Nuffnang Advertisement

Wednesday, January 29, 2014

Busy part 2



Bukan main cite pasal busy pun ada part 1 and part 2. Aku kan manja suka jer mengadu kat korang...malas aku nak mengadu kat En Win asyik bertekak jer baik aku ngadu kat korang kan..... lagi best...nanti ada jer kata2 semangat korang bagi...hahahahaha.


Semalam ngadu kat korang pasal Yaya malas tuisyen. Macam ni citenya. Yaya sekolah pagi...sekarang pulak dah aktif sukan..habis sekolah kul 1.00 petang....lepas tu kena datang balik sekolah kul 2.45 pm ada latihan bola jaring...dia dipilih untuk pasukan sekolah. Itu takpe lagi...aku dah cakap dengan En Win habis sekolah kul 1.00 biar dia duduk jer sekolah sampai kul 2.45 pandai2 lah nanti dia makan kat kantin ngan2 kawan. En Win tak bagi dia cakap anak dia tak ada kawan..Yaya mengadu dia duduk jer kat tandas sampai kul 2.45pm sebab tak tahu nak buat apa....kawan2 dia semua balik rumah. Korang panas hati tak dengar..ngada2 yang pi duduk dalam tandas tu buat apa...duduk lah kat kantin or library mana tak rasa nak tampar jer. So En Win bila dengar benda2 macam tu cepat lembut hati...aku dah angin siapa suruh duduk kat tandas macam tak ada benda lain pulak boleh buat....geram kan rasa nak tunjal2 budak ni. Ok so En Win pun sanggup ambik dan hantar anak dia gi sekolah. Habis sukan kul 6.00 ptg...lepas tu mengadu letih. Tuisyen kul 8 sampai 9.45pm tak larat bangun...balik tu aku dah siap2 bagi makan dan suruh rehat dulu...eh! bila cikgu on the way nak datang rumah dia boleh melalak2 tak nak tuisyen alasan letih dan mengantuk. Kalau korang naik hantu tak??? bapak dia boleh sokong "takpe lah sian dia letih..biar I call cikgu cakap cancel tuisyen hari ni". Telinga aku dah terbakar...start bertekak ngan En Win. Pasal dia sorang kecoh satu rumah....kesudahanya cancel class tuisyen. Aku malas gaduh ambik beg terus gi Gym...


Part 1 selesai...hahahah. Ok bila En Win sibuk ambik dan hantar anak gi sekolah...staff pulak asyik sms masalah itu ini...aku pulak bising dapur tak cari2 lagi....tetiba En Win meletop hantar sms ayat power giler kat aku....Eh! ini boleh mendatangkan marah...maka terjadi lah berbalas2 email...bertubi2 serangan balas...hahaha. Berair lah mata aku sekejap...aku lagi sibuk sampai putus2 tali selipar aku terkejar sana sini uruskan semua benda. Last2 aku juga yang kena handle hal dapur tu. Dah petang macam tu...En Win whatapp aku...dia kan cepat lembut hati dia dah marah aku berbakul2...boleh pulak hantar whatapp "Miss u Ma...malam kang kita kopi2 ya" puiiiiii pujuk ngan kopi jer...I tak pandang ok...bagi lah sebiji charm Pandora baru I maaf kan...hahaha.


Kalau pikir secara logik bukan tak boleh bawak berbincang tapi hati dua2 dah panas...staff buat hal...anak buat hal...itu yang meletop terus. Macam aku cite semalam bila sampai rumah tegur dan borak2 macam biasa walaupun hati dua2 masih berbuku. Selalu macam ni lah malas nak bertekak lama2...buang masa jer. Lagi pun tak suka gaduh2 depan anak2...yang bestnya kita orang akan gaduh benda yang sama...sampai sekarang tak pernah selesai dan tak pernah cuba nak selesaikan...kahkahkah.


