipecahkan dalam satu hari korang kena pergi beberapi kali bagi memastikan korang dapat shape yang diingini. Jgn risau tak sakit langsung.

Mula2 diorang buat satu side dulu supaya  aku boleh nampak perbezaannya. Yes!! perut side kanan aku tu lebih ada curve berbanding lagi sebelah tu. Ini kalau buat tiga atau empat treatment boleh jadi langsing ni. 



CLA Chili Slimming adalah salah satu rawatan dari Mayfair yang berjaya dan menjadikan salah satu body treatment yang pertama di Malaysia. Cream cili ni sebenarnya intipati diekstrak daripada chili pepper seeds. Unsur2 aktif dalam lada boleh berkesan dan merasang penguraian dan perkumuhan lemak badan.



CLA Chilli Cream akan disapu keseluruh badan dan lepas tu badan akan dibalut seperti mumia...hahaha



Selesai balut seluruh badan korang kena baring dan diselimutkan dengan Hot Blanket selama setengah jam. Menitik peluh aku keluar...terasa toksid2 busuk pun keluar.

Heat Circulation Treatment ni bagus sebab ia membantu improve kan blood circulation, Lymphatic circulation dan reduce water retention.



Dah settle bab badan kita kebahagian muka pulak. Gambar kat atas tu cream2 yang digunakan.

Produk kat atas ni khas untuk kulit muka yang kering, stress, sensitive dan sedikit kedutan

Bahan2 yang digunakan :- 

1. Impereta Cyclindrica
 Sejenis tumbuhan yang berasal dari Asia dan Australia dimana minyak dan akarnya digunakan untuk meningkatkan kelembapan kulit 20% selama 24 jam

2. Wheat Protein
Protein adalah sel komponen utama bagi tumbesar, memperbaiki dan untuk memperbaharui tisu kulit secara berterusan

3. Wheat
Ia kaya dengan Vitamin E,F dan B. Bertindak untuk melembapkan dan menyuburkan.



Medijet Face

Medijet dapat mengembangkan 650-800 mikro liang kulit dalam masa 2 saat. Dengan serta merta ia membentuk aliran bagi memberi ruang penghantaran nutrisi, melalui stimulasi yang membawa 99% nutrisi yang dikehendaki ke stratum . Justeru ia membolehkan nutrisi untuk bertahan selama 72 jam. Memberikan kulit yang tegang. Menembusi sehingga 6cm ke dalam kulit melepasi tisu lemak.

Faedah dari penggunaan machine ini:-

* Meningkatkan tekstur kulit dan kulit yang pucat
*Mengurangkan garis2 halus
*Jerawat, parut dan kulit sensitive
*Pigmentasi, warna kulit tak sekata
*Kulit kering, kulit tidak bermaya
*Pemecahan lemak menggunkan produk penurunan berat badan




Teknik yang digunakan dengan hanya mengurut bahagian buka dengan menggunakan Medijet Face. Jangan risau teknik ni tidak menyakitkan langsung. Sejuk jer rasa.

Nampak tak muka sebelah kanan aku dah kurus sikit...ini kalau buat lagi 3 kali runcing muka Kak Engku.

*muka aku merah disebabkan buat facial diorang ada picit sikit. So jangan risau ya.



Lega dan rasa sangat fresh. Korang tgk muka aku dah bershape kan. Ni baru sekali...berkali2 pergi mmg bertambah jelita jadinya.

Overall mmg best sangat treatment dan layanan yang berikan. Serius korang kena cuba treatment kat sini. Treatment yang Kak Engku buat ni kat Pavillion. Service yang diberikan terbaik dan memenuhi segala keperluan kecantikan. Ia dapat membina keyakinan agar mencintai diri sendiri.


Mayfair sekarang tengah buat promotion HANYA RM29.00 UNTUK 5 TREATMENT SLIMMING OR FACIAL. Iya RM29.00 jer..cepat2 sebelum terlambat.

