Nuffnang Advertisement

Tuesday, December 2, 2014

Koh Sa Mui Day 4 & Last Day


Day 4.... kitaorang ke Jetty sekali lagi. Cuaca agak mendung jugak tapi tak seteruk semalam. En Win kata redah jer lah sbb diorang kata ombak tak kuat macam semalam. Cuma air akan keruh sedikit sebab hujan.


Ini boat yang kitaorang akan naiki nanti selama 1 1/2 jam. En Win sebenarnya muka tak berapa happy dia bebel2 cakap setakat nak tgk ikan kat laut dia kena redah ombak....Eh! biar lah u mana tau cantik tau...anak2 semua suka. U sorang jer tak suka kat boat ni. Sila naik ya...sila joint aktiviti I dan anak2 pulak.



Sebelum bertolak diorang sedia kan bekpes dulu...tapi tak boleh ambik jumlah yang banyak takut muntah pulak nanti.



Aku dah sediakan awal2 pil mabuk untuk budak2 sebab ini first time diorang travel naik speed boat takut diorang tak boleh tahan nanti.



Waktu ni dah start mendung balik....sebelum kitaorang naik boat ni sekali lagi diorang buat announcement kata siapa yang tak nak join blh tarik diri sekarang tapi refund tak dapat balik. So kitaorang tekad teruskan...



Elok jer naik boat hujan turun lebat...En Win buat signal mata teruskan. Anak2 aku seperti biasa tak merungut sikit pun diorang happy jer memanjang. TETAPI!!!!!!!!



Kitaorang kena naik satu boat dengan pelancong negeri cina yang bercakap dengan bergaduh suara sama macam halilintar. Menjerit jer dalam boat tu. Elok boat tu nak bergerak hujan turun lepas tu menjerit mintak tukar boat. Boat yang lain semua dah bergerak boat kitaorang masih lagi kat tepi. Agent macam malas nak layan sebab diorang dah warning awal2 sebelum naik.

Eh! tetiba diorang decide tak nak pergi sebab cuaca tak elok kelam kabut nak turun. Aku ngan En Win perati jer kekecohan kat dalam boat...semua nak bercakap semua nak menjeri. Tetiba ada sorang agent tu datang kat aku....'We have to cancel snorkeling today"...Eh! mmg cari pasal lah dengan aku "Tomorrow we all go back already...i don't want to changed anymore...otherwise give me back my money" jgn main2 ngan aku. Sebab pelancong cina ni kelam kabut semuanya. Orang dari tadi dah warning awal2 suh tarik diri korang tak mau... sibuk nak naik gaks lepas tu menyusahkan aku anak beranak.

Lepas discuss ngan geng cina tu diorang setuju pulak nak gi balik...tapi rasa stress gila siap berpayung dalam boat. Aku perhati jer payung tu tercucuk kat anak aku jer...aku selamba jer sound. Yaya dah start moody sebab diorang menjerit complain kat dalam boat tu....aku rasa ini first time kot diorang gi snorkeling.

Hahahaha...ada sekali tu aku dah tak boleh tahan dengan suara diorang memekak aku pandang En Win dengan budak2 terus aku jerit...eh! diam arr memekak jer lah. En Win terperanjat...geng cina tu pun terperanjat. Tapi diorang ingat aku bercakap dengan En Win sebab suara aku kuat macam diorang jugak. Puas hati aku....giler sekejap aku kat boat tu.

Perjalanan hampir 1 jam memasing dah keletihan semuat tidur kat boat....boleh pulak perempuan cina kat sebelah aku tumpang tidur kat bahu aku....En Win dah gelak2...senyum2. Eh! ini sekali lagi boleh mendatangkan marah mmg x lah aku bagi bahu aku dengan penuh kasih sayang...aku tolak2 jer kepala dia ngan tangan. Lagi tolak lagi kau rapat ya....ayooooo pitam aku.



Cuaca mendung sepanjang perjalanan. 



Alhamdullilah kitaorang sampai dengan selamat.  



bila nampak ikan2 ni anak2 aku dah start excited


Pantai dia tak secantik di Similan Island..Phuket. Kalau dibandingkan dengan Redang...5 kali ganda Redang lagi cantik kot



yaya


Adik


Dah ready diorang terus menyelam nak tengok ikan



Hampa...ikan tak ada sebab air keruh



En Win kesian tarik anak2 ketengah laut sikit 



Pergi lah berjuang sayang......haha



Hampa tak nampak ikan lagi....aku yang feel bad sangat untuk budak2



Korang....kat sini aku kena sengat dengan obor2. Aku menyelam tetiba tangan rasa macam kena elektric...sakit nak mampus ya. Sebelum tu En Win dah warning nampak obor kecik kat laut tu tadi...tapi aku macam dengar tak dengar terus menyelam. Hambek terjerit2...sekejap jer tangan aku bengkak.

