Nuffnang Advertisement

Wednesday, April 30, 2014

Borak kosong!


Tajuk memang gempak sebab tak tahu nak letak apa..tapi nak bercerita macam2 benda kat korang. Gambar malas nak tepek...ala korang pun dah bosan asyik gambar Kak Ton jer kan.

First nak cerita pasal diet2 ni. Ramai pulak blogger update cite nak diet ni. Aku pulak sekarang ni macam tak ada mood pulak berdiet...zumba dah lama tak pergi bukan sebab malas tapi masa tak mengizinkan. Cewah! alasan tak agak2 padahal dulu boleh jer kan. Serius! ini kisah benar waktu aku start berzumba mmg kalau balik berzumba mesti bergaduh dengan En Win. Balik kerja kelam kabut masak lepas tu tinggalkan anak2 dengan En Win suruh dia uruskan budak2. Zumba 2 kali seminggu. Bila balik dari berzumba badan aku dah letih dan mood pun kelaut. Nanti aku terbaring jer depan tv tak nak bercakap apa2...bila anak2 mintak itu ini aku dah start marah2. Aku marah sebab perut lapar control tak nak makan..kalau makan pun cuma salad jer. Rasa macam tak enjoy jer life aku. Masuk 2 bulan agaknya En Win tak boleh tahan terus sound aku "Ma i rasa u tak payah lah berzumba ni kalau nak mengamuk jer kerja u"...hahaha setepek Kak Ton kena. Aku mmg dari remaja tak boleh lambat makan nanti aku boleh naik angin...kalau nak berjalan jauh siap bawak bekal takut lapar tengah jalan dan aku rasa aku perlu makan sebab aku akan lemah kalau tak makan nasi. Perut aku dah terbiasa dan aku tak boleh tune otak ni jangan makan. Dapat pulak suami yang kuat makan mmg bertambah susah lah. Aku banyak gunakan tenaga..bangun seawal pagi dan dapat berehat hanya 10 ker 11 malam jer. Kalau aku tak makan atau control makan aku rasa lutut aku boleh bergoyang...hahaha. Risau mmg lah risau badan kengkawan selim melim kau peha besar nak mampos...camna tu. Jogging pun dah tak mampu..matilah. Berkobar2 sekejap lepas back to normal. Ini semua salah En Win dia tak nak bagi motavasi kat bini dia...dia suka aku gemuk agaknya jadi boleh join club perut ke depan. Biarlah dulu kan..kang nampak filla kurus bersemangat lah aku balik.

Cite kedua pasal Peej...aku pun turut bersedih bila bapak Peej sakit. Bapak peej ada iras2 bapak aku sama jer kepala licin jer tak ada rambut...saiz badan pun sama. So bila nampak bapak Peej aku terkenangkan bapak aku. Tetiba aku jadi risau pulak kesihatan kedua orang tua aku. Takpe Peej mungkin ini ujian kau...harap2 banyak bersabar setiap dugaan ada hikmahNya. Buat masa luangkan masa bersama dengan diorang ya.

Cite ketiga pasal anak2...hahahaha. Tak habis2 aku kan masalah negara bebenor. Sekarang ni tengah sibuk cari Inspire Camp untuk cuti sekolah ni. Nak bagi Yaya dengar motivasi sikit...aku rasa aku tak dapat membantu dari segi motivate2 ni bagi orang yang professional buat. Aku nak dia ada keyakinan diri, dapat tips2 pelajaran dari pakar2 motivasi, tips pengurusan masa yang betul, mengatasi stress, menjadi pelajar yang berjaya dunia dan akhirat dan faham pengorbana kedua ibu bapa. Rasanya aku dah jumpa tempat yang sesuai. Harap semua yang aku aturkan berjaya..bukan senang nak pujuk dia sebab kami tak pernah berpisah dan tinggalkan Yaya sendiri. 