Dan ada lagi...hari ni Kak Engku nak buat giveaway. Hanya untuk 10 reader akan dapat treatment khas yang akan diberikan secara percuma oleh Mayfair. Kalau nak dapat treatment percuma ni korang hanya perlu menjawab soalan ini:-

KENAPA ANDA BERMINAT UNTUK MEMBUAT TREATMENT DI MAYFAIR?

Senangkan....jadi apa tunggu lagi sila tinggalkan komen dan email ya. Cepat2 nanti korang boleh jadi jelita macam Kak Engku...hahaha. Tarikh tutup giveaway ni adalah 9th October 2014

More info boleh click :-

Facebook : Facebook Mayfair



Thursday, September 25, 2014

Movers...


Dah lama tak up pasal cite Company sendiri...sibuk asyik mengadu letih jer....hahahaha. Nak terima kasih lah kat blog sendiri kalau aku tak tulis mesti En Win tak tahu aku letih. Dapat makan luar dengan urut kaki semalam...hahahaha. I like!! Ok hari ni i masak balik....esok i tulis letih nanti u belanja lagi yek. Kena cari gambar yang betul nampak tak boleh bukak mata lagi nampak real letih nyer kan "Pa i betul2 letih tau, bukan tipu". 

Bulan 6 hari tu aku ada discuss ngan En Win nak buat Marketing kaw2 tahun ni. Keluarkan sikit modal kita push marketing giler2. Lepas tu nak ambik sorang staff yang handle marketing ni. Kalau nak harap aku buat marketing mmg tak lah...idea mmg ada tapi nak menjalankan nyer payah lah...I kan sibuk.

Buat banner, brochure, gi pejabat pos, gi tempat suratkhabar, jumpa developer macam2 dalam perancang dan semua yang kitaorang discuss pasal Marketing En Win and team dapat laksanakan. Bagus u Pa....hahaha. 

Company pun dah hire seorang Marketing Manager untuk Promote MG Movers dan keluarkan pakej2 permindahan supaya pelanggan senang untuk buat pilihan. Dari lowest category hingga highest category. Korang boleh pilih.



Ini salah satu Marketing dari MG Movers. Jgn lupa lambaikan tangan anda bila nampak lorry ni ya...haha



Aku sendiri bila tengok lorry ni rasa bangga jer...tak sangka boleh buat perniagaan macam ni. Dari penjual baju dah bertukar ker bidang movers.

Dalam bisnes ni korang kena banyak2 bersabar jangan mudah putus asa. Kalau 3 bulan tak dapat keuntungan korang kena tunggu tak kisah lah walaupun setahun sebab rezeki datang kita tak tahu. Usaha yang paling penting dan siapa yang berniaga suami isteri makesure korang support each other. 

MG Movers almost 2 years tapi keuntungan pun kitaorang belum rasa lagi duit kena rolling balik beli Asset. En Win pun kadang2 tak bergaji....hahaha. So far kitaorang tak buat lagi mana2 pinjaman bank takut tak terbayar....tengah mintak bantuan Tekun tapi tak berapa pandai pulak buat paper work...ada siapa2 blh tolong.

Oh ya!! MG Movers berjaya mendapatkan MOF  dan SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awan Darat). Jadi kalau ada tender dari Kerajaan tu yang korang tahu share lah sikit boleh aku hantar jugak...hehehehe



Alhamdullilah minggu ni dapat job dari Embassy.







So korang kalau nak pindah jangan lupa call MG Movers ya...

En Win - 012-355 9085
 
Intan - 016 343 4057
 
Daeng - 012-642 4581
 
Email


Wednesday, September 24, 2014

Letih


Lately ni badan rasa letih giler...rasa bila sampai pintu rumah nak merangkak jer cari katil lepas tu membongkang tidur sambil mulut terlopong. Tapi tak berani sebab Sabtu lepas En Win pergi pasar dah beli lauk macam2. Kalau aku ajak makan luar nanti dia tunjuk perasaan lepas tu mata kecik dia tu menjeling2 kat aku...nyampah. 

Kalau aku kata letih nanti dia bandingkan diri aku dengan dia siapa yang paling banyak kerja kat opis. Boleh ker macam tu...tak boleh kan sebab aku lagi hebat sbb kerja rumah sekali aku buat.

