Nuffnang Advertisement

Thursday, October 2, 2014

The kasihs


Tengok tajuk aku rasa korang dah tahu siapa yang aku maksudkan. Giler tak kenal Kak Pilla kan hebat *matadiatastangandibahu *lidahjelirketepi....hahahaha

Filla aku dah kenal hampir 4 tahun. Kenal pun sebab beli Frame kasih lepas tu berniaga smurf sama2 kat bazaar, lepas tu gi Guangzhou dan berniaga baju kurung raya kanak2. Tapi lately ni perniagaan kitaorang terpaksa diperlahan sebab Filla sibuk dengan anak2...aku pulak sibuk dengan perniagaan movers. Tapi minat berniaga tu tetap membuak2, cuma tak ada masa jer. Sekarang anak dah semakin membesar so dapat lah Filla teruskan minat dia. So aku sebagai kawan support dari belakang.

Filla nie orangnyer kelam kabut dan blur. Aku dengan peej sampai nak hentak2 kepala kat batu....hahahaha. Haritu berborak dalam kereta cita pasal Filem Saloma kat Astro tu...

Aku: Peej....bestkan cite Saloma tu, sedih sangat. Paling best bila kisah dia dengan P.Ramlee

Filla: Eh! Cite pasal P.Ramlee ya...

Kau tgk soalan dia

Peej: Tak...Filla ini cite Saloma 

Filla: Best sangat ker

Waktu ni aku hampir naik hantu

Aku: Kan aku dah cakap BEST tadi.....Filla tolong jgn blur ya!!

Belum dia punya kelam kabut datang. Filla ni kalau dia cari barang dalam beg habis semua benda dia keluarkan tapi sebenarnya barang yang dicari tu dia tengah pegang. Sambil tu mulut dia bising2 suruh kitaorang carikan jugak. Korang rasa nak lempang tak perempuan ni.....hahahahaha

Tapi kalau bab berniaga rajin....rajin cari kain, rajin tengok jahitan, rajin cari sticker. So kalau kau lepaskan dia gi cari material tak perlu bimbang mmg menepati citarasa sebab dia punya cerewet blh tahan.




See cantik kan colour yang Filla pilih...sedap mata memandang. Kain shawl yang dia pilih pun sangat selesa. Waktu Filla pakai haritu aku nampak kemas jer.



Waktu dia hantar gambar ni kat aku ngan Peej untuk tanya pendapat kitaorang ok ker tak aku macam..Eh! apa pasal perempuan ni tangkap gambar pakai spek...ni dah melampau stylo sangat ni...hahaha.

Aku: Filla nape gambar kau semua pakai spek

Filla: Stylo apa

Peej: Tak...Filla over sangat ya. satu atau dua gambar pakai spek sudahlah.

Filla: A'ah lah macam poyo lah. Tapi canme aku dah penat ni.

Lantaklah janji shawl kau cantik...orang bukan nak tengok kau sangat pun...hahaha. By the way Shawl kat atas semua dah sold out tapi sekarang Filla tengah re-stock  balik. Jgn bimbang korang still boleh order. Kalau berminat nak beli Shawl The Kasih click kat sini ya  The Kasihs Shawl


Selamat shopping!!


3 comments:

Nurzakiah Hanum said...

bestnya
cantik la

mamabeauty said...

setiap kita ada kekurangan dan kelebihan kans.. itulah yg melengkapi dalam erti bersahabat..

semoga success Filla..

DYatie said...

Hahaha. Gelak2 baca intro the Kasihs ni. Comel!