Nuffnang Advertisement

Monday, December 22, 2014

Entry terakhir....


Cepat betul masa berlalu....rasa sedih sangat nak tinggalkan tahun 2014. Banyak kenangan manis tahun ni. Apa yang dirancang...alhamdullilah kesampaian kecuali rancangan penurunan berat badan jer tak dapat tercapai2....hahaha.

Hari ni entry terakhir untuk tahun 2014. InsyaAllah minggu ini Kak Engku dah start bercuti...harap semua berjalan dengan lancar. Mesti korang rindu ngan Kak Engku kan...hahaha.

Tahun 2015 dan tersusun perancangan. InsyaAllah balik jer dari bercuti nanti minggu kedua Kak Engku aku keluarkan Skincare Produk. Perniagaan ni impian dari dulu lagi...atas support kengkawan akhirnya produk ni hampir siap. Harap2 mendapat sambutan nanti....hampir setahun Kak Engku analisa produk ini dan tiba masanya Kak Engku share dengan semua reader2. Ok pasal skincare nanti2 kita cite lagi yek.

Untuk tahun 2015...target Kak Engku hanya satu jer nak majukan diri dalam perniagaan. Benda lain Kak Engku nak hold dulu. Yaya tahun ni UPSR of course masa Kak Engku akan banyak tertumpu kat dia. Adik pulak dah start tuisyen dan Gymnastic class  so schedule Kak Engku untuk setiap hari mmg penuh. Harap bertabah jer lah.

MG Mover slowly Kak Engku harap En Win boleh uruskan sendiri. Harap En Win boleh handle semua....rasanya macam dah tak mampu semua benda nak dibebankan kat kepala ni.

Percutian utk tahun 2015 mungkin akan dibekukan sampai Yaya habis UPSR tapi Kak Engku dah ada perancangan untuk percutian 2016. Giler tak...eh! kena lah kalau tak macam mana nak kumpul duit.  

Target untuk berhenti kerja pada usia 40 tahun harap2 berjaya. Tinggal 2 tahun jer lagi nak capai target ni...jadi utk capai target yang diimpikan Kak Engku mmg kena bekerja keras dari sekarang.

Harap sangat tahun ni semua yang dirancang akan berjaya. Kalau boleh kita support each other terutama kawan2 rapat Kak Engku. Harap kita semua akan berjaya...takmo gaduh2 tau. Kalau boleh Kak Engku nak elak kan dari mendengar atau berkawan dengan orang2 yang bersikap negatif. Dari bercakap atau bercerita pasal orang lebih baik kita majukan diri. So kengkawan harap korang pun dah ada perancang untuk tahun 2015. Harap korang juga akan berjaya...jangan pandang ke belakang lagi jom kita sama2 maju kedepan....clap3 (sila berdiri dan tepuk untuk diri sendiri)...hahaha


Good Bye 2014...welcome 2015



Salam sayang dari Kak Engku dan Abg Toyib....Muaaaaaaaahhhhh

8 comments:

mamabeauty said...

enjoy your trip and welcome 2015

Jueliza Jamani said...

Kak elly ni buat suspen jer tau.. Selamat tahun baru kak elly...

Nurzakiah Hanum said...

sweet je sis
happy new year

Andra Xalia said...

Ala sedih la pulak baca. Take care, have fun and have a safe journey Kak Engku!

annapeje said...

happy holiday moga selamat pegi dan selamat kembali

Fairuz Jaafar said...

InsyaAllah kak elly, boleh berjaya! Saya juga target tahun 2015 nak majukan bisnes, majukan diri. Nak lebih berpikiran positif, hehe. Blog kak elly ni la saya suka baca, ada bab-bab pasal bisnes, travel. Bila kita tengok orang lain berusaha dan berjaya, kita pun terasa semangat nak teruskan usaha untuk diri.

InsyaAllah, Kak Engku kaya, berjaya, pemurah :) Amin.

Normala Suliman said...

All the best sis..

Normala Suliman said...

All the best sis. .