Nasib baik lah bawang2 semua beli yang dah blend. Jadi senang kerja cedok2 jer. Actually kalau suruh aku masak mmg tak ada hal cuma nak membasuh kuali, lap dapur, mop lantai dan basuh pinggan tu yang rasa nak hentak2 kaki bila buat. 

Ini kang dah habis makan mulut tu laju jer jerit "Ma nak kopi"...."Ma tak ada ker benda manis2 nak makan kat rumah ni". Kecik besar...kecik besar jer mata aku. "Cuba u belajar masak ni...."cuba u tukar menu tu sikit asyik benda yang sama jer tiap2 hari" huaaaaaaaa why Pa...why??????

Kang dah habis masak naik atas tengok baju melambak belum susun dalam almari....kenkadang aku biarkan jer. Lepas tu membebel sendiri dalam hati "lantak lah situ". Tapi sebenarnya hati dengan mata sakit ni.

Dah settled semua benda baru aku mandi. Mana lah badan tak masuk angin mandi memalam...tapi kalau mandi awal busuk balik camne. Settled mandi semua baru nak baring jer "Ma jom kita keluar makan ice cream" Ya Allah sakitnya dada aku....apa kena laki aku ni. Kang kalau tak ikut merajuk kata sampai hati biarkan dia makan ngan anak2 jer. Dan untuk mengetahuan korang hari2 ya benda ni terjadi...hahahaha. Aku dah sampai tak terkata seret jer lah kaki.

En Win ni jenis tak duduk diam...masak lah berapa banyak pun...dah kenyang sampai senak perut tapi dia tetap nak kopi2 kat luar. Hilangkan stress katanya...sambil kopi2 boleh borak2 santai. Sebenarnya dia bukan borak santai dia nak aku dengar pasal lorry dan pasal staff. OMG setiap hari dia paksa aku dengar!! Kadang2 aku angguk jer lepas dia tanya aku balik "apa i cerita tadi"....pitam mmg tak dapatlah aku jawab...hahaha




Semalam sampai rumah dalam kul 6.15pm...campak beg terus masak nasi dulu. Tak sempat tukar pun baju kerja....sebabnya kalau aku naik atas nanti kerja lain aku buat. So tak nak buang masa. Settled masak nasi keluarkan ayam dari fridge biarkan kan terendam dalam air bagi hilangkan beku.

Sementara tu tumbuk bawang sikit dengan anak udang kering untuk masak sup fucuk. Teringin sangat nak makan.





Pukul 7.00 pm siap masak 2 lauk. Ingat nak goreng ikan bulus dah tak sempat sebab si kenit tu nak jerit2 lapar.



Lepas makan letak pinggan semua kat sinki...aku dah tak larat nak kemas dapur tu. Membonkang sekejap kat sofa dalam 1/2 jam. Lepas tu baru sambung kemas balik. Kau tgk muka tu dah macam perempuan sewel....hahaha




Tuesday, September 23, 2014

Tips Keselamatan Gas Petronas


*Scroll down for new entry*

Dua hari lepas tengah2 masak ayam goreng tetiba gas habis...aku kalau tengah masak gas pulak habis mood akan jadi kelaut. Ialah tengah berkobar2 tetiba kena berhenti harus lah asap keluar kat telinga...I don't like ok!!. tapi tak ada orang nak layan pun kalau aku tension2 ni kecuali En Win lah yang jadi mangsa kena beli gas kat kedai. 



Pilihan aku dari dulu mmg Gas Petronas. Dari nenek, mak sampai lah aku mmg pengguna setia. Kenapa aku pilih Petronas sebab service yang diorang berikan mmg tip top mintak apa2 bantuan sekejap jer dah sampai. Hubungi jer 1 300 888 181 bantuan akan diberikan

Korang tau tak aku ni kan tau masak jer kalau korang suruh aku pasang2 gas kat dapur memang tak pandai...kalau En Win tak ada kat rumah mmg tak berpasang lah tong gas tu...bukan susah tapi sengaja bagi laki aku buat kerja sikit...kahkahkah.

