Nuffnang Advertisement

Monday, March 31, 2014

I'm back...


Morning!!! Rindunya Kak Ton kat korang...dah lama rasanya Kak Ton tak baca komen puji2an dan komen kutukan dari korang...hahahaha. Tapi Kak Ton lebih suka baca pujian...penghinaan selalu Kak ton delete terus...hahahaha.

Minggu lepas...minggu kesibukan. First time dalam sejarah hidup aku cuti sekolah tapi tak dapat bersama dengan anak2. Sian sangat kat diorang...hanya whatapp pengubat rindu. First time bila aku balik bercuti anak2 dah tunggu depan pintu sampai tangan terbuka menanti pelukan kami berdua. Mama janji tak nak tinggalkan korang lagi...huhuhuhu.

Aku rasa ramai dah tahu kot...hujung minggu lepas geng bini2 ku dan suami2 ku gangster telah pergi ke Redang. Trip ni mmg aku tak sabar nak cite kat korang...aku nak bongkar memasing punya perangai...hanya Kak Ton dan suami jer baik di antara semua...hahahah (matilah ada yang melazer kat aku nanti). Tapi cite pasal Redang kena simpan dulu...gambar semua kat Pak Radie sbb dia jurugambar professional...semua gambar cantik2 aku ngan Peej terus simpan camera dalam beg..biarlah radie sorang jer pegang camera haritu. Korang berdoalah supaya ingatan Kak Ton elok...Kak Ton tak boleh simpan banyak memori dalam kepala sebab tanpa disedari dia akan delete satu persatu...kalau dah terdelete terpaksa Kak Ton mereka-reka cite...hahahaha.

Balik jer Redang hari Isnin...lepak dengan anak2 hari selasa...hari rabu malam terpaksa hantar diorang ke rumah nenek diorang balik. Aku terpaksa ikut En Win ker Perth ada seminar dan meeting disana. Kali ni Kak Ton tak dapat cerita secara details perjalanan ke Perth sebab Kak Ton pergi bukan untuk holiday tapi bekerja. Sempatlah jugak singgah satu dua tempat shopping yang lain terpaksa ikut En Win meeting. Percutian kali ni tak seronok sebab anak2 tak ikut bersama...tak nak cite panjang bagi Kak ton selesaikan kerja2 office dulu...semua dah settled nanti Kak Ton sambung lagi. Ingat doakan memori dikepala Kak Ton ni kekal dikepala kalau korang nak tahu cite sebenar.....hahahaha.



Pray for MH370

Aku masih berharap satu keajaiban akan berlaku... :(



Percutian di Redang!!



Percutian di Perth, Australia

Wednesday, March 26, 2014

Kesibukan melanda...


Kak Ton masih dalam kesedihan...nak buat cite lawak2 pun Kak Ton tak ada mood. Dengar lagu sedih dekat radio pun Kak Ton boleh nangis...semalam seharian duduk depan TV  tunggu berita2 terkini.

Aku dapat berita pasal kesudahan MH370 bila sampai di airport dari Terengganu ke Kuala Lumpur...aku rasa ramai dah tahu kot pasal percutian bini2 ku gangster ke Pulau Redang. Itu nanti2 Kak Ton cite ya. Bila sampai airport on handphone jer tgk FB melambak cite pasal MH370...berdebar2 dan macam tak percaya rasanya sebab aku selalu mengharapkan berita gembira dan bila tahu kesudahannya rasa sedih teramat sangat. Apa-apa pun kita kena redha dengan segala ujian dan ketetuanNya.

Minggu ni aku agak busy...rasa this week tak dapat nak update blog. Esok Kak Ton ke over the sea dengan En Win nak settlekan kerja sikit. InsyaAllah next week Kak Ton akan mula berblogging balik dengan cite2 kebabom...hahahaha.

Doakan Kak Ton dan En Win selamat pergi dan balik.

