Nuffnang Advertisement

Tuesday, November 4, 2014

Abang Toyib


Ahad lepas tinggal Sotong jer dalam Fridge belasah masak Sotong petai jer...merasalah satu lauk jer atas meja. Budak2 gorengkan telur. Makanan dah habis licin...nak tak nak esok pepagi kena gaks lah pergi pasar.



Sebelum masuk office kul 7.30 pagi dah terpacak depan pasar Taman Tun. Fuh! giler sekarang bahan kering dan mentah makin mahal...selalunya untuk seminggu RM150.00 cukup, semalam dekat RM200.00. Ishhh...melampau sangat harga barang sekarang. Aku kalau beli mmg lupa daratan sikit semua nak angkut. Last2 tak larat nak bawak...senget sebelah bahu aku. Dah lah pakai baju kerja...macam perempuan sewel aku rasa kiri kanan penuh barang. 

Terus whatapp En Win "Macam nak tercabut bahu angkat. Ini kalau cakapa tak sayang laki mmg nahas lah"....jawapan En Win " Eleh seminggu sekali...I yang tiap hari ambil ngan hantar anak nie macam nak tercabut kepala lutut. Eh! menjawab pulak laki aku ni...hahahaha. 

Semalam semua binatang aku beli...Ikan Bawal Hitam, Ikan Talapia Merah, Ikan Kembong, Udang, Ketam, Sotong, Daging, Minced Beef, Ayam 2 ekor...sayur2 lagi. Memacam lah macam kat rumah ni ada 10 orang nak makan. Lepas tu komplen mahal...hahaha.



Sambal Hijau.

Haritu gi restoran minang En Win bukan main beriya makan sambal hijau ni bukan main dia gaul kat nasi. Tercabar lah I terus rasa nak belajar masakan ni.

Ikan Talapia merah ni korang goreng garing2. Lepas tu rebus cili hijau, bawang merah 2 ulas, bawah putih seulas. Air rebusan tu korang letak minyak sikit. Jangan rebus terlalu lama. Lepas tu angkat dan lenyek2 bahan tadi kat lesung batu. Dah hancur baru korang goreng bahan2 tadi letak garam sikit. Minyak mengoreng jangan terlalu banyak. Agak2 cili dah masak...angkat dan curah kan atas ikan tadi. Kalau korang nak lagi terangkat korang goreng cili tu bersama ayam....lagi lah sedap giler.

Abang Toyib aku makan bersungguh...2 pinggan ok!! aku tengok jer perut dia dari tadi dah macam mengandung 9 bulan....hahaha. Lantak lah kau bang dah puas aku suruh kurus  dia buat tak tahu jer...dia suka makan malas aku nak tahan2.

Kitaorang kan makan awal dalam kul 7.30 malam selalunya dah selesai makan so kul 9.30 dah start lapar balik. Selalunya aku akan makan buah atau biskut nak alas perut. Tapi Abang Toyib dengan anak2 dia akan makan kaw2 sekali lagi....tu yang aku kena selalu ada dessert kat atas meja....



Semalam permintaan tak agak2...."Ma i teringin lah nak makan Lagsana, boleh tak u masak...i teringin sangat" Saja lah tu buat aku serba salah dah lah aku baru cuci dapur lepas masak tadi. Kena gaks lah buat kang kempunan laki aku.



Licin 3 beranak ni mengadap...aku tak dapat rasa sikit pun. Lantak lah korang janji habis korang makan...berbaloi berpeluh kat dapur. Abng Toyib ni pun aku nak suruh dia diet dah macam jalan bawak belon pulak kat perut tu...hahaha



14 comments:

mamabeauty said...

nampak sedap ikan talapia tu...

safurara said...

hahahahaha.bab bawak barang mcm perempuan sewel tu biasa dh kena,kdg2 malu jalan tunduk, jalan laju2.haha

Chekgu Azrine said...

sambal hijau tu boleh try...

Filla said...

bagus kak engku ni.. rajin.... buatkan ai pandan cake please.. teringin nak makan.. kang kempunan camne...

Sidratul Muntaha said...

mom is the best cook
budak2 ni dgn babah dia pun hantu mkn nasik
lauk mesti kari / kurma / panggang
besenya ayam la.
klu dessert mesti nk cake or puding
huhuuhuh
lengan dah jadi sado dah tiap2 minggu

Fieda Zan said...

hahahah... tak habis2 kutuk perut encik win.. kak elly.. i proud you!!!! superwoman in the world!

nor hayati abdul halim said...

semua sedap la kak elly..kena buat ni

yatishaklee

simpletostyle said...

Kak, beli la trolly utk g pasar tu. Standby dlm kereta. Sng g pasar campak je brg dlm tu pastu kak engku tarik je sambil jln ala2 catwalk. Haha

diyana said...

wahh hebak la 7.30 dh siap mkn..cptnyeee masak kak :)

Cik Puan Eka said...

adudud nampak sedapla sambal hijau tu. Terfikir gak cara nak masaknya. Okey dah tahu dah tq kak elly

Alyssa Camilia said...

macam mane buat sambal hijau?

nor said...

Elly kena jawab.. ala budak budak boleh naik bas sekolah atau van makcik.

Sure dia senyap punya..

Salina Hafis said...

macam nak try jer buat sambal hijau tue. nampak menarik dan sedap..terliur lah pulak eina..

salynahafis.blogspot.com

Salina Hafis said...

macam nak try jer buat sambal hijau tue. nampak menarik dan sedap..terliur lah pulak eina..

salynahafis.blogspot.com