Nuffnang Advertisement

Friday, June 27, 2014

Oreo Transformer Lab Games


*scroll down for new entry*

Siapa suka Transformers angkat tangan?? Walaupun hati Kak Ton lembut tapi suka jer tengok lawan2 robot ni…hahaha. Dulu sama duduk sebaris dengan budak2 lelaki tengok Transformers, paling teruja bila robot bertukar jadi kereta. Wah!! terus tepuk tangan…hahaha. Kak Ton tak adalah terror sangat tapi still ingat lah lagi nama2 karakter Transformer ni Bumble Bee, Optimus Prime, Wheeljack, Cliffjumper, Megatron dan macam2 lagi lah. Hebat tak Kak Ton!! Haha

Satu soalan lagi…korang suka Oreo tak?? Kalau suka Oreo dan suka Transformers korang berpeluang untuk join contest Oreo Transformer Lab Games sambil main korang boleh menang Weekly Prize dan Grand Prize….nak tahu apa hadiah nyerrr??? tungggguuuuuu



Mula-mula korang kena beli Oreo Cookie Pack. Makesure yang ada gambar Transformers dekat bungkusan Oreo tu nanti.



Bila korang bukak jer plastic tu nanti ada keluar sticker Transformers macam gambar kat atas ni

Ada 30 collectable stickers yang berlainan untuk complete jadi kan sebuah map

Dibelakang sticker tu ada code number. Sesiapa yang ada code  sahaja boles main Transformers Lab Games ni. Tak rugi beli Oreo Cookie ni sedap giler...sambil main sambil makan oreo.

Bila korang dah ada code dengan serta merta boleh teruskan permainanan ni. Mula2 click website ni Oreo Transformers Lab Games




Bila tahu jer ada weekly prize dan grand prize yang hebat terus Kak Ton bukak laptop main waktu tu jugak…hahaha. 

Untuk bermain satu games, satu code diperlukan. Korang nak main berapa banyak kali pun boleh asalkan korang beli banyak2 Oreo Cookie…Kak Ton dah beli setengah dozen Oreo Cookies Pack ni…mmg cerah lah peluang Kak Ton untuk menang!! Hahaha

Mula2 waktu main games ni cuma Yaya jer join bila Kak Ton terjerit2 adik pulak teruja.



Nampak tu semua dah start excited...bergaduh nak tekan. Terjerit2 nak mengelakan electric bugs tu. Kak Ton tadi beli setengah dozen kan jadi sorang berpeluang main dua games. 



Cara main games senang sangat…korang kena mengumpul markah dengan memungut  seberapa banyak oreo kat bawah tu dan elakan dari terkena electric bugs. 

Sewaktu bermain permainan ini cuba dapatkan Oreo Vanilla Cookie dan korang akan memenangi hadiah serta merta seperti Ipad Mini dan barang2 Transformers seperti backpack, travel luggage, tumblers, t-shirt dan movie ticket. Hadiah terhad kepada 10 pemenang harian sahaja.




Malam tu anak2 Kak Ton semakin teruja En Win pun join sekali berlawan siapa yang dapat markah tertinggi. Serious korang kena cuba games ni main bersama ahli keluarga really...really fun. 





Tengok tu tergelak-gelak budak berdua ni!!

Selesai sahaja permainan korang boleh tengok berapakah markah yang tertinggi yang telah dikumpul oleh pemain dan kalau boleh korang kena cuba dapatkan markah yang lebih tinggi lagi supaya korang boleh duduk di senarai yang paling atas.

Markah yang paling tertinggi pada akhir pertandingan akan memenangi hadiah utama iaitu melancong bersama keluarga seramai 4 orang ke Universal Studio Hollywood secara percuma...Wow! tekan2 jer boleh dapat melancong ke Hollywood..jom arr korang!! hahaha

Makesure korang cuba, sangat menyeronokan bila kita bermain bersama keluarga, jap lagi nak beli Oreo cookie lagi nak lawan ngan En Win pulak. Kita tengok siapa lagi hebat!!

