Nuffnang Advertisement

Friday, May 30, 2014

Bonding time with Family!!


Amboi bukan main eksyen tajuk omputeh Kak Ton hari ni...hahaha. Sabtu lepas gi beli groceries ngan anak2, seperti biasa kalau pergi dengan anak2, benda2 yang tak termasuk dalam list barang lebih banyak dari yang sepatutunya Kak Ton beli. Aku diam jer lah, biarkan jer lah diorang pilih barang yang diorang nak lantak lah korang asalkan korang makan. Tapi selalu nya barang2 makanan yang diorang pilih adalah penyelamat Kak Ton dikala malas memasak. Korang makan lah biskut atau keropok2 dulu...Kak Ton nak berehat...gitu!!



Lalu tempat aiskrim begini lah jadinya, semua perisa diorang angkut. En Win dah tertelan2 airliur. Tapi so far mmg tak sampai 2 minggu licin ya. Waktu aku nak makan lah..waktu tu dah habis. Nyampah Kak Ton tau. Anak dan suami mmg kategori pengiler aiskrim. Kejap kang campur aiskrim dalam coke, kejap kang buat aiskrim goreng, toleh sekali lagi tengah ceduk aiskrim letak dalam bekas fruit cocktail. Aku benda2 manis ni kurang sikit...tapi aku rajin lah membeli, seronok jer tengok diorang enjoy bila makan aiskrim. Kadang2 aku siap beli cone aiskrim tu macam2 saiz bagi diaorang lagi teruja...hahahaha. Dalam banyak2 aiskrim kat atas tu, paberet Kak Ton yang Oreo tu...sedap wei! tak caya cuba rasa...lembut dan cair jer dimulut.

Tengah tolak2 trolley, tetiba teringat nak sahut cabaran Wall's...tetiba teringat muka Samantha Lee...hahaha. Waktu gi bengkel aiskrim Wall's Selection haritu mmg dah sematkan dalam hati dan buat bersama anak2 dan En Win. Nak buat contest keluarga...hahaha. Isteri lawan suami...siapa yang paling creative. Terus ajak anak2 pilih barang untuk contest bersama keluarga.



Serius...teruja giler anak2 aku. Aku ngan En Win pun dah tersengih2. Memula laki aku macam malas jer nak layan contest keluarga ni, dia suruh aku jer buat ngan anak2. Takut lah tu...saja aku bakar2 ayat bagi dia bengang sikit....akhirnya mengalah ngan anak2 walaupun muka tension jer nak melayan perangai bini...hahaha. Eh! jangan ngada2...ini contest keluarga...harus bapak pun kena join sekali.



Barang2 ni semua, Yaya ngan Adik yang pilih. Aku bagi kebebasan diorang pilih dan beli sebab diorang yang nak buat nanti...tapi kan korang rasa anak yang lebih atau aku ngan en win yang lebih nanti...hahahah. Tungggguuuuuuuu.....





Wall's Selection Hershey’s dan Fruit Salad, menu utama untuk contest keluarga ni!! 

Actually kan, Kak Ton ni tak creative langsung...benda2 yang yang ada kena mengena dengan lukisan, warna2 ni atau kraftangan mmg Kak ton lemah. Sampai sekarang masih melukis gambar orang lidi, kereta bentuk kotak, gambar burung pun bentuk M jer. Anak2 tak berapa teruja nak geng dengan Kak Ton dalam contest ni sebab diaorang awal2 dah tahu kak ton akan gagal...hahahahah.



Tapi walaubagaimana pun...muka kena konpiden. Reben kat kepala tu saja jer Kak Ton pakai bagi suasana menjadi ceria...hahaha. En Win dah tersengih2...Eh! bang ooi...jangan nak gelak2 sangat ya...kang jangan terperanjat nengok hasil creativity Kak Ton. Kalau berjaya dalam contest keluarga ni...Kak Ton mmg tak teragak2 masuk contest Wall's yang dapat gi ke Paris Disneyland...tinggal lah u jaga rumah sorang2.



Nampak2...Kak Ton dah start tabur2 makanan dalam cawan. Padahal konsep nak buat apa pun  Kak Ton tak terfikir langsung. Anak2 aku sibuk tanya "kita nak buat apa ni ma"...aku diam jer lah, sebab aku sendiri pun tak pasti apa aku nak buat...hahahaha



Gitu...penuh dengan warna warni....now idea sudah mari. Sambil menikmati asikrim Wall's sambil keceriaan melihat susunan coklat dan biskut2...hahaha. Wah! panjang sangat konsep dan idea ini. Canggih giler, idea Kak Ton ni!!



