Nuffnang Advertisement

Tuesday, November 25, 2014

Koh Sa Mui Day 1


Alhamdullilah...selesai sudah percutian dengan anak2. Rasa cepat sangat masa berlalu tak puas rasanya. Hari ni Kak Engku dah mula berkerja boss tak kasi cuti lama...nyampah.

Tempat pilihan percutian adalah ke Koh Sa Mui. Anak2 dan Kak Engku adalan pencinta laut tapi bukan Bang Toyib. So kena balance kan ada pantai dan ada Town kecil untuk Abg Toyib berjalan2. Seperti biasa adik aku Hetty akan turut serta dalam percutian kitaorang. Kesian dia tak ada boipren jadi aku angkut lah dia sekali berjalan....hahaha

Kali ni kitaorang naik Bangkok Airways...flight dan accommodation aku dah booked awal2. Pagi tu flight pukul 8.40 pagi. Pukul 6.30 pagi kitaorang dah sampai kat KLIA. So sempat lah breakfast.



Kalau korang rasa makan kat KLIA tu mahal dekat area Parking ada kedai mamak kat situ. Tak silap aku tingkat 2. 

On the way nak gi mamak tetiba nampak kedai majalah...rembat satu majalah Nona ada gambar Kak Engku kat dalam tu....aaaaauuuuwww



Amboi giler besar gambar ni. 3 page diaorang cover cite Kak Engku. Kembang2 hidung tgk muka sendiri...hahaha. Sambil baca sambil promote bini suh kengkawan beli majalah...hahaha



First time naik Bangkok Airways....kecik jer flight ni besar sikit dari Fire Fly.



Adik 



Walaupun perjalanan 1 jam 20 minit tapi tetap ada makanan disediakan



Yeay....sampai sudah



Airport Samui ni kecik jer ala2 resort bentuk dia....selesai urusan passport....ambik beg terus gi information kaunter beli transfer ticket untuk ke Hotel. Seorang dalam RM10.00 jer. From airport ke Hotel cuma 10 minit.



Sebab sampai awal bilik tak ready lagi so check in siap2 kitaorang gi pantai dulu.

Sewaktu Kak Engku nak book hotel ada lah survey sana sini ramai suruh Kak Engku cari area kat Pantai Chaweng. So survey lah kat booking.com sudah terpikat kat satu hotel ni kat area Chaweng. KC Resort.....tetapi Kak Engku sudah tersalah tengok rupanya dia ada dua KC Hotel. Satu KC Resort (yang Kak Engku book) dan satu lagi KC Beach. Dua2 hotel ni area Chaweng

KC Resort yang Kak Engku pilih jauh sikit dari town sebab dia atas bukit TETAPI pemandangan di KC Resort ni superb meletop cantik ala2 Maldives....nak jugak eksyen...hahaha. Bagi yang pergi untuk honeymoon Kak Engku mmg rekemen tempat ni. Harga per room per night RM350.00 - RM400.00.

KC Beach pulak mmg dekat giler dengan pantai dan town. Bilik pun super cantik. Disebabkan KC Resort dan KC Beach ni macam adik beradik jadi sesiapa yang book di KC Resort boleh guna facilities di KC Beach. Korang faham ker idok ni. Jap gi Kak Engku tunjuk perbezaan nyer



Tapi jangan bimbang ada transfer disediakan untuk ke town. 



Huaaaaa ni KC Beach...cantik kan!! takpe2 kejap korang tgk KC Resort pulak...



Sementara tunggu bilik ready kitaorang lepak2 kat pantai dulu



Mula2 berdiri tengok laut



Lepas tu si kenit ni masuk kan kaki sikit



Abang Toyib ni bukan boleh caya sangat tgk handphone ker atau tgh rakam video....hahaha



Aman nyer....



Tak sampai 10 minit aku leka...dua beradik ni dah basah kuyup. Camne nak jalan2 ni...ada jer korang kan.



Jalan lah korang baju basah2 tu...



Sian pulak kesejukan...nasib baik baju murah dalam RM15.00 rembat satu



Suka lah tu...

Percutian kali ni mmg khas untuk anak2 mmg nak sediakan aktiviti yang best2 bagi diorang seronok, bukan selalu bawak diorang berjalan. Cari duit penat2 pun utk diorang jugak sekali sekala berbelanja lebih sikit untuk budak berdua ni.



Yaya: Mama nanti bila sampai Koh Sa Mui nak buat macam rambut macam Mama yang kat Bali tu.

Puas aku fikir rambut apa....rupanya rambut kunta kinte ni. Lantak lah korang. RM40.00 kalau buat fesyen macam kat atas ni.



Adik punya murah sikit sebab buat tepi jer dalam RM15.00



Sementara tunggu rambut Yaya dan Ucu dia siap sempat membuta budak kecik ni.



