Nuffnang Advertisement

Wednesday, November 26, 2014

Koh Sa Mui Day 2


Sebelum gi Koh Sa Mui aku tak arrange apa2 aktiviti pun untuk anak2. Maksudnya aku tak rancang apa2 pun sebelum pergi sebab aku tahu kat sana melambak agent boleh uruskan.

Budak2 ni bawak jenjalan sekitar town Koh Sa Mui ni bukan diorang minat sangat membebel jer nak balik hotel sbb nak berenang kat swimming pool tak pun nak gi Pantai. Eh! malas aku nak berenang 24 jam....tapi nak buat macam mana holiday ni pun pergi sebab nak bagi diorang happy....jadi kena turutkan jugak.



Sebelum aku cite aktiviti hari ni meh aku bagi korang ceria sedikit nengok gambar laki bini ni...kahkahkah. Peej kata aku dah sepadan dengan Win sebab sama2 dah debab. Tumbuk mulut tu kang...kau tunggu lagi sebulan Kak Engku ramping kembali....huaaaaaaa



Sebenarnya nak eksyen...semalam Kak Engku sempat rembat satu sunglasses baru....hahaha



Semalam bila survey harga agent bila dicampur2 kan balik package  yang kitaorang nak ambik agak mahal. So En Win decide kita sewa kereta ambik map gi jalan sendiri. Rasanya lagi berbaloi. Koh Sa Mui ni kecik korang tak sesat punya lah....waze kan ada. So sewa kereta kat hotel RM80.00 sehari. Kalau sewa kat luar lagi murah rasanya tapi aku malas nak mencari sewa jer yang ada depan mata.



Cepat betul masa berlalu dah besar giler anak aku rupanya. Bila tengok anak2 semakin besar maknanya aku ngan En Win kena kerja lebih kuat lagi.

Sebelum cite lebih lanjut Kak Engku nak bagi tips sikit. Sesiapa yang nak bercuti bawak anak2 kat sini korang kena sentiasa bawak spare baju dengan towel sebab di Koh Sa Mui ni pantai diorang cantik2....mmg akan rasa nak berenang jer. Jadi sediakan payung sebelum hujan.



Merayau2 nampak kedai halal singgah jap berhenti untuk breakfast



Kedai ni mahal sikit kitaorang kena makan pagi jer dekat RM42.00



Selain Pantai Chaweng korang kena pergi Pantai di Lamai. Kat Lamai semua hotel dan resort2 diorang cantik2. Town dia sama macam Chaweng cuma jauh sikit dari airport dalam 45 minit.

So far ikut waze dan map yang diberikan kitaorang tak sesat langsung.



Kalau korang bawak anak make sure kena pergi Coco Splash tapi waktu kitaorang pergi tutup..tengah renovation. Bukak balik 29th November jer....frust giler budak2. Tempat ni macam Sunway Lagoon tapi aktiviti dia lagi best sebab ada panjat2 tu.



Dapat intai dari luar jer....cebik2 mulut anak aku tgk tengok tempat ni...hahaha



Takpe ronda2 nampak ada Waterfall...ok jom singgah



Kat sini lagi melambak aktiviti. Satu tempat ada macam2 permainan.


Orang gemuk mmg jalan lambat...eh! tak kisah janji stylo..hahaha



Banyak2 binatang Abg Toyib boleh berhenti kat kandang kambing...siap belai2 lagi. Pecinta haiwan sangat ni



Alahai kurus sangat kambing ni



Nampak gajah kelam kabut tarik anak2 suh tengok...tapi diorang tak minat langsung. Siap cakap "mama kitaorang tak nak naik gajah ya"....nyampah penat jer aku excited.



Ok bergambar nak.....adik tak payah nak berlakon sangat



Apa yang tak habis2 laki aku ni. Siap beli seikat pisang bagi kambing ni makan...Eh! kambing makan pisang ker??? Lepas tu pisang tu dia letak lah kat tepi sebab nak bagi satu2 kat kambing tu makan....tetiba ada pelancong dari Jepun datang selamba jer ambik pisang laki aku tu bagi kat kambing...tak terkata abg toyib...hahaha



Ok kita naik jeep gi ker waterfall



Over korang ya duduk kat atas lepas tu terjerit2 sebab rupanya jeep ni kena lalu hutan yang berbukit2. Aku dalam jeep tu dah risau takut adik tercampak pulak kang dari jeep dia dah lah halus.