Fuyooooo......giler creative Kak Ton!!



Hampir siap....mesti tertelan2 airliur En Win tengok creativity Kak Ton. Mesti, En Win tengah berdebar2 tu...hahahaha.



Untuk mendapat markah penuh dan menunjukan lebih creativity lagi...meh lah kita melukis pinggan pulak. Ok2 mama nak lukis gambar bear kat tepi pinggan...adik buat bentuk love...haha



Nampak tak bear Kak Ton tengah tersenyum tu...creative nyerrrrrrrr. Korang jangan nak senyum2 depan computer tu...Kak Ton tahu korang pun teruja kan!!



Eh! tergelak pulak kat diri sendiri...hahahaha



Apa agaknya Yaya tengah fikir tu...samada ada dia teruja atau tengah mengutuk Kak Ton di dalam hati. 



Ok2...hampir siap masa meletak kan aiskrim di dalam cone yang disediakan.



Letak banyak sikit aiskrim tu...baru macam KLCC sikit



Kasi tabur2 warna warni sikit..baru lah gempak



Tadaaaaaaaa.....hahahahahahahaha. Cantiknyerrrrrrrrrrrrr. Cantik tak korang???? Ada tak ciri2 macam Samantha Lee. Boleh lah kan, kira creative lah jugak, yang paling penting Kak Ton berseronok dengan anak2...biarlah anak2 tahu yang ibu nya selama ini sangat2 creative...ibunya sangat ceria dan keceriaan itu telah Kak Ton lahirkan dalam contest keluarga ni...hahaha



See...berebut2 anak Kak Ton nak makan hasil creativity ibunya!



ini lakonan ker betul2 ni....hahaha



Itu dia...suami Kak Ton pulak nak menunjukan bakat terpendam. Puas Kak Ton senyum2 depan muka diorang. Tapi tidak dilayan...konon kalau senyum nanti idea hilang..Eh! macam tu pulak



Eh! apa ni main tekap2...mana aci...ini salah disisi undang2 



Boleh tahu anak2 lebih teruja bila bekerjasama dengan En Win...waktu aku tadi diorang main tabur2 jer...bila ngan En Win bukan main serius jer muka sorang2.



Macam cantik jer...gulp2 tertelan airliur aku waktu menahan kerisauan



Adik ni kannnn.....tadi mama suruh lukis buat tak cantik pun...bila papa suruh cantik2 jer adik buat tau!! korang saja jer nak kalah kan mama kan!!



ooooo...Yaya tabur pelan2 jer kat papa punya lukisan. Mama punya tadi Yaya campak2 jer dalam cawan.



Apa yang serius sangat muka kau tu bang!!



Huaaaaaaa...idea dan konsep yang bernas sangat ni!! 



Anak dan bapak bekerjasama



Serius...ini mmg creative. Tak macam Kak Ton punya tadi...konsep di dalam cawan jer. Kemenangan hampir kepada kumpul En Win..Kak Ton kena Redha




Korang tengok lah berkobar2 semangat budak kecik ni



Tadaaaaa.... Love 'n Music

Aiskrim tu microphone katanya....terus Kak Ton terasa malu kat diri sendiri. Orang kalau creative bagi apa2 pun boleh jadi creative kan!!



Ok lah kemenangan berpihak kepada suami....iya2 malam ni mama belanja makan chicken chop!! Papa menang!! Papa berjaya.

Apa kata korang cuba buat bersama2 anak2 dirumah...korang boleh lihat creativity anak2 dan suami. Benda yang tak pernah Kak Ton terfikir selama ni. 

Ok...Pa, since u creative giler apa kata kita cuba masuk contest Wall's. Mana lah tahu ada rezeki nanti boleh menang weekly prize ke Legoland atau kalau ada rezeki anak2 boleh menang Family Trip ke Disneyland Paris dapat kita safe budget untuk percutiaan tahun ni...hahahaha. Korang, jom arrrr...reramai join contest Taste Joy In Disneyland With Wall's ni.


