Nuffnang Advertisement

Friday, February 28, 2014

Muka sama


Orang tua2 selalu cakap kalau muka anak sama dengan kita nanti kita dengan anak tak berapa serasi macam panas jer. Mula2 aku tak ada lah nak percaya sangat cakap orang2 dulu ni...I kan moden..hahaha. Tapi serius bila kena kat batang hidung sendiri baru macam...Eh! betul lah kenapa aku ngan Yaya asyik nak bergaduh jer.

Dulu waktu Yaya kecik tak ada lah ketara sangat... bila dah besar muka sebiji giler ni  asyik nak bertekak jer. Aku bukan lah asyik bergaduh jer tapi cuma tak sama pendapat. Asal dia cakap jer aku bangkang  macam tu jugak dengan Yaya asyik nak bangkang aku jer..hahaha.

En Win kadang2 naik rimas...u know what??? cara dia bercakap, cara tidur, cara menjeling, cara menjawab, cara berjalan, cara berpakaian sama giler dengan aku. Sampai bila aku bercakap dengan Yaya terasa macam bercakap dengan diri sendiri...hahahaha. Especially part merajuk... En Win jadi pening anak ngan mak sama perangai. Bila aku mengadu dengan En Win yang Yaya suka menjawab bila aku marah nanti En Win jawab balik "Ma sama jer perangai u...u tgk mulut dia menjawab sama jer dengan mulut u" bila aku perhati kan balik..Ya Allah betul lah sebijik macam aku...hahahaha.

Bila Yaya dah meningkat remaja lagi lah aku selalu bertekak...ada jer yang tak kena dimata aku. Dia baring salah, dia main salah, dia tengok tv pun aku nak marah...serius aku pun tak tahu knp aku jadi macam ni..kesian Yaya asyik kena marah...En Win dah berapa kali tegur perangai aku..aku tak tahu macam mana nak explain kat korang cuma muka yang sama jer akan tahu jawapannya...hahahah 

Sekarang ni dalam proses control diri...dah 3 malam aku tidur sama2 dengan Yaya...bila aku nak mengamuk jer nanti En Win pandang muka aku "cakap elok2 Ma..jgn nak mengamuk jer" nanti aku control balik suara aku. Macam tu jugak bila Yaya nak mengamuk kat aku..nanti En Win nasihat "Yaya cakap elok2 ngan Mama" . Kalau korang baca entry ni mesti tak percaya..takan lah pasal muka sama boleh panas...tapi hakikatnya IYA...kitaorang mmg panas. Kalau time baik bukan main jalan peluk2 pinggang kalau bergaduh masing2 muka masam lepas tu jeling2 duduk pun jauh2. 

Yaya terlalu rapat dengan En Win..dia lebih prefer share masalah dengan En Win berbanding aku. Aku pendengar yang baik tapi lepas tu aku melenting...hahahaha tu yang menyampah budak2 tu nak bercakap. En Win suka turutkan kemahuan anak2...aku suka bangkang mana yang perlu jer aku bagi pasal tu kut anak2 lebih prefer En Win berbanding aku...takpe mama tuggu korang besar nanti tengok siapa yang korang cari...cewah!! hahahah. aku dulu pun macam tu gaks dah besar ni  lah baru cari mak nak luahkan masalah. Dulu asyik berkepit jer ngan abah...sekarang sikit2 mak...sikit2 nangis cari mak...hahaha

Ok itu jer nak cite...cuba korang tengok gambar kat bawah ni...sama kan muka aku ngan Yaya...hahaha




Thursday, February 27, 2014

Cerita Seram part 2


Semalam sebenarnya banyak nak cite tapi aku nak cepat tu yang banyak dipendek kan...kali ni aku cite lebih details sikit....Heheheheheheheheheheheheheh

Sebenarnya waktu Cik Ponti muncul kat depan katil aku...mata merah tu renung muka aku...waktu tu mulut aku tengah kumat kamit baca segala doa tapi yang pastinya doa aku terbalik2. Aku pun tak tahu mana datang kekuatan aku merenung Cik Ponti tu....sampai sekarang masih terbayang2 dalam ingatan. Lepas Cik Ponti tu tenung aku  dia terus tunjuk jari telunjuk kearah mulut aku yang sedang kumat kamit tu (agaknya dah suruh aku berhenti baca doa kot)...dan lepas beberapa saat Cik Ponti tu hilang bergitu sahaja.

Hilang jer Cik Ponti tu aku sempat ambik duit syiling dalam wallet dan terus berlari cari public phone...korang bayangkan aku baru lepas bersalin 10 jam lalu...jahitan masih basah tapi aku punya pecut berlari macam nak masuk bertanding. Nasib baik En Win angkat telefon kalau tak mau aku naik bas balik rumah terus. Aku beranikan diri masuk balik kedalam bilik dan bukak semua lampu dan tunggu sampai En Win sampai. Nurse?? ntah mana menghilang...aku tak berani merayau cari nurse kang termasuk bilik mayat pulak.

Keesokan harinya...ada satu lagi kejadian pelik seperti biasa pagi2 nurse akan hantar baby untuk disusukan...dah settled semua hantar balik baby kat nursery. Tengok tak samapi setengah jam MIL datang nak tengok baby...panggil nurse suruh ambik baby kat nursery bawak kat ward balik. Korang tau tak apa jadi nurse tu datang dengan muka pucat kata baby aku tak ada kat katil dan untuk pengetahuan korang hari tu cuma ada baby aku jer kat nursery. Dah kecoh satu hospital cari baby aku...aku dah nak meraung takut2 kena curi. En Win tak sedap hati gi balik kat nursery tu...tup2 cantik jer baby aku ada kat katil tu. Ini mesti Cik Ponti pinjam kot...pelik lah.

Tu yang aku tanya cleaner kalau ada apa kejadian yang pelik....bila dah tahu cite sebenarnya hari tu jugak aku mintak balik. Memang pengalaman ngeri lah... anak kedua aku bersalin kat clinic biasa jer...senang beranak pagi tengahari dah balik rumah. Alhamdullilah tak ada pulak kejadian buruk bila sampai kat rumah tapi kan waktu Yaya umur 3 tahun tgh En Win bawak kereta dengar Yaya borak sorang...gelak2. Aku pun tanya lah Yaya cakap ngan siapa...relax jer dia jawab..."mama tak nampak ker ada KAKAK SHITA...dia main ngan Yaya lah". terus meremang bulu roma aku. Ada satu lagi kejadian dalam kereta jugak..."Mama..Yaya tak bagi Kak Shita ikut kita...tapi dia duduk atas cermin depan tu" pitam aku dengar nasib tak terbabas kereta aku. Persoalan nya siapa kah Kakak Shita itu?????


Wednesday, February 26, 2014

Cerita Seram..


