Nuffnang Advertisement

Wednesday, November 5, 2014

Boss


En Win kalau kat rumah bukan main kelakar dan sporting tapi bila dia kat office garang nak mampus. Dia kalau sound sampai aku yang tak ada kena mengena pun terasa hati. Aku kalau nampak dia sound staff kat whattapp dan bila aku rasa melampau sangat selalunya aku akan called dan sound En Win balik. Lepas tu kitaorang berdua pulak akan bergaduh.

En Win ni jenis kalau kau tak tahu cakap tak tahu jangan memandai2 buat itu ini tunjuk terror mmg masak lah nanti kena sound. Dia jenis kalau staff cakap sesuatu benda dia akan ingat sampai bila2...tapi bila staff cuba menipu atau cakap benda yang lain dari diorang pernah cakap...habislah diungkitnya nanti. Aku sendiri pun naik takut. Thatway aku kerja tak sama bidang dengan En Win biar dia handle staff aku handle gaji jer.

Aku faham perasan staff yang kena marah dengan boss, kenkadang aku sendiri pun kalau kena marah dengan boss rasa nak hantar surat resign jer tapi pikir balik banyak tanggungan jadi terpaksa telan jer lah.

En Win jenis yang cepat marah dan cepat sejuk. Lepas dia dah luahkan kemarahan dia akan sejuk dan boleh bercakap macam biasa balik. Aku lain kalau kena marah nanti aku sentap lepas tu dua tiga hari tak bercakap..hahaha

Aku selalu nasihat kan En Win kalau nak marah staff jangan depan orang ramai dia ada maruah, kalau nak marah staff selidik dulu jangan terus nak mengamuk jer. Staff pun manusia buat kesilapan tapi kalau selalu silap mmg lah patut kena marah.

Aku cukup tak suka kalau boss yang jenis dia akan marah kaw2 dulu lepas tu baru nak selidik baru nak dengar penjelasan...kau dah marah kaw2 baru nak fikir...pitam kalau dapat boss macam ni mmg makan hati lah jawabnya. Jadi aku selalu pesan kat En Win makesure sebelum kita marah staff check dulu dan dengar dulu penjelasan staff jangan main nak sembur jer.

Kalau staff selalu buat kesalahan tu mmg patut lah kena marah tapi yang sekali sekala tu dan kesalahan yang dibuat tu blh diperbaiki rasan2nya tak perlu kot jerit2 cakap elok2 sudah. En Win kalau mengamuk aku jarang masuk campur walaupun aku ada kena mengena dengan Syarikat biar dia handle staff , agak2 dah over, nanti bilatime En Win dah cool aku akan cakap elok2. Tapi selalunya mmg kitaorang akan bergaduh lah lepas aku nasihatkan sebab dia kata dia yang berdepan dengan staff so dia tahu tahap kesalahan diorang. "U tak faham Ma...apa kata u duduk seminggu kat office dan u tgk perangai masing2"...hahaha. Ok2 bila sampai dia cakap macam ni aku terus senyap.

Cuma apa yang aku nak sampaikan kat sini walaupun kita boss kita kena  dengar dulu penjelasan staff  jangan ingat bos sentiasa betul, jangan main suka marah2 sebab staff pun ada maruah dan perasaan. Jadi lah boss yang terbaik sebab kita sama2 mencari rezeki di bumi Allah.

Entry ini bukan En Win sahaja tapi untuk Boss diluar sana jugak. Luahan perasaan dari seorang staff kepada boss jugak...hahaha.


6 comments:

Nurzakiah Hanum said...

singgah pagi sis

Afidah Azmi said...

i agree with you akak..
bos kalau nak marah tu kena fikirkan perasaan staff gak..staff pun ada perasaan..cuba staffmarah bos pulak..how you can feel...
anyway best entry hari ni.

mamabeauty said...

dalam kehidupan kita pun mcm tu gaks kan.. kena dengar dulu..

wani ezryl * said...

betul. to be a good leader, kalau nak tegur staff jgn dpn2 org ramai, jumpa face to face and tegur baik2. kalau ckp dpn2 org lain malu setaman staff tu.. hihi.

Aisyah said...

Setuju sgtt...love your words..

Suhaily HASSIM said...

Agreed...