Nuffnang Advertisement

Thursday, November 6, 2014

Bully


Semalam bila tengok berita pasal budak yang kena bully tu aku pulak yang naik hantu kat rumah. Apa hal ngan budak2 sekarang ni dah melampau sekarang perangai memasing.

Of course aku sebagai ibu bila tengok macam ni terus terkesan dalam hati. Dah lah nak beranak bertarung nyawa korang suka2 jer bantai sampai separuh mati. Seronok sangat ker tunjuk kehebatan samseng tu.

Bila tengok benda2 macam ni yang menjadi mangsa adalah anak aku. Disebabkan kes2 macam ni banyak terjadi aku mula sekat aktiviti anak2 aku. Aku jadi tak percaya dengan aktiviti2 kat luar sana. Rasanya tak adil untuk anak aku....tapi nak buat macam mana kerisauan seorang ibu mengatasi segalanya.

Biarlah diorang membesar depan mata. Lagipun anak aku dua orang jer mmg tak lah aku hantar ke asrama. Tunggu lah lepas SPM itu pun jangan jauh2 sangat...haha. Esok dah besar panjang pandai2 lah korang berdikari nanti janji korang sentiasa ada depan mata Mama. Nak jumpa kawan, nak tengok wayang, nak lepak2 ngan kawan biar mama hantar tak pun mama join sekali tapi duduk tepi...hahaha.

Lain macam lah dunia sekarang sana sini macam tak selamat jer. Hari tu aku ngan En Win round2 dalam keta tengok lampu... hahaha. Waktu tu dah pukul 1 pagi aku meronda2 kat kawasan Dataran Merdeka. Tetiba aku nampak budak dalam lingkungan umur 12 hingga 15 tahun berkonvoi naik basikal ramai2 siap buat aksi kat tengah2 jalan. Tonggang terbalik basikal tu dibuatnya. Pelik giler aku...mak bapak bebudak ni tak risau ker anak2 tak balik rumah. Semua budak melayu pulak tu.... tak ada siapa pun yang berani menegur. Benda2 macam ni korang rasa siapa yang perlu dipersalahkan.

Budak perempuan pun dah pandai membully sekarang. Kat you tube sampai tak tergamak aku nak nengok. Sesedap hati jer korang tendang kepala anak orang...korang tampar kiri kanan muka budak tu...eh! mak bapak dia pun aku rasa tak pernah tampar tau. Dik...mak bapak hantar asrama suruh belajar bukan suh tuntut ilmu samseng, ilmu bantai anak orang. Diri tu dah besar sangat ker sampai hilang rasa hormat kat kawan2 yang baru.

"Pa kalau lah anak u orang tendang2 kepala apa u buat?"...."Nak mati buatlah".....hahaha. Melampau sangat laki aku ni.

Aku rasa Kerajaan  kena buat sesuatu dan bertindak supaya kes2 macam ni dapat dikurangkan. Asal masuk asrama jer Junior mesti kena bully ada tu sampai meninggalkan samseng2 senior ni kerjakan. Aku tak nampak lagi ada jalan penyelesaian. Pasanglah CCTV atau warden yang garang yang boleh awasi budak2 macam ni. Tak pun suh hantu cekik budak2 samseng ni.

Yaya and Ameera....sorry yek duduk asrama mmg tak ada dalam list. Mama sanggup hantar korang gi tuisyen jauh2. Biar mama ngan papa penat janji anak depan mata. Janji anak aku tak kena tendang kat kepala....nak berkawan boleh tak ada siapa nak halang. Pilih kawan pun kena bijak. Mama bukan nak sekat kebebasan tapi setiap kebebasan ada batasanya.

Hope ibu bapa kat luar sana...sama2 pantau anak2 kita. Biar diorang menangis sekarang jangan menangis dikemudian hari disebabkan kelalaian kita sebagai ibu bapa. PERINGATAN untuk diri sendiri juga...jangan pandai nasihatkan orang jer.....


8 comments:

Nurzakiah Hanum said...

kalau anum ada rezeki memang x mo kasi anak2 duk asrama

Aku Dan Sesuatu said...

Kak elly,

u same like me.. smlm masa tgk berita up pasal kes bully ni .. terus saya decide tak nak htr dok asrama. sblum ni saya lah yg beria2 suruh anta anak ke asrama... tapi tgk kes bully tu.. no way ok.. x pelah htr n ambik walaupun diorg dah besar... penat pun penat lah.. huhuhu

Capt Lalok said...

aku un ngeri tgk berita semalam..

aku mmg tak tgkla kat youtube tu semua..nanti takleh tenang ..

aku pun rasa nak kontek cik ponti suh cekik budak baju itam dlm video tu..

Jueliza Jamani said...

kalo Jue orang buat macam tu memang kena makan katok dengan jue balik.. sesuka hati nak buat anak orang kan.. ishh memang emo giler tgk berita semalam.. terus bgtau asben nanti anak kita better duk umah.. main la ipad or lappy drpada bergaul dengan orang kan...

Syida said...

Sy langsung xbrani nk tengok video tu kak..takut tebayang2..huwaaa mintak dijauhkan la

Hayati Hanisah said...

Hai dear. Salam perkenalan.

Nuha tak tengok langsung video budak buli tu. Tak sanggup. Bila dengar2 orang cerita.. rasa unbelievable budak2 pembuli tu boleh bertindak to that extend. Mintak jauh la dari anak2 kita..

Jemput ke blog nuha.. ada perkongsian tentang penawar anak asthma :)

mamabeauty said...

itulah urut dada tengok..

minta dijauhkanlah...

peej said...

sama je laki kau ngan laki aku.
semalam pun aku tanya, if anak kita orang buat macam tu? dia kata i pergi sana n memang penampar n terajang sorang2. amboih. dia lupa kot kot ye ada, by the time anak dia besar tu..dia dah 50++ hahah.