Minggu lepas ada terbaca kat blog peej  pasal Expose Mistik...cite ni mmg seram giler meremang bulu roma aku. Ni link cite tu Bilik Berpuaka .Serius malam tu asyik terbayang2 jer..giler berani budak ni kalau aku dah cabut awal2. Tapi aku bukan nak story pasal budak ni aku nak story kat korang pengalaman aku jumpa hantu. Tak sure samada  aku pernah share ke tidak cite ni...tapi kalau dah cite pun tak kisah lah nak jugak cite sekali lagi....hahahaha

Kejadian ni berlaku semasa aku mengandung kan anak pertama...waktu tu usia kandungan baru 37 weeks. Pagi tu ada rasa macam kelainan sikit baby tak aktif . Pagi tu tak ada tendangan good morning yang biasa baby lakukan. Hati dah berdetik kerisauan. Maklumlah anak pertama gabra tu terlebih sikit.  Ajak En Win pergi ke hospital...nama hospital terpaksa dirahsiakan nanti korang tak pergi bersalin pulak kat hospital tu..mampus aku kena saman...hahahaha. Lepas doktor check...doktor kasi tahu jantung baby aku agak lemah terpaksa induce hari tu jugak aku kena bersalin. Di pendek kan cerita petang tu aku masuk ke labour room dan esok nya pukul 2 ptg jer aku bersalin..ya Rabbi lama giler dan sakit macam nak pengsan aku rasa. Cerita seram tu bermula disini...selepas aku melahirkan anak secara tiba2 darah dalam mangkuk tumpah (darah yang nurse lap dan perahkan kedalam mangkuk) lantai labour room dipenuhi darah. Banyak giler korang...mmg terperanjat sangat..takpe aku bersikap positif mungkin kesilapan nurse tertolak mangkuk tu.

Selesai badan aku dibersihkan..aku ditolak keward biasa...yang ada 4 katil tak silap aku. Waktu tu tak ada seorang pun pesakit atau perempuan bersalin cuma aku sorang sahaja dibilik tu. Seperti biasa wanita yang lepas bersalin akan keluar darah nifas...badan masih lemah lama giler aku tunggu En Win kat ward tu sebab dia busy uruskan uri baby. Ok aku gagahkan diri pergi ke toilet untuk tukar pad...semasa didalam toilet aku terdengar macam pintu masuk ditolak dan dengar sayu2 orang memanggil nama aku "sayang...sayang" aku relax jer jerit balik "jap2 pa I kat toilet". Bila selesai urusan didalam toilet aku pun keluar mencari laki aku...eh! tak ada pulak. Ok mungkin laki aku keluar balik kot...tetap berfikiran positif. Dalam 10 minit suami aku muncul kembali "kenapa u tak masuk dalam toilet tadi..i tunggu u...i ni bukan kuat sangat lagi". "Eh! I baru sampai ni".."habis tu siapa panggil nama I tadi". Waktu ni aku dah start cuak....tapi mulut laki aku tak ada insurance tetiba dia mengamuk "jangan kacau bini aku...kalau berani muncul depan aku".  Eh! giler ker apa cabar hantu..kang dia muncul betul2 depan u baru tahu. Ok cite tu terhenti macam tu saja sebab keluarga dah start datang melawat sampai malam...badan mmg letih giler...aku suruh En Win balik tak payah teman kan aku malam tu...kesian aku tgk dia tak berehat dari semalam. Nurse pun banyak..so apa2 aku boleh mintak bertolongan nurse her nanti.

Jeng...Jeng...Jeng. Kau ingat tak ayat power En Win cabar hantu tu muncul...dia dah balik rumah kan agak2 korang siapa yang kena? Selesai menyusukan anak...aku pun terus tidur...suasana kat hospital tu pun lampu samar2 jer. Baca selawat terus aku terlelap. Tiba2 aku terdengar bunyi macam orang lompat2 katil...katil kat bilik aku ada 4 kan...aku boleh dengar benda tu lompat dari satu katil ker satu katil dan waktu  tu katil aku paling hujung sekali....aku siap boleh kira waktu benda tu melompat...katil 1, 2, 3...mampus lepas ni katil aku...tetiba aku terasa macam ada benda masuk bawah katil aku dan aku boleh rasa badan aku dilambung2...sumpah korang ini cite benar bukan rekaan. Aku rasa aku dah menjerit kuat ni tapi suara tak keluar...ayat kursi pun aku baca terbalik2 sebab ketakutan punya pasal...cuma dapat sebuat Allah...Allah jer. Ada dah dekat 5 kali badan aku dilambung...tetiba benda tu muncul kat hujung kaki aku...sambil tunjuk kan jari ke arah mulut aku dan hilang secara tiba2. Serius muka benda tu seram giler...mata merah dan rambut panjang mengurai...aku tergamam tak sampai 5 minut bila ku tersedar terus berlari cari public phone...call En Win sambil nangis2 cakap ada benda kacau aku...and the best part seorang nurse pun tak ada pada masa tu. Nasib baik hospital dengan rumah dekat...En Win bawak air yasin suruh aku minum dan malam tu En Win temankan aku.

Esoknya aku cuba selidik2 kat cleaner kalau ada  benda2 pelik pernah berlaku kat hospital ni. Rupanya katil yang aku duduk tu ada perempuan beranak sulung pernah meninggal...tak sempat melahirkan...dia mati semasa baby masih dalam kandungan. Ok..haritu jugak aku mintak keluar hospital...

Moral of story...jangan jadi macam En Win mulut celupar...pasal dia aku yang kena.


*********************************************************************************

ADS



Gempur Resdung (jom beli tengah ada promosi hebat!!)


Masih ingat tak lagi aku pernah buat entry pasal Ubat Resdung No 1 ni. Boleh refer kat link ni Penawar Resdung


2 Hari dengan 2 Misi Terhebat Februari ini! (bermula 26 February sehingga 27 February)
Pencarian Mini Ejen dgn modal serendah RM150 menanti anda! Mana tahu, dgn RM150, anda tukarkan menjadi RM1500 dgn begitu mudah?

Jom join kami untuk bantu saudara terdekat anda bebas dari RESDUNG!
Dapatkan pek besar dgn harga paling kebaboom supaya hidup anda bebas bersin setiap pagi dan wajah yg licin bersih!

Tunggu...meh kita check dulu jika anda ada tanda-tanda ini:
*Gatal-gatal di kawasan muka —hidung, kawasan di sekitar hidung, dahi, mata, telinga,yang teruk.
● Hidung kerap berair walaupun tidak selsema.

● Pening kepala.Sakit kepala. 

Jika ya, jgn ragu-ragu lagi, sila SMS/Whatsapp : 013-3310016

Tuesday, February 25, 2014

My Birthday 2014


Dekat FB...Dekat IG habiskan aku war2 kan pasal birthday aku semalam..hahahaha. Kalau korang tak kenal aku mesti kata aku giler..."kau ingat kau retis nak heboh satu kampung". Tapi itu lah diri aku sebenarnya...aku suka jer share kegembiran aku kat semua orang....korang kan kawan aku jadi tak salahkan kalau aku paksa suruh wished birthday aku...hahahaha. Jangan tipu lah...aku tahu korang pun suka kan kalau orang wished birthday...rasa macam dihargai kan...ker aku jer rasa macam tu...hahahaha

Hari Sabtu seperti biasa bini2 ku gangster akan berkumpul sementara menunggu anak2 habis tuisyen. Filla dengan Peej nak celebrate awal birthday aku...aku tak kasi...mak aku dah pesan jangan sambut awal tak baik. Nasib baik kali ni Filla dengar cakap aku..."ok2 kita gi makan2 jer aku ngan Peej belanja"...kalau macam tu Kak Ton setuju. Eh! macam sesuai jer nama Kak Ton ni kan...hahahaha. Tempat makan aku yang pilih...teringin nak makan Sushi King hari tu. Fuyoo kitaorang makan banyak giler...tahap pinggan tersusun penuh...sorry hari tu aku ngan peej tak ada mood bergambar yang gigih hanya Filla sorang...korang tunggu lah entry dia nanti. Tapi kan korang serius tak sangka ada present untuk Kak Ton...ngada tau Filla dengan Peej suruh tutup mata...aku kan tak sabar...lama pulak tu kena tutup..hati dah melonjak2 kegembiraan ni. 