Aku kena bersiap sedia dari sekarang sebab anak2 aku semakin membesar..bukan saja anak2 yang perlu di motivasi aku sendiri kena cari pakar untuk motivate diri aku. Kita pun bukan sentiasa betul nak menuju kearah kebaikan bukan perkara yang mudah kena buat perlahan lahan. Dah mula menabung untuk anak2 jugak..paksa diri untuk masukkan simpanan untuk anak2..insurance semua dah ambik. Banyak benda aku kena mula kan dari sekarang walaupun agak terlambat kesedaran aku ni. Saya insan yang lemah...hahaha. Berat tanggungjawab jadi ibu bapa ni...bukan senang nak aturkan semuanya dan tak semua benda yang kita rancang akan menjadi. Takpe yang penting kita usaha. 

Nak berdepan dengan anak2 yang semakin membesar pun bukan perkara yang senang..tak macam dulu2 kita boleh terima apa yang mak kita cakapkan..paling kuat pun melawan dalam hati jer. Tapi konsep ni nak tak pakai untuk budak2 zaman sekarang, sekarang kita kena banyak berlembut dan cuba fahami perasaan diorang. Aku ni dah lama jenis mak2 dulu kala...nak cuba jadi  mak moden adalah kesukaran bagi aku. Ok2 i cuba ya...haha


Ok! itu jer nak cite...sebenarnya banyak lagi nak borak tapi masa tak mengizinkan. Nanti sambung lagi yek!! 

Tuesday, April 29, 2014

Redang Day 2


Kesian kat diri aku lately ni. Pemalas tahap gaban..mesti korang ternanti2 cite Redang Kak Ton kan...hahahaha. Serius aku mmg dah tak ingat perjalanan cite Redang ni korang tak kisah kan kalau Kak Ton reka2 cite. Kak Ton janji bagi rekaan terbaik kali ni. Kalau korang nak  tahu cite sebenar refer lah blog filla AKA urusetia yang jujur itu #sambiltaipmatamenjeling. 

Konsep aku kalau berholiday mmg suka bermalas2an dekat katil. Tapi kalau ikut tour gigih lah kena bangun kang tak dapat cover semua tempat pelancongan. Walaupun kat Redang ni tak ambik pun package tour tapi Kak Ton tertekan dengan urusetia yang tak bagi langsung Kak Ton bermalas2an. Mmg dah tekad kali ni jer dia dapat jawatan urusetia lain tahun bagi peej pegang jawatan ni..peej best suka dengar cakap Kak Ton...hahahaha.

Day 2 aktiviti ke Marine Park untuk snorkeling. Cuaca pagi tu agak mendung aku berdoa dalam hati biar hujan turun...kalau hujan turun jadi tak payah pergi boleh sambung tidur lagi...hahaha. Wah2 best doa aku dimakbulkan hujan turun lebat giler kembang2 hidung Kak Ton waktu bekpes pagi tu...sedap ni perut kenyang, hujan pulak tu lebat ini kalau telentang kat katil best ni!! Kitaorang kena berada di Jetty pukul 9.30 pagi tapi blh pulak pukul 9.00 pagi hujan berhenti secara tetiba...tetiba terus terang lepas tu cantik jer matahari keluar....OMG!!!

En Win: Ok hujan dah berhenti...jom cepat2 siap kita gi jetty.

Eeeee...pepandai pulak laki aku ni. Siapa suruh dia bersuara ntah pepandai jer bagi arahan. Lepas En Win bagi arahan kelam kabut semua bangun nak bersiap yang paling suka urusetia lah sebab ada aktiviti. Berat tau hati Kak Ton ni...baru berangan nak membonkang atas katil bila dah puas tidur boleh jenjalan tepi pantai dengan topi besar sambil berpelukan dengan En Win...nampaknya pelamin angan ku musnah..Eh!!



Aku nak korang tengok betul2 gambar ni...di manakah gambar tangan Filla berada???