Cara Penyertaan:-

1.Pertama sekali click Wallindisneyland

2. Click dan tonton 15 Scoops of Happiness Recipe 

3. Baca dan ikut arahan yang diberikan

4. Lengkapkan maklumat bersama gambar dan hidangan Aiskrim yang menarik mengikut creativity anda sendiri menggunakan aiskrim Wall's Selection

5. Korang boleh juga melihat dang mengundi gambar yang korang rasa menarik dan penuh denga creativity

Peraduan ini akan tutup pada 27 Jun ini, so jangan tunggu terlalu lama.


More information korang boleh click wallsindisneyland.com Like Fan page tu untuk mendapatkan juga cerita2 yang menarik dari Wall's. 


Thursday, May 29, 2014

Dah lama nyer.....


Dah lamanyer En Win tak hantar pergi kerja, dah lamanyer x bekpes berdua2an waktu on the way nak gi kerja, lamanyer tak tengok wayang sama2 kongsi2 pop corn, lamayer dah tak kiss2 dalam keta waktu hantar gi kerja...aaauuuwww.

Serius mmg dah lama giler En Win tak hantar dan ambik aku kat tempat kerja, zaman bercinta dulu selalu lah. Lepas kawin dah pandai drive sendiri mmg kena gi sendirilah jawabnya. Hari ni staff En Win guna kereta sebab banyak pemindahan tu yang dia terpaksa guna keta aku gi kerja...wah! terus kak ton teruja suami hantar gi kerja. 

Ingat lagi zaman dahulu kala...dari aku mula bekerja sampailah umur aku 24 tahun pergi balik En Win ambik naik motor scooter tu. Giler happy dapat peluk bila naik motor lepas tu nyanyi lagu XPDC. Korang mampu naik motor lepas tu nyanyi2 lagu rock berduet...hahaha. Kenangan manis betul. Aku ni pelajar college ala2 Beverly Hill tu...awal2 pesan ngan En Win jgn ambik aku depan college malu i budak glamer naik motor...hahaha. Tapi En Win giler jahat pedajal kan aku habis class dia nak tunggu depan gate siap horn motor kuat2...OMG! terus laju2 naik motor tak toleh kiri kanan...hahahah.

Ada satu kali tu duit tak cukup nak ganti brake motor tapi sebab motor tu satu keperluan ketempat kerja belasah jer lah...bila turun bukit kan laju nak mampus En Win break guna kaki jer, berapi2 keluar kat kasut laki aku tu...hahaha. Kawan aku selalu kutuk aku..kau muka dah lawa (wah! berani Kak Ton tulis puji diri sendiri) gi lah cari boipren orang kaya yang gi cari mamat motor ni apa pasal. I kena tipu uols waktu kawan ngan En Win nampak dia pakai gelang dengan rantai mas terus ingat dia anak jutawan rupanya nando...hahahah. Itu tipu aku suka En Win sebab muka dia dulu macam Doogie Howser,


Dulu lah sekarang pun cute jugak tapi cute versi debab....hahahaha




Cepat2 selfie untuk kenangan katanya suami hantar gi kerja...hahaha. Aku ngan En Win ada satu perangai yang sama..suka bukak radio dan nyanyi lagu sesama Terjerit2 nak berlawan suara...dari dulu kot perangai giler macam ni. Kalau kat rumah tengah lepak2 tetiba dengar muzik best kalau dia tak bangun aku akan bangun menari....hahahaha.



Sian laki aku muka penat giler..tidur tak cukup. Buat bisnes sendiri bukan pekara yang mudah..nak stabil kan sesuatu benda banyak kena diusahakan. Kalau tak kuat semangat mmg lingkup jawabnya. Dia lah boss, dia lah sales person, dia lah angkat kotak, dia lah bawak lorry kalau staff tak cukup dan En Win tak pernah malu buat benda tu semua. Staff tak ada alasan kalau tak nak buat atau alasan letih sebab boss akan turun padang sekali.

En Win ni jenis suka bercerita...balik dari kerja nanti sambil makan dinner atau lepak2 minum kopi dia akan cite kisah dari pagi sampai ke petang kejadian di office dan sebenar2nya aku malas nak dengar..hahaha. Tapi aku angguk jer lah sebab kang kecik hati pulak kalau tak dengar. Kerenah customer lah, kerenah staff lah, lorry rosak...adoii malas wei nak dengar...hahahahaha. 