Tadaaaa


Kak Ton dapat Pandora...thanks korang. Muah...muah...muah. Sempat gaks Filla ambik video tengah aku kegedikan...Kak Ton tak gedik kak ton teruja terlebih...maklum lah dapat present...ingatkan belanja makan jer rupanya dapat present sekali...suka3.

Maka dengan bangga lah Kak Ton membawa pulang hadiah Pandora tu kerumah. Sampai jer rumah terus tunjuk hadiah tu kat En Win...tetiba aku nampak muka dia berubah....nak tahu kenapa tungguuuuuu....



Malan tu En Win kata tak yah masak...kita makan kat luar...lepak tempat yang best2 sikit. Of course aku tak nak masak...mana boleh hari gembira kena peluh2 kan...kitaorang makan 4 beranak jer. Aku selalu mengharapkan surprise dari En Win panggil kengkawan sekolah ker, kengkwaan office ker tapi angan2 aku je lah benda ni  mmg tak akan terjadi sampai bila2...En Win  bukan jenis tahu bagi kejutan kat isteri....walaupun dah beratus kali aku hint tapi dia tak pernah faham pun...hahahaha. 

Last year ada lah kejutan sikit malam birthday aku dia nyanyi depan orang ramai lagu Eric Clapton "Wonderful Tonight"....terus aku nangis...aaauuuwww nyampah tau ada drama air mata. Bila fikir balik kenapa aku ni over sangat...nasib baik lah bukan retis kalau tak mesti wartawan berpusu2 ambik gambar aku "Air mata kegembiraan Elly di malam birthday nya"...Pang!!! jangan berangan ya...hahahaha



En Win tak pandai buat kejutan...tapi dia selalu buat aku rasa special. Dia akan makesure aku dan anak2 happy di hari lahir kitaorang. Actually En Win dah aturkan nak gi JB dan Singapore tapi tak jadi sebab sekarang musim pana bebenor takut tak enjoy pulak nanti.



Tahun ni usia aku dah 37 tahun...bila sebut jer pasal umur selalu Filla buat2 terkejut. Nak cakap aku dah ltua lah  tu...tak aku rasa dia bukan terkejut aku tua...tapi dia terkejut sebab aku nampak muda dari usia..hahahaha...haktuiiii



Us!

Ini lah kebahagian dan hadiah paling berharga apabila dikelilingi orang tersayang. Rasa dah lama sangat tak keluar makan2 yang proper macam ni.



We all order Ala Carte jer malam tu... share makan reramai. En Win kata esok baru celebrate betul2...hahahah. Boleh ya macam tu....

Lepas settled makan kat Mandarin Hotel...En Win ajak lepak kat La Bodega Pavillion...minum2 sampai tunggu detik 12 malam...hahaha. Buat pengetahuan korang birthday Kak Ton sama dengan Abang Aaron, Wedding Anniversary Lisa dan Yusry dan sama birthday dengan Zain Saidin. Hanya orang glamer jer sambut malam tu...hahahaha. Matilah jadi bahan kutukan....hahahaha



Ni serius aku terperanjat...kul 12 jer anak2 dengan En Win dah standby nak nyanyi lagu birthday untuk aku tgk2 satu Labodega tu nyanyi yer..kuat giler... reaksi Kak Ton sangat teruja maka aku pun turut nyanyi bersama2...hahahaha. Nal link video kat sini tak pandai...kalau nak tgk ada kat FB aku.



It's my Birthday



Amboi walaupun hanya satu lilin gaya kena ada....hahaha



My paberet cheese cake


Happy Face...

Dah settled minum dan lepak2 malam tu aku pun masuk bilik nak cuci make up...tgk2 nampak paper beg Pandora. Eh! bukan ker present Filla dengan Peej aku dah bukak tadi..ni kenapa ada balik kat atas katil...hahahaha. OMG! En Win pun hadiahkan Pandora patut lah dia macam bengang jer nampak present siang tadi...hahahahah..rupanya sama...yang untungnya aku lah dapat banyak charm Pandora



Thanks...Pa


Walaupun  colour tak kena dengan konsep pandora aku dan aku telah ada charm yang sama cuma colour jer berlainan...tapi takpe akhirnya dia tahu kesukaan bini dia.



Beautiful flower from my boss!!!



Jangan percaya muka aku berseri macam ni..ini semua teknik camera ya. Tapi cahaya dari wajah tetap ada lah...hahahaha



Malam tu we all celebrate dekat Le Meridien.



Ambik buffet..no diet2..aku mmg belasah kaw2 tanpa rasa bersalah



Makanan semua sedap2...harga tak tahu sbb En Win yang bayar





Adik..peminat sushi no 1



Yaya..big girl already. Eh! Yaya ker Elly ni...Elly kan!!



Us!!



Me and Hubby!!



Kiddos!!



Ini lah harta yang paling berharga yang aku ada



Amboi macam gambar majalah keluarga



Susah hati anak dara dah besar



Thanks Pa



Adik 

By the way nak ucap terima kasih kepada semua yang wished birthday aku..sayang korang !!! Sayang Kak Ton tak!! hahahahaha


Friday, February 21, 2014

Biodata


Salam Jumaat...hari ni Kak Ton dah kembali  ceria...marilah kita tepuk tangan beramai2...kuat lagi...sebelah sana pulak...kuat lagi...hahahaha

Tetiba aku teringat zaman kecik2 dulu tapi tak ada kecik mana pun dalam darjah 3 ke 4 gitu. Korang pernah tak terjebak tulis biodata lepas tu bagi kawan2. Sampai sekarang bila terpikir balik motif bagi kawan biodata utk apa yek...bukan nak mintak kerja pun. Sebenarnya bila  aku dapat biodata yang kawan2 aku bagi aku tak simpan pun aku buang jer bila balik...hahaha. Aku kan tak suka beg banyak kertas sepah2. Tak ada kerja betul kan...meh lah aku tulis balik biodata aku yang masih segar diingatan...kahkahakah

Nama: Elly Yusnita

Nama Samaran: Elly, Ateh dan Comel (amboi nak orang panggil comel jer)

Umur: 10 tahun

Tarikh Lahir: 23 Feb..awak jangan lupa bagi hadiah tau (berharap orang ingat tarikh ni)

Hobi : Swimming dan bermain badminton (padahal tak pandai langsung main...hidup dari kecik dah gempak jer kan)

Cita2:  Lawyer (kahkahakah...lawyer buruk boleh lah)

Makanan kegemaran: Masakan Ibu (jawapan standard budak2)

Minuman kegemaran: Yang sejuk

Artis Pujaan: Fauziah Latif

Pelakon pujaan: Shah Rezza (banyak2 artis kenapa aku suka Shah Rezza pun aku tak faham...marah2 Sayang)

Cerita yang paling suka: Azura

Kawan baik: Semua di Kelas 4 biru dan 4 Merah


Hahahahah...gelabah kan biodata aku tapi waktu  ni bangga giler nak pulak part cita2...kalau tulis lawyer tu macam budak bijak lah padahal tak bijak lansung. Lepas tu bila hantar kat kawan kertas2 tu bagi design sikit guna ubat nyamuk yang ada api tu..ntah tak ingat aku nama benda alah tu. Dulu waktu sekolah aku banyak giler kakak angkat... kalau ramai kakak angkat kira korang cute lah di sekolah...haktuii. Aku tak tahu fungsi sebenar kakak angkat tu setakat senyum jer lah...belanja tak pernah pun. Kakak aku kat rumah pun aku malas layan...lagi mau kakak angkat lagi. 