Orang dah lama kawin macam ni kot...rasa malas nak merajuk...malas nak ungkit2...malas nak bertekak...malas nak berkira2 pasal duit ni...makan pun macam tu jugak kau ada duit lebih kau belanja kalau aku ada duit lebih aku belanja...macam tu lah kaedahnya. Kalau aku gi market mmg sah2 aku yang bayar...malas aku nak call "Pa tadi gi pasar RM189.00 nanti u bank in ya" nando sama2 makan apa yang nak berkira...kang part lain u pulak bayar...senangkan. Benda2 macam ni kena tolerate lah sikit kalau laki jer bayar...mati lah ooi. Kata dah kawin...dah janji sehidup semati...jadi susah senang sama2 lah ya. Kalau gaduh hal kecik2 diam kan jer lah....tak yah ulang 80 kali...sejuk kan je hati tu sendiri...baru aman rumah tangga...ya dak!! amboi pandainya Kak Ton bagi nasihat...padahal Kak Ton selalu merajuk tapi Kak Ton diam jer lah cuma mata jer menjeling....hahahahahahaha.


Ok itu jer nak ngadu!!





Tuesday, January 28, 2014

Busy


Hujung bulan tuan belog busy...banyak benda nak prepare banyak benda nak kena handle. So dua tiga hari ni tak dapat lah nak update walaupun melambak cite nak story kat korang. Walaupun gambar tuan belog kat IG begitu ceria jgn terpedaya aku sekarang ni tengah serabut handle banyak benda. Kepala tengah serabut ni!

Yaya dah start buat perangai malas tuisyen...En Win terlampau lembut hati...aku yang naik hantu kat rumah ni. Leher dah terkehel sbb Kickboxing dan  body toning punya pasal. Dah bertampal nak pusing kepala pun sakit. Dapur pulak tiba2 meletup kaca habis berderai...dah dekat seminggu tak dapat masak...tak suka kesian budak2 asyik makan luar. Nak gi beli dapur pun tak ada masa...aku ngan En Win busy macam lipas kudung. Serius busy dan tahap kepenatan yang kalau bagi bantal, kira belum sampai 3 dah berdengkur. Tayar kereta pulak botak nak kena ganti...dua tayar pulak tu mampus nak guna duit lagi. Aircond dah time untuk service. Puspakom lorry dah mati....minyak keta pulak dah macam air asyik habis jer....semua masalah datang sekali macam ni...tu yang kena tarik nafas handle dan bayar satu2. Dapat gaji...bila bayar sana sini tinggal cukup2 jer...giler betul zaman sekarang semua benda mahal. Tadi pergi pasar beli barang untuk seminggu takut tahun baru cina banyak kedai tutup...giler untuk seminggu belanja pasar RM200.00. Itu bukan salah sesiapa salah sendiri sebab makan nak ketam dengan udang jer...ok! itu tak boleh merungut.

Bulan 3 ni kes mahkamah pulak dah start...mintak2 boleh menang..ataupun dapat settle luar mahkamah..malas lah nak gaduh2 ni...kau baiki rumah aku...aku bayar lah duit korang  tak susah kan. Tak payah nak panjang cite.... settle cari baik...nyampah nak hadap hal2 mahkamah ni.  

Gaduh dengan En Win sudah pasti kali ni tak bertekak...SMS jer. Lepas tu bila balik masing2 muka selamba macam tak ada apa berlaku..padahal gaduh kat sms masing2 ayat power giler...hahaha. kadang2 bila dah lama kawin kan nak merajuk pun dah tak ada masa...lantak lah korang pujuk hati memasing. Gaduh benda yang sama kalau bukan hal anak2...hal company...benda yang tak akan pernah settle selama2nya sebab memasing nak menang. Lantak lah janji waktu tidur pegang tangan....kahkahakah. DUGAAN!!

Ok lah chow dulu...masalah dah selesai tuan belog update lagi ya....


Friday, January 24, 2014

MG Movers Annual Dinner

Tulis nak gempak jer Annual Dinner...mesti korang bayangkan sambutan kat hotel lepas tu ada cabutan bertuah grand prize dapat bercuti di Bali....kahkahkahakah.