Sekali lagi masih di tempat yang sama...hahaha



See...apa yang sibuk nak tarik tudung tu pun aku tak tahu. Aku tengok elok jer...lepas bila tanya kat orang nak marah jer. "Ly ok tak tudung aku" bila aku cakap ok..tak caya. Pegi pulak kat Peej...tak caya gaks sudah semua gambar tengah tarik tudung...kahkahkah. 



Peej and Ben. Ini lagi sorang ntah apa2 fesyen bergambar asyik pandang tepi jer lepas tu suka buat senyuman manis. Ben camera di depan ya tak yah lah nak candid2 sangat.



Tengok pasangan ni...cuba contohi sikit. Nampak camera jer senyuman manis diberikan.



Wah! romantik nyer couple ni...hahahahahaha



So far diorang bertiga ni tak ada masalah...satu kepala. Senang kerja kitaorang. Bini kau aku boleh kutuk bini aku kau nak kutuk pun lantak lah...join kutuk sekali lagi adalah.



Sebelum bertolak ke Marine Park sekali lagi dengar briefing. Aku memang tak dengar lah...tapi tetap bersorak kalau tengok orang lain bersorak dengan tepukan gemuruh aku bagi sekali..hahaha



Ben dah cuak waktu ni...hahaha. Dia kan takut laut nampak jer macam perenang hebat...nando ya!! Dia cuma gagah di daratan..di lautan kalah..Kak Ton boleh jentik macam tu jer...hahaha



Korang jangan tengok tingkap sebelah kanan tu cuba tengok tingkap sebelah kiri tu...aaauuuuwwww



Dah sampai tapi kena tunggu turn pulak nak turun jetty tu ada lah dekat setengah jam. Tunggu punya tunggu sekali hujan turun lebat....aku malas nak cakap banyak...aku tenung jer muka laki aku.



Degil cakap Kak Ton...nak jugak pergi kan. Kak Ton tak boleh hujan2 ni nanti demam kalau demam siapa susah...



Ini namanya orang degil...hujan2 pun nak menyelam jugak..hahaha. Takut tak sempat katanya tengok ikan nanti.



Tapi bergambar tetap lah...



Nak kalah kan Kak Ton lah tu cepat2 paut tangan Radie



Ishhh!!! apa lagi tu Filla tangan tu...

Disebabkan nak betulkan tudung si filla ni main campak jer alat pernafasan tu...sah2 benda tu tengelam...lepas tu panik suruh Peej menyelam ambik kan alat tu...mmg tak lah kan. "Pa..pa...tolong Ma punya alat tu dah tengelam....tolong2 Pa" Aku perhati jer dari jauh..kang kalau gi dekat tak pasal dia suruh aku menyelam cari...eh! tak kuasa aku layan perempuan ni!  Dia ingat dia campak alat tu..benda tu nanti terapung2 agaknya kat tepi dia...haha



Tapi tak kesahlah dah memasing perangai tak betul kecuali Kak Ton jer yang ok dalam group  ni jadi terpaksa jer lah layan tengok jer telatah diorang. Sian pun ada gaks...hahahaha



Puas menyelam yang tak berapa nak dalam tu..maka bermula lah sessi bergambar. Peej...Filla tengah mengumpat kau tu...kau tengok saja jer dia tolak2 kan badan aku suh gelak sama. Aku banyak terpaksa peej demi menjaga hati kengkawan.



Kalau bergambar aku ngan Filla mmg pandai chop tempat...korang pepandai lah berdiri kat batu tu. Itupun nasib baik aku bagi peluang Filla duduk depan..ikutkan naluri hati aku biar semua berdiri aku sorang jer duduk barulah Popo.



Sila cari tempat memasing ya..Filla tangan tu!!!



Eh! apa pasal laks tu...takde radie kebelakng mana boleh muka kau sorang jer besar depan camera.



Peej tengah  mencari tempat yang sesuai..bagus radie bahagian belakang sesuai untuk kau



Radie sedang membuat aksi tanpa memberi tahu sesiapa pun dengan harapan gambar dia sorang jer cun



Peej masih tidak dapat mencari tempat yang sesuai...Filla pula cuba membuat muka comel.