Hambek semua dah rambut macam kunta kinte


Tom Yam di Koh Sa Mui ni aku kurang suka sebab diorang letak santan rasanya agak pelik. Tom Yam sepatutnya masam2 tapi yang ni rasa lemak...I don't like



Yang ni sedap...



Settled makan baru kitaorang balik bilik. Ambik 2 bilik kat KC Resort ni. Aku ngan En Win satu bilik....budak2 duduk dengan Ucu diorang.



Luas bilik ni



Yang bestnyer siap ada jacuzzi. Aku pandang En Win...En Win pandang aku sambil angkat2 kening. Paham2 sudah lah....hahaha



Kalau korang nak bilik private pool pun ada...ala2 resort tapi agak mahal lah sikit. Bilik ni mmg sesuai sesiapa yang nak honeymoon. Serius cantik....



Hotel ni agak privacy sikit...cuma ada 4 tingkat sahaja. Ni kitaorang bergambar kat roof top



Yaya



Adik



Happy kiddos!!



Aku ni nampak jer garang tapi kalau dengan anak selalu tak sampai hati...mulut jer kata jangan tapi hati selalu tak sampai. Aku mmg kerja kuat untuk anak2...of course sebagai ibu aku nak yang terbaik untuk mereka.



Aku dah gemuk, tak boleh jadi ni. Badan naik mendadak...ini semua salah abg toyib suh aku masak macam2 aku terjebak sekali makan...balik Koh Sa Mui ini aku nak diet...itupun kalau mampu...huaaaaa



3 orang kunta kinte 



Mama ngan adik



Kesayangan


Ambik transfer lagi....budak2 nak pergi pantai balik, tadi tak puas katanya.

Koh Sa Mui ni sesuai jalan2 dengan family. Tempat dia tak ada happening macam ni Phuket. Makanan halal pun banyak. Cuma kedai2 kat sini bukak lambat dalam kul 12 tenghari jer waktu kita Malaysia pukul 1 tengahari. So pagi2 tu pepandai lah korang mkn kat hotel.


Ini lah Chewang. Satu aku yang perasan kat sini Hotel diorang mmg cantik2 semua ala2 resort. Untuk berehat dan tenangkan minda tempat ni mmg terbaik.

Tapi aku lebih suka Bali sebab kat sini agak boring sikit town dia. Bali more happening. Oh ya....makanan dan barangan pun agak mahal berbanding dengan Phuket



Waktu aku kat sini mat salleh pun tak ramai lagi. Mungkin belum datang lagi sebab cuti pun baru nak  bermula



Kali ni kita bagi budak2 berenang kat Pantai.



Kak Engku nak massage. Ini kalau Filla nampak mesti dia geleng2 kepala...very the Popo....hahaha



Amboi Abang Toyib siap buat Face Massage. Kat sini merata2 tempat massage mmg kesukaan kitaorang lah. RM30.00 jer body massage...giler tak buat. Hari2 aku buat...



Budak2 ngan Ucu diorang mandi kat Pantai. Senang gaks bawak assistant ni...hahaha. Ombak kat sini kuat jugak aku jeling2 jugak lah takut terlampau excited makin ketengah pulak budak2 tu.



Puas berenang...jom cari makan.



Boleh percaya ker....InsyaAllah boleh



Area Chewang belah belakang....



Nasi goreng telur....



Patai...Tom Yam Noodle....Nasi tak ingat nama



Sambung jalan balik...lepas tu budak2 bebel cakap dah letih. Ok..hantar diorang gi hotel


Aku ngan En Win sewa motor RM25.00 ronda satu Chewang...ooooo rupanya ada tempat happening tapi agak tersorok sikit. Gambar tidak boleh dilekatkan disini agak bahaya untuk ditonton oleh kanak2...haha

Esok sambung day 2




8 comments:

Jueliza Jamani said...

alaaa kak elly apa yg best tempat nyorok tu.. perghhh terus mcm nak g koh samui.. hahahah kak elly citer lah & upload gambar tau..

Nurzakiah Hanum said...

bestnya

annapeje said...

plz plz nk tgk hahaha ..amboi cantik nyer kakak buat rambut kunta kinte

mamabeauty said...

amboi bestnya... thanks for the review hotel.. nanti bebila mau singgah jua ini KSM

Norma NML said...

wahhh..bestnya..tiba2 teringin nak ke sana..;-)

Chekgu Azrine said...

Memang happening la..
Seronok anak2 kak elly merasa g jalan2 merata.

Cik Puan Eka said...

best jugak ye Koh Samui ni. Boleh masuk dalam list ni.

Filla said...

naik moto gak best kan? helmet kite sama elly hahahah