Semalam first time MG Mover jemput semua staff makan2 sempena tahun baru. Actually aku ngan En Win dah lama terfikir nak buat makan2 ni tapi tak berkesempatan ada jer hal selalu. Semalam baru dapat berkumpul dengan staff MG Movers. Bangga wei! selalunya boss yang belanja aku makan sekarang turn aku pulak belanja makan staff dari company sendiri...nampak nau eksyen nya...hahahaha. InsyaAllah kalau staff workhard dan ada keuntungan kitaorang berjanji akan beri bonus tahunan kalau ada lebih lagi rezeki kita boleh buat family day. Baik korang kerja keras....kalau tak nando ya.



Puas aku dengan En Win pikir nak bawak makan mana...takut tak kena dengan citarasa masing2. Pikir punya pikir teringat makanan arab...ok semua berkumpul di Hadramawt pukul 8.30 malam



Dinner malam ni tak ada nak ngada2 cite pasal bisnes atau nak cite pasal kesalahan staff...malam ni kita enjoy borak2 pasal life masing2. Waktu ni korang boleh bully En Win order bebanyak biar dia bayar...hahahaha aku suka.



Boss jer boleh bawak anak...staff tak boleh nanti budget lari. Yaya balik jer dari dinner terus sound En Win

Yaya: Pa...Papa tahu kan Yaya nak jadi fesyen designer

En Win: Tahu...kenapa Yaya cakap macam tu

Yaya: Tak lah...Yaya takut papa suruh Yaya jadi driver lorry

Kurang asam punya anak...dia boleh terfikir sampai kesitu pulak...habis siapa aku nak harapkan nanti of course suami korang yang kena jadi driver lorry nanti...hahaha.



Kitaorang ada dua jer staff perempuan yang lain semua lelaki...tu yang asyik kena bully jer 2 orang ni.



Time to makan2.....Kak Ton tetap mengamalkan diet walaupun hari ni "Annual Dinner". Kak Ton sampai demam tau sebab asyik gi Gym tak berhenti2. Semua badan sakit2.  En Win dah risau giler "Ma tak yah lah susah2 nak kurus...i tak kisah lah u gemuk macam Adibah Noor pun" Iyolah tu nanti aku gemuk kau larikan.



Share ramai2...appetizer katanya



Mandi Chicken



Kitaorang order dan letak kat tengah2...share ramai2...semua makanan boleh rasa. Bagus staff aku ni perbelanjaan berhemah....



Nasi Beraini kambing



En Win ni bila di office dia boleh menjadi seorang boss yang paling sporting dan sekelip mata boleh bertukar menjadi harimau jadian. Dia kalau sound staff mmg pedas punya...jangan nak bagi alasan yang bodoh2 dengan En Win mmg staff akan kena kaw2 nanti. En Win handle bahagian sales.... bahagian sales mmg masak lah tiap2 hari kena soal jawab dengan laki aku  ni. Bila En Win call aku dan mengadu perangai staff yang memeningkan kepala aku kena jadi pendengar yang baik kalau tak dengan aku sekali dia maki...lepas tu aku akan nasihatkan baik2....risau gaks mulut lazer laki aku ni. Tapi one thing good En Win ni kalau dia marah hari ni...hari ni jelah jarang dia nak ungkit sampai esok. Cuma staff jer lah kadang2 terasa hati. Korang kena banyak belajar pasal boss korang ni. Dia baik hati tau....kitaorang tak ada hal...sales bagus...dengan korang sekali dapat hasilnya.



Pipi Kak Ton masih bulat...venchi!!

Walaupun En Win garang tapi aku rasa aku lebih garang kot....aku kena garang sebab aku menjaga kewangan Company...aku yang kena pandai pusing2 duit untuk membuat semua bayaran setiap hujung bulan. Tapi aku jarang marah staff  aku banyak bergaduh dengan En Win kalau minggu tu duit tak banyak masuk dalam account....aku dah start tension....kalau duit tak masuk maknanya sales tak kuat...mmg masak lah En Win aku bebel. Bukan senang kerja suami isteri ni ya....mmg bergaduh jer lah jawabnya sbb masing2 nak tunjuk betul.

Korang nampak tak yang sebelah aku pakai tudung tu...nama dia Intan. Dia staff pertama dan mula2 bekerja dengan Mg Mover. Dari seorang staff sekarang MG Mover semakin kukuh...alhamdulilah kami dah ada 10 staff buat masa ini.