Masih berkeliran mencari tempat yang sesuai...Kak Ton berasa sangat simpati lantas menyuruh Peej berdekatan dengan Kak Ton. Filla masih tangan di telinga...haha



Couple yang cuba bersikap romantik di dalam gambar...peej masih tidak ada arah tujuan dan Kak Ton hanya mampu gelakan couple berdua itu dari belakang. Dua pelakon membantu...tidak membantu apa2 pun dalam gambar ni.



Akhirnya..ini lah saja gambar yang cun..hahaha. Tempat pertama diberikan kepada Popo sebab kelihatan sangat cute didalam gambar ni...hahaha



Us!!

Walaupun aku yang paling tua dalam geng ni tapi aku rasa Peej yang paling banyak mengalah. Aku ngan Filla mmg tak lah terutama urusetia yang sentiasa nak menang tu. Dia kalau cakap ngan muka2 sekali macam nak bergaduh pun ada...eh! dia ingat aku takut agaknya...tak ada ya!!



Perkenalan bermula dengan hanya membeli frame dan sampai lah sekarang dan berharap akan kekal selama-lamanya. 



Tengah group perempuan bergosip...group lelaki melayan Radie bergambar. Lantak lah korang...nak gambar duduk kat batu jer!!



Enough Ben...sakit jiwa aku gambar kau macam ni!!



OMG!!! kenapa Ben kenapa??



Oklah...oklah...TERBAIK lah Ben...Cun giler...photogenic sangat ni!! 



Dah puas bergambar...jom lah balik. On the way nak balik baru perasaan yang sebelah sana lagi banyak ikan...diam jer lah..agak2 korang siapa yang kelam kabut pilih tempat.



Last gambar di Marine Park..di mana kah Radie...hahaha

Nanti sambung lagi yek!!


Friday, April 25, 2014

Cepat Kesian


Minggu ni Kak Ton busy maklum lah hujung bulan nak kena prepare gaji staff tengah pusing2 kan duit dalam account company...kena prepare awal2 segala KWSP, Rental Office, parking, telephone bill dan macam2 lagi. Bukan perkara yang mudah bila ada company ni kena buat macam2 benda. Kalau lambat kesian pulak kat staff diorang pun ada tanggungan jugak. Aku cukup tak faham sesetengah company yang tak peduli pasal gaji staff buat acuh tak acuh bayar sesuka hati kadang2 ada yang tak dapat 2 bulan gaji pun ada. En Win selalu pesan dengan aku biar gaji dia lambat dapat asal staff2 bergaji dulu.

Actually Kak Ton bukan nak riak cite pasal Company, Kak Ton nak cite benda lain..hahaha. Aku ni ada satu perangai tak boleh tengok orang kena marah contah tgh makan ada pengurus menjerit2 marah staff atau tengah jalan2 nampak ibu tengah belasah anak dia kat shopping mall. Aku mmg angin kalau benda2 ni terjadi depan mata aku. Nak marah staff gi belakang lepas tu nak jerit ke nak tunjal ker lantak korang lah. Macam tu gaks kalau nak pukul anak tak payah nak tunjuk satu dunia yang kau tengah marah setakat cubit2 tu sudahlah ini aku nampak sampai seret2 budak kecik tu....eeeee angin betul lah aku tgk.

Hari Selasa hari tu aku tengah makan sorang2 kat cafe SS2...Hailam Cafe tak silap aku namanya. Tetiba aku dengar pengurus dia terjerit marah staff. Staff dia orang Myanmar tak silap aku. 

Pengurus: Haiyaaaa...macam mana u kira tak cukup 70 sen. Bodoh lah lu...sekarang sapa mau bayar. U mau kena potong gaji ka. Bodoh punya orang

Suara macam petir nak bagi satu kedai tu dengar kot. Pelayan tu muka takut giler...mmg takut kot dah lah datang Negara orang lepas tu buat silap pulak. Kesilapan tak ada lah besar mana pun. Nak marah pun kat dalam lah ini sengaja nak bagi orang dengar lepas tu asyik bodoh2 keluar kat mulut tu. 