Jeep ni berhenti separuh jalan jer lepas tu korang kena menapak sendiri


Boleh tahan letih...lepas tu terus teringat Radie yang suka panjat2 gunung tu...eh! tak kuasa aku meletihkan diri. Radie tak jadi ya plan nak panjat gunung kinabalu...kesabaran akak laki bini tak kuat. Kau bawak filla yang hebat meletup2 tu jer lah.



Akhirnya.....

Actually aku tak berapa suka bawak anak2 gi waterfall sebab aku ada perasaan ketakutan yang melampau. Aku risau batu2 kat situ licin nanti anak2 aku jatuh terhantuk batu. Eh! tak dapat nak bayangkan. Ini pertama kali budak2 tgk waterfall...sian hahaha



Bergambar berani lah....



Itu gunanya bawak baju mandi tadi 



Eh! takut aku tgk adik bertenggek kat sini dah lah air tu laju



Mandi macam ni mama ok!


Suka kau ya Bang.....tapi kan aku cuma bawak baju spare anak2. Abg Toyib punya baju mandi aku lupa nak sediakan. Apa lagi kena jeling lah....hahaha. Tapi  laki aku peduli apa dia terjun gaks ngan seluar yang dia pakai tu.



Paksa budak2 mandi kat situ...terjerit2 aku



Korang tengok...Eeeee ni yang tak suka ni



Ma....jom mandi best kat sini...idok lah 



Kak Engku hanya mampu duduk di batu jer lah sambil snap2 photo





Gambar lepas ni jangan komen ya....



Elok2 cium tu kang jatuh....hahaha



Dah habis mandi sambung lagi main Flying Fox. RM30.00 per person



Berani si kecik



Aku yang debar2 sangat waktu tu....kalau ikutkan aku mmg semua benda korang tak dapat main. Tapi En Win bukan kisah pun aku bebel2. Muncung2 mulut aku...sikit pun 3 beranak ni tak heran.



Pergi lah berjuang...











Round pertama lepas....



Round kedua tetiba Yaya tersangkut kat tengah2 tali....datanglah cemas aku....terlari sana sini. Bukan dapat menolong pun....hahaha.



Tapi budak2 bukan takut dah kepala ke bawah pulak dia buat



Nak tangkap gambar ngan rimau pulak



Dah giler budak ni





Ishhhh....ngeri aku. Kang di toleh terus ngap baru tau

Dah puas main semua...jom arr kita balik ke Chewang. Sebelum tu merayau2 dulu kat Lamai.


Yes...berjaya jumpa kedai Halal dan harga sangat2 murah



Ok Kak Engku nak share dengan korang Pakcik dalam gambar ni boleh arrange hotel dan tour untuk siapa yang berminat untuk ke Koh Sa Mui. Soal makan korang jangan risau semua Pakcik ni boleh sediakan. Dijamin halal....korang cakap nak pergi mana Pakcik ni boleh uruskan. Boleh bercommunicate bahasa melayu. Siapa yang yang pergi ke Koh Sa Mui dalam masa terdekat ni sila click Saree Suumea FB




On the way balik jalan2 sekitar Lamai. Tapi tak sempat gi pantai...sebenarnya aku yang hint ngan En Win tak yah singgah...haha



Dekat Chewang ni ada satu big mall 'Central Festival'. Macam2 ada...tapi aku tak masuk pun kedai2 kat situ just jenjalan jer kat luar tu



Sekali ternampak ada promotion buat Facial Massage...cuma RM39.00 jer apa lagi marilah....



Budak2 nak suh diam bagi diorang buat pedicure manicure.






Aktiviti malam bawak budak2 tgk live band reggae kat tepi pantai Chaweng. Enjoy sambil goyang2 badan.

Ok Kak Engku dah letih bercerita....esok kita sambung lagi!!

7 comments:

Nurzakiah Hanum said...

enjoy your trips

cazamiya said...

wahhhhhh!!!! bestnyaa. part air terjun tu memang moment paling best lah. : Vitamin C SHAKLEE Berkesan

I-am-Cheeky Kitty said...

Thank you for the tip, especially on the halal-food hotspots and contact details of Mr. Saree Suemea. Have fun in Koh Samui!

Permatabiru said...

seronoknya trip ke luar..

Nastyna said...

hahaha kelakar part bagi pisang kat kambing tu... eh semua kelakar la, sambil seriau pun ada especially tang rimau tu, berani betul la your kids, bagus... adventurous.

FadlinaMokhtar said...

Ingat yang kiss tu kak engku.baru nak jeles romantikan d amor.hehe
FAD

peej said...

tang, "orang gemuk memang jalan lambat" tu macam memerli kitew jew. tumbuk kang.