Satu lagi kegemaran budak2 perempuan dulu suka sangat tulis lirik...aku siap ada buku lirik ya.... jenuh nak menghafal dan menulis. Bila keluar jer lagu kesukaan kat radio cepat2 record guna kaset...lepas tu kelatak keletuk Stop dan Play sebab nak tulis lirik punya pasal. Paling tension tengah2 record lagu ada pulak suara DJ bercakap...ishh menyibuk betul. Tak ada hal bercakap lah aku record gaks suara DJ tu sekali. Tu yang kena baling hanger dengan mak aku memekak jer menyanyi. Bila dah hafal gi record suara sendiri...lepas tu 80 kali dengar suara sendiri dan tersenyum bangga...asal bapak aku lalu jer aku kuatkan volume bagi bapak dengar dan tercari2 siapa kah gerangan suara yang merdu itu...hahahahahaha.

Kalau ada kawan sekolah rendah yang baca blog aku ni diorang mesti tahu aku ni giler pangkat sikit...suka jadi ketua kumpulan tarian lah, berlakon lah , ketua nasyid lah...suara tak merdu langsung tapi tetap berdegil nak jadi ketua gaks...yang heran tu budak2 tu sokong jer aku...pasal apa korang sokong aku yek!!! hahahaha. Asal ada persembahan hujung tahun jer mesti muka aku naik pentas...popular menari jer pandai tak langsung. Disebabkan aku ni berani sangat..cikgu selalu pilih aku masuk pertandingan bercerita... aku pun tak  tahu mana datang keberanian aku waktu tu...menang wei tempat pertama. Kalau cite pasal Jin relax jer keluar suara Jin dari mulut aku...kalau cite pasal ketakutan mengigil badan aku menjiwai watak..sila berdiri dan tepuk tangan untuk Kak Ton.....hahahahaha. Serius aku mmg berani tahap gaban dulu. Aktif giler..Bola jaring, Bola tampar, pertandingan bercerita, perbahasan, nasyid semua aku jadi wakil sekolah tapi bila masuk sekolah menengah semua bakat aku hilang macam tu jer...I is sedih sebab dah tak glamer..hahaha

Kalau nak fikir kisah dulu mmg banyak benda aku buat...tapi sekarang Kak ton malas nak pikir nanti lah kalau rajin Kak Ton fikir lagi...hahaha



Thursday, February 20, 2014

Hammam


Dah dua hari stress dan mood kelaut...motif stress masih tidak dapat kesan puncanya...hahahaha. Since balik Bali hari tu tak singgah mana2 pun tempat massage kira dah 2 bulan lebih aku tak berurut. So lepas balik kerja semalam decide nak singgah tempat massage. Nak cari tempat yang urut manja2 sambil diiringi alunan muzik. Kang kalau gi tempat urut yang letop2 tulang tu lagi sakit badan atleast 2 hingga 3 hari nanti badan merana lepas tu baru baru rasa selesa. Takmo2 Kak Ton nak dibelai..amboi eksyen nyer. Fikir2 punya fikir teringat kat Hamman.

Apa itu Hamman?? ok nak share dengan korang yang tak pernah lagi gi kesini. Terletak di Bangsar Village...alamat gi google sendiri ya. Hammam ni design dia ala2 Moroccon (kalau tak silap aku lah)...cantik giler. Sealunya tujuan pergi ke Hammam ni adalah untuk membuang daki di badan. Pelik tak? canggih kan sekarang nak buang daki pun orang boleh buat kan.

Makesure bila korang nak kesini kena buat appointment dulu. Ada bermacam2 pakej...semalam aku ambik pakej Hammam dengan urutan badan sekali. Harga RM250.00.  Hammam selama 45 minit dan urutan badan selama 1 jam. Ok jom aku cerita lebih lanjut lagi pasal proses Hammam ni supaya korang tak terkejut dan termalu2.



Entrance

After register nanti korang akan diberi pilihan minyak urut mana yang hendak digunakan. Aku pilih relaxing. 

(Gambar aku ambik kat internet....malu nak bergambar kat dalam ni nampak nau jakunya)




Bahagian Dalam

Korang akan diberikan towel,  panties dan bra...sila salin...jgn malu2 sebab semua staff kat dalam ni adalah wanita2 berketurunan arab. Jangan bimbang bila korang buat appointment hanya korang jer akan berada dikawasan ini. 



Tempat mandi dan tempat buang daki di badan

Proses pertama perempuan arab ni akan mandi kan korang. Tak yah buat apa2 sila anggap diri ini seperti tuan puteri atau kanak2..hahaha. Perempuan arab ni akan mandi, sabunkan dan syampu badan korang. Tempat ni TIDAK DIKONGSI BERAMAI2...macam aku cakapkan tadi hanya korang jer ada kat tempat ni. Korang boleh jer pergi berdua tapi makesure kawan kau tu sporting boleh tgk kau dimandikan jugak. Aku pergi berdua semalam ngan Liza....aku pandang kau...kau pandang aku...sendiri tgk sendiri senyum...hahaha

Lepas mandi badan korang nanti akan disapukan dengan sejenis lotion dan korang diminta baring diatas dibatu yang yang agak panas tu selama 15 minit. Takda lah panas sangat suam2 jer rasa batu tu. Selesai 15 minute korang diminta pergi bilik untuk di gosok daki (gambar sebelah kanan tu). Batu tempat baring tu pun panas suam2 gitu. Seluruh badan aku digosok...kaki, badan, leher, bontot, ketiak, celah peha semua perempuan arab ni akan sental...wei! giler malu aku tgk daki sendiri. Korang pernah guna pemadam tu kan nanti bila padam dia keluar macam getah hitam tu...hahahaha macam tu lah daki aku. Serius banyak...bayangkan berapa tahun tak gosok daki. Tak sanggup nak tgk muka kawan aku waktu tu....hahahaha 

Selesai perempuan arab tu buang daki kat badan korang sekali lagi korang akan dimandikan sehingga bersih. Serius Hammam ni korang kena cuba rasa bersih sangat badan bila buat Hammam ni, Next week nak bawak anak2 datang sini bagi buang sikit daki berkerak aku tgk leher budak2 ni bila balik sekolah.

Proses Hamman ni selama 45 minute. Selesai korang boleh lepak2 kat kerusi tu atau salin baju dan balik terus. Tapi aku continue dengan massage.


Kolam tempat korang di mandikan



Massage Room

Giler sedap diorang urut. Bayangkan badan dah ringan kena pulak urut...berdengkur Kak Ton kak dalam tu.

