Nuffnang Advertisement

Monday, December 8, 2014

Jadual...


Tajuk entry giler hebat...penat lah nak pikir, boleh lah kan janji ada tajuk. Sebelum aku ngan En Win start bercuti banyak giler benda yang aku kena settled...ya aku sorang sebab En Win dia mmg tak akan fikir benda remeh temeh macam ni. Dengar pun dia tak nak... dia cuma tahu semua benda berjalan dengan lancar jer....nyampah.

Semakin dekat nak bercuti berdua ni rasa sedih pulak sebab nak kena tinggalkan anak2. Waktu buat booking bukan main kata nak berhoneymoon bagai...nak luangkan masa berdua jer tanpa anak2. Makin dekat rasa macam tak best pulak sebab anak2 dah besar tak susah pun kalau nak bawak tapi camne....Ok ini last Mama jalan berdua2an lepas ni no more....huhuhuhu.....mama janji!!

Seperti biasa Kak Engku akan list kan benda2 yang kena bayar, benda apa yang nak dibawak, kena prepare barang sekolah anak2, register tuisyen, bayar deposit mana yang perlu, beli buku sekolah, buku latihan dan macam2 lagi. Hujung minggu ni mmg agak busy sikit uruskan hal anak2.

Itu belum lagi kena uruskan itinerary untuk travel....train apa nak naik, book bus, book hotel, beli ticket transfer dan macam2 lagi. Ya semua tu Kak Engku yang kena fikir sebab ini bukan bidang kuasa En Win. Aku tak harap sangat dia uruskan benda2 ni semua.



Last week beli kelengkapan sekolah anak2. Buku sekolah minggu ni nak beli. Tuisyen adik dah register, Yaya aku dah organised kan jadual belajar dia tahun depan, buku2 lama semua dah simpan dalam kotak, kasut sekolah buruk semua dah buang. Tinggal nak jahit lencana sekolah dan gosok jer.

Minggu ni nak prepare duit untuk bil2 rumah, Duit ASB, road tax kereta yang hampir mati, gaji staff, EPF, ubat anak2 sebelum pergi dan bermacam2 lagi....huaaaaaaa.

Next year...InsyaAllah aku akan keluarkan produk sendiri...sekarang dalam proses. Banyak giler kena uruskan. Takpe pelan2 kayuh.



Sementara free potong sekali rambut budak2 dah macam hantu Kak Limah aku tgk. Bukan main cita2 nak simpan sampai bontot. Tak ada makna...tiap2 hari aku kena cium sorang2 punya kepala. Kalau syampu bahagian bawah jer atas bukan reti nak tonyoh betul2.



Hambek aku suruh nyonya tu Zassss kasi pendek....hahaha. Muka bengang budak kecik ni.



Adik dari dulu aku perhati dia suka terbalik2 kan badan. Tak reti duduk diam asik terkangkang sana sini. Sayang kalau ada bakat tapi tak digunakan. Rasanya tak terlambat kalau aku register adik kelas gymnastic 


1st trial class di Kelab Darul Ehsan. Cuba masuk kan 2nd level class sebab adik ada basic ballet 



Wah! hebat sangat ni boleh kangkang straight...hahaha







Ok....cikgu cakap adik boleh terus ker next level sebab dia blh follow apa yang cikgu surh buat.

Next kita cuba selami kecenderungan Yaya pulak...so far tak nampak lagi...

ok nak sambung buat kerja.....


3 comments:

Nurzakiah Hanum said...

assalamualaikum
singgah isnin
sory hr nie bz sangat
x sempat nak komen ya

IeRA said...

salam singgah..

Jemput follow blog saya ye..tq

Diah Putrie A. said...

minta like nya ya kawan2 >> https://www.facebook.com/pages/Ikhlas-Collection/329104030608032?ref=notif&notif_t=page_invite_accepted .makasih :)