Tuesday, March 25, 2014

Kesudahan #MH370


Terbang setinggi awan dan mendarat sedalam lautan....Al-fatihah utk keluarga mangsa pesawat MH370. Tiada apa yg dapat aku luah kan....penantian yang berakhir dgn berita kesedihan.....berharap semua redha dengan KetentuanNya.


Thursday, March 20, 2014

Anak Ketiga



Amboi korang baca jer tajuk entry aku terus kepala ligat berfikr..Yaya..Adik...anak ketiga??? Eh! Kak Elly pregnant ker?? betul tak...tahu sangat lah korang ni...hahahaha. Big NO...Kak Ton masih mencuba dan masih berusaha keras..ada rezeki insyaAllah...En Win sila gigih bekerja ya...hahahahaha.

Tak lah aku nak share korang pasal ciri2 anak ketiga...tajuk kena lah gempak bagi korang debar2 sikit....korang kan suka buat spekulasi...hahahahaha. Kak Ton anak ketiga...bila dapat email cite pasal ciri anak ketiga aku tersengih2 macam banyak betul persamaan...yang elok sama lah..yang tak elok tu mmg bukan sifat aku lah...hahaha.

Fakta tentang anak ketiga


1. Punya perangai paling pelik antara semua sibling

Ini korang kena interview mak aku sebabnya aku tak perasan langsung aku ni pelik...tapi kecik2 dulu kalau mak aku marah ni mesti keluar ayat macam ni "kau ni Elly cuba lah jadi perangai macam orang sikit...mak pun tak tahu kau ikut perangai siapa lah ni..sakit jantung mak ni kau buat". Hahaha
Yang aku cuma ingat kecik2 aku suka cakap sorang2 lepas tu gelak terbahak2 sampai air mata terkeluar..nanti kak long aku tanya kenapa kau gelak...aku jawab balik "Entah"...pelik ker tu korang.


2. Sensitive and easy to cry

Ini tak payah cakap lah...aku mmg ratu air mata. Suka nangis...gembira nangis, berita sedih lagi super nangis. Nangis yang tersebak2 yang macam tak cukup nafas tu padahal tgk cite hindustan jer.


3. Keras Kepala

Ini adalah sikit...aku keras kepala tapi senang di pujuk. Katalah aku nak sesuatu benda tapi tak dapat..dalam hati walaupun apa terjadi aku mesti dapatkan benda tu...tapi bila En Win pujuk belikan aku barang lain..mesti aku ok punya janji  kena belikan aku something utk mengaburi mata aku. Eh! macam materialistic jer kan...hahaha 


4. Don't care other people talk about her

Betul...kalau aku tahu korang mengumpat pasal aku...aku akan mengamuk tapi sekejap jer. Lantak lah cakap lah dah perangai aku macam tu takan aku nak berpura2 baik depan orang. Aku jenis malas nak ambik pusing kau cakap lah mulut korang yang penat...orang yang selalu cakap pasal orang ni sebenarnya dia jeles kalau boleh di nak jadi macam orang yang dia umpat tu tapi tak dapat...itu yang kecewa lalu mengumpat...hahaha


5. Clumsy and careless

Betul....careless tu no satu lah dalam senarai. Aku pun tak tahu apa kena dengan aku ni...contoh yang selalu terjadi...aku nak type something...tetiba otak aku fikir benda lain..nanti tangan aku laju jer type benda yang aku fikirkan tu...benda yang aku type tu tak ada kena mengena dengan benda yang aku sepatutnya type..lepas tu tanpa baca balik aku hantar kat boss...lepas tu boss marah..lepas tu aku nangis. Korang faham tak apa yang aku nak terangkan...tak faham tak apa...malas nak explain nanti korang buat aku pening...hahaha.