Jom korang…Oreo Transformers Lab dah bermula dan dan akan berakhir pada 20 August 2014, cepat2 kita click Oreo Transformers Lab Games


Thursday, June 26, 2014

Plan holiday


Bila tengok gambar percutian dulu2...hati dah melonjak balik nak bercuti. Banyak tempat dah aku survey supaya senang nak buat budget. Dulu waktu nak gi Italy trip ambik masa dekat 1 tahun lebih mengumpul duit. Now rasanya dah sampai masa untuk kitaorang kumpul duit balik untuk melancong lagi..kena bermula dari sekarang hujung tahun hadapan 2015 nak tercapai kot..hahahaha.

Ada 2 tempat yang menambat hati aku sama ada South Africa atau Europe Trip. Kalau pilih South Africa dapat merasa pergi ke Mauritius, Cape Town dan Johannesburg. Tapi hati lebih berpaut untuk ker Europe. Kalau pilih Europe dapat pergi ker France, Switzerland, Germany, Netherlands, Belgium dan England. Bestnyerrrr. Baru dapat 2 quotation tengah compare2 price lagi ramai yang suggest ikut trip Kelana Convoy dah usha mmg murah tapi agak susah sikit kalau bawak budak2. Siapa ada experience pernah pergi ngan Kelana Convoy email Kak Ton ya.

Sebenarnya nak tulis ni pun takut orang mengata riak...tapi niat kak ton nak share dengan korang bagi korang pun sama teruja kumpul duit...hahaha. Serious korang kena cuba melancong sekali sekala tempat yang jauh...dulu aku rasa macam satu pembaziran tapi bila dah sampai tempat yang kita idam2kan kepuasan tak dapat digambarkan. Especially bila first time sampai ker Pisa dan Venice dua tahun yang lepas rasa nak kiss2 laki kat sebelah punya lah rasa teruja jadi gila sekejap...hahaha.  

Pergi tempat jauh ni kita kena plan awal2 senang untuk buat budget...orang kaya lain lah hari ni cakap minggu depan dah sampai. Selalunya aku akan print quotation yang dah dapat dan lekatkan depan mata supaya sentiasa nampak dan semangat simpan duit tu sentiasa ada. Selalunya kitaorang akan bahagi 2 setiap expenses...contoh RM10,000...En Win RM5 ribu akan pun amount yang sama...gitu. Dah pastikan package sekali dengan flight, accommodation dan makan (3 meals) jadi waktu melancong tak payah bawak duit banyak2 sangat.

Meh lah tengok2 gambar tempat yang Kak Ton dah pergi 2 tahun lepas bagi korang pun sama teruja...hahaha. Cantiknyerrrr


































Wednesday, June 25, 2014

Reunion Kawan sekolah...


Dah berbulan2 reunion baru nak cite...itupun sebab Kak Ton tgk gambar2 kat draft tetiba ternampak gambar ni...hahaha. Ayoyo sudah lupa topik yang dibualkan...takpe lah kita story jer apa yang terlintas kat kepala ni.

Kalau korang suruh pilih alam sekolah rendah, alam sekolah menengah, alam college dan alam pekerjaan of course aku pilih alam sekolah menengah giler cadbury seronok. Gi sekolah macam gi taman permainan jer...asyik bergelak jer. Best sangat waktu tu tak ada masalah langsung...kalau ada pun masalah boipren..itu dah macam masalah dunia bukan main berbincang2 dengan kengkawan. Satu lagi masalah dunia macam mana nak cari duit untuk gi Tea dance hari sabtu...hahahaha.

Kalau korang tanya subject apa yang aku suka waktu sekolah, jawapan dia semua subject tak suka...hahaha. Tapi yang paling tak suka Geografi yang peta2 tu..aku mmg benak sikit nak hafal sampai sekarang kalau En Win soal2 nama ibu negera macam nak mampus dia gelak kan aku...nyampah!! Dulu aku ambik Sastera...kalau part sajak tu lain yang di  baca lain yang Kak Ton maksudkan...hahahah. Cikgu sampai dah tak termarah dia bantai gelak jer bila aku uraikan maksud sajak yang di baca...ntah apa2 jadinya. Nasib baik SPM lulus..hahaha.

