Nuffnang Advertisement

Wednesday, December 3, 2014

Birthday celebration


Masuk bulan 11 dan awal bulan 12 mmg kena ketepikan duit lebih sikit. 5 orang birthday dekat2...semua kena celebrate sebab dalam list birthday semua orang penting dalam hidup Kak Engku. Jadi bersiap sedia dengan kewangan yang mencukupi...hahaha



Celebration pertama di Redlobster Intermark Hotel, Kuala Lumpur (Intermark ni dulu adalah Crown Plaza). Sesiapa peminat Lobster sila lah datang kesini.



Birthday Ayah Melaka aka Bapak Saudara En Win yang aku dah anggap diorang macam mak dan ayah sendiri. Birthday Ayah pada 20hb November tapi waktu tu kitaorang berada di Koh Sa Mui. Kebetulan ayah datang KL, Selasa lepas terus ajak tidur rumah dan bawak dinner malam tu.



Kalau korang tak minat Lobster ada jer banyak makanan lain kat situ. Review aku pasal restaurant ni ok2 jer lah tak ada apa yang meletup. Harga bermula dari RM60 - hingga ribuan ringgit. Itu kalau korang pilih Lobster yang besar2 lah. Menu kat atas ni birthday boy pilih, tak silap aku harga dalam  RM107.00. Tapi boleh share 2 orang makan sebab potion dia besar



Happy Birthday Ayah..We love u so much.

Next


Birthday Mother in Law jatuh pada 24th November kitaorang masih di Koh Sa Mui waktu tu. Jadi postponed makan2 Sabtu lepas. MIL nak makan simple2 jer sebab nak bawak FIL aku sekali jadi cari yang tempat mudah parking dan senang nak bawak wheel chair.



Decide makan kat Cozy Corner di GE Mall. FIL aku macam tu jugak lah sakit tua. Dah tak boleh berjalan mmg semua benda MIL aku akan uruskan. Seminggu dua sekali En Win akan mandikan bapak dia. Makan pun sekarang dah bersuap sebab tangan tak berapa kuat sekarang. 

Masing2 ada tugas jadi mmg harap MIL aku menjaga FIL dirumah. Menjaga orang sakit ni bukan perkara yang mudah ia sangat2 meletihkan. So aku ngan En Win akan support MIL dari belakang. Bantu apa yang diperlukan. 




Dah besar budak kecik ni...kesayangan semua orang. Kalau jumpa berebut nak dukung. Tampar peha tu kang...baru tau.


Next


Birthday Abah dan adik lelaki aku
Abah - 26 November
Wan - 29 November


Berkumpul ramai2...anak cucu menantu sekali. Itu pun ramai yang tak ada. Dalam 16 orang jer. Kitaorang makan Chinese Food kat Regency Dorsett, subang. Kitaorang punya tema warna hari tu Biru dan Merah tapi boleh aku lupa suh anak2 pakai...hahaha



Sebenarnya banyak makanan lagi tapi ini jer yang sempat aku snap.



Abah ni 3 hari sebelum birthday dia mmg dia akan called tiap2 hari sengaja mengusik anak2 "lagi 3 hari ya"..."lagi 2 hari jangan lupa arr"

Hadiah aku dah belikan awal2...tapi dia cakap tu lain hadiah harijadi kena bg masa harijadi...Eh! macam tu pun blh ker. Adik beradik aku 6 orang. 5 perempuan yang last sekali lelaki. Makan2 kali ni adik aku no 3 tak dapat join bercuti di Langkawi.



Cucu2 Raja Kamaruddin



Menantu

Next


Birthday suami tercinta. 1 Dec 

Tempat makan aku suruh En Win pilih sendiri kali ni

En Win: Ma tahun ni I tak nak celebrate besar...tunggu next year umur I 40 tahun, I nak u buatkan I cake lorry...hadiah pun nak lorry

Eh! over sangat ni...ok En Win nak makan simple2 jer malam tu kat Ali Tomyam. Selamat duit aku...hahaha



Eh! tertipu ada juga tambahan dessert di Pavillion dan nak hadiah beg yang baru...beg tu holiday nanti kita beli yek...


Ok selesai dah semua celebration...sila tepuk pocket.

5 comments:

Nurzakiah Hanum said...

alhamdullilah happy bday

Farah Waheda Wahid said...

wahhh ramainya birthday november kak engku...he he he...me and my son too... #ehh kak engku ada tanya ker? ha ha ha, saja-saja nak panjangkan lagi komen...

Allene ALineWorks said...

boleh tahan gak harga mknn tu. tp sekali skala boleh la kot... =)

nor hayati abdul halim said...

meriah sungguh,murah rezeki kak elly =)

mamabeauty said...

Meriah sgts tu..

Happy Family anyway.. Alhamdulilah..