Nuffnang Advertisement

Friday, November 7, 2014

Resepi Vanilla Muffin


Hujung minggu lepas, kiddos ajak buat vanilla muffin macam kat Kenny Rogers tu. Eh! mencabar sangat ni task yang diberikan. Google resepi...senang sangat ni...hahaha. Bahan2 semua mmg sentiasa ada dalam simpanan. Dulu kalau beli telur 10 biji jer sekarang hambek satu papan besar yang 25 biji kena beli. 

Tapi bebudak ni pun dah boleh harap sangat. Kerja aku makin senang...Kak Engku cuma keluarkan bahan dan bagi arah jer...timbang kacau semua diorang buat. Tu yang sampai kulit telur pun boleh jumpa dalam cake. Bior lah situ janji korang happy!!




Bahan2

* 6 biji telur
* 100ml susu segar
* 2 sdk esen vanilla
*410 gm tepung gandum
* 3 sdk baking powder
* 1/2 sdk garam
* 250 gm gula castor
* 170 gm butter - cairkan

Tepung gandum, baking powder dan garam satukan dan ayak




Cara2

1. Dalam mangkuk besar, satukan telur, susu segar, esen vanilla dan gaul perlahan

2. Masuk kan bahan2 kering yang telah di ayak bersama gula dan gaul rata dengan spatula, jangan terlebih pukul

3. Tuangkan butter cair dan gaul sehingga sebati

4. Sediakan loyang muffin yang telah tersedia 'Papercup"




Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 20 minit atau sehingga masak mengikut oven masing2.



Siap!! 

Makan panas2 dengan Kopi O...pergggghhhh

Selamat Mencuba!!


6 comments:

Nurzakiah Hanum said...

bestnya rajin anak2 cooking

FadlinaMokhtar said...

Sampai atas table top si adik duduk.kihkih.syok la bonding cenggini bila anak2 dah besar :)
FAD

Azura Aziz said...

adoiii, meleleh air liur tgk muffin.. nasib oven kat rumah rosak, kalau x blk ni dah terus buat..

Mummy Putri said...

Sedapnye sis... kalau pegi kenny rogers memg wajib la mtk muffin lebih.. wah lps ni leh bt sendiri dh.. Elak dikejar pembunuh

Mummy Putri said...

saya pun dah buat. tq share resepi ye sis Vanilla Muffin Ala-ala Kenny Rogers

Shazwani Ramly said...

Kak Elly, bestnya sedapnya. Nanati kita pun nak try semua resepi yg akak share selama ni hehe.