Amboi korang bully boss suruh order kan.



Dua budak remaja dalam gambar ni...sangat2 penting untuk Company ya. Kalau ada sales banyak pun tapi tak ada 2 orang budak ni company tak boleh bergerak. Ini lah Packers MG Mover....bila ada Job jer selas akan inform dengan operation team....yang hujung sebelah kiri tu head of operation. Head operation akan informed budak2 berdua ni supaya bersiap sedia dengan team packers masing2. Head operation juga akan sediakan material seperti kotak, alatan untuk digunakan waktu permindahan...memastikan lorry dalam keadaan baik dan last sekali susun schedule untuk driver dan packers. Salah sorang buat silap atau tak angkat phone waktu boss call siap lah korang...hahaha



Staff MG Movers



Yang tunjuk tangan peace tu...korang jangan main2 ya MD tau.



Biasalah Company mana yang sentiasa ada untung...ada turun naik jugak.....so kena banyak2 bersabar. Kadang2 rasa nak give up pun ada...tapi kena lah support each other. kalau aku lemah En Win kena kuat macam tu lah sebaliknya.



Makan2...hari ni boss belanja



Ok yang tengah2 tu staff baru....MG Movers melangkah setapak lari kebahagian Transport. Jadi kilang2 yang nak cari Lorry korang boleh menghubungi MG Movers mulai sekarang.



Dinner malam tu we having so much fun...gelak2...kutuk2 yang kena perli jangan cakap lah. Dalam sesuatu pekerjaan korang tak boleh kedekut untuk buat sorang2...teamwork kena ada barulah Company senang nak bergerak.



Operation Team. Yang paling kanan tu Abang Zainal our Lorry Driver...paling sporting dang buat masa ni tak pernah mendatangkan masalah untuk Company. Good job Abang Zainal. Seorang bunga yang terselit kat tengah2 tu nama dia Sha...membantu banhagian operation...



Over korang ya



Sales Team. Dua orang yang berdiri tu jaga bahagian Movers Puan Intan dan En Daeng. Yang duduk tu En Khairil bahagian Transport dan baju hitam tu laki den...ketua sales



Us!! MG Movers Team

Hope korang boleh support kami....InsyaAllah MG Movers akan beri yang terbaik. Berharap sangat tahun 2014 memberi sinar baru dan MG Movers kami akan bertambah maju.

FB
 
untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi Sales team kami di talian :-

Office No : 03-6257 4995
 
En Win - 012-355 9085
 
Intan - 016 343 4057
 
Daeng - 012-642 4581
 
Email
 
 


Thursday, January 23, 2014

Jualan Hebat


Tak ada jualan hebat mana pun 2 barang jer nak jual. Semalam susun2 beg bagi cantik...keluarkan kejap beg2 tu semua bagi masuk angin sikit. Beg kena jaga gaks especially kalau kulit takut kalau simpan tak keluarkan.... nanti kulit beg tu boleh mengelupas. Macam ni lah perangai aku...setiap minggu aku akan bukak almari tengok koleksi handbeg sampai idung kembang2 tanpa puas hati. Waktu susun2 beg tu tiba2 tergerak hati pulak nak jual beg dengan wallet. Jangan bimbang aku tak jual mahal diskaun more than 50% korang kalau berminat email ya. Interested buyer jer email...email kutukan tidak diterima....hahaha.



Beg Fendi harga kedai RM3200.00...kalau nak tahu berapa harga aku bagi diskaun sila email ya.



Cuma bahagian tali tu ada benang terkeluar sikit tapi boleh gunting aku jer yang malas nak buat. 



Bahagian dalam masih elok lagi. Aku mmg jaga handbeg...bukan senang nak dapat ooi....jadi bila dapat harus aku jaga elok2.



Wallet Prada ni aku pakai sekejap jer lepas tu simpan dalam almari. Harga kedai tak silap aku RM2900.00 macam tu....nak tahu harga diskaun sila email...hahaha



Bahagian dalam pun masih elok lagi.