Clumsy...hahahaha. Ya aku mmg selalu clumsy hidup tak tentu arah jer...kelam kabut jer. En Win selalu pening.."ma u relax boleh tak yang kelam kabut sangat ni kenapa..bawak bertenang sikit boleh tak?"  Eh! suka hati lah...nak clumsy ker apa...i mmg suka buat2 kelam kabut baru lah hidup best...hahaha


6.  Muka bajet garang tapi sebenarnya cute

Cute tu betul...hahahaha...bajet garang pun betul. Suka buat muka macam tak takut langsung dengan orang..padahal hati aku kecik sebenarnya...penakut ya Rabbi. Contoh terdekat bila aku bergaduh dengan En Win nanti mulut aku terjungkit2 membebel muka aku mmg bajet garang lah waktu tu...tapi bila En Win pandang mata dia start jer kecik aku dah debar2..terus buat2 merajuk lari dalam bilik.


7. Suka bergelak dengan kawan dan family walaupun hati tengah bersedih

Betul sangat...aku mmg suka bergelak...gelak yang sampai perut sakit tu..gelak sampai terduduk2 tak boleh bangun. Reka cite no satu...reka cite yang tak masuk akal langsung lepas tu sendiri gelak terbahak2 kalau kawan turut gelak kira lawak aku berjaya...lagi lah gembira...hahaha. Serius walaupun aku tengah bersedih tapi aku masih mampu bergelak...korang tak akan tahu sebenarnya aku tengah hadapi masalah negara. See baik kan anak nombor tiga...sweeeeettttt sangat.


8. Tidak suka dibandingkan

Aku tak suka banding2kan diri aku dengan orang lain dan korang jangan cuba2 nak bandingkan aku dengan sipolan...sipolan. Memang aku sentap 30 hari. Kenapa nak bandingkan aku dengan orang lain sah2 aku lagi terror...hahaha (gurau jer). "Aku rasa orang tu lagi sesuai pakai baju ni...kau pakai tak sesuai" mmg korang dapat jelingan maut lah dari aku...I don't like ya...


9. Waktu muda agak menyusahkan tapi paling berbakti bila dewasa

Ya aku mengaku waktu muda aku mmg menyusahkan mak bapak aku...aku selalu buat diorang pening kepala dan sakit jantung..perangai tak senonoh..tapi tak pernah sambil conteng arang kat muka diorang. Aku nakal2 cute jer. Tapi bila dah besar dan berkawin dah ada kesedaran sivik aku mmg sentiasa membantu keluarga. Mak..Abah dan keluarga adalah keutamaan aku.


10. Tak suka cite masalah dengan orang lain

Kawan2 selalunya selesa bila berjumpa dan berkongsi masalah dengan aku...tak dinafikan ramai yang datang dan menceritakan masalah sebab aku suka mendengar dan akan sentiasa memberi pandangan positif. Contoh macam sipolan ni datang cite masalah rumah tangga suami jurang...suami buat itu ini...saya dah tak sanggup..sampai nak bercerai pun ada. Seboleh2nya aku akan nasihatkan dia supaya berfikir positif..ingat anak2..ingat Allah..itu semua ujian Allah aku jarang join sekali kemarahkan yang dia lemparkan dekat suami...orang tengah marah sebaik2 kita dengar jangan sekali2 kita yang buat keputusan untuk mereka..Eh! dah macam Cik Sri Siantan pulak...haha

Tapi bila aku ada masalah aku tidak suka berkongsi atau bercerita dengan orang lain...aku cuma selesa bercerita dengan suami sendiri. Aku tak nak orang nampak kelemahan aku...aku nak orang nampak aku sentiasa bahagia dan ceria.


11. Manja 

Ya aku memang suka dimanja...aku suka berkepit jer dengan En Win..kalau tengok TV nanti pelan2 aku datang duduk bawak ketiak, baring atas peha, kiss2 dahi En Win..tidur malam suka rapat2...jln kena pimpim tangan...peluk pinggang...hahahaha mesti orang rasa nak muntah kan. Tapi itu lah diri aku sebenarnya...mak aku selalu perli "kau ni kenapa asyik mengesel ngan laki jer" . Ishh mak aku ni mulut tak ada insurance lansung sentap Kak Ton tau...