Nampak sangat perbezaan nyer....dulu muda remaja jer sekarang saiz, muka dan bentuk badan dah bertukar. But i still love u....hahahaha. Sampai office suh dia kiss satu muka macam kitaorang buat dulu...aaaauuuwww sukanyer hahaha..... kalau bertolak dari rumah setakat cium dahi jer lah...ini alang2 dah hantar gi kerja kiss banyak sikit. Korang jgn nak ngada buat2 nak muntah depan computer tu...suka hati Kak Ton lah.....

****************************************


Anak ini disahkan menghidap jantung berlubang (1.2cm). Mereka memerlukan kos pembedahan sebanyak RM50,000.00 dalam masa terdekat ini. Mari lah kita sama2 membantu meringankan beban mereka...semoga dapat dipermudahkan segala2nya...Amin


Wednesday, May 28, 2014

Borak merapu...



Pagi tadi kul 7 pagi sampai opis letak beg semua berdesup gi Pasar Taman Tun. Aku masuk kerja kul 8.30 jer so sempat lah tgk2 ikan. Barang dapur dah habis semalam tak sempat nak beli..ntah apa yang aku sibuk kan pun tak tahu lah.  semalam makan nasi goreng jer. Laki tanya kenapa masak nasi goreng, mmg kena selepuk lah dengan aku, Orang lelaki ni bukan peduli barang makanan ada ker tak...agak2 tak ada benda nak makan dia ajak makan kat luar. Senangkan, perempuan ni kalau dalam fridge barang dah licin boleh jadi masalah dunia. Eh! ayat aku berlapik sangat ni..sebenarnya nak marah kaw2...kena gaks keluarkan kalau tak meletup dada aku. Kenapa orang lelaki bukan semuanya ya...ini  kategori macam laki aku...hahaha. Why..Why...why tak pernah kesah lauk ada ker tak ada, tak ada ambik tahu barang rumah cukup tak cukup, sabun cuci baju ada ker tak ada, berapa bil api, berapa bil air, kena bayar astro berapa hinggit yang dia tahu bagi duit cukup bulan kalau tak cukup mintak tapi jgn bising2...huaaaaaaaaa. 


Bulan ni En Win busy, nak dekat puasa ni ramai pulak orang pindah rumah. Alhamdullilah rezeki tu. Nampak gayanya mmg 95% urusan rumah aku kena ambik alih. Semalam macam perempuan giler terhuyung hayang angkat barang kat Giant. Mamat Bangla tu bukan nak tolong pandang jer sambil senyum2. Ni dah cuti sekolah kena sediakan macam2 makanan kat rumah biskut lah, air vitagen lah, keropok2 lah, roti kena ada kesian budak2 lapar tengahari nanti. Ini pun bini gaks kena pikir. Semua bini lah...nasib baik satu jer baik laki aku ni dia jenis orang tak ada hal...lantak lah kau nak membebel kat situ dia senyum jer. Eh! senyum dia tu menyakitkan hati aku ya....hahaha.

Bukan komplen...tapi mengadu manja jer. Kenkadang kena luahkan jugak panas dalam hati ni. Kang kalau aku ngadu kat En Win nanti dia kata aku kecoh benda sikit pun nak bebel2...eh! biar lah i penat tau..suka hatilah nak bebel ker nak muncung ker. Itu jer yang boleh buat I bahagia.

Nak gi facial, buat pedicure medicure, nak stim2 rambut mmg kalau dapat pun 6 bulan sekali. Kadang tengok cermin dah macam rupa hantu kak limah, balik umah senseng baju bersilat kat dapur, melipat, mengosok sampai berbiji ketiak...Eh! kak ton tak komplen dah mmg tanggungjawab tapi suka jer bebel2....hahaha. nasib baik aku ni jenis pantas gaks sekali masak 2 lauk kat atas api kiri kanan tangan aku menyudip...sambil goreng ikan sempat pulak berlari masuk baju dalam washing machine...belum lagi tengah masak berwhatapp ngan kawan2....fuh! lagi hebat...hahahaha.

Orang bila penat makan tak berselera...tapi aku boleh tambah berpinggan2...lepas tu bila tengok kat cermin lemak dah berlebih kat peha, perut dengan dagu. Pandang jer bukan rajin nak exercise pun tu basikal kat luar rumah tak lama lagi rantai berkarat lah tu...hahaha tapi ada aku kesah.