Kawan2 kat sekolah semuanya sporting, bukan kaki ngadu lantak korang nak buat apa janji jangan kacau aku...gitu kaedahnyer. Aku kawan dengan semua orang tak pernah ada musuh...ada gaks musuh tapi budak senior sebab jeles dengan kecomelan aku...puiiiii...hahaha.

Aku ni jenis nakal tapi masa yang sama tak brutal penakut...tunjuk brutal pun sebab nak eksyen ngan junior. Selalu gaks melawan cikgu tapi takut tu tetap ada. Dekat sekolah kitaorang ada sistem markah merit dengan dimerit. Setiap pelajar kalau mula awal tahun sekolah akan diberi 100 markah percuma. Tapi kalau korang melanggar peraturan sekolah nanti markah korang akan ditolak...kalau menolong cikgu atau buat baik kat sekolah markah korang akan ditambah. Hujung tahun bila check2 markah kelakuan Kak Ton -6... hahahaha, Giler nakal sampai jadi negatif...of course lah takut giler nanti kena soal ngan guru besar...maka merayu2 Kak Ton memintak cikgu menambahkan markah.

Dulu gi sekolah sampai form five pakai pinafore tapi bahagian dalam yang baju putih tu suka pakai baju lelaki yang kolar keras tu baru lah hebat nampak smart...sekolah tak bagi ya!! dia suruh beli baju pompuan tiap2 hari bergaduh ngan pengawas itu yang markah jadi -6.

Ingat lagi Form 1 masih baik pilih persatuan ala2 baik sangat 'persatuan bulan sabit merah' dengan 'puteri islam' masuk form 3 terus pilih 'school band' kira dah gempak habis lah sebab selalu keluar buat persembahan....muzik note pun tak pandai baca lagi nak eksyen...hahaha



Rasa waktu ni Form 5 kot...kalau ingat balik kenakalan dulu boleh tergelak2. 

Pernah sekali tu kitaorang gi Uncle Chili's kat PJ Hilton memalam...tipu mak bapak tgk concert padahal lepak ngan boipren..tiap2 hari ni berbincang nak pakai baju apa..kalau ingat2kan balik tersenyum sorang2.





Sekarang semua dah kawin dan kitaorang masih berkawan. Setahun sekali mesti jumpa dan lepak2. Tak boleh jumpa selalu nanti bosan. Haritu dah berbincang nak holiday sama2...trip nak gempak jer ker Europe..hahaha. Bila tengok gambar ni terasa rindu balik. 



Aliza...berkawan sejak darjah 1. Buat baik ker buat jahat ker mesti sama2. Ngan family aku pun dia rapat giler selalu tumpang makan tengahari rumah aku dulu...hahaha. Kitaorang tak pernah bergaduh, hidup asyik bergelak jer. 



Ginny...budak cina yang fasih berbahasa melayu. Sporting...kalau ajak ponteng laju jer setuju. Kepala giler jugak tampar budak lelaki selamba jer. Sampai aku pun terkejut...hahahaha



Ai Leen...ni pun fasih cakap melayu. Budak baik tak nakal, tak pernah ponteng sekolah pun tapi kepala giler, suka gelak cakap sikit jer gelak..hahaha. Cute jer!! Diorang semua ni satu kelas dengan Aliza aku sorang jer kelas lain...diorang ambik sastera omputih, Kak Ton ambik Sastera melayu. Bila time rehat jer baru berkumpul..baru bergossip.



Ruth

Jenis tak ada hal boleh borak apa jer..kepala pun sempoi..kalau bercerita muka bersungguh sangat...hahaha 

Kitaorang ber communicate guna whatapp jer sekarang ni!  Memasing busy ada anak2. InsyaAllah kalau free kita semua jumpa balik!!



Tuesday, June 24, 2014

Maafkan saya


Semalam Kak Ton termeroyan sekejap sebab orang mengumpat Kak Ton pasal beli handbeg ni. Kalau siapa yang kenal dan baca blog Kak Ton dari dulu mmg tahu Kak Ton penggila handbeg dan suka jer share2 dgn reader tak ada langsung niat nak riak. 

