Nuffnang Advertisement

Wednesday, October 15, 2014

Sumber Inspirasi


Kalau dulu suami ajak makan kat kedai, hati kembang berbunga2. Tunggu jer suami bersuara suruh siap…wah! rasa nak peluk2 laki sendiri sebab faham isteri keletihan. Of course rasa lega tak payah masak. Tapi sejak meningkat dewasa ni rasa bersalah sangat kalau tak masak untuk keluarga…nape yek?? dapur tutup dua hari pun rasa macam bersalah sangat. Korang jangan nak senyum2 betul lah Kak Engku tak tipu.

Tengok anak dan suami makan sampai licin suatu kepuasan. Hilang segala penat, hilang tension kena lap dan basuh pinggan kat dapur. Nak pulak kalau petang suami called request lauk…wah! meloncat tak sabar nak masak…hahaha. Dah giler agaknya aku ni. Dulu sampai seret2 kaki nak kedapur sekarang bukan main bahan2 mentah melambak dalam fridge. 

Tapi kenkadang mood malas tu datang gaks. Aku ni tak boleh stop masak…kalau start jer cuti satu hari nanti dia berlarutan berhari2.  Jadi kena kuat semangat…that way Kak Ton suka baca blog ibu2 yang rajin kedapur menyediakan makanan untuk keluarga. Blog macam ni memberi Kak Engku semangat dan teringin bersaing secara sihat untuk jadi ibu terbaik.

Haritu tertengok IG…zarinazainuddin_ serius Kak Engku tabik hormat dengan Zarina. Terus rasa nak jadi macam dia. Tabik spring sebab dia mempunya hati semulia itu. Dia seorang yang kuat semangat menjaga 2 anak kembar autisme, jaga opah yang sedang sakit, memasak untuk keluarga, mengambil tempahan catering, pengurus produk kecantikan dan dalam masa yang sama berlakon. Cara dia didik anak2 dia pun Kak Engku rasa terbaik. Kalau korang tak caya gi lah visit IG zarinazainuddin_

Kak Engku bila tgk IG Zarina terus rasa rendah diri. Selama ni mulut aku bukan main complain letih lah, merungut itu ini tapi bila tgk IG Zarina terus rasa semangat tu datang. Semangat nak jadi macam dia juga. Tengok dia jaga Opah dengan penuh kasih sayang, jaga anak kembar dengan sempurna walaupun diorang anak penyakit dan anak2 lain tak pernah dia abaikan. Besar pengorbanan Zarina ni.

Benda2 macam ni lah menjadikan sumber inspirasi Kak Engku untuk terus maju dalam hidup. Kita kena tgk benda2 yang postif supaya kita akan terus maju. Kalau asyik mengutuk, merungut dan sentiasa ada benda yang negatif dalam hati itu yang jadi susah. 

Cari seseorang yang boleh menjadi role model untuk kita. Kalau dia boleh buat tak salah rasanya kita mencuba dan buat lebih terbaik dari dia. Betul tak….jadi apa tunggu lagi gi lah baca dan tgk benda2 yang boleh menaikan semangat korang yang sedang layu sekarang ni…hahaha pepandai jer aku. Entah2 aku sorang jer yg selalu layu di tasik madu.


15 comments:

Nurzakiah Hanum said...

hi sis

Lynn Hamzah said...

nak tgk ig dia la nanti...tapi memang betul cakap kak elly...bila dah off sehari masak...akan berlarutan berhari-hari...

Permatabiru said...

hehehe..mmg tabikk dgn zarina tu juga..tabahnya dia..

FadlinaMokhtar said...

Haritu tengok dia masak rendang tempahan raya mmg tabik sangat.dlm sibuk berlakon tu kan.

FAD

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

yessss.. akak pun selalu jadikan kerajinan Dik Engku sebagai motivasi untuk akak... dalam hati selalu cakap, Elly yg muda dari aku tu pun rajin.. apasal aku tak boleh??? gitewwww...

Elly kalu sudi singgahlah ke blog akak.. nanti akak pukul kompang ngan tabur beras kunyit, hihi

ArY + ShA = AmZaR FaYyAdH said...

assalam kak elly,
sha takdak IG..
takperla, iols pollow blog kak elly sajork..kan3

Has said...

Sumber inspirasi saya ialah blog Kak Elly!!

Eh..silap..Kak Engku..hehehe..

Part paling banyak bagi inspirasi bila Kak Engku tulis tentang jatuh bangun bisnes..dari takde apa-apa sampai la sekarang dah berjaya..

Nanti tulis banyak-banyak lagi...^_^

MamaAliya said...

Selain kak filla, kak elly juga sumber inspirasi saya supaya rajin ke dapur masak utk keluarga..zarina memang baik plus humble orangnya.

suezen said...

like sejuta kali:)....yes proud of her. kengkadang fikir....bila lah masa dia rehat.

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

baru tau dia ada anak autisme.. dugaan org berbeza2kan?

Zaidawati Ismail said...

Ye Elly, saya pun dpt inspirasi dari ig dia dan Elly semenjak dua menjak ni,, kalau rasa serba serbi malas dan nak short cut, mula teriigatkan dia, suasana dlm rumah pun lain sikit bila kita fokus dgn ikhlas, terkenang jugak duduk dgn mak dulu tak pernah miss sehari pun breakfast , lunch , minum petang dgn dinner, bila tengok nampak macam tak de apa2 tapi sebenarnya payah sebenarnya nak istiqamah begitu, okey Elly , you're not alone sebenarnya

Chekgu Azrine said...

Sis..agreed!!

Unknown said...

kak engku..nak tengok rumah mak yg dah renovate tu.

Unknown said...

kak engku..nak tengok rumah mak yg dah renovate tu plsss. tq.

kedai barang terpakai said...

terpanggil nak komen blog elly ni.blog ni pun sumber inspirasi akak yg malas nak update entry nak komen mengenai zarina ni sikap dia tersangat la humble baik kat kenkawan,sedara mara, peminat waima pada suami dan madu nye sangat2 menghormati madunye walau dlm ape keadaan pun itula yg akak nampak jelas sepanjang mengenalinye 20 tahun sama2 berlakun dulu sama2 ada anak kembar dan sama2 bermadu tapi jodoh dia panjang jodoh akak tak panjang sebab tak sabar serik ooo berkongsi kasih.....