Nuffnang Advertisement

Wednesday, December 17, 2014

Staff Mg Movers


Khamis lepas bawak staff Mg Mover gi makan2. Biasalah penghujung tahun boss kena lah appreciate staff. Tanpa diorang Company tak boleh bergerak dengan sendiri. Alhamdullilah dah hampir 2 tahun diorang ni dengan bekerja dengan MG Movers. Ada juga lah staff yang berhenti tapi itu perkara biasa bagi mana2 Company.

Nak handle staff ni bukan perkara yang mudah. En Win jenis yang cakap lepas dia tak peduli samada kau kecik hati ker, merajuk ker janji dia dapat sampaikan message. En Win jenis kalau nak bercakap dengan dia makesure korang ada fakta yang betul kalau main cakap jer mmg kena tembak kaw2 lah. 

Aku pulak jenis yang lembut...aku kalau En Win marah staff aku rela lari jauh2 sebab aku tak suka dengar benda2 macam ni. Aku akan masuk campur hal kewangan jer. Kerja aku hanya tembak En Win kalau dalam bank merosot...start lah aku tanya itu ini. Aku jenis tahu nak untung jer rugi aku tak nak dengar. Aku tahu Company kena buat duit kalau merosot sila sediakan jawapan.

Bekerja laki bini ni bukan perkara yang mudah...tapi sekarang aku dah boleh bertenang sikit...sebab aku ngan En Win jenis sama2 nak menang...masing2 ada pendapat sendiri. En Win tahu masalah Company aku jenis hanya nak tahu keuntungan...alasan2 mengarut dari En Win aku tak nak dengar. Itu yang selalu bertengkar....last2 En Win bawak aku keluar kitaorang berdua melantak ice cream...baru boleh bercakap elok2 bercakap dari hati ke hati.....hahaha.

Dalam bisnes ni bukan sentiasa ada keuntungan...kenkadang nak bayar gaji staff pun tak cukup duit tapi kena lah pandai2 pusingkan. Aku jenis gaji staff kena bayar ontime sebab aku faham staff hanya bekerja dia tak peduli Company buat duit atau tidak dan itu bukan masalah mereka pun dan kita sebagai majikan kena faham jugak kedudukan staff2 dibawah kita.

So far dah 2 tahun aku boleh nampak perkembangan Mg Movers. Belum pernah terjadi lagi tak bayar gaji staff. Cuma duit banyak rolling beli aset untuk Company. Korang kalau nak bukak Company aku nasihatkan fikir masak2 sebab bukan senang untuk berjaya. Kitaorang ni pun kenkadang putus asa tapi kena support each other.

Tak ada satu bisnes pun bukak2 terus untung...atleast ambik masa setahun baru boleh duduk dengan selesa tapi itu untuk perniagaan kecil2 lah...perniagaan yang agak besar macam Mg Movers ni atleast dalam 5 tahun baru korang boleh tengok result Company ni...ya 5 tahun sila telan ailio. Janganlah nak temberang bukak bisnes terus kaya.

Aku dengan En Win dah macam2 perniagaan kitaorang cuba...banyak gagal dari berjaya. Tapi kena lah bertahan adat bisnes mmg macam ni ada untung ada rugi. Pengalaman dan pengurusan paling penting dalam perniagaan. Berniaga ni korang kena berani kalau takut rugi jangan masuk dalam bidang ni. Lagi elok korang kerja makan gaji tak sakit jiwa...tiap2 bulan cucuk ATM duit dah ada. Aku ni sebab dah terjebak jer, duit dah banyak labur kalau tak teruskan mmg rugilah. Korang ingat senang ker nak rolling sana sini buat sakit dada jer. Tapi nak buat macam mana kalau tak kerja kuat rezeki tak datang golek2 kat kita. Jadi fikirlah sebelum buat keputusan. Cakap mmg mudah...plan mmg hebat2 tapi mampu kah kita menguruskan nyer?? 

Terima kasih kerana mendengar...ini sebenarnya luahan hati saya...kahkahakahah

   

Dulu boss yang bawak aku gi makan2. Bila boss cakap nak belanja jer suka sangat hati aku. Sekarang turn aku pulak kena belanja staff2 makan.



2 orang staff tak dapat join malam tu.



En Win sorang jer semangat pakai t-shirt Mg Movers

Malam tu makan kat Okaido depan Vistana Hotel. Sedap dan murah. Kedai ni Pork Free ramai gaks aku tgk boss2 bawak staff makan kat sini.



Butter Prawn


Kari Ikan Yu....rekemen sangat sedap giler



Kailan Oyster Sauce


Sweet Sour Crab



Ikan Masak Thai Sauce


Roti

Ok...malam ni rasa macam nak repeat tak tahan tengok gambar ni.

8 comments:

annapeje said...

kita pon telan air lio skali tgk n3 neh huhu fav place neh paling win mkn ketam bercili huhuhu

Chekgu Azrine said...

Good luck on ur bisnes sis elly...

Haffizul Iskandar said...

Roti tue... Sedap!

mamabeauty said...

lauk tu nampak sedap..

semoga MG movers terus maju..

home renovation said...

Kontraktor ubahsuai rumah kawasan kajang, bangi, cheras, serdang dan kawasan sekitarnnya. Membuat kerja-kerja memasang tile, plumbing, tabletop/meja dapur, mengecat DLL 》 BLOGFACEBOOK Hubungi: 0182233854 KHAIDIR

FadlinaMokhtar said...

Eh comey betui roti tu

aida marhaini said...

Hokkaido la kak elly, hehe. saya dulu selalu makan kat situ dgn family. ikan stim & daging black pepper pun sedap. butter prawn dia paling saya suka.

Cik Puan Eka said...

Semoga bisnes akak dan suami makin maju InshaAllah.

Sedpanyaaa. alamak roti tu mesti sedap cicah ngan chili crab tu