Ada banyak lagi sebenarnya tapi Kak Ton malas nak ulas...banyak sangat kebaikan anak ketiga ni...hahahaha





Wednesday, March 19, 2014

Reahan's Birthday


Office aku ni tak habis2  buat jamuan makan...aku jer malas nak tepek kat blog ni kang korang tahu aku melantak banyak giler...biarkan korang nampak aku macam sentiasa diet jer. Jamuan office ni bukan simple2 ya kalau order tahap gaban punya sedap. Kau bayangkan birthday aku jer sampai 3 kali makan2. First aku belanja...lepas tu boss belanja (permintaan makan kat hotel ya)...lepas tu buat makan2 lagi kat office.

Lepas tu buat pulak boss punya birthday siap bertema bagai...teringin nak makan makanan india sengaja buat tema bollywood. Order kat restaurant Pelita...Kari ketam lah, daging kicap. ayam goreng..macam lah sampai nak termuntah aku makan. Rasa macam teringin nak makan fatty crab...cakap jer ngan boss selamba jer mintak belanja. Lepas tu paksa boss buat BBQ kat rumah...makanan jangan cakaplah mmg terbaik. Kitaorang kat office ni kalau makan memang bersatu padu...planning jer mesti menjadi boleh katakan tiap2 mesti dapat makan best2...hahahaha

Last week birthday Reahan...kitaorang paksa birthday girl belanja tempat best2...gerai2 tak nak nanti badan gatal2. Birthday girl kena keluarkan duit tempat adalah rahsia biar kitaorang urus kan...konon macam surprise lah. Giler kan dah lah dia punya birthday lepas tu dia yang kena keluarkan duit..ahhh tak kira peraturan mmg macam tu..kau punya birthday...kau kena belanja..kitaorang beli cake jer lepas tu nyanyi2..hahahaha.

Waktu birthday aku laju2 aku cadangkan tempat...kalau suruh diorang pilih bankrupt aku...so kat sini aku bijak kasi makan lauk kampung jer..rasakan korang...hahahaha.



Ini perempuan sudah bocor rahsia...penat lah kitaorang rahsia lokasi tempat sambutan..dia dengan selamba jer kasi tahu...tu lah aku cakap kau dah tuo tak ngaku..orang tuo mmg pelupa...hahaha



Ini lah birthday girl...umur adalah rahsia.

Reahan ni jiwa dia mudah tersentuh...korang jual lah apa2 benda kat office ni mesti dia beli..kesian katanya. Lagi satu Yan ni senang di goda kau cakap jer produk ni boleh buat kau cantik jelita dalam masa satu minggu nanti dia akan borong sampai satu dozen...tapi dia makan satu bijik lepas tu dah tak makan dah sbb ubat pahit lah..ubat tersekat kat tekak lah...badan gatal2 lah bila makan ubat tu...hahaha. Blur dan kuat berangan..isu hangat kat office selalu ketinggalan...penat jer bercerita satu benda pun dia tak tahu. Tak boleh tengok atau tahu orang sakit..sebab nanti dia pun terbabit sakit sama..padahal tak ada apa2 pun dia punya perasan penakut melampau sangat. Macam hari tu aku kena operate perut...tetiba pulak perut dia sakit siap buat X-ray bagai...sebenarnya tak ada apa2 pun dia punya perasaan takut macam tak tentu arah...giler Yan ni...hahahaha. Cepat panic dan penakut hantu..kalau dia duduk kat office sorang2 kitaorang sengaja call buat2 suara hantu...lepas tu call sekali lagi tengok dia dah lari bawak beg duduk kat bawah....hahahaha..kelakar2. Tapi dia pemurah hati kitaorang selalu paksa dia belanja lunch.

Manja giler ngan suami...ucik acin jer panggilan manja..hahaha. Macam2 sambutan ada hari perjumpaan lah...hari percintaan lah...hari perkenalan...lah. Lantak lah Yan janji bahagia kan.