Dekat Hammam ni korang tak boleh malu2...kalau malu macam mana nak buang daki..sangat sesuai untuk orang yang nak berkawin bagi diorang sental sikit badan bakal pengantin dan orang yang lepas bersalin. Serius korang kena cuba...dah cuba baru tahu kehebatannya. Kalau ada duit lebih boleh buat sebulan sekali...tapi aku cuma mampu buat 3 bulan sekali.



Wednesday, February 19, 2014

Mood Kelaut...


Ini semua salah Peej pasal dia mood aku pun kelaut. Siapa suruh cite pasal emo2 ni tetiba bila aku baca entry dia aku pun join emo sekali. Kita kan kawan sejati harus bila kawan sedih Kak Ton terbabit sedih. Motif sedih tak dapat dikesan sebab lepas baca entry Peej pasal emo aku pun terus emo....hahahaha.

Serious itu yang semalam entry touching2...sendiri tulis sendiri baca sendiri punya air mata bertakung. Lepas tu termenung fikir benda entah apa2. Lunch semalam cuba ceriakan diri sendiri dengan search tempat pelancongan yang menarik...lepas tu teruja...lepas tu sedih balik sbb duit tak ada nak gi tempat best2...giler2. Eh! aku lah tu!!

Hari ni emo balik sebab baca kes Erra Fazira bercerai...tetiba rasa simpati pulak. Sian perempuan ni kan...buat itu salah, ini salah. Kena ceraikan orang persoalkan..tak dapat hak penjagaan anak pun orang sibuk bertanya. Mana ada pasangan yang nak bercerai berai of course setiap pasangan impikan kebahagian tapi siapa kita untuk menentukan. Cukup2 lah cari kesalahan diorang. Aku kalau emo ayat mmg power..hahaha.

Lepas tu bila fikir balik pasal FIL aku lagi rasa simpati...bila kita tua nanti macam mana lah nasib kita pulak. Kerja2 gaks kesihatan pun kena jaga. Itu yang aku membebel kat En Win suruh kurangkan rokok. Ajak gi medical check up setahun sekali pun tak nak. Penakut jarum laki aku ni...nampak doktor keluarkan jarum terus terjerit2..motif menjerit pun aku tak tahu. Penakut makan ubat...kalau demam sampai mengamuk aku suruh makan panadol..dia kemam2 kan mulut. Adoi!! pelik jantan takut makan ubat.

Lepas tu teringat kat mak, abah dan adik beradik pulak. Masing2 dah busy dulu selalu berkumpul ramai2. Sekarang masing2 dah ada anak ada tanggungjawab yang berat..dapat berkumpul sama2 pun bulan puasa jer. Hari raya pun tak dapat berkunpul sekali. Rindu zaman kecik2...mak jerit2 suruh mandi, makan, suruh picit kaki. Rindu nak tgk sama2 cite Oshin, cite Opah. Rindu nak tidur sekatil dengan kakak2 borak2, gelak2 kadang dengan tetiba blh terjadi adegan tendang menendang. Rindu nak cabut uban abah, rindu dengan bau masakan emak dan paling rindu nak tidur bawah ketiak emak...huaaaaaaaa.

Lepas tu terfikir pasal diri sendiri pulak. Sampai bila aku kena bekerja...sampai bila nak makan gaji. Tak nak jadi orang kaya cuma dapat hidup selesa pun dah cukup. Teringin duduk rumah masak utk anak2, uruskan persekolahan, uruskan tuisyen, ikut perkembangan anak2. Dapat jaga emak dan abah, dapat buat hobi tanpa halangan. InsyaAllah satu hari termakbul doa aku ni. Sabar ya Kak Ton.

Ok itu jer aku nak cite....hahahaha

Tuesday, February 18, 2014

Mendidik anak2...


Aku mengaku aku seorang ibu yang garang...bak kata En Win aku tegas tak kena tempat..hahahaha. Aku bukan seorang yang lemah lembut suara aku nyaring..lembut macam mana pun suara aku tetap macam garang..hahaha. Anak2 lebih manja dengan En Win...En Win seorang pendengar yang baik...aku juga pendengar yang baik lepas dah dengar nanti aku melenting. Mungkin suasana aku dibesarkan dengan En Win dulu berlainan. Mungkin aku terikut2 bagaimana cara mak aku mengajar aku dulu sewaktu kecil...jarang berlembut...salah memang kena marah kaw2 punya...rotan, hanger dah selalu kena kat badan...hahaha. Jadi aku dah terbiasa keadaan macam tu.

Kadang2 aku cuba untuk berubah...cuba untuk menjadi wanita lembut...tapi tak kena langsung dengan jiwa aku...rasa macam menipu diri sendiri. Aku bukan garang tapi aku tegas...aku nak semua nampak cantik dimata...semuanya nak nampak perfect...padahal aku pun bukan prefect mana pun. Tapi aku tetap cuba menjadi ibu terbaik untuk anak2. Menyediakan keperluan anak2 sebaik mungkin..Ya aku mengaku aku banyak berubah demi anak2. Dari tak pandai memasak langsung slow aku berubah kepada pakar memasak..hahaha. Dari pemalas aku bertukar menjadi rajin...dari seorang kuat tidur aku berubah menjadi morning person yang bangun awal giler semata2 untuk keluarga tercinta.

Aku memang tegas dengan anak2...especially hal sekolah. Cuti sekolah bermula jer aku dah start carikan aktiviti untuk anak2, cari guru tuisyen, siap kan time table aktiviti untuk diorang aku tak nak anak2 ketinggalan...berbeza dengan En Win dia lebih suka anak2 diberikan kebebasan...buat apa yang mereka suka...lebih bersikap terbuka. Lately ni aku dengar banyak komplen dari anak2 dekat En Win...pasal mama asyik suruh belajar....asyik nak marah jer. Amboi!! korang ngadu tu kat laki aku...harus aku tahu kan. Macam mana nak cakap yek aku rasa apa yang aku buat sekarang ni mesti sama dengan mak2 yang lain cuma mungkin pendekatan kita berbeza. Korang pergi sekolah, buat homework, gi tuisyen, gi mengaji, gi aktiviti yang aku uruskan ...itu dah cukup mengembirakan hati aku dan itu  tanggungjawab aku sebagai ibu...lepas tu korang nak buat apa buat lah....sebab itu tanggungjawab korang sebagai pelajar. Of course bila kita keluarkan duit kita nak tgk sesuatu yang berbaloi dan sesuatu yang boleh nampak especially kejayaan anak2. 

Mungkin anak2 bosan setiap hari dengar bebelan aku suruh siapkan homework, berleter suruh mandi, kejutkan mereka tengah sedap tidur bangun untuk ke class ngaji atau tuisyen, bebelan yang tak henti2 suruh diorang kemas tempat tidur dan mainan. Tapi aku bukan seorang yang kejam...aku ada perancangan...waktu berlajar buat bersungguh2...cuti sekolah aku arrange kan percutian untuk sekeluarga bergembira cuma mungkin anak2 masih belum faham konsep yang aku cuba sampaikan.