Aku pulak tetiba naik angin...aku ni mmg tak berani lah nak buat perangai lepas tu sorang2 tak berteman pulak waktu makan. Tapi entah tetiba datang angin tak betul aku laju jer kaki aku melangkah kat kaunter tu.

Kak Ton: Ini u ambil 70 sen ganti duit tak cukup tu. Lain kali kalau mau marah lu punya staff jangan bagi satu dunia dengar...mau marah pergi masuk dalam. Cuba I jerit2 u depan orang lu malu kan. Sekarang barapa bill saya makan saya mau bayar campur sekali itu 70 sen.

Gitu...terus terdiam pengurus tu. Kak Ton pun tak sangka Kak Ton seberani itu...keluar kedai terus muka Kak Ton kebas jalan terasa di awang2an. Ok sila berdiri dan tabik Kak Ton 3 kali...hahahaha.


Wednesday, April 23, 2014

Mesyuarat dengan anak2


Tajuk entry mesti kena gempak, anak pun belum besar lagi Kak Ton dah buat mesyuarat..kau mampu. Tak mampu kan hanya Kak Ton jer yang mampu handle mesyuarat ni...hahahaha. Mood untuk tepek gambar dan berdialog masih belum datang lagi...jadi marilah kita sembang2 kosong. Macam lah sembang aku selama ni ada isi kan...hahahaha.

Kepada yang nak beli hanging chair sama macam Kak Ton jgn harap kak ton nak bagi nanti kerusi rumah korang sama dengan rumah Kak Ton...No...No...No...hahaha. Tak ada lah nanti bila Kak Ton dapat price kerusi tu baru Kak Ton bukak order ya...Kak Ton mark up pun tak banyak dalam RM50.00 jer...hahaha. 

Kejadian mesyuarat ni berlaku last week. Kes pasal anak aku nak pergi birthday Rania tu. Birthday party tu hari Sabtu..kan budak2 ni ada class tuisyen hari Sabtu gaks. So aku cakap ngan anak2 diorang boleh pergi tapi lepas party kena gi tuisyen. Eh! tetiba Yaya buat muka tak puas hati jalan hentak2 kaki, sambil jalan mulut dia laju jer menjawab..aku mmg pantang budak2 menjawab ni mmg angin lah satu badan.

Yaya: Mama ni asyik tuisyen jer, ponteng lah satu hari. Yaya nak lepak ngan kawan2 lama sikit

Aku: Mama bukan tak bagi Yaya lepak ngan kawan2...lepak lah kul 2 kita balik lah sambung tuisyen pulak

Adik: Mama ni teruk lah...

Yaya: A'ah mama ni asyik suruh berlajar jer

Eh! berani cakap mama kau teruk...ini boleh mendatangkan marah ni...korang mmg saja tekan button angin melintang. Ok2...takpe aku ingat pesan En Win suruh bersabar banyak2 cakap pelan2 dengan anak and explain elok2. Tapi serius dada aku waktu tu macam berombak giler rasa nak terkam jer muka budak2 tu (amboi over sangat marah tu) hahaha. Aku biarkan 15 minit berlalu...bagi sejuk sikit hati ni baru aku naik atas panggil budak2 tu duduk depan aku.

Aku: Yaya, adik masuk bilik duduk depan mama, mama nak cakap sikit

Aku: Ok sekarang Yaya dengan adik cakap dengan mama apa yang Yaya dengan adik tak puas hati dengan mama, cakap apa yang korang tak suka dengan mama, bagitau mama apa yang yang korang simpan tak dapat luahkan kat mama. Sekarang mama bagi peluang korang cakap. Mama nak dengar apa yang buat korang marah sangat kat mama. (waktu cakap ni suara Kak Ton lembut giler)

Gitulah permulaan mukadimah Kak Ton...aku nak diaorang luah kan apa yang berbuku dihati supaya boleh selesaikan cara baik. Kenapa tak suka tuisyen? sebab benci kat cikgu tuisyen ker? atau mmg malas nak tuisyen atau aku terlampau mendesak sangat asyik suruh diorang belajar. Ok! meh kita dengar jawapan dari yaya

Yaya: Yaya ok mama...yaya tak marah mama. Yaya salah..i'm sorry.

