Nuffnang Advertisement

Tuesday, December 16, 2014

Hidy Butik


Kak Engku nak share dengan korang kedai baju dengan kasut yang Kak Engku pergi Khamis lepas bersama bini2 ku gangster. Dapat tahu kedai ni pun dari Filla. Rasanya macam teruja nak share dengan korang sebab kedai ni best....ya best sangat...hahaha



Butik Hidy terletak di 46, Lorong Dataran Wangsa, Dataran Wangsa Melawati.



Baju kat sini ala2 Punjabi tapi telah dimodenkan dan diberikan kelainan. Collection banyak menggunakan cotton dan linen. Sangat2 selesa...sesuai di pakai untuk kepejabat dan untuk bersantai2.  



Cantik kan....warna hitam tu boleh pakai dengan palazo berwarna putih dan hijau tu nak nampak classic pakai ngan kain batik dan accessories. Mmg kesukaan aku benda2 classic ni. 



Nampak selesa kan....serious baju ni mmg sangat2 selesa. Aku rasa untuk orang yang berusia pun sesuai dengan baju ni. Cutting baju ni sesuai dengan semua peringkat umur. Aku usha jer baju Filla pakai tu...ingat nak rembat satu gaks.



Bukan tu jer...Butik Hidy juga ada collection kasut dibawah jenama Cipela Shoes. Tiga2 terjebak beli kasut hari tu.





Ada berita baik Kak Engku nak share dengan korang semua...minggu depan 25hb December Hidy Butik ada buat sale up to 80% untuk kasut dan baju. Rugi kalau tak pergi sebab baju kat sini mmg sangat2 cantik dan berbaloi.

Korang pernah dengar tak perkataan atau ayat 'FUKUBUKURO'. Perkataan ni dari Jepun ...maknanya 'Lucky Bag'. Pada hari itu juga Hidy Butik akan menyediakan Lucky Bag untuk customer2 mereka.

Contoh macam ni...Nanti Hidy Butik akan meletakan 2 items didalam Lucky Beg samada baju atau kasut. Tapi diorang tak akan tunjuk design kasut dan baju yang ada dalam lucky beg tu tersebut cuma size kasut atau size baju akan diberitahu. Apa yang special pasal Lucky Bag ni...katalah korang pilih Lucky Beg yang berharga RM80.00 tapi korang akan dapat isi yang dalam yang berharga lebih dari RM150.00 dan setiap customer hanya boleh beli satu Lucky Beg sahaja bermula dari RM50 - RM200.00 dan percayalah sangat2 worth it. Hanya 110 lucky sahaja disediakan bermula dari 11.00 pagi. 

Kalau korang nak tgk2 dulu design baju Hidy butik boleh click IG @hidycollection dan untuk kasut pulak IG @cipelashoes senang nak shopping nanti. Jgn datang lambat sangat waktu sale nanti kang  ada terlopong pulak nanti.

Happy Shopping!!

6 comments:

Nurzakiah Hanum said...

cantik2 baju

Miss Moon said...

25 hb ya sale

harus aku terjah jugak

aku konpiden sebab nampak peej pakai ...harus size aku ada jugaks .

aku mmg minat baju yg menyembunyikan lelemak lelemak ku ini hahha

80% ya sale ........

nak nak nak

Farah Waheda Wahid said...

Macam menarik jer ni kak engku?

Nurulhuda Abdul Latip said...

Alamak cantiknya baju, saya suka fesyen baju macam ni..

Chekgu Azrine said...

Alahai dekat dengan rumah ni..mcm nak terjah je nih..hahaaha

yoorin melacolea said...

80% banyakk tuuu... sale sale hujung tahun ni.. alaaa... banyak nyeee.. asyik sale baju anak je.. ni boleh terjah untuk mak nye pulak.. kann