Aku kena peka dengan kelemahan anak2...contoh adik tak ada konpiden bila cakap dan menulis omputih..ok aku usahan cari tempat berlajar dan alhamdullilah banyak perubahan yang aku boleh lihat. Takpe mama sanggup tunggu dan hantar asalkan anak2 mama berjaya. Yaya seorang pemalu dan susah bergaul..ok bagi dia masuk or join aktiviti sukan..bagi peluang dia beranikan kan diri berdepan dengan orang ramai dan mama boleh lihat perubahan Yaya juga.

Aku faham sangat dunia kanak2...dunia budak yang hendak meningkat remaja..tak akan pernah nampak mengorbanan seorang ibu...hidup penuh memberontak..aku lah tu...hahahaha. Itu sebab En Win selalu diorang anggap bapak terbaik sebab kehendak anak2 selalu dituruti berbanding dengan aku yang alwiz say 'No' kecuali buku. Tapi korang tak tahu sebenarnya mama lagi sporting tau...papa tu pura2 jer lebih..hahaha.

Kalau Yaya dan Adik dah besar dan bila korang baca blog mama ni...Mama nak korang tahu Mama garang bukan sebab Mama benci...Mama garang sebab mama terlalu sayangkan korang berdua. mama nak korang berjaya dan inilah satu2 harta yang mama boleh bagi iaitu pelajaran. Mama bukan memaksa tapi mama nak korang anggap ini satu tanggungjawab. Mungkin mama tak pandai tunjukan atau luahkan kasih sayang tapi percaya lah korang berdua adalah nyawa mama dan mama terlalu sayangkan korang berdua. Cita2 mama hanya satu mama nak anak2 mama berjaya dalam hidup dunia dan akhirat. Kebahagian korang berdua adalah kebahagian mama jugak. Mama nak anak2 mama bukan sahaja berjaya tapi bahagia dan itu janji dan doa mama untuk korang berdua. Mungkin sekarang korang marah dan benci mama tapi InsyaAllah satu hari nanti anak2 mama akan faham apa yang mama cuba lakukan. Mama dan Papa akan bekerja lebih kuat lagi untuk memastikan anak2 mama mendapatkan tempat berlajar yang terbaik dan itu jer yang kami boleh berikan dan itu janji kami..InsyaAllah.



Harta yang Allah berikan untuk kami berdua...InsyaAllah akan kami jaga dan bentuk supaya menjadi insan yang berguna.

Monday, February 17, 2014

Weekend kami....


Saturday or Sunday mmg masa untuk keluarga. Aktiviti mmg penuh ada jer benda yang kitaorang nak buat. En Win pulak jenis yang tak suka duduk rumah....that way hujung minggu aku akan bangun pagi2 settled apa yang patut. Basuh baju sekolah...mengemas...memasak..buatlah apa2 benda yang tertunggak. Tengahari confirmed kitaorang keluar. Selalunya hujung minggu aku jarang masak makan tengahari...aku lebih prefer masak untuk dinner...lepas makan dinner baru keluar balik gi tengok wayang or karaoke.

By the way aku dah tak pakai maid lagi...FIL dah sihat so budak2 kembali hantar kerumah MIL. Part time datang setiap hari Sabtu jer untuk mengemas. Aku ada gaks dengar orang cakap2 pasal laki aku tak nak makan makanan maid tak silap aku ayat laki aku macam ni ..."I tak nak anak2 i makan air tangan maid". Amboi siap ada persoalkan "kotor sangat ker tangan maid tu"?? tu lah korang tak nak selidik dulu terus buat kesimpulan tak baik tau. Laki aku bukan tak nak makan masakan maid....dia lebih prefer bini dia yang masak...maid tu semua tugas di dah buat tak akan masak pun nak suruh maid...ini dah tanggungjawab seorang isteri kalau semua kau serahkan kat maid abis isteri nak buat apa. Kata En Win masakan maid ada rasa lain sikit tak sama dengan masakan seorang isteri so walaupun penat or lewat macam mana pun aku akan pastikan masak untuk En Win dan anak2. Tak pernah terlintas difikiran aku geli sesama manusia. Aku masak untuk maid sekali makan...bekerjasama gitu kau mengemas aku memasak. Tapi tak ada lah sampai maid tak boleh sentuh dapur...setakat goreng2 tu kadang2 aku suruh gaks maid buat. Lain kali jangan buat kesimpulan sendiri ya..takmo3.

Seperti biasa Saturday Yaya dengan Adik ada  English Class...so dah menjadi rutin aku ngan Filla or Peej akan lepak bersama sementara menunggu budak2 abis class. En Win selalunya ada aktiviti pagi main bola atau gi memancing ngan kengkawan. Petang aku, En Win dan anak2 akan berkumpul semula kat rumah. Amboi sekarang ni setiap petang Sabtu ada jer aktiviti sihat berjogging atau berbasikal selama 1 jam. Lepas dah puas berjogging baru aku start memasak untuk dinner. Lepas makan lepak2 depan TV kul 10 macam tu keluar balik jenjalan KL or tengok wayang kalau aa mood gi karaoke.



Kiddos ada Project paper kena buat...kena tulis pasal "My Family". Macam2 aku dengan En Win diaorang Interview. Tanya umurlah, pekerjaan lah, hobi lah. Of course aku tambah2 bagi gempak sikit....hahahaha.

En Win sekarang dah menjadi2 hitam nya..panas teruk sekarang ni...gi kerja lak naik motor lagi kehitaman tu bertambah. Orang lelaki ni mana reti nak pakai sun block ni. Kang kalau bukak baju berbelang2 badan laki aku..cian aku tgk. Makesura korang letak kat projek paper "Why my father black colour"? explain elok2...hahahaha.



Lepas di interview anak2 singgah kedai sukan jap En Win nak hadiah kan Yaya bola untuk praktis. Aku macam tak terkata setakat terpilih jadi pemain sekolah pun nak berkobar2. Praktis jer lah kat sekolah yang kat rumah nak praktis gak apa hal. Lepas tu siap beli kan topi bagai....sejak main nettball ni Yaya dah hitam sikit sebab setiap petang berjemur ada latihan. Itu yang En Win tak boleh terima. Tapi aku rasa laki aku over lah aku rasa anak aku sorang jer bila latihan pakai kasut sukan...pakai topi..pakai sun block. Anak orang lain biasa jer aku tgk...sampai Yaya pun naik malu. "Tak payah lah pa..kawan Yaya tak pakai topi pun"...."Jangan nak ngada2 Yaya kena gaks pakai topi kalau tak biar papa jumpa cikgu". Pitam aku dengar..ni ada yang kena buang jadi pemain kang sebab bapak yang over.

En Win: Bila Yaya bertanding

Yaya: Bulan 4

En Win: Ok nanti papa datang..Yaya naik ngan papa....biar papa hantar

Yaya: Tak yah lah papa..Yaya malu lah

Aku perhatikan jer dua beranak ni...tak faham aku En Win kobar2 sangat..setakat lawan peringkat sekolah jer pun yang nak nyibuk tu buat apa. Naik malu anak aku...bukan jer Yaya malu aku pun malu gaks dapat laki over terlebih ni..hahaha



En Win ni kan tak reti duduk diam...dia bukan jenis suami yang suka duduk rumah tengok tv sama2. Aku kadang2 naik fade up...kadang2 hujung minggu nak lah jugak tgk nona ker..melodi ker tak dapat ya. Ada jer benda dia nak buat...kang kalau aku tak teman merajuk. Dia bukan reti gi sorang2 semua orang dia nak angkut sekali. Selalunya sebelum gi Zumba aku akan masak dulu bagi En Win ngan anak2 makan. Balik zumba of course keletihan kan.....belum buka kasut dia dah ajak aku keluar lepak makan or minum lagi. Itu yang selalu aku berangin jer. Tak kenyang2...tak faham aku. Kang kalau aku tak nak ikut dia start lah mengungkit "ooo kalau u nak makan i bawak jer....bila i ajak u tak nak ikut ya..takpe ma sampai hati u buat I". Angin tak korang dengar!!