Petua orang tua2 kalau kena sengat dengan obor2 kalau ada pisang lenyek2 kan kat tangan yang terkena tu...kalau tak ada kau suruh sesiapa kencing kan kat tangan yang kena bisa tu...Eh! tak kuasa aku nak suh En Win kencingkan dia mmg menungggu jer tu. Nasib baik ada rawatan dari abng beach boy....aaaauuuwwww. Tapi still lah boleh rasa bisa tu.



Perwira yang tak sempat nak kencing kat tangan aku. Kang keluar hotline "Blogger di kencing di Koh Sa Mui" hahaha



Masih mengekalkan gambar bersilang kaki walaupun dilautan sepi.



Air yang tenang jangan disangka tiada obor2



Budak2 decide tak nak berenang lagi...ajak gi makan



Sian anak2 mama frust dan letih mendengar jeritan di boat tadi


Adik yang lincah pun menjadi lemah



Setelah berehat selama 2 jam di Ko Tao Island...kitaorang dibawa pulak ke another island tak ingat pulak aku nama Island tu. Boat berhenti kat tengah2 laut dan kitaorang berenang kat area2 situ.

Wah! best2 banyak ikan anak2 kembali happy balik


Lega sikit hati aku...




Nampak tak brother yang tak pakai baju kat belakang tu dia lah ubatkan tangan Kak Engku tadi...aaauuuwww



Happy Face...

Perjalanan balik tiada kekecohan yang berlaku di dalam boat...mungkin semua keletihan. Bagus aman aku anak beranak kat dalam tu. 

Sampai2 hotel semua membongkang tidur.



Malam terakhir di Koh Sa Mui...Aku dengan senang hati offer kan diri untuk belanja anak2 dan suami mkn best2 malam tu. Makan lah korang sampai puas.



Bulatnyer muka....

Last Day


Flight balik petang so ada masa manjakan diri dan manjakan anak2. Last day aku bagi diorang urut kaki...face massage. Relax sikit tak ada lah kelam kabut sangat. 

Tapi kan elok jer aku tengah aman damai urut badan kat pantai tu  tetiba aku dengar ada suara halilintar macam kat atas boat semalam. Rupanya perempuan yang tumpang kepala dia kat bahu aku tu....eeeee dia kat sebelah aku nak urut badan gaks....ayoyoyoyo


Untuk membuang masa lepas urut2...kitaorang makan2 lah restaurant tepi pantai tu






Itu jer cite percutian kami untuk kali ini. Tak sabar nak berhoneymoon berdua pulak dengan En Win bulan 12 ni.

Harap info yang Kak Engku berikan sedikit sebanyak dapat membantu sesiapa yang nak ke Koh Sa Mui nanti.


10 comments:

A.I said...

best tengok kowang anak branak. elly, rupa si kakak kan..betol2 mcm anak sulong aku masa kecik. opismate aku ni pun memula tengok aku bukak blog kau ni pun ingatkan gambar si along anak aku. hehe..sekali imbas la.. ;)

tang yg mengencing tu mmg lawak la beb. haha..'blogger dikencing' :P

FadlinaMokhtar said...

Kak engku.teringat pulak masa saya p phuket dulu.pun ada kes satu boat dgn geng cha ya nun ni.dari dalam van dah memekak.lepas tu dlm boat sepanjang2 tu menjerit2 jer keje.stress kitaorg.huhu.suara dorang jer la dalam speed boat tu.
FAD

Elly said...

A.I aku nak cakap dari dulu tapi I malu2 kucing. Tapi nak cakap gaks...aku nak tabik spring kat kau lah sbb hidup ceria jer walaupun ada macam2 masalah. Kau perempuan yang sangat kuat selalu bg inspirasi kat aku. I lap u lah

Nana Sharia a said...

hahhaa prc mmg mcm tu kat mana2 ard the globe dorang tak reti nya behaved. sukati je potong queue kecoh nak mampos. kalau saya saya sound aje setepek dorang kene dibuat mcm tu kalau tak tak paham
bahasa.

annapeje said...

petua lain kalau kene obor obor orang cakap simbah dengan coke huhu

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

hihi kelakar baca kes cina tido kat bahu :)

A.I said...

huhu....berlinang lak ayer mate aku beb. TQ..TQ...(kene kuat demi anak2 kannn).. lebiu too!

memoh4 said...

Population tuh mmg terkenal cakap menjerit-jerit. Potong queue.
Saya kalo check in flight siap mention TAK nak duduk dgn group diorg.

sweet_saya said...

i loike review vacay kak engku.. malam semalam dah gtau husband mcm kene kumpul duit ke sana... hihhi

cik gObu said...

hahahah serius ketawa je baca entry ni

keep it up!!