Nuffnang Advertisement

Tuesday, December 9, 2014

Bangun...Bangun....Bangun harimau bangun


Saya bangga jadi rakyat Malaysia...Kalah atau Menang lain cerita janji kita beri sokongan padu kepada pemain Malaysia. Aku bukan lah hantu bola sangat tapi kalau Malaysia main aku ngan En Win akan pergi ke Stadium untuk beri sokongan. Ini kali kedua kitaorang bawak anak2 gi Stadium bagi diorang tengok sendiri macam mana kita sokong dan sayang kan Malaysia....gitu. Kalau tgk tv kat rumah diorang buat tak tahu sangat....kalau bawak stadium biar diorang sendiri tgk dan rasa kan semangat sayangkan negara.

Kali ni aku ajak family Kak Pilla join sekali...lagi ramai lagi best. Kali ni biar bapak2 handle segala kelengkapan. Radie dengan En Win part ni bukan main pro siap beli jersey Malaysia untuk keluarga....itu i like...hahaha. Aku cuma tahu sarungkan jer. 

Walaupun tahu jem akan mengila...apa ada hal kan sekali sekala terperangkap 2 - 3 jam redha jer lah kan.



Kami memilih jersey Malaysia berwarna kuning.



Hidup Malaysia...Kami anak Malaysia



Awal2 Radie dah carikan tempat parking tak jauh dari Stadium Shah Alam


Team Radie memilih warna biru



Hambek kau siap panjat pagar sebab malas nak pusing jauh...nasib aku ada pengalaman ponteng sekolah. Tak ada lah malu sangat depan Radie...kira hebat lah aku ngan Filla selamba jer lompat pagar ni....hahaha


Turun pulak bukit...lompat longkang besar. Ini lah lelaki kalau buat plan habis semua diorang redah. Aku ni ada kelemahan balance kan badan aku tak reti nak seimbangan kan badan. Kalau korang suruh aku jalan atas titi walaupun titi tu besar aku akan tetap jatuh...titi tu tak bergoyang pun tapi ake sendiri yang akan goyangkan badan dan jatuhkan diri....hahaha. Ini cerita benar aku mmg ada kelemahan imbangkan badan.



Akhirnya sampai...wah! meriah giler



E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah aaa aaa
E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah harimau malaya
Harimau malaya


Nak bagi lagi semangat kita tampal muka pulak


Bila tgk gambar ni terus terasa bangga kat anak sendiri


Tetiba ada media datang mintak kanak2 semua berkumpul









Amboi Kak Pilla pun tak nak kalah nak jugak letak sticker kat muka. Habis budak kecik kat tepi tu dia cantas.


Comei2


Anak2 kecil Malaysia


Anak2 dewasa Malaysia



Aku tak nak komen corak permainan malam tu. Aku tahu aku cuma datang bagi sokongan untuk Malaysia



Ultras Malaysia

Aku nak berdiri dan tabik spring kat 'Ultras Malaysia'. Diorang punya semangat giler hebat dari pukul 6 ptg menyanyi tanpa henti sampa 11 malam. Ya...benda2 macam ni lah aku nak anak2 aku lihat semangat sayangkan Malaysia. Semangat Ultras Malaysia buat semua yang berada di Stadium bangun dan menyokong.



Sorakan jaring pertama



Kak Pilla lompat2 manja jer waktu ni...hahaha. I lompat tinggi sikit dari Kak Pilla


Walaupun kalah tapi kami bangga jadi Anak Malaysia.



Anak2 buah aku pun join malam tu.

9 comments:

Irfa said...

adik lelaki aku dlm kumpulan ultras malaya yang nyanyi2 tu, hihi

Nurzakiah Hanum said...

BESTNYA

nuui said...

Terima kasih KakEl. I salah seorang yang berada di kalangan Pesorak UM. :)

Menonton sebagai penyokong Biasa, dan menonton sebagai Pesorak Kekal lagi hebat perasaanya KakEl.

Jom Join Curva UM or mana2 negeri. 90 minit tanpa duduk, rehat. Chant dan menyanyi. :)

-anneikma-

nuui said...
This comment has been removed by the author.
Allene ALineWorks said...

wow.. meriah...

aquarius morius said...

Blogwalking sambil baca entri. :)

Aquarius recently post : Bagaimana akhirnya saya berjaya atasi masalah rambut gugur

Norma NML said...

semangat kesukanan satu family..thumbs up Elly :-)

Filla said...

elly sampai hati ko tak edit dagu aku... cisssssss!!!

Cik Iman said...

yeah semangat walaupun kalah