Kalau korang berminat nak sambar mana2 beg atau nak book dulu cukup bulan baru bayar sila email ellyirfan@gmail.com. Jangan bimbang aku tidak akan melayan pertanyaan Filla dan Peej...kali ni aku bagi peluang untuk korang pulak...hahahahaha.


Wednesday, January 22, 2014

Studio 8 - Zumba


Amboi sejak dua menjak nak jadi Rozita Che Wan gigih aku bersenam kan...hahaha. Eh! aku bergurau jer tau korang ni bukan boleh aku cakap over sikit ada jer cebik2 depan screen computer ni kang...aku nampak korang jebik2 sambil jeling kan...hahahaha.

Kalau di beri pilihan berlari atas Treadmill atau menari  aku lebih prefer menari2 ni. Kalau guna alat2 mesin ni aku cepat boring. Aku lebih suka class yang fun2 nak pulak diorang pasang lagu best2 walaupun aku tahu aku menari macam kayu tapi aku tetap rasa hebat....tetap rasa Jlo....hahahaha.

Dari tahun lepas aku cari kelas Zumba dengan Cardio ni tapi tak jumpa kat area kawasan rumah aku. Lagipun tahun lepas masa tak mengizinkan dan waktu tu tak rasa diri tu gemuk sangat jadi acuh tak acuh jer lah...haha. Bila seluar kerja dah tak muat baru aku sibuk google dengan penuh gigih.



Google punya google terjumpa website studio 8. Cantik sangat lah dekat area2 kawasan rumah aku Setiawangsa. Harga sangat2 berpatutan...harga dan schedule aku terangkan kan kat bawah nanti...harap bersabar bagi tuan belog tayang muka dulu.



Laki aku siap geleng kepala tengok aku bersiap...dengan jam beg bagai....botol air jer tak dapat nak beli lagi pakai anak punya. Sekarang pantang nampak kedai sukan nak singgah jer. Baru lah semangat kan pakai lawa sampai bersenam...tak over kan. Kasut kalau boleh nak tukar2 colour tapi En Win tak kasi dia kata aku melampau...jeles lah tu.




So far aku dah join Zumba Music dengan Kickboxing. Cardio belum lagi. Giler menari 1 jam tanpa berhenti...terkeluar2 lidah aku. Tapi giler nak berhenti malu lah aku...kata Jlo...haktuiii. Dah lama badan tak berpeluh asyik duduk kat aircond ni baru ringan sikit rasa badan....sekarang sebelum tidur pun dah kurang berangan letak jer kepala terus berdengkur lantak lah En Win cakap sorang2. Dulu dia buat aku sekarang turn aku pulak.



Majoriti melayu dalam kelas ni....cuma aku tak berapa kenal lagi dengan diorang tak boleh nak tunjuk sikap lawak lagi. Korang tau lah aku kan suka ketawa...bila tak dapat ikut step jer aku gelak sorang2 yang lain serius jer terus aku tertunduk malu.



Semalam first time aku join class kickboxing....best giler peluh meleleh2...serius best sangat. Walapun aku lembik waktu menumbuk dan  berapa kali cikgu tu ajuk2 cara aku menumbuk tapi tak ada hal lah.... lagi 2 minggu tengok terror tak terror.....hahaha. Waktu menendang dengan badan2 aku sekali terpelanting. Orang semua tak bergerak waktu menendang aku jer yang terhuyung hayang. Kahkahakah...gelak untuk diri sendiri.



Hebat peluh menitik2...semua bahagian keluar peluh...kau mampu!!



Zumba Team



Ok meh aku terangkan fees Studio 8 ni.



Korang nampak tak timetable kat atas tu....ada zumba class....kickboxing....Yoga dan Aero Dance. Semua class ni korang boleh join dengan hanya membayar RM100.00 sebulan. Murah kan!! semua class tau korang boleh join...hebat sangat kan. Instructor semua bepengalaman.

Alamat dan no telefon ada kat schedule tu...siapa yang duduk area Setiawangsa...meh  lah join. Dari duduk rumah baik menari kan...come! Come! kita sama2 bersenam dan amal kan kehidupan yang sihat. Amboi! hahahaha


Tuesday, January 21, 2014

Konpem air liur korang meleleh...