Sebenarnya aku agak cerewet bila bab2 keselamatan ni...aku takut kalau tersilap pasang nanti meletup...korang tau lah imagination aku kan selalu over jadi aku tak akan sentuh benda2 macam ni. Hari tu En Win paksa aku belajar gaks dia kata senang nanti...tapi mmg x konpiden lah waktu pasang tu. 

Semalam tengah lunch kat office teringat nak tgk you tube cara2 pasang regulator gas dengan betul..hahaha. Jgn nak ngada gelak kan akak ya, benda ni sangat2 penting, macam mana nak tahu kebocoran semua dan ya paling best nak share cerita kat you tube yang sangat2 berguna untuk dikongsi bersama2. 





Cerita ini menyesahkan Chef Wan yang memang banyak pengalaman didapur berkongsi dengan pengguna cara2 penggunaan Gas yang betul dan yang paling penting menerangkan ciri2 keselamatan di dapur yang perlu kita praktikan. Serious korang sangat2 berguna tips2 yang diberikan dan yang paling best Chef Wan ada share resepi di penghujung cerita.

Setelah tengok cerita ini baru akak tahu bagaimana nak check kebocoran dan yang paling2 penting pastikan alat atur (regulator) dan hos gas ada kelulusan dari SIRIM dan Petronas syorkan untuk untuk menukar alat atur (regulator) setiap 5 tahun dan Hos Gas setiap 2 tahun. 





Contoh Hos Gas yang mendapat kelulusan dari SIRIM. Jgn nak  murah sanggup beli jer dekat kedai yang tak di iktiraf oleh SIRIM. No...No...No bahaya ya dan paling penting tanggalkan Hos jika anda ingin meninggalkan rumah ataupun jika tidak memasak.




Regulator sebelah kiri tu mempunyai kelulusan dari SIRIM.  

Sekiranya terdapat bau aneh dan ada serangga berada di regulator menandakan ada kebocoran ataupun korang boleh check menggunakan buih sabun kalau nak pastikan ada kebocoran ataupun tidak.

Kat bawah ni akak share kan Tips Keselamatan dari Gas PETRONAS :-

1. Jangan tinggalkan dapur tanpa pengawasan - Biarkan kuali panas atas dapur korang tengok TV. Jangan ya bahaya tau

2. Pastikan terdapat pengaliran udara - Bila masak pastikan tingkap semua terbuka

3. Dapur gas hendaklah lebih tinggi dari silinder

4. Jarak selamat minima antara silinder gas dan dapur adaah 1.0 - 1.5 meter

5. Jangan simpan silinder di tempat yang bertutup dan pastikan ada ruang udara

6. Bau aneh dan serangga akan berada di alat atur menandakan ada kebocoran

7. Padamkan semua punca api dan jangan memetik sus elektrik jikalau terdapat bau aneh seperti kebocoran gas

8. Jika berlaku kebocoran gas, hubungi PETRONAS Mesralink di talian 1300 888 181

9. Jika berlaku kebakaran hubungi Bomba (999) dengan segera

10. Jangan baringkan silinder

11. Nyalakan api sebelum memasang suis dapur

12. Pastikan alat atur (regulator) dan hos gas diluluskan oleh SIRIM

13. Disyorkan untuk menukar alat atur (regulator) setiap 5 tahun dan hos setiap 2 tahun

14. Gunakan air sabun untuk mengesan kebocoran. Jika terdapat buih, ini bermakna ada kebocoran

15. Periksa alat atur (regulator) dan hos dari masa kesemasa

16. Tutup suis dapur dan injap alat atur (regulator) jika tidak memasak.


Harap apa yang aku share ni dapat sama2 kita manafaatkan dan pastikan korang menonton youtube diatas ya. Ia sangat2 berguna untuk kita semua.






Monday, September 22, 2014

Saloma


Korang dah tgk tak kat Astro First. Kalau belum gi tengok cepat2. Ini bukan iklan untuk astro ya tapi cite ni mmg best. Aku bukan lah peminat Saloma tapi aku suka tgk2 cite macam ni. Korang boleh jadikan kehidupan seseorang tu sebagai teladan. Cerita ni ada 2 bahagian. Part 1 and Part 2. Dua minggu lepas aku dah tengok part 1. Part 1 ni cerita zaman Saloma kecik2 dan selepas tu berkawin dengan Arwah A.R Tompel. Part 1 tak berapa syok sangat.