Lokasi rahsia adalah di Majestic Hotel. Kelasssss kan!!



Aku memang rekemen korang makan kat sini...korang cakap jer nak makan apa semua benda ada...Japanese, Inidan, Melayu, omputih, segala mee, segala BBQ...dessert wei sedap melampau. Lunch tak silap aku RM78++. Tempat ni macam exclusive sikit tu yang malu sikit dah tangkap gambar makanan. Tapi mmg best..best...best!!



Amboi Jas bodek kuat bagi hadiah....hahahaha.



Sukalah tu ada belon2...kau kan suka dilayan macam princess



Geng kuat melantak atau lepas manis dipanggil geng pandai makan



Ni tuan belog punya first plate



I lap u lah sister



Terbaik lah kat makanan hotel ni



Plate kedua



Plate ketiga



Plate keempat



Plate keempat



Latte



Dessert...ok2 cukup butang zip aku hampir terpelanting. Sup2...mee2 aku terpaksa pandang jer tekak nak tapi perut tidak mengizinkan.



Surprise!! 



Terperanjat tak??? hahahaha



Ok Yan suka...hahahaha



Happy Birthday Darling!! Semoga panjang umur di murahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik.



Ada berani kasi tau umur??



Birthday cake!!



Baguskan...semua pinggan licin..tu lah kitaorang mmg pandai makan



Hadiah tudung...ehem2



Us!!


Bila nak belanja lagi Yan!!



Next siapa punya birthday....tempat dah ada ni dalam kepala ni...siap lah korang...hahaha



Tuesday, March 18, 2014

Family Time!!


Since banyak benda dah settled...anak2 pun dah habis exam meh lah kita rehatkan minda bawak anak2 duduk hotel. Next week nak jenjalan ngan kengkawan pulak. Bulan ni dengan bulan lepas semua orang dalam rumah ni busy..budak2 sibuk ulangkaji sebab nak exam...En Win sibuk hal lorry..aku sibuk pasal MH370..hahahaha. Tak lah aku sibuk hal mahkamah tu lah...selagi tak settled selagi tu lah terbeban dalam kepala aku ni. Aku dah lah penakut mengigil bila kena panggil Hakim..dah lah waktu berurusan dengan kontraktor aku yang handle...semua document aku sain...sah2 aku yang kena mengadap menjawab soalan hakim..gigil suara aku. En Win tukang tokoh tambah jer kat belakang. Muka kebas jer bila kena jawab soalan...lepas tu bila keluar dari mahkamah En Win gelak2 kan aku sebab dia kata muka aku stress..mmg dapat jelingan maut lah daripada aku.

Tempat percutian seperti biasa yang paling dekat..Grand Lexis PD...alasan seperti biasa bilik ada swimming pool..anak2 boleh terjun bila2 masa aku pulak boleh membuta dgn senang hati. Sabtu tu pun bertolak lambat kul 6.30 baru bertolak ke PD sampai mkn2 dulu kul 9pm baru check in. Rugikan..ahad dah check up nasib baik request late check out diaorang bagi.



Aku malas nak cite pasal hotel ni...sebab dah banyak kali kot aku cite..penpadai lah korang cari sendiri ya...hahaha



Sampai jer hotel terus tukar baju terjun swimming pool..lantak lah korang!!



Aku apa lagi on Tv nak dengar berita terkini.



Mandi sekejap jer...tak tahan sejuk



Puan besar berselubung sambil tgk TV...bahagianya hidup. Kalau kat rumah nak dapat selubung macam ni jangan harap...tengah baring kang ada jer benda aku fikir itu tak buat ini tak buat...masukkan baju sekolah anak...baru nak selubung En Win pulak ajak borak....hujung2 sambil borak sambil berdengkur.