Cuma mintak  suami diluar sana termasuk suami tercinta aku ni, hargai lah pengorbanan isteri korang, semua benda yang isteri buat adalah tanggungjawab dan tanda kasih sayang mereka terhadap keluarga. Jgn pulak isteri dah rupa macam Kak Limah gi cari perempuan muda bergetah kat luar sana....mau kena silat ngan aku kang. 

Nak tackle bini bukan susah pun...kalau dia masak puji melambung2 sikit, sambil baring2 picit belakang dia, bagi hadiah handbeg, selalu buat surprise mesti bertambah rajin lah aku kalau En Win selalu buat macam tu...hahaha. 

"Pa tahun ni macam tak ada hadiah handbeg jer untuk bini tercinta, bukan apa anniversary nak dekat..sekadar ingatkan jer...tak beli pun tak apa tapi kalau u nak i gembira beli lah" hahahaha. 

Eh! korang nak mintak tolong vote kan untuk kawan tercinta Filla dia masuk contest wall's yang hias2 aiskrim tu, cantik giler dia buat penat dia memerah otak...korang vote lah sehari sekali dapat dia gi Legoland nanti, kalau nasib dia baik boleh gi Paris. Wah! melampau sangat ni gi Paris...hahahah. 




Nampak tu gigih dia buat gambar penyapu, lepas tu ahli sihir tu ada kepala jer badan anak dia dah makan...hahahah. Kreatif sangat kau ni Filla,

Click kat sini untuk vote Kak Fillanie www.wallsindisneyland.com 
Boleh vote sampai 30 Mei ni...sekali sehari ok!!

Tuesday, May 27, 2014

Rambut


Tahun ni 3 kali Kak Ton ubah2 rambut...malampau sangat perangai ni. Orang tua perasan muda mmg macam ni. Actually aku suka rambut pendek tapi bila dah beranak pinak ni ada sedikit tak konpiden potong pendek2 sangat. Kalau tanya En Win dia lebih suka aku berambut pendek dari rambut panjang nampak lebih fresh katanya...Tapi keberanian belum ada lagi nak potong pendek tapi potong gaks lah rambut tapi tak berapa pendek sangat gitu konsepnya.....hahahahah

Aku dari zaman sekolah rambut sentiasa pendek...punk pun aku pernah buat senang nak uruskan. Tapi bila tengok orang rambut panjang gulung2 rambut bila gi function tetiba teruja pulak nak simpan rambut panjang tapi bukan jiwa I rambut2 panjang ni.  Suka curl jugak tapi tak sesuai ngan muka dah macam pompuan busuk aku buat hari tu. Suka tengok rambut Cinta Bunga Lestari tapi hairstyles kata aku tak sesuai buat rambut macam tu. Suka tgk juga rambut Yasmin Hani tapi aku kan secretary apa pulak rambut botak sebelah mau boss aku halau keluar pejabat nanti...hahahaha

Aku cepat boring dengan rambut sendiri..suka tukar2 rambut. Lepas tu tak cantik, bila tak cantik menyesal lepas tu potong lagi lepas tu menyesal balik....hahahaha. Ni bila aku tulis pasal rambut ada jer haters yang pertikaikan kenapa tak pakai tudung usia dah lanjut. InsyaAllah Kak Ton akan pakai bila tiba waktunya nanti.

Kalau dulu suka colour rambut terang2, merah, purple, orange, kuning semua pernah cuba tapi sekarang prefer colour gelap2 jadi tak nampak lah macam orang tua tak sedar diri...hahaha. Aku tau mulut korang kalau cakap mmg tak ada insurance kan...kalau boleh dulu sampai 3 colour nak letak kat rambut sanggup duduk kat salon sampai 5 jam asal rambut vogue tapi sekarang 2 jam pun dah terseksa rasanya

Meh lah intai2 rambut kak ton dari Januari sampai Mei...lepas ni fesyen apa pulak nak buat ek! hahaha. Kang balik mesti kena sound dengan En Win..."Ma u ingat u artis yek" Eh! suka hati lah...duit I tau...tapi kalau nak bayar separuh pun boleh gaks.