Ntah apa yang aku sibuk sampai terlupa nak tengok sambungan  part 2. Bila terbaca entry Peej tentang part 2 kelam kabut tengok. Part 2 mmg best giler. Mengisahkan kehidupan Saloma bersama P. Ramlee dan Saloma terpaksa melawan sakit Cancer sehingga meninggal dunia.

Kehidupan Saloma serta merta gelap gelita apabila P. Ramlee meninggal dunia. Saloma terlalu sayangkan P.Ramlee sehingga jiwanya turut pergi apabila P.Ramle meninggal dunia. Sedihnya....tak boleh bayangkan perasaan Saloma waktu tu. 
Mengikut cerita dari Pengarah iaitu Melisa Saila. Sewaktu P. Ramlee meninggal dunia Saloma tak menangis langsung. Setitik air mata pun tak keluar sehinggalah keesokan harinya bila Saloma membaca suratkhabar tentang pemergian P.Ramlee baru lah dia menangis sambil menyanyikan lagi 'Dimana kan ku cari ganti". Sedihkan....mungkin aku cite tak berapa sedih tu sebab aku suruh korang tgk supaya korang boleh menangis bersama2 dengan Kak Engku.

Kalau korang baca entry Peej jugak mesti korang tau aku dengan mak peej mmg manja tak bertempat....romantik suka over2 yang selalu buat diorang berdua ni bagi jelingan maut kat aku...hahaha. Macam mana nak cakap yek...aku bukan buat2 romantik ni tapi benda ni semulajadi yang datang dari jiwa....haktuiiiii...hahahahaha.

Aku selalu ada perasaan yang aku tak tahu sampai bila kita dapat hidup bersama. Samada aku pergi dulu atau suami yang akan meninggalkan aku. Aku tak nak hidup dalam kekesalan so masa untuk bersama adalah masa yang sangat2 aku hargai. Bila orang dengar mmg macam nak muntah kan...over sangat suami gi kerja pun nak rindu2 padahal nak bertahun2 kawin...ntah mmg aku tak normal kot....hahaha. Dapat call sekejap...dapat dengar suara pun aku dah ok...hahaha. Aku kurang msg aku lebih kepada call. 

Aku tak ada lah berkepit 24 jam...cuma aku nak En Win selalu ada depan mata tapi tak lah sampai kongkong suami tak boleh keluar, tak boleh kerja. Aku cuma nak waktu malam dia mesti ada sebelah aku....itu sebab waktu En Win bekerja selama setahun di Brunei aku macam hilang semangat. Hanya orang yang sama perangai macam aku jer faham kot. Siapa yang ada perangai brutal macam Filla dan Peej mungkin akan rasa meluat...hahaha venchi korang!! 

Orang kata kalau kita sayang kan orang jangan menunjuk2 nanti jadi benda tak elok orang tepuk tangan, orang gelak kan. Tapi sumpah aku tak menunjuk aku mmg macam tu. Kang kalau gi jenjalan mmg laju jer En Win sambar tangan aku sampai lah balik pimpin tangan...kalau tengah tengok tv terperesok jer aku kat ketiak dia...hahahaha. Pernah satu hari tu kitaorang bergaduh besar kat rumah...pergaduhan yang susah nak di maafkan tapi waktu tidur kami still berpelukan...gilerkan. Kau gaduh tapi tidur berpelukan esok pagi tak tegur balik...ini mmg tak normal...hahaha. 

Mungkin masing2 ada cara tersendiri tunjuk kan kasih sayang. Korang  tak boleh sama kan diri korang dengan orang lain. Benda ni datang dari hati tapi tak salah kalau nak ikut benda yang baik. Aku tak cakap aku ni bagus...buatnya sesuatu yang tak elok terjadi orang gelakkan. Tapi kalau fikir balik biarlah orang nak gelak kan yang penting waktu kau bersama pasangan gunakan masa bersama sebaik mungkin...tak rugi apa2 pun. Laki korang kan....lantak nak buat apa.

