Nuffnang Advertisement

Monday, November 3, 2014

Reunion


Tak sure aku pernah cite atau pun tak yang dulu aku pernah belajar di ITTAR College. Ambik Course Diploma in Tourism Managment. Aku mmg minat bahagian ticketing, perhotelan, tour semualah yang ada sanggup paut dengan hospitality.

Lepas belajar aku buat practical kat Travel Agent habis jer practical tempat pertama aku kerja di Nikko Hotel...lepas tu Marriott Hotel dan Sheraton Imperial Hotel. Kerja hotel ni satu jer masalah nyer...waktu bekerja adalah shift dan weekend jarang dapat cuti. Untuk yang single aku rasa ok tapi untuk yang dah berkawin dan ada anak susah sikit kot.

Lepas tu aku bekerja di Meritus Hotel & Resort buat ticketing dan hotel booking untuk Resort dan International Hotel. Best sesangat kerja ni sebab aku selalu melancong untuk buat hotel inspection. Tapi aku cuma bertahan 2 tahun jer sebab waktu tu economic down dan gaji terpaksa diturunkan.   

Bila nak kawin aku decide nak cari kerja yang office hours yang weekend cuti dan pekerjaan paling senang ada lah secretary. Jadi aku ambik Diploma in Secretarial dekat Goon Institute. Alhamdullilah sampai sekarang aku seorang secretary


Minggu lepas Hani balik sekejap ke Malaysia...so kitaorang decide berkumpul dan makan2 hari Khamis lepas. Tapi tak ramai dapat join sebab memasing busy. Nevermind lah yang penting lecturer kesayangan kami ada Puan Halina.



Baju hitam tu lah Lecturer Tourism. Kiaorang mmg rapat giler waktu belajar dulu. Waktu tu umur kitaorang 18 tahun dan Puan Halina baru  25 tahun jadi macam2 benda kitaorang boleh share.

Cepat betul masa berlalu...rindu betul dengan masa lalu. Kitaorang sampai tak lalu nak makan sebab memasing sibuk tanya khabar each others. Puan Halina tak habis2 repeat ayat yang sama "I tak sangka korang semua lain sangat dah besar...especially Hani dulu diam jer". Jangan nak terdaya sangat Puan, Hani tu dalam kelas jer diam luar boleh tahan nakal ya.

"Elly...I tahu dia mmg nakal dari dulu suka bercakap dalam kelas tapi Hani ni I tak sangka lah dia boleh jadi model jadi penyanyi" hahaha. Kalau korang nak tahu Abby Abadi pun dulu sama course ngan kitaorang tapi sampai semester 1 jer sebab lepas tu dia sibuk nak join Elite.

Serius banyak kenangan manis waktu belajar kat ITTAR. Semuanya masih tersemat kat hati...terlalu banyak sampai tak tahu aku nak luah dan ceritakan. Satu kelas rapat giler. Tak pernah gaduh2 selama 2 tahun. Sama2 tak cukup duit nak makan. Sama2 buat assignment guna typewriter sebab waktu tu semua orang tak mampu beli computer.

Kalau sekolah Menengah dulu aku nakal tapi bila masuk College aku dalam fasa yang baru...fasa untuk berubah demi segulung Ijazah. Untuk Puan Halina dan Lecturer ITTAR yang lain terima kasih banyak2 kerana membimbing kami dan untuk rakan2 terima kasih kerana menjadi sahabat yang baik.

Nanti kalau ada masa aku nak share pengalaman hidup aku semasa di College...giler kelakar especially waktu belajar bahasa Jepun dan buat persembahan nasyid sewaktu semester 1. Kena bully dengan Senior dan terpikat ngan abg senior pun ada gaks.....hahahah






4 comments:

Farah Waheda Wahid said...

seronok bila reunion...

Nurzakiah Hanum said...

best kan jumpa kawan2 lama

ASMIDA MOHD said...

Tak sabar nk tau senior mane laa yg Elly minat tu....hihihi. Anyway its a good stories to share n of course life masa kat kolej mmg best...nice knowing you my dear Elly !

nor hayati abdul halim said...

wah mnarik..idea tuk sya tulis kt blog sya gak ni

yatishaklee