Rasa sedikit terkilan bila orang menuduh tanpa usul periksa. Bagi orang tak tahu meh Kak Ton explain...Kak Ton bukan lah orang kaya yang suka beli handbeg yang mahal2 giler...selalu bila Kak Ton bila beg berjemana yang mahal Kak Ton akan pakai sampai puas...puas maksudnya bukan lah belasah sampai lusuh..pakai tapi tetap jaga dengan elok. Bila Kak Ton dah puas hati dan ada jenama atau beg yang latest design Kak Ton akan jual yang lama dan beli yang baru jadi Kak Ton cuma bayar balance sahaja...baki yang perlu dibayar tu lah En Win akan bayar. Kalau tetiba Kak Ton nak minta RM10,000.00 kat suami sebab nak beli handbeg Kak Ton pun tak sampai hati baik beli set sofa kan.

Ia suami Kak Ton yang beli..bukan orang lain. Ini duit hasil titik peluh suami Kak Ton tak salah merasa kalau kita mampu. Setiap orang ada keinginan kalau kita rasa mampu untuk beli...beli lah tak ada siapa melarang itu duit korang. Kenapa nak pertikaikan kemampuan orang. 

First time waktu Kak Ton nak merasa bila beg berjenama...Kak Ton tanya diri Kak Ton dulu layak ker pakai mahal, tapi En Win kata beli jer kita...esok kalau tak nak jual lah balik. Tak pun simpan untuk anak2. Kak Ton pernah beli tapi pakai sorok2 sebab takut orang mengata..takut orang menjeling tapi En Win bising marah suruh kak Ton pakai jer tak perlu takut2...sampai macam tu sekali perasaan Kak Ton.

Bagi yang mengata dan bercakap belakang Kak Ton...Kak Ton tak marah pun sebab mungkin korang tak tahu cerita sebenar tu yang sedap mereka2 cite jer tanpa usul periksa. Puasa nak dekat dah ni Kak Ton dah maafkan korang...cukup2 lah bersikap dengki ni tak baik. Tak elok mengata kalau kita tak tahu hal sebenarnya. 

Maafkan Kak Ton kalau apa yang Kak Ton tulis menguris hati pembaca...manusia berubah mungkin dulu Kak Ton tulis lain sekarang tulis benda lain pulak. Tegur lah dengan elok jangan sampai mengaibkan orang. Hari ni korang puji esok korang menghentam. Tak mo ya...Kak Ton minta maaf ya!!


Monday, June 23, 2014

12th Annivesary


Alhamdullilah...perkawinan kami dah cecah angka yang ke 12 tahun. Sekejap betul masa berlalu kami masih bersama dan cinta kami semakin kuat. Doakan kebahagian kami, hanya mati sahaja yang dapat memisahkan kita...fuyooo ayat jiwang Kak Ton hari ni melampau..hahaha.

Susah, senang, jatuh dan bangun alhamdullilah kami dapat tempuh bersama. "Pa I love u so mucccchhhh...alhamdullilah Allah berikan jodoh yang terbaik untuk aku dan bapa terbaik untuk anak2 kita.

Ok cukup jiwang2 pagi ni kang korang terguling2 kat depan computer...hahahah. Selalunya Annivesary kitaorang prefer celebrate berdua jer...cari tempat makan yang special dan romantik ataupun book hotel yang cantik2 untuk stay semalam berdua sahaja tanpa anak2. Tapi tahun ni agak berlainan sikit kitaorang decide bawak anak2 sekali. Minggu depan sebelum puasa jer baru makan berdua. En Win tak romantik tapi aku selalu paksa dia jadi romantik...hahaha.

En Win ingat semalam nak bawak makan buffet kat Majestic Hotel, tapi Kak Ton bangkang..hahah. Kalau buffet nanti sibuk duduk bangun, duduk bangun jer sebab nak ambik makanan. Kak Ton prefer makan ala carte jadi tak ada nampak kelam kabut gitu. Pikir punya pikir kitaorang decide makan Hi tea jer tapi boleh semua tempat fully booked....prefer Orchard Room kat Majestic ataupun Carcosa tapi dua2 tempat ni penuh. 



Google kat internet ada satu tempat Hi Tea yang cantik..Grand Hyatt Thirty 8 nama Restaurant tu.



Tapi alahai sikit sangat dessert nyer..celah gigi aku jer ni. Tapi En Win kata tak apa sekali sekala jadi orang kaya makan sejemput2...hahaha. Bagi anak2 merasa makan tempat2 macam ni.