Aku: Betul ni! Yaya tak ada apa2 yang nak cakap...semua ok. Mama ada paksa Yaya tak?. Mama suruh Yaya belajar mesti ada sebab mama dengan Cikgu kalau boleh nak tengok Yaya berjaya. Yaya tak seronok  ker bila dapat result semua A nanti. Lepas tu pulak terpilih masuk sekolah terbaik. Kalau Yaya tak belajar Yaya tak dapat semua tu...tak malu ker kawan2 semua dapat keputusan cermerlang yang sorang jer keputusan tak baik. Bukan lama mama suh belajar satu hari peruntukan 2 jam jer lepas nak main, main lah.

Yaya: Ok mama.

Aku: Adik pulak...ada apa2 nak cakap pasal mama

Adik: Ada mama

Tanjat Kak Ton bukan main budak kecik ni nak bersuara pulak

Aku: Ok apa dia

Adik: Kenapa baju mama semua mahal2, kenapa mama banyak handbeg lepas tu phone mama best. Kenapa mama boleh selalu shopping kitaorang tak boleh. Lepas tu mama jer boleh keluar ngan kawan lama2....bila kitaorang mama suh gi tuiyen. Itu jer adik tak puas hati

Pengsan...terus rasa nak hantuk kepala kat dinding!!



Tuesday, April 22, 2014

Barangan Rumah


Apa nak jadi pemalas bebenor Kak Ton sekarang ni nak up entry. Gambar melambak mood nak menulis belum datang lagi...kang aku tepek gambar jer tanpa sebarang ulasan mau Kak Ton di kejam bertubi2 di FB...hahahaha. Korang kalau bagi peluang mmg suka jer kutuk Kak Ton...Popo lah...Mak Long. Sorry ya Kak Ton cuma terima panggilan glamer jer ..panggilan tak glamer Kak Ton tak layan. Ingat ya!! jgn kau ikut sangat urusetia garang tu dia memang suka jer mengahasut korang....hahahaha

Dari minggu lepas Kak Ton dalam mood mencantikan rumah...mula lah buka magazine, cari kat internet barang yang comel2 untuk hiasan rumah. Ini semua ikut tabiat nenek aku dulu2...3 bulan lagi nak raya kena beli carpet baru, pinggan baru dan cat rumah. Kalau tak beli nanti Raya tak meriah...gitu pesanan nenek aku. Harus lah Kak Ton terikut2 sebab dari kecik sambil belasan tahun Kak Ton diheret untuk bersama2 membeli carpet dan pinggan. Kalau tak ada duit nak beli buat susunan perabot bagi lain sikit...langsir belakang tukar kedepan yang depan tukar kebelakang ok..janji ada nampak pembaharuan.



Last week gi Ikea..mmg terjebak lah beli benda2 yang tak masuk dalam senarai. Satu kelemahan Kak Ton tak boleh nampak bekas contoh macam Tupperware atau bakul mesti laju jer tangan nak capai. Padahal dah melambak bekas kat rumah tapi tetap nak beli. Especially bekas yang clear tu kalau letak barang senang nak nampak...jadi tak susah bila mencari barang nanti. 