Me and Kiddos. Gambar selepas berjongging dan berbasikal. Sekarang kena tambah lagi satu aktiviti praktis pass2 bola dengan sikecik sekali terbabit. Tapi kan Kak Ton dah berjaya naik bukit 3 round dah tak pitam...bangga Kak Ton. Esok aku cite aktiviti hari ahad pulak ya...itupun kalau korang nak tahu...hahaha


Friday, February 14, 2014

Harian Metro 14/2/14 - Kak Ton masuk paper




Kak ton nak cepat ni...tapi nak tulis gaks...sikit jer ya

Pagi tadi bukak paper hidung dah kembang2...jantung debar2..hahahaha. Wartawan tu dah beritahu awal2 bila cerita aku akan keluar harus jantung aku debar2 kan. Lepas tu asyik remind En Win jangan lupa beli paper. Berbulu jer laki aku...biar arrrr. Malam tadi gaks aku call abah

Aku: Abah....esok orang keluar paper harian metro...abah beli tau lepas tu tampal kat rumah...nanti kalau orang datang rumah blh tahu Elly masuk paper...hahahahah

*amboi berlagak kak ton...patut lah tuhan tak sampaikan hajat aku jadi retis...mesti aku lupa daratan...hahaha*

Abah: Itu pun kalau abah ingat!!

Sengaja tau bapak aku ni...orang teruju dia blh kata kalau ingat

Kejadian pagi tadi:-

Aku: Abah..dah beli ker belum

Abah: Apa dia cite pasal blog2 ni bukan abah tau pun...abah ingat ditulis pasal kau cemerlang dalam kerja kerjaya ker...

Aku: Eh! Kira berjaya lah tu....berjaya dapat masuk paper

***************************

En Win: Ma i dah beli...kenapa nama I tak ada...kenapa gambar I kecik

Aku: Eh! siapa yang tulis blog ni

Biasalah siapa tak gembira bila cerita dapat dipaparkan kat suratkhabar...nipu lah kalau korang tak gembira...tapi aku eksyen kat family jer lah...idak lah aku terlonjak2 tepi jalan...hahahaha. Tapi pagi tadi eksyen gaks lah sbb tepek kat IG dgn FB dah share kegembiraan aku. Tak sangka dengan menulis blog blh sampai ketahap ni...nak pulak cite aku semua bodoh2 jer aku rasa...setakat beli sari pun nak share kan. Itu jer lah rutin aku tiap2 hari...aku menulis korang komen lepas tu aku gembira..hahahaha. Nak pulak reader semakin hari semakin bertambah.

Nasib baik wartawan ni tanya soalan sikit jer pasal angan2 aku..aku jawab lah dulu berangan nak jadi pembaca berita..tapi tak kesempaian. Tapi sebenarnya angan2 lebih teruk lagi dia tak tahu...nak jadi puteri lah...nak jadi Che Ta...Ariana Rose lah....hahahaha. Mesti kalau aku cite hal sebenarnya dia pengsan kat situ gaks. Bapak aku siap tanya...betul ker kau pelawak...hahaha. Eh! buat2 tak tahu lah tu...kalau aku datang rumah tunggu jer aku buat lawak sbb dia nak gelak...En Win pun kalau aku tak buat lawak mesti hidup dia tak ceria....hahahaha.

Wei! boss aku dari tak tahu terus tahu yang aku ada blog....pagi2 dah panggil aku tanya..."U ada tulis pasal I tak?" pitam.....hahahaha

By the way....aku nak thanks kat korang (reader) tanpa korang siapa lah diriku...hahaha. Aku suka menulis korang suka membaca....aku buat lawak korang gelak. Aku sedih korang pun sama2 menangis...aku susah hati...korang bagi nasihat...Aku beli sari korang terpengaruh...aku eksyen korang cebik depan computer...aku pandai masak korang telan ailio...hahahaha. 


Kak Ton sayang korang...wah! masuk surat khabor terus sayang...hahahaha.

Thursday, February 13, 2014

Kain Sari


Korang aku dah beli kain untuk buat baju kurung raya. Nak cakap aku giler lah tu...tak menyempat...hahaha. Aku mmg suka beli awal2...so bulan 4 dah boleh hantar jahit...sementara tengah ada budget baik aku beli awal2. Kang nak dekat2 puasa duit banyak nak guna. Selalu baju kurung aku dan anak2 mmg aku uruskan..termasuk baju En Win pun tapi En Win punya beli yang dah siap jer. Tahun ni teringin nak pakai kain Sari...gigih aku ngan Liza gi ke Klang cari Kain Sari. Kenapa Klang?? sebab kat sini banyak pilihan dan harga sangat berpatutan. Nasib baik aku ada geng satu kepala yang suka beli kain awal2 gaks. 

Kalau korang rasa Klang tu jauh boleh jer gi kat Tengku Abdul Rahmat (Jalan TAR) or Brickfield. Nak cari kain sari ni ambik masa sikit...korang kena tgk pelan2 sebab semua colour menarik. 



Kawan aku cakap pagi raya kena bling2..kena glamer2...hahahaha.  Sari kalau beli untung sbb dia bagi 6 meter. So boleh buat 2 pasang baju anak.  Macam2 ada...Chiffon Sari lah, Cotton Sari lah. Kalau korang tgk2 macam tu mmg tak nampak kecantikan sari tu...korang kena bukak dan acu kan kat badan so boleh tgk bling2 yang menarik. Pernah beli kain Chiffon yang batu2 ni kat Gulatis harga dekat RM350.00 untuk 4 meter. Kain sari ni 6 meter tak silap aku RM180.00 jer.

Tapi kalau korang tak suka bling kat tepi tu...rasa macam over sangat...tak yah guna ambik bahagian tengah jer. Actually sebab kain sari ni 6 meter korang boleh buat jubah or balance kain boleh jer buat tudung.



Bagi yang tak suka bling2 korang boleh pilih jenis sari yang macam ni. Kain sari ni tak silap aku baru RM150.00 utk 6 meter....itu belum bagi diskaun lagi.

Aku ngan Liza kitaorang tak kisah kalau beli kain yang sama...sbb apa yang dipegang semua cantik...aku part belek2 kain ni malas sikit dia yang rajin bukak2 kain ni...bila dia kata cantik jer aku ambik...hahaha. Kain yang kat atas ni diambik warna biru aku ambik warna hijau. Senang tak yah pening2. Kau tgk gambar kat belakang habis kedai tu kitaorang kerjakan...nampak cantik kitaorang suruh bukak...hujung2 tak beli pun...hahaha



Yang putih ni Filla kata buat baju nikah cantik...tapi aku kan suka glamer kita pakai untuk raya jer lah...hahaha. Kata Che Ta.



