Nuffnang Advertisement

Monday, November 17, 2014

Bulan yang ditunggu2….


Aku dengan En Win letih dengan tugas harian….rutin yang sama yang harus dilalui setiap hari. Ada masa gembira, sedih dan stress. Begitu juga dengan anak2 rutin yang sama dilakukan ke sekolah, tuisyen dan mengadap homework yang tidak pernah habis. Bulan yang paling kami tunggu adalah bulan November dan December. Bulan untuk berehat dengan anak2. Sepatutnya aku mmg tiada perancangan untuk kemana2 tahun ni tapi rasanya tak adil untuk anak2 dan untuk diri aku sendiri.

Yupe kami perlukan percutian untuk berehat dan bergumbira. So decide bulan 11 bercuti bersama anak2 dan bulan 12 aku akan bercuti dengan En Win berdua sahaja dan untuk pertama kali kami akan meninggalkan anak2 dalam masa yang lama…huhuhu. Anak2 teruja nak snorkelling lagi so tempat pilihan adalah rahsia…..hahaha. Tapi yang pasti tempat yang cantik dan akan diingati oleh anak2.

Jadi Sabtu lepas mencari keperluan untuk bercuti….tapi apa2 hal kena makan dulu sebab aku akan menjadi hantu kalau mencari barang dalam keadaan lapar…hahaha 



Delicious, Bangsar Village

Dah settled makan barulah cari kelengkapan anak2 untuk snorkelling. Bagi budak2 bertambah teruja lagi nak pergi bercuti...
   


Kalau sesiapa tengah mencari kedai2 jual peralatan scuba dan snorkelling kedai ni terletak diatas Pelita Bangsar…..tingkat satu. Nama kedai tak ingat…hahaha



Aku dengan En Win mmg over sikit sebab kitaorang mmg suka support anak2 bila mereka minat sesuatu benda. Bagi diorang peluang mempelajari sesuatu yang baru. Kalau nak ikutkan mmg lah satu pembaziran tapi sekali sekala rasanya tak salah kot…



Belikan sorang satu kaki itik ni…memang dah rancang nak sewa private boat bagi diorang snorkelling puas2 nanti. Biar malam nanti diorang keletihan jadi dapatlah aku berdua2an nanti…kahakahah. Ya itu juga ada dalam perancangan aku dan En Win.



Tengok anak2 happy satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan. Ok dah tak sabar nak bercuti ni…apa yang lambat sangat cuti sekolah ni!!!



3 comments:

Darleen (",) said...

Nothing compares to children's smile kan.

www.darleenramli.blogspot.com

Izzati Amira said...

comelnya dorang berdua ni.... alahai..hihi (:

Chekgu Azrine said...

3 hari lagi je nk hbs sekolah