Contoh macam ni lah...kan senang nak cari barang. 



kemas jer nampak kalau ada bekas macam ni...tempat sudu semua Kak Ton masuk kan dalam bekas asing2 ikut kategori..sedap jer mata memandang. Aku tak suka barang2 kalau simpan dalam box atau beg2 kecil sebab tak nampak isi dalam..lebih senang masuk dalam bakul terbuka atau bekas clear macam ni. Kalau tak jumpa jugak barang yang dicari tak tahu lah Kak Ton nak letak bekas macam mana lagi. Anak2 pun Kak Ton dah ajar cara2 nak simpan barang jgn main suka2 sepah sana sini. Aku dah siap belikan dua tiga bekas pepandai lah korang asing2 kan barang nanti.



Kalau gi Ikea tempat paberet Kak Ton bahagian kain langsir...amboi dah tua sangat ni...hahaha. Tapi selalunya instead buat kain langsir Kak Ton jadikan lapik meja atau kusyen cover baru nampak kelainan sikit table cloth Kak Ton. Kang kalau beli kat Parkson dah sama jer nanti. No...No...No kelainan kena ada ya...amboi over sangat ni macam rumah nko jer cantikan. Matilah korang jeling2 Kak Ton depan computer ni...Hahaha



OMG! cantik nyer tak menahan rasanya. Tengah pikir2 nak beli ke tak nak sebab Kak Ton dah asingkan duit nak beli handbeg tetiba nampak pinggan rama2 ni. Dada siap berombak2 bila nampak pinggan ni. Serius aku mmg tak boleh tahan kalau lalu tempat2 pinggan. En Win mmg cukup berbula...tu sebab aku suka merayap sensorang. Tapi agak bahaya kalau merayap seseorang sebab duit akan keluar tanpa disedari dan membeli mengikut nafsu hantu. Tak caya...



Ini lah akibatnya bila jenjalan seorang diri...konsep tahun ini retro dan penuh dengan warna warni seperti kehidupan Kak Ton...hahahaha. Aku rasa kaum ibu mesti faham bagaimana puas nya kalau dapat membeli sesuatu yg diingikan...bila dah susun barang2 yang dibeli nanti sambil lalu sambil pandang lepas tu tersengih2 walaupun dah ulang alik dekat 30 kali...betul tak?? ker aku jer macam tu...hahaha




Frame ni dah lama buat tapi mood mengantung baru datang. Lepas dah gantung hidung kembang2 gembira. 



Sekarang Kak Ton tengah usha2 nak buat laundry room...eh! bukan2 nak mencantikan laundry room lepas tu nak buat cabinet ...bagi teratur sikit bila letak bekas2 sabun nanti. Tengah compare2 harga cari yang murah2. Sabtu lepas gi ngan En Win usha kilang2 buat cabinet...sanggup gi kilang terus asal dapat harga berbaloi.



Contoh2 laundry room



Mata dah rambang tak tahu design mana yang cantik...cantikan korang kemas jer nampak teratur jer bekas2 sabun tu.



Ini pn cantik ada bakul2 kat tepi boleh letak towel dengan kain2 lap...amboi angan2. hahahaha



Ni pun simple tak yah cabinet korang boleh beli rak tu kat Ikea lepas tu pasang sendiri...lepas tu beli bakul dengan bekas cantik2 susan kat rak tu. Eh! botol letak pin baju tu pun menarik kan korang!!



Kak Ton agak tertarik dengan design ni...tapi nak usha lagi kang menyesal pulak. 



Huaaaaaaaa ni pun sweet jugak.



Ok...bakul ni kena masuk kan dalam list.



Cantik sangat...suka3. Eh! kenapa korang yang senyum2..haha




Hanging chair...nak letak kat living room atas. Dah usha harga kat sini mahal...whatapp gambar ni kat China mintak tolong diorang carikan..lagi murah kot kalau beli kat sana.

Ini yang menyampah kalau datang penyakit tetiba nak cantik kan rumah...ada jer benda nak beli. Tak boleh jadi ni kena beringat2 jugak..sekarang barang semua dah mahal...kalau boleh cari yang murah2 tak semestinya murah tu tak cantik...betul tak korang!! kalau tak caya cuba gi Nilai 3 melambak barang lawa2 kan korang.