My family!!

Budak2 sekarang melampau eksyenyer nak minum pun Starbucks jer nak Ice mocha blended jer kopi O tak pandang langsung. 



Kiddos!!



Kalau 12 tahun yang lepas...kurus jer kitaorang cuba kau tgk sekarang...hahaha.



View kat Thirty 8 Restaurant ni cantik sangat...sambil minum petang sambil berborak. Tapi pendapat Kak Ton tak berbaloi datang ke sini mahal utk Hi Tea RM88++ kalau dinner lagi meletup mahalnya RM190++ per person. Datang untuk lepak2 coffee boleh kot!



Kerana tidak membeli monopod lagi jadi gambar selalu tak lengkap.



Yaya dan Adik



En Win bukan susah dah jaga pun...masak jer apa dia makan tak pernah complain pun..tapi jgn bagi dia bubur nasi mmg tak sentuh langsung lah jawabnya. Dia suka makan western food tapi bini dia orang kampung terpaksa lah makan nasi jugak...haha. Kalau nak makan western nanti dia akan masak sendiri.

Tak pernah nak fikir masalah pun walaupun masalah seberat mana pun dia cool jer...dalam diam2 tu aku tahu dgr tgh berfikir. Kerja kuat untuk keluarga dari kami susah dan sekarang alhamdullilah sangat dengan kehidupan sekarang.



Sakit jiwa aku tgh dessert nyer sikit bebenor



Ikut siapa lah korang ni!!



Holloh3...anje sangat ni...hahaha



Ini lah buah hati dan nyawa kitaorang berdua. Lately En Win ada hint2 nak tambah anak lagi...aku macam betul ker laki aku ni nak anak lagi...haritu pun trial jaga anak orang habis disumbatnya jari...hahaha. InsyaAllah kalau ada rezeki...doa2 kan lah ya.



Tuan belog sebenarnya dah malas nak beranak kecil...dah senang dah sekarang tak yah fikir nak bangun malam2 lagi. Budak2 berdua tu pun dah tak menyusahkan kitaorang semua boleh buat sendiri nak start semuanya balik kena persediaan mental dan fizikal gaks ni...hahaha



Waktu2 special macam ni baru masing2 nak tunjuk romantik. Kalau tak busy memanjang jer. Aku ada gaks tanya dia nak apa Anniversary ni aku mmg  tak ada idea nak beli apa..En Win tak nak apa2...kalau dia nak nanti dia mintaklah....ok lagi senang kerja aku.



'Selfie Time'



Dah besar anak mama



Adik


Me and Yaya



Tak perasan langsung haritu kitaorang semua pakai warna putih..nampak cantiklah pulak dalam gambar. Syukur alhamdullilah aku dikelilingi anak2 dan suami. Tak boleh terbayang hidup tanpa mereka. Kebahagian seorang ibu bila anak dan suami berada disisi...Kak Ton emo lagi.



Kiss sikit...hahahah



Akhirnya beg idaman approved!! hahaha. Lagi 2 hari nak anniversary tetiba En Win bersuara "Ma u nak beli beg tu belilah" Fuyoo...tertelan ailio aku. Pa sebenarnya i mintak main2 jer tetiba u setuju pulak...thanks laling!! 



Adik ni belum lah nak tinggi...beasr tu jer anak mama sorang ni.



Disebabkan En Win tak puas hati dengan makanan Hi Tea kat Grand Hyatt tadi dia ajak makan Hi Tea sekali lagi kat pavillion. Suka hati kau lah bang!!





Lepak kat TWG Tea, Pavillion. 



Baru puas hati En Win..ada macam2 makanan...hahaha



Kak Ton makan ni jer...aauuuuwwww



Budak2 makan Lamb chop.

On the way nak balik dalam kereta En Win whatapp kat KaK Ton ayat2 En Win kat Whatapp benar2 menyentuh hati Kak Ton tak sangka sedalam tu dia sayangkan Kak Ton...I Love u to Pa.



Drama air mata...anak kat belakang tercengang2 tengah gelak2 tetiba mak dia melalak. 

Happy Anniversary Sayang!!