Aku mmg mengaku last year dan awal tahun ni aku tak jaga pemakanan langsung...aku ngan En Win asyik makan jer...tengah malam aku sebut jer lapar En Win pandang aku...aku pandang En Win terus salin baju cari makanan. Tak kisah lah pukul berapa pun walaupun dinner melantak 2 pinggan nasi...itu belum lagi nasi anak yang tak habis aku sapu gaks....sambung lagi makan kul 12 malam kang. Menakutkan betul....lepas makan tidur.  Hati senang lah katakan...asyik bergelak jer mana angin tak masuk mulut...tu yang asyik lapar je. Senang jer kan salah kan angin pulak. 

Aku perasan badan aku dah berisi...kalau pakai sleeveless lengan besar gedabak...nak sedapkan hati pergi tanya laki sendiri...mmg lah dia jawab tak gemuk sebab dia nak aku temankan dia makan. Aku pulak selamba kutuk dia..."Pa u dah gemuk sangat ni...tak lawa"....selamba jer dia jawab "Tak kesah2".

Korang bayangkan seminggu sekali aku akan pergi kepasar beli ayam jer dah 2 ekor, ikan merah dan ikan jenahak itu paberet aku ngan En Win, Daging, ketam, udang plus rencah2 udang kecik2 lah, sayur, telur memacam lah aku beli. Masuk hari keenam selesai...hari ahad makan luar...syabas!! Hujung minggu mesti gi Giant beli Roti, keropok, juice, cekelat, biskut bagai penuh satu bakul...yang benda2 ni konpem 3 hari selesai. Mana tak naik berat badan aku...itupuan aku tak perasan lagi. Sampai lah satu hari aku nak gi kerja satu seluar pun aku tak muat  lepas sampai peha jer...baru rasa nak pitam...baru rasa bersalah. Waktu tu rasa nak tumbuk2 perut bagi lemak pecah. Dulu seluar saiz 26 sekarang 28 pun muat2 jer. Dulu saiz M sekarang dah beralih L...syabas!!

Baru rasa bersalah kat badan sendiri....sekarang aku dah register zumba music seminggu 3 kali (esok aku cite pasal zumba ya), dah tak makan dinner, Jogging setiap hujung minggu. Aku nak pastikan seluar size 26 tu muat balik dan kembali ke size M. Tak berani nak timbang berat badan takut aku menangis kat situ jugak...siapa pulak nak pujuk aku nanti. Kesian En Win dah tak ada teman makan sekarang puas ditiup bau makanan tu kat muka aku...tapi aku masih boleh bertahan..."Pa u jangan kacau boleh". Walaupun u cakap suka badan i montok...tapi i tak suka i suka terkeluar tulang...bila hempap terus patah.

Meh la...cuci mata gambar makanan sebelum aku start diet..



Steamboat kat Jalan Yap Kwan Seng. Nama kedai tak ingat korang pepandai lah google ya.



Ini namanya nasi goreng bodoh....sebab masak dia senang bebenor. Cili merah dengan telur jer. Jangan nak ngada2 mintak resepi. Walapun nasi ni masak dia simple tapi sedap nak mampus aku boleh makan berpinggan2...giler!



Restaurant baru buka kat Ampang Point...tingkat 2. Sedap giler...rekemen kedai ni kat korang tak menghampakan. Eh! orang gemuk mmg semua sedap...hahaha



Pancake laki den.



Pancake Yaya



Kak Ton punya. 



Ingatkan bila makan heavy bekpes dah tak yah masak lagi...tetap di bully suami dan anak2. Asam pedas, kari daging, telur masin, sambal belacan dan ayam goreng kunyit....licin!



Waktu ni celebrate Liza ngan Jas punya Birthday....Pizza Uno Taman Tun



Fried Mushroom



Pizza and Spagetti



Salad



Ini tak ingat bila...masak nasi lemak memalam. Udang Petai in d houze



Ayam berempah



Sekarang aku stress nak turun kan berat badan....huaaaaaaaaaaa