Tapi bermanja ni pun kena lah tengok tempat. Jangan lah berpeluk depan orang ramai...tengok2 lah sikit. Kalau 24 jam berkepit aku pun menyampah..haha. Tapi ada baik dan buruk nyer jugak kang kalau melampau  sayang sangat dah jadi macam Saloma pulak tak boleh teruskan hidup....berpada2 lah ya. Lantak korang lah nak macam mana....kannnnnn.

Aku pilih suka sayang2...korang pilih lah sendiri cara mana yang korang sesuai nak tunjuk kan kasih sayang....Akak tak kesah!! hahaha


Al Fatihah

Friday, September 19, 2014

Misi Gagal


Lately ni aku punya rajin memasak melampaui batas...sendiri terkejut dengan perubahan diri. Pagi kang masak sarapan, masak untuk makan tengahari, minum petang, makan malam masak lagi, kang tetengah malam masak lagi. Fuyoooo hebat sangat Kak Engku sekarang ni....hahaha #tepukbahusendiri. 

Mungkin anak2 dah membesar kot, jadi masak apa pun licin jer makanan tu. Jadi berkobar2 sikit nak masak. Budak2 tu pulak suka cari resepi baru suruh try itu ini. 

Korang kalau tengok En Win sekarang mesti geleng2 kepala. Makin semangat laki aku tu...hahaha. En Win jenis tak makan siang. Dia jenis yang kalau buat kerja tak ingat makan tapi bila sampai jer rumah dia jadi hantu kelaparan. Itu yang badan cepat naik sebab makan malam tak henti2. Aku nak control pun tak mampu sebab biar lah dia nak makan.

"Pa u tak kisah ker gemuk, pakai baju semua perut kedepan, u tak sedih ker tengok perut sendiri"

jawapan En Win

"I dah ada bini, I dah anak2, I dah ada kerjaya, janji hati I senang biar lah orang nak cakap apa janji I kenyang"

Hahahahah...gitu jawapan nya. Lantak lah kau Bang!!. Tapi yang tak bestnya bila dia makan dengan aku sekali kena makan sebab tak boleh tahan maka terjoint sekali...hahaha badan Kak Engku pun semakin hari semakin comel. Dagu dah jadi 2 lapis, perut dah berlapis2...huaaaaa camne tu!!



Cake sekarang kena sentiasa berada diatas meja buat makan2 ketika kelaparan. Sebijik cake ni boleh bertahan 2 hari jer



Kau mampu supper makan dessert ni...OMG!!



Minum petang En Win akan pesan awal2...nak cokodok lah, roti jala lah, kuih bakar lah. No beli2 semua buat sendiri.



Bosan makan kat rumah belasah makan kat luar pulak. Wei! mana tak debab aku ni.

Isnin lepas rasa macam dah tak boleh terima tgk badan sendiri dan perut suami..hahaha. So cuba stop makan malam....ambik buah2an  dengan salad jer. Tapi aku tahu En Win banyak penipuan bila aku tidur tetiba aku boleh terbau digoreng Corn Beef. Malas aku nak tegur perut kau yang buncit badan kau yang tembam i tetap slim...iyo lah slim tu...hahaha. Kang bila dia masak dia hala makanan tu kat muka aku...kena lah bangun pekena 3 atau 4 sudu...hahahaha

Ok try misi lain pulak....ajak berjogging setiap hujung minggu. Ok kita sahut cabaran tu....semalam misi pertama dijalankan



Berkobar2 sangat ni


Stop2 kita jalan jer lah...hahaha



Bawak anak2 sekali tengah cuti sekolah ni


Gaya kena ada baru lah hebat






On the way nak ke kereta nampakkkkkkkkkkkkk



Van ni.....huaaaaaaa. En Win pandang aku....aku jeling En Win. Jom!!!! hahaha



Tanpa disuruh kaki melangkah pergi



Rojak, Cendol & Mee Rebus





Misi GAGAL!!