Budak kecik ni excited...terloncat2 sana sini..aku  biarkan jer lah...kat rumah jangan harap lah boleh lompat2 katil. Lepas tu kehulur kehilir kejap kebelakang kejap kedepan..kejap berdiri depan pool..perasan lah tu anak orang kaya...hahahaha



Manja mama ni...kalau kat rumah nak peluk2 macam ni sambil tgk Tv susah lah sikit..setakat cium2 jer lah sebab diorang tidur bilik masing2..lagipun dah besar banyak sangat rahsia dlm bilik tak bagi aku masuk..rupanya2 tengah hafal step itu yang asyik kunci pintu jer. Best sekali sekala dapat lepak2 macam ni..manja kan anak2..kalau tidak asyik suara mak tiri aku jer keluar suruh belajar...ni dah settled semua meh lah mama belai2...mama gomol2...mama cium2.


Agak2 Yaya kat mana???



Dengan En Win lah...anak bapak ni..berkepit jer berdua jalan pun peluk2 pinggang. Makan masih bersuap lagi...angin jer aku tengok!! Itu belum lagi En Win dryer rambut anak2 selepas mandi...tapi cute lah..hahaha 



Ganti tempat kakak....penjeles sikit budak kecik ni!!



Esok semua terbabas bangun lewat...dah bangun tapi semua tak nak bergerak...last2 bantai tidur balik sampai kul 10...sedapnya tidur rasa yang tak cukup tidur selama ni berganti balik.



Mandi lah nak...enjoy puas2 yo!!



Terjerit2 ajak aku mandi sekali...mama malas nak swimming lah. 



En Win tak senonoh dengan baju tidur dia terjun kat pool tu..bukan nya aku tak bawak baju swimming. Malas lah tu nak salin...tapi siapa nak pandang pun!!







Tengok anak2 happy...hilang segala masalah. Tak kisah lah berhabis sikit asal semua gembira..cari duit banyak2 pun kalau tak enjoy pun tak guna gaks. Lagipun kita kerja untuk anak2...sekali sekali rasanya tak salah.

Dalam kul 2pm kitaorang check out...nak jalan2 kat pekan PD selalunya lepas check out terus balik. Kali ni nak ronda2 tepi pantai.



Budak2 cepat teruja kalau nampak benda pelik2...kita dulu2 pun macam ni gaks tapi niat nak naik memang tak tercapai lah...nak mintak bapak aku waktu tu tak berani...nak tunggu bapak aku tanya mmg tak ada lah...setakat tengok jer lah  kat tepi itupun nak meloncat kegembiraan.



So bila anak2 dah start pandang2 macam excited jer nak naik...bagi jer lah...bukan selalu pun dapat peluang macam ni. 







Pusing lah korang...mama di tepi sambil tengok sambil minum air kelapa...perggghhh lega tekak



Next naik main layang-layang lah pulak....layan jer kata hari kanak2 sedunia.



Tau ker korang main ni...macam tak cayo jer



1,2 lari...macam kuda aku tgk anak aku berlari. setakat berlari pun tak cukup kalau benang tu korang tak pandai keluarkan...mak kau ni malas jer nak tunjuk kehebatan...kang naik terlalu tinggi jenuh korang nak kasi turun...puiiii...hahaha



Cute jer adik..hahaha





Terror..terror







nasib baik petang tu redup tambah pulak angin kuat...so terloncat-loncat bebudak tu bila layang2 diorang terbang tinggi...aku pun teruja sekali nengok.



Hebat sangat



Yaya



En Win



Adik



Lepas semua kepenatan berlari...aku ajak En Win lepak makan gorang pisang dengan minum kopi kampung...budak2 dah pengsan dalam keta.



Terbaik...tengah minum tetiba hujan lebat...lagi lah laju aku masuk dalam mulut kena pulak kopi panas...walawei sedap tu



Tuan Belog



Aku peminat kopi kampung....cuba korang tengok kepekatan kopi tu...fuyooo terangat...nak pulak minum waktu hujan lebat..

ok lah tak boleh tahan aku nak pi bancuh kopi sat