Rambut tahun baru Januari 2014



Rambut bulan Mac 2014



Rambut bulan Mei 2014


Collagen Cappuccino Plus Vitamin C


*scroll down for new entry*

Aku memang penggila Kopi...selesai makan breakfast atau dinner dalam setengah jam mesti gi dapur laju2 buat kopi satu cawan untuk aku dan satu cawan untuk En Win. Kalau tak dapat Kopi mulut rasa lain macam jer...hahahaha (ketagih teruk ni). Stock kopi kat dapur memang melambak giler. Haritu aku borong kat Bali berkilo2. Kopi Bali mmg terbaik sampai dah tak pandang lah kopi kapal api. Aku suka kopi yang hitam pekat...'Kopi O', kurang suka kopi yang bersusu sebab kalau aku minum kopi yang ada susu nanti aku pening. En Win macam tak boleh terima aku pening sebab minum kopi susu...hahaha. Sampailah ada satu reader ni bagi aku Collagen Cappucino plus Vitamin C. Lama gaks aku simpan, aku pandang gitu2 jer...satu malam tu tergerak hati pulak macam nak cuba...hambek kau sedap giler. Buat panas2...bau harum giler..ok terus terpikat. Nak mintak free lagi malu jadi kena lah order...tapi kalau dapat free setiap bulan lagi best..hahaha (banyak cantik muka kau!!!)...kahkahkah.



Collagen Cappuccino




Peminat kopi yang kronik


Collagen Cappucino ni ada 2 jenis. Ada untuk lelaki dan ada juga untuk wanita...tapi jangan bimbang korang boleh minum kedua2nya sekali

1. HKCC - Untuk Wanita
2. CCFM - Untuk Lelaki

Collagen Cappuccino bukan coffee biasa, mempunyai banyak khasiat. Kedua-duanya diperbuat dari herba2 tempatan yang terpilih yang boleh membantu dan memulihkan sistem di dalam badan. Contoh seperti

  • IKHTIAR Zuriat
  • Kecergasan badan
  • Menstabilkan hormon
  • Mencapai keseimbangan badan ideal
  • Membaiki kesihatan dalaman serta luaran dan kecergasan badan 



Kak Ton nak korang baca dan lihat testimony kat bawah ni....


Testimony "Sedap"



Testimony "Kulit Flawless" 

Bukan nak menghasut tapi aku rasa korang kena cuba Collagen Cappuccino ni, bukan sahaja berkhasiat dia juga sesuai untuk:-

  • Untuk kaum wanita yang ada masalah hormon macam periodtak teratur, segugut
  • Untuk orang2 yang bermasalah Migrain kerana ia melancarkan perjalanan darah dan less cafein
  • Untuk lelaki dan perempuan yang cepat letih, lesu tak bertenaga
  • Untuk suami dan isteri yang beriktiar untuk mendapatkan zuriat DENGAN IZIN ALLAH
  • Yang mempunyau masalah penghadaman dan pelawasan
  • ibu2 yang berpantang dan menyusukan anak


Testimony "Tiada Senggugut"



Testimony "Ibu Menyusu"




Testimony "Ikthiar Zuriat"



Testimony "Ikhtiar Zuriat"

Walaupun Collagen Cappuccino ni diperbuat dari herba2 tempatan, korang jangan bimbang takde rasa pahit langsung, 100% rasa Cappuccino. Korang boleh minum sejuk, panas, nak buat ice blended pun tak ada hal boleh guna cara apa pun asalkan masuk dalam tekak. Tiada pantang larang langsung, sehari boleh minum berkali-kali, tak ada istilah overdose dan paling best perempuan boleh minum CCFM, lelaki boleh minum HKCC. Tapi ada satu syarat jer korang kena banyak minum air masak supaya toksid boleh dikeluarkan...itu jer.  

Untuk mendapat lebih maklumat dan keterangan korang boleh visit :-


Website:

Blog:

FB:


Harga




Harga Collagen Cappuccino 

HKCC - RM39.90 / 20 peket
CCFM - RM49.90 / 20 peket
Combo Zuriat (HKCC&CCFM) - RM89.90

* Harga termasuk postage
*Pembelian 3 kotak ke atas untuk set yang sama FREE POSTAGE






Boleh Whatsapp/sms/viber 016-6603741 – Ummi untuk sebarang pertanyaan.

Yang taknak pos boleh Self Pickup di tempat berikut:

Weekdays sahaja.
Presint 2 : 8.30am-5.30pm
Apartment 5R6, Presit 5 Putrajaya :6.30pm – 11.00pm

Weekend
Apartment 5R6 Presint 5.

**sebelum pickup call dulu especially weekend**

Promosi!!

~ Bagitau korang readers blog kak Elly dapat special Gift setiap pembelian.