Ok kain  ni dalam gambar tak berapa menarik tapi kat luar colour turquoise ni mmg cantik bangat...sesuai dipakai untuk ke pejabat. Aku jarang beli kain baju kurung...sesekali borong...beli untuk office wear sekali.  



Settled anak punya 2 pasang...Kak Ton punya 4 pasang. Puas hati harga sangat2 berbaloi. Disebabkan beli banyak kain kitaorang dapat periuk  percuma...kau mampu beli kain dapat periuk...hahahaha.

Wednesday, February 12, 2014

Basikal


Aku kalau tengah buat sesuatu benda jangan lah korang kacau...contoh sekarang ni tgh giler bersukan tak boleh langsung lalu kedai sukan mesti nak singgah membeli..kalau tak beli pun dapat tengok pun jadilah. Jangan lah pulak kata Kak Ton eksyen atau berlagak..Kak Ton bukan menunjuk2 dah perangai aku macam tu nak buat macam mana...takan beli tapi tipu cakap tak beli....hahaha. Suka tau tuduh2 cakap aku eksyen. Suka jer melaram bila nak berzumba..tak ada lah melaram giler2 aku jer syok sendiri nampak cantik jer tersenyum puas hati...giler. Tu hari lepak makan kat GE dengan Filla dan Peej...lepas makan sempat gaks singgah kedai sukan lepas tu kan aku paksa2 peej beli  tapi diorang buat tak tahu jer kat aku...si Filla yang garang tu siap jerit2 depan kedai tu suruh aku cepat...nyampah tau. 

Dulu kecik2 adik beradik aku kan ramai...jadi nak mintak bapak aku belikan memang tak ada lah. Kau bayangkan kalau beli satu nanti semua nak naik....harus kakak aku yang menguasai jer basikal tu nanti. Jadi aku rasa bapak aku ambik keputusan tak yah beli kot....dari dia dengar anak2 bergaduh setiap hari baik duit tu dia beli makanan...agaknya lah kot aku ni kan suka memandai2 macam terror bebenor baca otak orang...hahahaha.

So setiap petang masa banyak dihabiskan dengan main galah panjang, teng2 dan tubuhkan kumpulan tari menari...sabtu atau ahad main kawin2...aku lah pengantin perempuan dan aku jugaklah mak andam. Tapi bila ada jiran lalu lalang bawak basikal BMX tu sakit gaks lah hati aku...ialah sambil bawak sambil kau jongket2 kan tayar tu depan muka aku. Tapi aku kan kan pandai bodek...kalau nak join main kawin2 kena bagi aku naik basikal dulu 3 round...hahahaha.

Tak pernah bawak basikal lepas tu ada hati mintak bawak  3 round...bukan kayuh aku tolak jer dengan kaki..itupun dah tersenyum bangga. Tapi semangat budak2 kan kuat...cuba dan cuba walaupun banyak kali langgar pasu bunga nenek aku...jatuh longkang sampai lutut dan siku berdarah2 tapi semangat tu tetap kuat nak belajar naik basikal...tak sampai 3 hari aku dah terror ya....bosan giler jiran aku tu sbb asyik aku nak pinjam basikal...upahnya nko boleh join aku main teng2 atau kawin2...hahahaha.

Last aku naik basikal tak silap aku darjah 6...lepas tu aku dah tak pegang langsung almost 25 tahun. Tup2 sejak gila bersukan ni aku nak beli basikal pulak...En Win macam pelik. "I tak rasa u tau naik basikal...u kan miskin dulu mana ada duit nak beli basikal" Vavi kan mulut laki aku. 



Biarrrr aaaaaaa...pandai ker tak pandai aku nak beli gaks...jom pa kita cari basikal...budget dalam RM300.00 kebawah. Macam nak mampus En Win gelak kan aku harga basikal budak2 dapat RM300.00 orang besar nando ya harga macam tu. Ya ker?? Aku tak percaya...serious 3 tempat aku gi semua harga macam bangang melampau...ada satu basikal tu aku tgk sampai RM18,000.00...eh! apa yang bapak mahal sangat ni. Tertelan airliur aku..."Bang basikal harga bawah RM500.00 ada"...."Harga bawah RM500 ada tapi tu budak2 punya kak"...pitam!! Round punya round jumpa satu kedai ni kat taman tun...after diskaun dia boleh bagi aku RM800.00. Harga tak masuk akal setakat aku nak round2 kat taman rumah jer pun...tapi En Win tak sampai hati dia kata aku bagi jer berapa budget yang aku ada yang lain dia tambah....hahaha bagus2. Tapi kalau ni hadiah harijadi I tak mau ya...kahkahakah. Ini hadiah sempena pandai masak i terima...haktui pandai lah sangat masak tu.

Ok..usha2 dulu colour apa nak...lepas tu budak basikal tu ajar cara macam mana nak guna gear....mampus basikal sekarang ada gear....utk naik bukit turun bukit lah. Aku ni dah 25 tahun tak naik basikal sekarang lagi mau cite pasal gear...memang aku dengar jer lah...agak2 bosan aku suruh En Win dengar. Ok settled bayar maka berangkut lah basikal untuk dibawa pulang...berbunga lah hati kak ton sebab dah ada basikal sendiri diusia hujung 30an...hahahaha. Jgn harap anak2 jiran boleh pinjam...hahahahahah.

Sampai rumah dalam kul 9 malam...disebabkan En Win masih tak ada kepercayaan yang aku boleh berbasikal...disuruh aku kayuh malam2 tu jugak. Korang tau apa jadi aku mmg dah tak boleh bawak basikal...asal nak kayuh jer tak boleh balance...dah start kayuh pulak badan jadi senget....tapi skill berbasikal tu tetap ada walaupun En Win kutuk kaw2 aku tetap jer bersemangat..tak sampai 30 minute...wah! aku dah boleh kayuh dengan laju...suka3. Tapi gear tu aku tetap tak berani guna lagi.



Esok petangnya aku dah start berbasikal...eksyan tak nak round kat kawasan rumah tiada cabaran...nak naik bukit terus...nak biasa kan guna gear.



Tak sampai 3 round aku mengah....tiba2 rasa nak muntah...pitam kaki dah mengigil2. Ajak En Win balik...suruh dia kayuh basikal tu bawak balik...aku dah jalan terhuyung hayang macam perempuan mabok...hahaha

Balik rumah terus telentang kat lantai...mata berpinar...En Win panik ingat aku pengsan...hahaha. Dia ambik anggur dalam fridge sumbat mulut aku. Motif sumbat anggur???? hahaha panik lah tu. Baring dalam 10 minit baru aku ada tenaga balik...En Win pandang muka aku sambil geleng2 kepala.  Aku tahu apa dalam hati dia mesti tengah kutuk aku kaw2....tapi dia malas nak perli jer...hahahaha




Giler merah muka aku waktu ni...berpeluh2 satu badan...orang teruja mmg macam ni. Kesian aku tak pernah dapat basikal tu yang jakun sekejap. Rehat dalam 1/2 jam semangat aku datang balik...jom round2 kat kawasan rumah jer. Suami tersenyum kambing....lantak lah nak senyum harimau pun aku tak kisah.



Gaya tetap tak nak kalah...hahahhaha

"MAJU LAH SUKAN UNTUK NEGARA"